KELAS FACIAL TERKINI DI BAWAH TEAM BOTG 2022

 Bismillahirrahmanirrahim.

Perempuan dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Sebut sahaja cantik, maka macam-macam definisi yang akan muncul difikiran masing-masing. Ada yang rasa cantik itu melalui muka yang cantik, potongan badan persis model, budi bahasa yang cantik, tutur kata yang sopan. Apa sahajalah yang cantik di hati dan mata kita.

Maka dengan itu, projek Beauty On The Go (BOTG) ini iaitu bisnes spa bergerak tanpa kedai diwujudkan untuk membantu para wanita tampil cantik, berkeyakinan, sihat luar dan dalam, disamping dapat menjana pendapatan. Ia adalah salah satu projek untuk memperkasakan kaum wanita.

Kursus facial spa terkini yang ditawarkan oleh projek BOTG ini hanya berharga RM1,999 sahaja dimana ianya adalah kursus spa termurah dipasaran. Kenapa Kak Dee kata murah? Kerana kelas diluar sana anda perlu keluarkan modal yang lebih daripada ini. Percayalah! Kalau anda ambil kursus diluar sana, anda perlu keluarkan modal yang berlainan untuk semua yang bakal anda dapat dengan pakej RM1,999 ini.

Maksudnya untuk belajar skill facial anda perlu bayar lain, untuk belajar marketing anda perlu bayar lain, support group pun anda takkan dapat seistimewa BOTG 24/7. Paling koman pun dia bagi support group 2 minggu,lepastu pepandailah sendiri. Tapi tidak dengan BOTG kerana anda akan dibimbing sehingga berjaya capai impian anda selagimana anda mahu dibimbing.




Dengan pakej hanya RM1,999 SAHAJA ini, anda bakal dapat :

1. Produk skincare jenama YOUTH dan barangan Shaklee sebanyak 15 item
2. Kit mekap dan kelas mekap basic FREE!
3. Sijil tamat kursus. (Pada ketika ini anda telah pun menjadi salah seorang beautician!)
4. Set lengkap untuk memulakan facial spa anda
5. Support group yang membantu anda 24/7 beserta kelas marketing dan copywriting

Dengan projek BOTG ini juga anda bakal dapat 6 penjuru income!
Jika anda tidak berminat untuk buat servis, anda boleh beri tumpuan kepada 5 lagi penjuru income yang lain. Ha, rasa teringin nak tahu ke apa lagi 5 penjuru income yang HANYA ada dalam projek BOTG ni?

Jom sertai kami. Hanya yang benar-benar komited, yang bersungguh sahaja kami akan dedahkan apa 5 lagi penjuru rahsia tersebut. Takkanlah anda selamanya nak urut muka orang je kan? Anda mesti nak besarkan lagi sayap perniagaan anda. Betul?

Ha, nak beritahu juga ni. Dengan kursus Mobile Spa BOTG ini juga, anda boleh buka franchais ke seluruh Malaysia dengan hanya menggunakan teknik yang diajar di dalam kursus BOTG ini. Menarik, kan?

Jadi, apa tunggu lagi? Marilah daftar sekarang dengan projek Beauty On The Go yang super duper awesome ni sekarang. Contact je Kak Dee terus seperti di bawah :


Radhiah Abu
Shaklee Business Leader
Certified Beautician BOTG

Bestnya jadi Alumni Team Mobile Spa BOTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Asbab Mobile Spa BOTG ni, maka kembali aktif semula blog Kak Dee ni.

Actually, Kak Dee baru je lepas refresh ilmu kemahiran facial Kak Dee dengan salah seorang trainer BOTG. BOTG ni adalah singkatan untuk projek Beauty On The Go yang telah diberi nafas baru dimana pada tahun 2015 ia bermula dengan nama TWB (The Walking Beauty).

Pada masa itu, projek The Walking Beauty (TWB) hanya memfokuskan kepada aktiviti spa tapi kini ia tampil dengan pakej mekap sekali. Maka, wujudlah projek Beauty On The Go (BOTG).



Ni gambar masa Kak Dee lepas tamat sesi latihan tahun 2015


Ni gambar masa Kak Dee upgrade ilmu spa tahun 2018


Dan ini adalah gambar yang terkini pada 24 September 2022

Dengan itu, secara rasminya Kak Dee ialah salah seorang Alumni Team Mobile Spa BOTG. Apa yang best sangat dengan projek BOTG ni sampai Kak Dee banyak kali menjalani sesi latihan ni?

Meh Kak Dee senaraikan apa yang specialnya training di bawah BOTG?

    1. Kita akan menjalani sesi latihan secara one-to-one

    2. Kursus yang mengambil masa hanya 2 jam sahaja!

    3. Teknik dan latihannya sangat mudah untuk diikuti dan dipelajari

    4. Teknik dan kemahiran yang segar malar sepanjang zaman

    5. Selepas tamat sesi latihan, ahli BOTG akan dimasukkan ke dalam group khas untuk perkongsian ilmu, marketing dan copywriting. Kita akan dibimbing dari A-Z.

    6. Selepas lengkap task yang diberikan, ahli BOTG tersebut telah siap dan bersedia untuk memulakan perniagaan Mobile Spa atas nama sendiri. Yeah! Da boleh mula buat duit. Kaching kaching kaching.

    7. Ahli BOTG tersebut juga boleh membuka franchise ke seluruh Malaysia dengan hanya menggunakan ilmu yang telah dipelajari.


Best kan? Mudah sangat kursus dengan projek BOTG ni. Dengan teknik yang anda perolehi, anda boleh menjalankan perniagaan anda di mana-mana dan bila-bila masa.

Kak Dee yakin sangat-sangat lepas je anda tamat kursus, anda dah boleh mula buat duit dan dapatkan modal semula. Anda juga tak perlu fikir nak kena buat apa, nak guna produk apa. Sebabnya, dengan modal yang dikeluarkan, anda dah pun dapat barangan lengkap beserta kelas bimbingan 24/7.

Modal sekali, untung berkali-kali!

Macam Kak Dee, Kak Dee join projek BOTG ni sejak tahun 2015. Tapi sehingga kini Kak Dee masih menggunakan teknik yang diajar untuk menjana pendapatan.

So, apa tunggu lagi? Jom bersama kami team BOTG memulakan bisnes dan menjana pendapatan. Contact number ada di bawah :



Radhiah Abu (SID : 949172)
Your trusted & certified beautician BOTG
www.wasap.my/60123473350/BOTG



Selamat Tahun Baru 2022

 Bismillah. Assalamualaikum.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Allah masih beri peluang dan ruang, panjangkan umur sehingga ke saat ini untuk bertaubat dan beribadat kepada-NYA.

Sinonim dengan tahun baru ni mesti setiap orang ada azam baru kan?

Azam tahun lepas da tercapai ke belum? Kalau dah, ucap Alhamdulillah. Kalau belum, kita bermula semula dan fokus pada hari-hari dan saat-saat yang bakal mendatang. Adalah yang terbaik kalau azam ini kita perbaiki setiap masa, bukan tunggu tahun baru je.

Pagi ni Kak Dee bangun dengan mood nak menyayangi dan menghargai diri sendiri. Makanya, Kak Dee basuh rambut dengan menggunakan Set Rambut Prosante Shaklee. Bermula dari syampu, perapi sehinggalah serumnya. Kemudian penjagaan wajah pula menggunakan Set Youth Shaklee. Pencuci muka, toner, pelembap. Rasa segar dan mood lain macam hari ini.

Rambut dan muka pun rasa lembut semacam. Rasa macam dilahirkan semula. Echewah. Hiperbola sangat kan. Tapi serius, memang best guna dua set ni. Rasa rambut dan muka lebih lembut dan berseri. Aura dan perasaan tu pun rasa lain macam je. 

Dengan bauan lemon dari set penjagaan rambut, dan set penjagaan muka yang ada mengandungi anggur muscadine yang sangat premium, memang rasa diri bagai disayang-sayang pula. Bila kita rasa nak sayang diri dah tentulah kita akan berikan yang terbaik dan gunakan barang yang terbaik untuk diri kita kan?

Dah siap mandi semua, Kak Dee ambil pula ResV untuk penjagaan sel yang sihat. Badan yang sihat bermula dari sel yang sihat. Kerana komponen terkecil dalam badan kita kan bermula dari sel. Dari sel la terjadinya diri kita ini, seorang Radhiah. Seorang Minah. Seorang Ali. So, harus sayang diri sendiri dan berikan yang terbaik untuk diri sendiri.

Sebentar lagi, Kak Dee akan bancuh ESP pula untuk melengkapkan pengambilan protein setiap hari. Sebenarnya lately ni Kak Dee suka bancuh ESP bersama Life Shake Elderberry. Rasa sedap sangat! Serius. Korang pernah minum air susu yogurt perisa berry? Camtulah rasa dia. Yang ni versi sihat dan berkhasiat.

Sangat bagus di kala pandemik ini sebab Life Shake Elderberry ni mengandungi buah Elderberry yang mana buah ni secara tradisinya sangat bagus untuk ketahanan badan. Ingat ya. Kita kena pastikan yang kita bagi makan makanan yang sihat pada sel dalam badan kita. Bukan hanya sedap di anak tekak dan perut kita semata. So, untuk permulaan tahun baru ni Kak Dee mulakan dengan mukadimah ni jela dulu.

Lagipun dah lama sangat tak menulis. Dah alang-alang kita bermula, kita bagi intro la dulu. Nanti Kak Dee share lagi ya. Kak Dee berazam nak memberi info yang baik dan berkongsi perkara yang baik-baik untuk rujukan, panduan dan pengetahuan semua. Semoga ada keberkatan dan beroleh kebaikan dari perkongsian di sini. Inshaa-Allah.

Terima kasih atas luangan masa yang kalian berikan.

Selamat Tahun Baru dan selamat menjadi insan yang lebih baik setiap masa dan saat! Sentiasa dalam redha Allah. Aamiin.

Wassalam,

Radhiah binti Abu