Normal atau pembedahan. Mana satu pilihan anda?

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google)

Kalau dah pregnant mestilah kena bersalin, kan? Takkan nak biarkan je baby dalam perut tu sampai bila-bila walaupun pengalaman mengandung tu mengasyikkan. Hehe. Tapi kalau cakap bab bersalin ni, mesti bercampur baur rasa. Tak tahu nak rasa eksaited ke, takut ke, ngeri ke. Lagi-lagi kalau dengar cerita orang. Aduuuhhh seriau rasanya. Tu baru dengar cerita orang. Yang dah pernah rasa pulak? Lagi ngeri sebab dah tahu macam mana rasa sakitnya. Haha.

Zaman sekarang ni dah canggih kan. Kalau dulu guna mak bidan dah tentulah kena bersalin normal. Sekarang ni kekadang ada tu awal-awal lagi dah request nak bersalin Caesarean. Adesss

Pengalaman bersalin setiap orang berbeza bergantung pada siapa dan apa masalah yang dihadapi. Yang paling penting, mommies atau first time mommies kena persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan persiapan fizikal dan mental. Ini semua adalah proses fitrah dimana ibu yang mengandung perlu siapkan diri untuk hadapi semua ni. Tak lupa juga sokongan moral dari suami dan juga keluarga.

Seeloknya elakkan bersalin secara pembedahan sebab kita kena tahu apa kesan jangka masa panjang yang bakal kita hadapi. Bayangkan perut kita ditoreh sebanyak tujuh lapisan. Fuhhh. Proses melahirkan melalui pembedahan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih berbanding bersalin normal. Namun, ada juga mommies yang terpaksa bersalin secara pembedahan atas sebab yang tak dapat dielakkan seperti darah tinggi secara tiba-tiba, laluan normal melalui faraj yang sempit, baby songsang atau ada masalah kesihatan yang lain yang memerlukan pembedahan dilakukan.

Kesan jangka panjangnya ialah, ibu yang melahirkan secara pembedahan disarankan untuk tidak mengandung lagi dalam masa kurang dari 18 bulan dari tarikh pembedahan dilakukan. Sebabnya, ia mempunyai risiko tinggi untuk berlakunya koyakan pada rahim. Adesss Kak Dee yang dok type ni pun dah rasa kecut perut :(

Bersalin secara normal pula seharusnya tak punya masalah di zaman serba canggih ni. Kita pun tak perlu risau sebab dalam badan kita ada mekanisme fitrah yang memang dah sedia secara tersendiri untuk menghadapi proses kelahiran.

Perkara yang perlu mommies sediakan ialah perlu yakin bahawa proses bersalin secara normal adalah proses yang terbaik. Persiapkan diri dengan ilmu bersalin seperti bila nak meneran, cara pernafasan yang betul, cara meneran yang betul dan sebagainya. Sokongan dan doa suami dan ahli keluarga dan rakan-rakan adalah terpenting saat ni.

Walau bagaimana sekalipun kaedah yang terpaksa kita hadapi untuk proses bersalin ni samada secara normal atau pembedahan, kita doa anak kita sihat dan sempurna sifat fizikal dan mentalnya. Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. Kita dah usaha sebaik mungkin. Jadi serahkan selebihnya pada DIA.

Mommies yang nak dapatkan set bersalin yang bernutrisi lengkap boleh hubungi Kak Dee 012-3473350

With lots of luv,
Kak Dee
Pengedar Sah Shaklee anda :)

No comments:

Post a Comment