Tips untuk ibu berpantang

Teks : Radhiah Abu
Sumber : Google

Seronokkan bila lepas bersalin. Hilang semua kesakitan dan kepayahan yang kita rasa sepanjang waktu mengandung, sampailah melahirkan. Lagi lagi kalau first time mommy. Mesti rasa eksaited sampai rasa nak tatap je baby tu. Rasa nak peluk cium sentiasa anak syurga tu. Best sangat bau baby. 😍

Kak Dee yang tengah type ni pun tetiba rasa rindu kat anak-anak dara Kak Dee kat rumah tu. Balik kerja sat lagi memang kena gomol jela diorang tu dengan Kak Dee. Busuk busuk pun cium jugak. Nanti kalau dah besar, hilang dah masa emas ni.

Ok, sambung balik. Hehe. Walaupun kita rasa teruja sangat. Kita kena juga ambil kesah kat diri kita, pemakanan kita, diet kita camana. Semua still kena jaga. Jangan buat tak endah je. So, tips untuk ibu baru lepas bersalin ni Kak Dee share dalam bentuk ayat yang lebih mudah mommies nak faham.

1. Biar lambat tapi mantap

Ni majoriti mak mak ni paling risau bab berat badan kan. Risau naw kalau berat dia tak turun. Hehe. Jangan risau. Kalau kita terus-terus je nak kurus secara tiba-tiba, nanti at last akan memudaratkan diri kita dan juga anak.

Awal awal bersalin ni lah nak kena makan banyak banyak sebab banyak sangat tenaga yang kita nak kena bina semula disamping nak stimulate susu untuk anak kita. Kalau kita taknak makan, mana nak dapat tenaga? Mana susu nak terhasil? Betol? So, just enjoy your confinement.

Lepas dua bulan. Bila susu dah stabil, badan dah cergas baru boleh fikir macamana nak kurus semula. Lagipun sepanjang berpantang tu pun dah membantu sikit sebanyak untuk kembalikan semula bentuk badan dan turunkan berat badan kita sebenarnya. Lainlah kalau mommies pantang tak betul. Tak berbengkung bagai. Memang susahlah nak dapat bentuk badan semula.

Baby menyusu pun sedikit sebanyak membantu membakar kalori kita. Free free je lemak terbakar. Kan best tu 😁

2. Kekalkan terhidrasi

Badan kita perlukan at least 16 cawan sehari untuk kekal terhidrasi. Ini semua termasuk dengan cecair dalam makanan yang kita makan macam buah-buahan dan sayur-sayuran tu semua. So, jangan tinggal makan sayur dan buah ok!

3. Perhatikan apa yang mommies makan dan minum

Makan berbagai jenis makanan dan minuman untuk tengok ape tindakbalas anak dan diri mommies sendiri. Ini untuk anak yang menyusu badan sepenuhnya. Orang selalu cakap ape yang kita makan atau minum, itu juga anak kita akan makan dan minum. So, perkara ni sedikit sebanyak akan membantu anak kita untuk menerima rasa makanan yang pelbagai bila dia dah start makan nanti.

Makanlah apa yang kita nak makan tapi elakkan benda yang boleh buat kita bentan dan sebagainya. Lagi lagi masa awal bersalin. Lepas dah habis tempoh berpantang, perhatikan apa yang kita makan. Kalau kita salah makan dan anak jadi alahan, elakkan untuk makan makanan tu lagi di masa hadapan.

4. Ada banyak ikan di laut

Ha, mesti pelik,kan? Ni lah yang Kak Dee nak share. Ada banyak jenis ikan kat laut dan sesetengah ikan seperti ikan air sejuk mengandungi DHA yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak dan mata anak anda. Tapi, mommies pernah tahu tak yang DHA ni pun sebenarnya membantu mommies juga sebenarnya?

Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa mommies yang mempunyai tahap DHA yang rendah mudah mengalami kemurungan selepas bersalin. So, jangan lupa untuk ambil DHA mommies dan pastikan ianya dari ikan laut dalam yang berkualiti.

Kak Dee dah tentulah pilih Omega Guard Shaklee. No mercury ok 😁. So, ianya takkan menjejaskan kandungan, bayi dan juga mommies sendiri. Minyak ikan ni perlu diambil semasa mengandung sammmmpailah masa menyusukan baby. Nak amalkan terus menerus sampai bila-bila pun boleh.

Kalau nak dapatkan lebih banyak nasihat atau konsultasi tentang mengandung, bersalin dan penyusuan, bolehlah roger Kak Dee 012-3473350.

With lot of luv,
Kak Dee 😘

No comments:

Post a Comment