Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Persiapan menunaikan haji dan umrah

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google) Bismillahirrahmanirrahim. Bila sebut je umrah atau haji otomatik kat mata ni terbayang Kaabah. Seronoknya kalau kaki dapat dijejakkan kat sana. Bila dengar cerita dan pengalaman orang lain, hati ni membuak-buak rasa rindu walau tak pernah sampai kat sana. Doakan Kak Dee dan keluarga dapat menjejakkan kaki ke sana untuk menunaikan umrah atau haji sebelum malaikat maut menjemput kami. Sepertimana firman Allah S.W.T dalam surah Ali Imran, ayat 97 : "Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitullah bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya.  Siapa yang kufur (ingkar kewajipan haji) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu apa pun daripada sekalian makhluk" Kak Dee pun tak pandai sangat tapi melalui perkongsian dari seorang rakan dalam group, sebagai umat Islam kita diwajibkan menunaikan haji atau umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Be...

POWER PUMPING UNTUK MENINGKATKAN SUSU

Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google) Tengahari ni Kak Dee just nak share teknik yang simple je untuk tingkatkan penghasilan susu. Ada mommies yang risau susu makin merudum kan. Ni salah satu teknik yang sangat-sangat popular akan disuggestkan oleh ibu yang berpengalaman. Ingat yaaaa. Power pumping ni teknik nak banyakkan susu. So, kalau kita buat power pumping tapi kalau jadual mengepam ke laut, memang harapan la nak susu banyak. Kena faham dan pasakkan dalam minda konsep demand vs supply elok-elok. Okies? Power pumping ni adalah cara untuk wujudkan lebih demand pada badan dengan cara seakan hisapan baby yang kejap menyusu, berhenti, menyusu balik, tertido, hisap balik. Haaa camtulah lebih kurang. Dengan cara ni, signal akan dihantar ke otak yang kita perlukan susu lebih so badan akan process dan produce susu lebih banyak untuk memenuhi demand baby. Power pumping ni perlu di buat banyak kali untuk dapatkan hasil yang memuaskan. Bila nak ...

Persediaan menanti kehadiran orang baru

Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google) Untuk mommies yang bakal bersalin, pasti perasaan teruja tu membuak-buak. Rasa tak sabar nak tatap orang yang selama ni dinanti-nanti. Macamanalah agaknya rupa cinta hati kita yang comel tu. Dalam keterujaan tu, jangan lupa siap-siapkan barang nak pergi hospital nanti. Masa Kak Dee mengandung anak first dulu, agak lambat dan tak banyak barang pun beli. Kak Dee just beli barang yang perlu sahaja. Tu yang sampai terlepas pandang masa dalam wad nak salinkan pampers Aufa, wipes takde! Kenalah tebalkan muka pinjam kakak katil sebelah tu. Huhu Ok, jom kita buat checklist sikit tengok barang apa yang kita nak kena bawak. Simpan siap-siap letak dalam beg. Lepastu letak depan muka pintu. Tak pun dalam kereta je sentiasa. So, nanti mudah. Bila nak bersalin nanti terus capai je. 1. Kad pengenalan 2. Buku merah (buku mengandung taw! bukan passport) 3. Sweater 4. Barang mandi (sabun, berus gigi, ubat gigi) . Bawak yang...

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah

Kak Dee share ni untuk rujukan dan peringatan buat diri Kak Dee sendiri juga. Semoga bermanfaat. 1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan. 2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman. 3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi. 4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu. 5. Kemudian solat sunat ...

Cara rawat muka berjerawat

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google) Pagi tadi dalam keta sementara nak ke tempat kerja sempat jugak dengar IKIM. Tetiba Prof. Muhaya share pasal hidup dalam kepura-puraan. Dia cakap, kalau cari pasangan biarlah kita suka seadanya dia. Kalau perempuan tu jenis mekap tebal dan lelaki tu suka perempuan tu sebab cantik tetapi dengan mekap yang tebal, agaknya macamanalah lepas kawen nanti? Apelah reaksi si suami bila tengok rupa isteri disebalik mekap yang tebal tu? Husband Kak Dee cakap, "Ha, dengar tu. Benda ni abang dah cakap dari sebelum dia cakap lagi. Abang ni dah tahap profesor dah" Kak Dee pandang husband dengan ekor mata. Sila bayangkan muka Kak Dee yang buat derrrkk je. Hehe😏 Kak Dee pun tanya, "Abang dulu suka saya sebab ape?" Husband, "Tang jerawat tu" sambil ketawa besar. Lawak sangatlah tu? Rasa macam nak wrestling orang je papagi ni kan. Haha. Tapi betullah, dulu masa kenal dengan husband Kak Dee muka ...

Bayi kerap bangun malam

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google) Penat, kan kalau baby asyik bangun malam sebab nak menyusu. Kak Dee pun keletihan lately ni sebab Husna asyik bangun dua tiga kali juga sebab nak menyusu. Selalunya Kak Dee akan bangun pagi-pagi sebab nak mengepam. La ni tak dan dah sebab sedar-sedar je dah sampai waktu kena bersiap 😢 Kak Dee kalau lepas balik kerja, awal lagi dah masuk bilik tidur. Sambil susukan anak, mak dia pun tidur sekali. Itu perkara biasa kan? Hehe. Kenapa baby selalu bangun malam nak menyusu? Satu, sebab baby semakin membesar. Kedua, sebab susu ibu mudah dihadam. Selalunya setiap 2 jam baby akan bangun nak menyusu. (Kak Dee rasa macam tak sampai 2 jam pun. Macam baru je kejap tadi lelap mata. Huhu) Maybe ada mommies yang confuse dan risau kot lah yang anak dia tak cukup susu ke sebab kejap-kejap bangun, kan? Bukan pasal susu tak cukup ya. So, no worries. Susu kita sentiasa cukup untuk baby kita. Janganlah mengeluh kalau ...

Penyusuan itu tidak ternilai

Imej
Teks : Radhiah Abu Foro : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google) Jalan penyusuan ni berliku-liku dan memenatkan. Kadang-kadang ada yang give up dan rasa macam nak berhentikan saje susu badan dan beri susu formula. Sabar. Memang ianya memenatkan tapi ia juga sangat menyeronokkan. Malah, menjimatkan disamping kita membantu bayi kita menguatkan antibodi dia kan. Ok, berapa banyak kalori yang diperlukan untuk ibu menyusu? Sebenarnya takde jawapan yang tepat tapi secara puratanya mommies memerlukan antara 2000-2500 kalori setiap hari untuk anak yang disusukan selama 6 bulan yang pertama. Kenapa? Sebab waktu ni bayi kita bergantung sepenuhnya pada susu ibu. Selepas 6 bulan biasanya mommies dah perkenalkan bayi dengan makanan. Secara lazimnya kita mesti tahu dah ibu menyusu ni mudah sangat lapar. Sentiasa rasa nak makan. Kalau tak rasa lapar sekalipun, mommies tetap kena makan sebab nak maintainkan penghasilan susu untuk si manja. Bila makan kurang dan tidak berkhasiat, nutrisi kep...

Normal atau pembedahan. Mana satu pilihan anda?

Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google) Kalau dah pregnant mestilah kena bersalin, kan? Takkan nak biarkan je baby dalam perut tu sampai bila-bila walaupun pengalaman mengandung tu mengasyikkan. Hehe. Tapi kalau cakap bab bersalin ni, mesti bercampur baur rasa. Tak tahu nak rasa eksaited ke, takut ke, ngeri ke. Lagi-lagi kalau dengar cerita orang. Aduuuhhh seriau rasanya. Tu baru dengar cerita orang. Yang dah pernah rasa pulak? Lagi ngeri sebab dah tahu macam mana rasa sakitnya. Haha. Zaman sekarang ni dah canggih kan. Kalau dulu guna mak bidan dah tentulah kena bersalin normal. Sekarang ni kekadang ada tu awal-awal lagi dah request nak bersalin Caesarean. Adesss Pengalaman bersalin setiap orang berbeza bergantung pada siapa dan apa masalah yang dihadapi. Yang paling penting, mommies atau first time mommies kena persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan persiapan fizikal dan mental. Ini semua adalah proses fitrah dimana ibu yang mengandung perlu si...

Persediaan Menghadapi Kelahiran

Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google) Assalamualaikum semua. Entri kali ni untuk mommies yang bakal melahirkan baby. Mesti rasa dup dap dup dap kan. Apalah nasib kita agaknya. Setiap orang pengalaman bersalin dia berbeza. Tapi, tanda-tanda nak bersalin sama. So, hari ni Kak Dee nak share tanda-tanda yang mommies bakal melahirkan bayi yang dinanti tak lama lagi. TANDA-TANDA NAK BERSALIN i) Lendir bercampur darah Lendir bercampur darah disebabkan sumbatan yang tebal pada mulut rahim terlepas sehingga menyebabkan terkeluarnya lendir yang berwarna kemerah-merahan kerana bercampur dengan darah. Pengalaman bersalin kedua Kak Dee kena tanda bersalin yang ni. Masa tu Kak Dee konfius samada memang betul nak bersalin atau hanya tanda awal sahaja sebab : Pengeluaran lendir dan darah akan terjadi beberapa hari sebelum bersalin. Jadi, mommies kena tunggu sampai mendapat kontraksi yang teratur atau air ketuban pecah sebelum kita ke hospital. Masa tu...

Testing 1,2,3

Teks : Radhiah Abu Ya Allah, happynya. Rupanya kalau nak update blog guna PC boleh je kat opis ni sebab selama ni Kak Dee punyalah gigih update guna handphone. Mana taknya, kalau google then nak bukak page yang ade dot blogspot tak boleh bukak. So Kak Dee assume nak update blog pun tak boleh lah agaknya. Ni Kak Dee try bukak, boleh pulak. Ni yang terus post cerita ni. Hehe. So, Kak Dee dah tak boleh nak beralasan lagi dah. Boleh curi masa time rehat untuk update blog. See ya. With lot of luv, Kak Dee. Pengedar sah Shaklee Melaka.

Bila sepatutnya datang bulan selepas bersalin?

Teks : Radhiah Abu Ramai juga ibu-ibu yang baru lepas bersalin dok tertunggu-tunggu bila agaknya dia akan datang haid atau period semula lepas bersalin. Ada juga yang risau kot la dia mengandung lagi ke? Hehe. Rileks mommies. Kak Dee dulu pun risau juga sebab bila Kak Dee tanya pengalaman mak Kak Dee, dia period semula dalam jangkamasa yang sekejap lepas nifas berakhir. Tapi Kak Dee pulak, sampai 7 bulan baru period semula. Kawan Kak Dee pula sampai sekarang, dah 5 tahun tak period sejak lahirkan anak pertama. Lama,kan? Yang kawan Kak Dee ni kes lain. Dia mengandung, bersalin, menyusukan bayi sehingga 9 bulan then dapat tahu mengandung semula anak yang kedua. Then dia pregnant kali kedua, bersalin dan menyusukan. Dan, dia juga pakai implan untuk jarakkan kehamilan. Jadi, itu salah satu faktornya dia tak period selama 5 tahun. Dia kira jangkamasa tu since dia pregnant anak yang first. Bila pregnant kan tak period. Kalau yang period dan mengandung tu, kes-kes terpencil. So, bila ...

Tips untuk ibu berpantang

Teks : Radhiah Abu Sumber : Google Seronokkan bila lepas bersalin. Hilang semua kesakitan dan kepayahan yang kita rasa sepanjang waktu mengandung, sampailah melahirkan. Lagi lagi kalau first time mommy. Mesti rasa eksaited sampai rasa nak tatap je baby tu. Rasa nak peluk cium sentiasa anak syurga tu. Best sangat bau baby. 😍 Kak Dee yang tengah type ni pun tetiba rasa rindu kat anak-anak dara Kak Dee kat rumah tu. Balik kerja sat lagi memang kena gomol jela diorang tu dengan Kak Dee. Busuk busuk pun cium jugak. Nanti kalau dah besar, hilang dah masa emas ni. Ok, sambung balik. Hehe. Walaupun kita rasa teruja sangat. Kita kena juga ambil kesah kat diri kita, pemakanan kita, diet kita camana. Semua still kena jaga. Jangan buat tak endah je. So, tips untuk ibu baru lepas bersalin ni Kak Dee share dalam bentuk ayat yang lebih mudah mommies nak faham. 1. Biar lambat tapi mantap Ni majoriti mak mak ni paling risau bab berat badan kan. Risau naw kalau berat dia tak turun. Hehe. Jan...

Betul ke susu drop masa bulan puasa?

Teks : Radhiah Abu Perkara yang paling risau untuk first time mummy ialah bersalin dan menyusukan anak. Takut nak bersalin. Dok pikir ape naseb kita masa bersalin. Dan normally, rata rata nak bersalin normal,kan. Sape yang nak ade komplikasi masa bersalin. Betol tak? Semua nak segalanya berjalan dengan tenang dan lancar. Dan, pengalaman bersalin setiap anak berbeza beza. Bab menyusu pulak, mak mak ni paling risau kalau susu untuk anak tak cukup. Samalah macam Kak Dee. Masa bersalinkan Aufa dulu kita panik bila anak menangis je kuat kuat. Seriously. Dan, Kak Dee tak tahu bila masa sesuai nak pam susu untuk bekalan anak bila dah start kerja nanti. At last, baru masuk kerja 2-3 minggu, bekalan susu makin menyusut. Kak Dee pulak tak pam ikut jadual. Konon makan macam macam milk booster tapi tak jadi. Sebabnya? Kak Dee tak pam ikut jadual. Makanlah segala mak nenek milkbooster sekalipun, tapi kita tak pam dengan konsisten, macamana nak harap susu meningkat? Ingat, konsep de...

Kue teow kungfu tu milkbbooster?

Teks : Radhiah Abu Eh, betul ke kue teow kungfu tu milkbooster? Entahlah. Tapi dua tiga kali jugak kalau Kak Dee pergi singgah makan kat kedai then order kue teow kungfu, esok pagi tu mesti miss B rasa berat. Nak taknak kena pam jugak. Kalau dibiarkan boleh bengkak. Apa agaknya yang ada dalam kue teow kungfu yang buatkan susu kita jadi banyak? Kak Dee rasa sebabkan dia ada ayam, telur, kengkadang ada kedai yang best sikit tu siap ada daging, sotong dengan udang sekali. Maybe sebab kue teow kungfu tu ada sumber protein. Masa menyusu ni, kita digalakkan ambil makanan dari sumber protein lebih sikit. Sebab tu dalam Shaklee kita suggest ESP. Selain dia bertindak memekatkan susu, dia bagi kulit kita jadi cantik juga taw. Kalau pengambilannya secara konsistenlah. 😊 Yang paling best ialah Alfalfa untuk tambah susu ibu. Sekarang ni semua mommies berlumba lumba nak susukan anak dengan susu ibu sepenuhnya sampai 2 tahun Samalah dengan Kak Dee. Harapnya impian dan cita cita Kak Dee ni seir...

Set penyusuan Shaklee

Teks : Radhiah Abu Yeehuu! Kak Dee teruja harini sebab hasil tuaian Kak Dee harini dalam 21 ounz macam tu. Krik krik krik. Mungkin bagi mommies yang dah biasa pam dapat banyak rasa macam biasa je. Tapi bagi Kak Dee, Kak Dee rasa happy sesangat. Yela, bayangkan. Masa memula masuk kerja Kak Dee pam sekali dapat 7ounz. Lepastu dah busy semua, dah skip waktu pam, memang drop habislah gamaknya. Yes, I know. My mistake. Sibuk macamana sekalipun jangan sesekali abaikan waktu mengepam. Makanlah segala macam mak nenek supplement sekalipun, kalau jadual mengepam tak jaga, jangan berangan susu nak banyak ya. Ingat tu. Hehe. Semalam lepas dengar ceramah pasal Alfalfa untuk tambah susu ibu, Kak Dee terus nekad nak makan Alfalfa harini. Padahal ade je selama ni dalam pillbox bawak tetiap hari tapi disebabkan kesedaran yang kurang, maka jadilah kalau ingat makan, kalau tak ingat takdelah makan. Ishhhh bila nak sedar ni Kak Dee oii. Berangan nak full breastfeed sangat kan. Naseb baik dah kemb...

Kesihatan yang baik bermula dengan nutrisi yang sihat

Teks : Radhiah Abu Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wmt.wbt. Alhamdulillah, hari ni masih Allah izinkan untuk bernafas dan menjalani kehidupan seperti biasa, Berbekalkan sistem badan yang kompleks, Kak Dee cuba untuk menjaga kurniaan Allah ni sebaik mungkin. Mulakan hari dengan syukur dan selawat. Sementara nak bersiap pagi ni, Kak Dee nak tinggalkan sikit jejak. Suami Kak Dee pernah cakap dengan Kak Dee. Dia mintak Kak Dee bertahan sikit untuk berbelanja lebih demi untuk merealisasikan impian kami untuk membina rumah sendiri. Kak Dee ok je. Hehe. Tapi, Kak Dee dah siap siap bagitahu dia yang Kak Dee insyaAllah boleh kawal nafsu untuk benda lain tapi bukan Shaklee. Kak Dee addicted untuk menjaga kesihatan kami sekeluarga. Kak Dee minta izin pada suami untuk beli bekalan makanan kesihatan kami sekeluarga setiap bulan. Alhamdulillah suami izinkan. Restu suami tu kan penting. Kita ni selalu terdedah dengan bahan kimia dan pencemaran asap setiap hari. Udara kita ...

Ostematrix bantu masalah sembelit

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu Masalah sembelit ni bukan perkara yang boleh dipandang remeh ya. Sebab, dengan sembelitlah boleh berlakunya buasir, usus bengkak, saluran najis luka dan sebagainya. Especially ibu berpantang. Perkara ni adalah perkara yang paling mengerikan sampai nak buang air pun takut. Sudahnya, lagi lama najis tu disimpan lagilah sembelit berlaku. Tapi jangan sedih dan bermuram durja, masalah anda masih boleh diselesaikan dengan pengambilan Ostematrix. Malam tu anda akan tidur dengan lena, esoknya bangun pagi tersenyum je lepas membuang sebab masalah pembuangan anda selesai dengan jayanya. Tak payah dah nak duduk dalam tandas berlama-lama. Dan yang paling penting, bangun pagi terus automatik nak cari tandas. So, macamana Ostematrix ni membantu masalah sembelit ni? Dalam Ostematrix terdapat Magnesium yang boleh membantu mengelakkan sembelit. Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan menggesa berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang me...

Cara teran bersalin yang betul

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google) Pengalaman Kak Dee bersalin kali ni berbeza dari pengalaman bersalin anak pertama. Memang betul orang cakap pengalaman bersalin setiap anak berbeza. Masa Aufa dulu Kak Dee keluar tanda air ketuban bercampur darah, kali ni Kak Dee keluar tanda darah. Alhamdulillah rasa sakit tu taklah macam yang selalu Kak Dee dengar pengalaman orang. Kak Dee pun tak ingat sangat tapi rasanya sama je sakitnya keluar tanda air ketuban atau keluar tanda darah. Kali ni Kak Dee tak buat persediaan study semula cara meneran yang betul. Ya, Kak Dee bersalin tanpa gunting tapi koyakan Kak Dee sangat banyak sebab Kak Dee tanpa sedar dah terangkat punggung masa cuba nak tarik pergelangan kaki Kak Dee. Husband pula tak dapat teman. Sedikit kesedihan tapi Kak Dee bersyukur sebab lepas je jumpa suami untuk sesi bermaafan dan berselfie (sempat lagi tu..hehe), Kak Dee dibawa ke labour room. Naik je atas katil, terus air ketuban pecah dan baby...

Kesihatan bayi melalui najis

Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google) Kak Dee selalu jugak tertanya-tanya kenapa Husna najisnya berwarna hijau kekuningan kadang-kadang. Korang ada tak menghadapi kemusykilan yang sama? Baru Kak Dee tahu sebenarnya yang warna hijau tu disebabkan cara penyusuan kita yang tak betul. Baby hanya minum susu yang bahagian depan je iaitu foremilk. Dia tak hisap sampai habis atau sampai mencapai susu bahagian belakang yang lebih pekat iaitu hindmilk. Dan, ia salah satu sebab baby cepat lapar. Yelah, cuba bayangkan kita hanya dapat minum air je, tak dapat makan nasi. Mestilah cepat lapar kan? Macam tu jugak baby. Meh Kak Dee share sikit cara nak tahu kesihatan baby melalui najis. 🌼 Kuning Warna ni normal kalau baby tu dapat susu dari ibunya semata-mata, tanpa campuran dengan susu formula. Ni sebab baby dapat susu dari foremilk (susu bahagian hadapan payudara) dan hindmilk (susu dari payudara belakang ibu) 🍀 Hijau Masih dalam kategori normal tapi kal...

Tanda-tanda bersalin

Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google) Tahu ke, masa Kak Dee bersalin 3 Februari 2017 haritu, malam sebelumnya Kak Dee dok merempit dengan husband Kak Dee. Hehe. Kak Dee memang dah rasa instinct yang Kak Dee maybe akan bersalin awal. Tapi Kak Dee just buat tu sebagai satu gurauan je. Masa Aufa dulu Kak Dee memang lahirkan dia ikut tarikh jangkaan. Cuma awal sehari je. Sebab tulah Kak Dee boleh dok rileks lagi. Sekali, amekaw! Husna lahir awal 2 minggu. Kalau Kak Dee tak tergerak nak kemas barang minggu lepas, memang kelam kabut jugaklah pagi tu agaknya. Padahal doktor baru je lepas cakap masa check up hari Rabu tu yang Kak Dee dah 37 minggu so bila-bila boleh bersalin. Memang bila-bila lah jadinya sebab hari Jumaat tu dah bersalin. Haha Pagi Jumaat tu entah macamana, Kak Dee tiba-tiba rasa kejang kaki. Padahal sepanjang hamil tu tak pernah kena pun sebab kan Kak Dee amalkan Ostematrix, Ostematrix selain untuk kalsium, kan boleh elakkan simpul biawak...

Prolonge Jaundis dan cara mengatasinya

Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google) Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah akhirnya jaundis baby Husna turun juga akhirnya setelah sebulan. Phewww memang agak stress dan bimbang bila benda ni berlaku. Tapi, kita kena hadapi dengan sabar dan redha disamping usaha dan tawakkal pada Allah.  Paling tinggi bacaan kuning Husna ialah pada hari ke-6 iaitu 17.4mg/dl. Masa tu memang agak terkejutlah sebab sehari sebelum tu pergi check dekat Klinik Amal 12.2 mg/dl. Kak Dee terus bawa ke Klinik Amal semula sebab rasa tak puas hati kenapa naik mendadak. Tapi, doktor taknak ambil bacaan bila tahu dah ambil darah pagi tu. Dia just nasihatkan untuk kami sewa mesin fototerapi. Orang selalu panggil lampu biru. Rupanya nurse tu beritahu tak boleh ambil darah dua kali dalam satu hari. Dalam 3 hari juga kami sewa mesin fototerapi tu. Tapi bila bawa g klinik. doktor tengok je terus cakap masih tinggi lagi kuning dia ni. Stress juga bila tengok sebab kadang tengok ...

Pengenalan Bisnes dan khidmat yang ditawarkan

Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google) Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Setelah sekian lama menulis, mungkin ada sesetengah sahabat pembaca yang tak tahu apa yang Kak Dee sedang perjuangkan untuk masyarakat dan orang ramai. Kak Dee, sukakan kecantikan dan of course sentiasa nak sihat. Sesekali diuji dengan masalah kesihatan itu adalah untuk mengajar kita menghargai nikmat sihat yang mahal harganya. Kalau kata supplement dan makanan untuk kesihatan, mak Kak Dee memang sentiasa bekalkan untuk Kak Dee dari zaman sekolah lagi macam Madu, Habbatussauda, Air Za'faran, Kopi kesihatan untuk sentiasa cergas dan sebagainya. So Kak Dee memang dari awal terdedah dengan supplement ni. Selain dari tu, Kak Dee juga amalkan Homeopathy untuk kesihatan. Semasa Kak Dee praktikal, Kak Dee mengalami masalah kulit wajah yang sangat teruk sampai nak angkat muka pun malu. Macam-macam produk yang Kak Dee cuba untuk hilangkan masalah yang Kak Dee hadapi ta...

Klinik Pakar Kanak-Kanak HPSF Muar Johor

Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google) Hari ke-11. Menuju ke Klinik Pakar Kanak-Kanak di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar Johor untuk check jantung baby yang disuspek ada Murmur (istilah medic). Katanya ada bunyi. Ada saluran di jantung baby yang sepatutnya tertutup selepas dilahirkan, tapi Husna punya jantung berbunyi so bermakna saluran tersebut masih terbuka. Husna anak yang istimewa dan solehah. Kami diuji dengan masalah kuning yang agak lama dan juga ini kes jantung pula. Semoga tiada yang serius sebab tadi lepas X-Ray doktor cakap nampak macam takde masalah. Esok kena berulang semula ke sini untuk check jantung semula dan follow up. Semoga Husna sihat walafiat dan tiada masalah apa-apa. Aamiin. Allah sahaja tempat kami bergantung harap. Mengikut kata sister yang Kak Dee tanya tempoh hari semasa dalam wad, katanya insyaAllah takde pape. Doktor just nak follow up dan pastikan saluran tersebut tertutup. Tiada yang serius. InsyaAllah. Kak De...

Cara kejut bayi kuning

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google) Again, hari ke-10, Kak Dee di sini. Nak check kuning baby Husna. Kuning Husna turun naik dan paling tinggi 17.4 hari ke-6. Terkejut sangat masa tu sebab terlalu mendadak naiknya. Terus bawa ke Klinik Amal & Surgeri Bukit Katil. Ingatkan nak check semula sebab rasa macam tak percaya naik mendadak sekali dari 12.2 ke 17.4. Tapi doktor taknak check pula. Dia just suruh sewa lampu Fototerapi tu je. Nurse tu beritahu, tak boleh ambil darah sampai 2 kali dalam hari yang sama. Harini, bacaan kuning Husna 12.4. Hmm..masih sama macam sebelumnya sebab last check haritu dah turun 12.0. Apa yang Kak Dee perasan, kuning Husna naik mendadak bila masuk waktu tengahari. Malam tadi nampak dah kurang dah. So Kak Dee pun Google cara kejutkan bayi kuning. Husna susah sangat nak dikejutkan. Macam-macam cara dah buat, tapi Husna masih tetap tegar tidur. Dah suapkan susu masuk dalam mulut dia pun masih buat tak tahu dan lebi...

Tips elakkan muntah semasa minum air gula

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google) Bismillahirrahmanirrahim.. Again, I'm here!! Ini adalah kali ketiga saya minum air gula sepanjang kehamilan ni. Mesti ada yang pelik,kan kenapa sampai 3 kali dok minum air gula. Ada orang 2 kali je dan ada yang bernasib baik tak minum langsung! Masa Aufa dulu saya kena minum sekali je. Apa yang saya dengar sekarang ni diwajibkan minum air gula 2 kali, trimester kedua dan trimester ketiga. Saya tahu, minum air gula ni adalah perkara yang paling mengerikan. Lebih ngeri dari tengok cerita hantu. Dengar kena minum air gula je pun dah rasa mual nak muntah kan? Actually, saya kena minum kali ketiga ni sebab doktor yang suruh. Sebab keputusan minum air gula kali kedua ada sedikit kemusykilan pada result dia. Result darah sebelum minum air gula tinggi dari selepas minum air gula. So, kena repeat semula. Dan, masa kali kedua tu saya disahkan ada MGTT walaupun saya tahu dan saya bangkang habis-habisan sebab sa...