Cara rawat muka berjerawat

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google)

Pagi tadi dalam keta sementara nak ke tempat kerja sempat jugak dengar IKIM. Tetiba Prof. Muhaya share pasal hidup dalam kepura-puraan. Dia cakap, kalau cari pasangan biarlah kita suka seadanya dia. Kalau perempuan tu jenis mekap tebal dan lelaki tu suka perempuan tu sebab cantik tetapi dengan mekap yang tebal, agaknya macamanalah lepas kawen nanti? Apelah reaksi si suami bila tengok rupa isteri disebalik mekap yang tebal tu?

Husband Kak Dee cakap, "Ha, dengar tu. Benda ni abang dah cakap dari sebelum dia cakap lagi. Abang ni dah tahap profesor dah"

Kak Dee pandang husband dengan ekor mata. Sila bayangkan muka Kak Dee yang buat derrrkk je. Hehe😏

Kak Dee pun tanya, "Abang dulu suka saya sebab ape?"

Husband, "Tang jerawat tu" sambil ketawa besar. Lawak sangatlah tu? Rasa macam nak wrestling orang je papagi ni kan. Haha. Tapi betullah, dulu masa kenal dengan husband Kak Dee muka Kak Dee teruk sangat naik jerawat. Sampai nak angkat muka pun malu! Bekas jerawat hitam tak payah cakaplah. Dari jauh, sebatu dah nampak dah. Huhu

Husband Kak Dee cakap, dia tak pikir ape pun. Dia pikir nak nikah je. So dia tak kesah pun camana Kak Dee walaupun masa tu dia tengok dalam gambar dengan realiti tak sama! Haha. Kak Dee bagi gambar masa muka tengah elok. Memanglah jauh beza. Kah kah kah. Jerawat boleh dirawat. Sekarang ni macam-macam ada. Nak tradisional ke, moden ke semua ade. Tapi Kak Dee pilih Shaklee je 😉

Macam-macam cara Kak Dee buat nak bagi hilang jerawat ni. Antaranya :

1. Limau nipis/Lemon

Sapu limau nipis atau lemon kat muka sebab dalam limau ade antibakteria yang akan mematikan kuman-kuman dalam kulit muka tu di samping boleh mencerahkan muka kita. Tapi memang pedih sikitlah. Bukan sikit, banyak. Hehe. Nak cantik, kan? Tahan jela.

2. Telur

Ambil putih telur dengan kapas muka tu, buat macam mask sapu kat muka. Hanyir sikitlah. Tapi best bila cabut tu.  Rasa licin je muka. Owh, lupa nak beritahu. Guna putih telur sahaja. Kuning tu goreng buat makan. Hehe

3. Madu

Sapu madu kat muka. Bagus jugak. Kengkadang Kak Dee campur dengan bedak sejuk.

4. Kulit kayu manis

Seeloknya diparut sendiri bawah buntut pasu. Tapi Kak Dee maleh. Kak Dee beli yang dah jadik serbuk tu je. Campur dengan bedak sejuk dan madu atau tambah air je tepek kat muka. Pedih sikitlah. Lepas basuh muka jadi merah sebab pijau. Hehe

5. Buah tomato

Masa Kak Dee zaman belajar dulu Kak Dee rajin makan buah tomato tu yang muka elok sikitlah. Bila dah duduk rumah, dah tak jaga makan terus naik mencanak-canak jerawatnya. Dapat pulak Kak Dee yang suka dok belek muka, lepas tu picitkan jerawat tu. Mane nak elok.

Kawan Kak Dee buat buah tomato ni sebagai scrub. Cantik muka dia. Licin je. Kak Dee makan je.

6.Set Kecantikan Shaklee

Last sekali Kak Dee guna Set Kecantikan Shaklee. Kak Dee detoks dulu sebab badan yang banyak toksin susah vitamin nak berfungsi dengan baik. Bila kita dah flush out toksin, barulah vitamin mudah nak bertindak jalankan tugas dia.

Siapa yang ada masalah kulit berjerawat macam Kak Dee ni boleh dapatkan konsultasi percuma dari Kak Dee. Nah, Kak Dee belanja sikit gambar Kak Dee yang dulu dan yang sekarang.




With lots of luv,
Kak Dee
Pengedar Sah Shaklee Melaka💚


No comments:

Post a Comment