Kue teow kungfu tu milkbbooster?

Teks : Radhiah Abu

Eh, betul ke kue teow kungfu tu milkbooster? Entahlah. Tapi dua tiga kali jugak kalau Kak Dee pergi singgah makan kat kedai then order kue teow kungfu, esok pagi tu mesti miss B rasa berat. Nak taknak kena pam jugak. Kalau dibiarkan boleh bengkak.

Apa agaknya yang ada dalam kue teow kungfu yang buatkan susu kita jadi banyak? Kak Dee rasa sebabkan dia ada ayam, telur, kengkadang ada kedai yang best sikit tu siap ada daging, sotong dengan udang sekali. Maybe sebab kue teow kungfu tu ada sumber protein. Masa menyusu ni, kita digalakkan ambil makanan dari sumber protein lebih sikit. Sebab tu dalam Shaklee kita suggest ESP. Selain dia bertindak memekatkan susu, dia bagi kulit kita jadi cantik juga taw. Kalau pengambilannya secara konsistenlah. 😊

Yang paling best ialah Alfalfa untuk tambah susu ibu. Sekarang ni semua mommies berlumba lumba nak susukan anak dengan susu ibu sepenuhnya sampai 2 tahun Samalah dengan Kak Dee. Harapnya impian dan cita cita Kak Dee ni seiring dengan usaha. Kalau kita makan milkbooster bergelen gelen, tapi jadual mengepam ke laut, jangan tanya kenapa susu makin kurang tapi berat makin naik ya.

Dalam hal milkbooster ni, setiap orang lain lain dia punya milkbooster. So, kena try and adjust. Tak semestinya milkbooster tu elok untuk si A, elok juga untuk si B. Kadang si B makan tak menjadi pun. Macam kawan Kak Dee, milkbooster dia kopi pekat tu. Tapi tak berapa eloklah kan kalau nak amalkan kopi selalu. Ye dok? Adik ipar Kak Dee pulak milkbooster dia oats. Dia makan oats sebelum tido, esok pagi tu dia pam dapat 9oz. Banyak kan? Try la. Mana tahu sesuai dengan mommies.

Kalau ada yang rasa nak try set penyusuan Shaklee boleh jugak roger roger Kak Dee. Selain kita dapat susukan baby, kita dapat lengkapkan nutrisi dalam badan kita. Kadang kadang kita tak perasan ada vitamin perlu yang terkurang dalam pengambilan makanan harian kita. Tak campur lagi dengan makanan yang dah berkurang vitamin dan mineral dia semasa dalam proses memasak. So, inilah cara yang paling mudah dan ringkas nak topup mana mana vitamin yang terkurang.

Roger Kak Dee untuk soalan lanjut pasal penyusuan :

Radhiah Abu
012-3473350
FB : Radhiah Abu

Set penyusuan Shaklee

Teks : Radhiah Abu



Yeehuu!
Kak Dee teruja harini sebab hasil tuaian Kak Dee harini dalam 21 ounz macam tu. Krik krik krik. Mungkin bagi mommies yang dah biasa pam dapat banyak rasa macam biasa je. Tapi bagi Kak Dee, Kak Dee rasa happy sesangat.

Yela, bayangkan. Masa memula masuk kerja Kak Dee pam sekali dapat 7ounz. Lepastu dah busy semua, dah skip waktu pam, memang drop habislah gamaknya. Yes, I know. My mistake. Sibuk macamana sekalipun jangan sesekali abaikan waktu mengepam. Makanlah segala macam mak nenek supplement sekalipun, kalau jadual mengepam tak jaga, jangan berangan susu nak banyak ya. Ingat tu. Hehe.

Semalam lepas dengar ceramah pasal Alfalfa untuk tambah susu ibu, Kak Dee terus nekad nak makan Alfalfa harini. Padahal ade je selama ni dalam pillbox bawak tetiap hari tapi disebabkan kesedaran yang kurang, maka jadilah kalau ingat makan, kalau tak ingat takdelah makan. Ishhhh bila nak sedar ni Kak Dee oii. Berangan nak full breastfeed sangat kan. Naseb baik dah kembali ke pangkal jalan.

Selama ni setiap hari Kak Dee konsisten makan 3 beradik tu. Vitalea, B Complex dengan Vitamin C. Selain memang diorang ni termasuk jugak dalam set menyusu Shaklee, diorang ni terbaik taw sebagai vitamin asas yang kita kena ambil setiap hari benornya. Nak bagi sel dalam badan kita dapat vitamin secukupnya. Setiap hari pun rasa cergas.

Setiap pagi, Kak Dee minum ESP dengan Omega Guard. Selain untuk pekatkan susu, ESP untuk buatkan Kak Dee rasa kenyang lama sikit. Errrr tapi untuk Kak Dee tak lah kot. Sebab dari pagi sampai balik kerja dok mengunyah je. Ni lebih kepada nafsu makan yang tak terkawal. Haha 😜 Omega Guard pulak selain untuk bakor lemak lemak dalam badan, dia bagus juga untuk otak Kak Dee dan jugak otak baby. Kita kan bagi susu kat baby. At the same time baby dapatlah kebaikan tu kan? Omega ni kaya dengan EPA dan DHA yang selalu dalam iklan tu.

Lepasni Kak Dee kena tambah dengan Alfalfa pulak. Walaupun Alfalfa tu satu satunya vitamin dalam Shaklee yang Kak Dee rasa susah nak telan. Kalau makan mesti rasa tersekat. Maybe sebab dia kesat sikit kot. Dia kan sejenis herba. Banyak kebaikan Alfalfa ni taw. Bukan untuk tambah susu je, dia boleh jugak untuk kurus, untuk mengatasi masalah keputihan, untuk detoks, untuk merapatkan. Macam macamlah. Besssstttt.

Kalau agak-agak jenis susah nak telan tablet tu kan, Alfalfa ni boleh je rendam dalam air panas buat macam teh herba. Best best best. Rasa segar je. Alfalfa kalau ade yang tak tahu, 10 biji yang disarankan ambil setiap hari tu bersamaan dengan segelas susu. Sebab tu dia tak boleh diambil bersama dengan Vitalea.

Ok lah, tu jelah kot setakat ni. Kak Dee punya husband dah sampai dah tu. Kak Dee baru nak balik kerja ni naaaakkk. Malam nanti sebelum tido jangan lupa ambil Ostematrix 4 biji ya. Untuk dapatkan tidur yang lena dan membuang dengan jayanya esok pagi. Hehe.

Siapa nak dapatkan set menyusu Shaklee dari Kak Dee dan konsultasi percuma dari Kak Dee, boleh contact:

Radhiah Abu
012-3473350
FB : Radhiah Abu

Kesihatan yang baik bermula dengan nutrisi yang sihat

Teks : Radhiah Abu


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wmt.wbt.

Alhamdulillah, hari ni masih Allah izinkan untuk bernafas dan menjalani kehidupan seperti biasa, Berbekalkan sistem badan yang kompleks, Kak Dee cuba untuk menjaga kurniaan Allah ni sebaik mungkin. Mulakan hari dengan syukur dan selawat.

Sementara nak bersiap pagi ni, Kak Dee nak tinggalkan sikit jejak. Suami Kak Dee pernah cakap dengan Kak Dee. Dia mintak Kak Dee bertahan sikit untuk berbelanja lebih demi untuk merealisasikan impian kami untuk membina rumah sendiri. Kak Dee ok je. Hehe. Tapi, Kak Dee dah siap siap bagitahu dia yang Kak Dee insyaAllah boleh kawal nafsu untuk benda lain tapi bukan Shaklee. Kak Dee addicted untuk menjaga kesihatan kami sekeluarga. Kak Dee minta izin pada suami untuk beli bekalan makanan kesihatan kami sekeluarga setiap bulan. Alhamdulillah suami izinkan. Restu suami tu kan penting.

Kita ni selalu terdedah dengan bahan kimia dan pencemaran asap setiap hari. Udara kita makin tak bersih dari sehari ke sehari. Banyak pokok pokok dah kena tebang. Dapat pulak kita ni nafsu makan nak makan macam macam kan. Makanan pulak bukan jenis dari yang sihat. Semua berlemak, bergula, bergaram, MSG tinggi. Kita pulak jenis yang bekerjaya. Jenis nak cepat dan segera memanjang. Bila masa nak dapat makanan yang sihat dan cukup segala vitamin dan mineral untuk kekalkan nutrisi yang baik dalam badan kita?

Haaaa kan Kak Dee dah membebel tu. Fikirlah sendiri. Hehe.

Ni jelah satu satunya cara untuk kita lengkapkan nutrisi dalam badan kita iaitu dengan pengambilan vitamin dan mineral seharian dengan Shaklee. Apa yang kita tak perlu nak risau, Shaklee dah siap siap dah buatkan kajian klinikal untuk kita. Dia dah siap dah kirakan berapa dos vitamin dan mineral yang kita perlu ambil dan perlu makan setiap hari. Dia dah completekan siap siap dah vitamin pelengkap apa yang perlu ada dalam setiap vitamin dan mineral yang kita perlu ambil tu supaya stabil pengambilan dia. Tugas kita hanya perlu makan je ikut apa yang disarankan. Lepastu jangan lupa jaga pemakanan dan juga senaman.

Selingan. Terkejut beruk Kak Dee dengar pintu tertutup sendiri! Naseb baik tak kena heart attack. Allahu Akbar. Angin bertiup tadi. Oklah, maybe tu petanda suruh Kak Dee stop membebel. Kak Dee nak siap-siap barang nak pergi kerja ni.

Kalau ada yang berminat nak dapatkan vitamin Shaklee dan konsultasi dari Kak Dee, boleh terus contact Kak Dee ok.

Radhiah Abu
012-3473350
FB : Radhiah Abu

Ingat. Kesihatan yang baik bermula dengan nutrisi yang sihat.
Assalamualaikum. :)