Perkahwinan Impian

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google)

Bismillahirrahmanirrahim..

Tajuk saja nak bagi gempak sikit. Hehe..

Hari ini 21 Disember 2016. Tiga tahun yang lepas, sepatutnya ini tarikh asal nikah dan majlis sekaliarong satu hari. Tapi, imam yang nak nikahkan suami dan saya suruh cepatkan tarikh seminggu awal ke 13 Disember sebab dia nak pergi umrah dan imam tu yang beriya nak nikahkan kami juga. Maka, jadilah kami pengantin 3 minggu.

Nikah 13 Disember 2013
Majlis belah perempuan 21 Disember 2013
Majlis belah lelaki 28 Disember 2013



Ingat lagi masa tu nak balik kerja, mak call beritahu "Yah, imam suruh nikah minggu depan (13 Disember 2013)". Saya dah terkejut dah. Terus beritahu encik tunang (sekarang suami tercinta). Dia punya respon cool je. "Ok". Ok? Kita pulak yang gabra. Hehe. Alhamdulillah baju nikah dah siap. Kalau tak siap, buat naya je. Naseb baik juga sempat berkolagen Shaklee sebulan or 3 minggu awal sebelum tu sebab nak pastikan masa majlis nanti taknak make up tebal-tebal. Hehe.

Maklumlah, saya punya muka kan masa tu sangat teruk dilanda tsunami jerawat dan bekas jerawat. Dah macam-macam produk saya guna. Dari mahal ke murah, dari telan, sabun, sapu, pil, semualah! Cakap je apa sahaja produk yang bagus. Just name it. Saya akan cuba cari dan try. Tu yang agaknya lagi bertambah tak baik sebab dia dah bercampur-campur. Dengan yang tinggi kimianya tak usah cakaplah. Sampai saya jumpa Shaklee, saya jatuh cinta dengan Shaklee. Sebab apa? sebab harganya sangat berpatutan dan saya boleh telan. Saya pernah beli produk yang mahal dan saya rasa tidak puas hati.

Bila saya consume Shaklee ni, saya tengok ade sampai satu tahap dia stuck, tapi tak tahu kenapa, saya masih lagi nak cuba juga. Saya google dan saya jumpa puncanya saya kena buang toksin dalam badan supaya vitamin yang saya makan lebih mudah meresap dan bertindak. Jadi saya try Alfalfa dan saya try semula consume Kolagen. Masa ni baru ada perubahan. Ibu kepada Mummy Shaklee saya selalu tegur saya nampak ada perubahan setiap kali saya pergi ambil stok Shaklee di rumahnya. Kalau nak tahu teruk ke tidak keadaan wajah saya masa tu boleh tanya ibu Mummy Shaklee saya dengan Mummy Shaklee saya. Saya sangat malu waktu tu sampai confident level saya sangat down. Nak angkat muka pun malu. Dan saya pakai bedak tebal-tebal konon nak tutup jerawat saya. Huhu. Bila ingat balik, saya terfikir macamanalah aku boleh tahan pakai bedak tebal-tebal dulu sebab sekarang ni saya tak suka pakai tebal-tebal lagi dah sampai kalau boleh taknak pakai apa-apa. Saya lebih selesa muka saya dapat bernafas dengan tenang.


Ni gambar masa kulit wajah saya teruk sehingga ke fasa elok. Yang tudung merah tu sehari selepas majlis kahwin di rumah suami dan yang pakai tudung coklat bawah sekali belah kiri tu dalam seminggu dua sebelum nikah kalau tak silap saya. Dan, yang 2 gambar atas tudung hijau dan shawl coklat tu dah jadi tunangan orang. Bayangkan macamana penerimaan suami saya kini semasa kali pertama bertemu saya dalam keadaan wajah berjerawat macam tu. Malu dan rasa nak menangis bila diingat-ingat semula.

Nah, saya zoom sikit bagi lagi nampak. Ya Allah, betapa teruknya kulit wajahku yang dulu. 😱😱

Yang paling saya bersyukur, suami saya kini terima seadanya saya waktu mula-mula kami dipertemukan setelah hampir sebulan saya tidak memberi kata putus untuk ke step seterusnya iaitu bertaaruf selepas minta dia dan saya beristikharah. Pertemuan kami diatur oleh salah seorang saudaranya yang dihadiri oleh kakak dan abangnya serta pengaturcara majlis. Saya pula ditemani oleh seorang sahabat rapat. Itulah kali pertama kami bertemu di meja makan. Sedap tuuu..makan ikan bakar. Orang belanja pulak kan, lagilah sedap.Hehe.

Suami cerita, masa kali pertama jumpa, terlintas juga difikirannya kenapa actual tak sama dengan dalam gambar. (Gambar kan boleh menipu. Lagipun gambar tu gambar lama, time muka tengah elok, memanglah tak sama! Hehe). Tapi suami kata, takpelah. Dia berkenalan sebab nak bernikah. Bukan nak buang masa bercinta tak tentu hala. Itu yang kami berkenalan bulan 6, bulan 8 bertunang dan bulan 12 bernikah. Ya, kami kenal tak lama. Saya yakin dia lelaki yang baik untuk saya. Alhamdulillah dan InsyaAllah.

Terus terang waktu kami berjumpa tu memang muka saya tengah teruk dengan jerawat dan bekas jerawat. Masa saya bertunang pun muka masih lagi tak elok. Jadi saya yang stress muka tak elok lagi, try beli kolagen Shaklee. Tapi macam tidak berfungsi. Lalu saya fikir, mana silap saya? Saya dah tak boleh tunggu lama sebab majlis kahwin kian hampir. Tu yang terjumpa pasal detox. Then lepas detox saya teruskan semula dengan Kolagen. Barulah ade perubahan positif. Sejujurnya saya memang sangat tak boleh sabar. Saya nak result yang cepat. Padahal yang sebenarnya yang paling utama kena usaha dan sabar.

So, bagi anda yang bermasalah macam saya, bersabarlah. Kemudian usaha cari punca masalah. Kadang-kadang, vitamin tidak dapat berfungsi dengan baik dek kerana badan kita banyak toksin. Jadi kita kena detoks. Dan, ketika proses detoks akan berlaku healing crisis. Yang ni part paling ramai tak tahan sebab bila healing crisis berlaku, keadaan akan jadi makin teruk. Tapi jangan berputus asa sebab itu petanda yang baik menunjukkan badan anda sedang bertindak balas. Dan kemudian ia akan beransur pulih. Dan selepas itu anda akan kembali normal dan jalani kehidupan dan kesihatan yang lebih baik. Yakinlah, supplement Shaklee sangat semulajadi jadi anda tidak perlu risau jika healing crisis berlaku sebab dia tengah bekerja me'repair' semula sel badan anda yang dah lama rosak dek kerana macam-macam bendasing yang anda masukkan dalam tubuh badan anda.

Saya akan bantu anda untuk dapatkan kesihatan yang lebih baik dan kulit yang lebih sihat. Ini semua kerana saya belajar melalui pengalaman. Saya akan bantu anda melalui pengalaman saya. Yakinlah.

Jom kita tengok apa Set Kecantikan Shaklee boleh bantu anda?

1. ESP
2. Vitamin C
3. Vitamin E
4. B Complex
5. Collagen Shaklee

Untuk pertanyaan dan konsultasi, call/whatsapp 012-3473350 (Radhiah Abu)

ESP penting untuk kulit

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google)



Kenapa ESP penting untuk kulit? Sebab ESP ialah formula yang dicipta berasaskan soya yang mengandungi protein berkualiti tinggi.

Apa yang bestnya, ESP ini diiktiraf seluruh dunia kerana mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif. ESP ini hanya menggunakan kacang soya yang mengandungi 'non-GMO' yang diproses pada kadar suhu yang rendah.

Anda tahu apa itu 'non-GMO'?
Non-GMO ialah non-Genetically Modified Organism. Kan Shaklee sangat mementingkan kesemulajadian so, setiap vitamin atau produk yang dikeluarkan akan dipastikan tiada perubahan genetik yang akan berlaku semasa proses dilakukan. Best, kan?

Manfaat untuk kulit pula ialah :
✅ Awet muda - Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

Seperti yang kita sedia maklum, protein adalah bahan utama dalam tubuh untuk pembentukan organ dan tisu dalam badan. Maka, setiap organ sangat-sangat memerlukan protein.

Kekurangan protein boleh menyebabkan :
⛔ Kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit
⛔ Masalah lebihan air dalam badan
⛔ Perubahan warna rambut
⛔ Luka lambat pulih

Kulit mengambil masa selama 28 hari untuk diregenerasi. Iaitu sel pembentukan sel kulit baru akan terbentuk selepas 28 hari dan sel kulit lama akan mati. So, untuk dapatkan kulit yang cantik, konsistenkan pengambilan supplement dalaman dan luaran selama 28 hari sehingga 3 bulan iaitu 120 hari, so anda akan dapat lihat hasilnya.

Kita perlu jaga dalaman dan luaran untuk pastikan kulit kita sentiasa sihat.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang konsultasi, boleh terus hubungi 012-3473350.


Alfalfa Complex bantu masalah kulit

"Saya dah cuba macam-macam produk dari yang murah sampai yang mahal tapi hasilnya tetap sama, muka saya tiada perubahan"

"Saya dah cuba makan supplement X ni. Katanya supplement tu bagus. Ramai bagi feedback yang memberangsangkan tapi bila saya guna takde effect pun?"

"Saya dah makan berpuluh-puluh paket kolagen tapi kulit saya masih berjerawat"

⛔Sabar..sebenarnya anda ada dua kemungkinan:
❌Produk yang digunakan mempunyai bahan kimia berbahaya
❌Kulit anda sedang perlu didetoks

Melalui pengalaman saya yang pernah lalui masalah jerawat yang teruk satu masa dulu, saya back to natural product dan detoks. Saya ambil Alfalfa Complex.


🌲Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an. Alfalfa Complex diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) secara organik di California yang bebas pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia.

🌲Alfalfa yang dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan" memiliki gred yang paling tinggi di kalangan alfalfa. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Tulah sebab dia digelar Raja Segala Tumbuhan.

🌲Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah capai tahap kematangan mutlak kerana ketika ini ia kaya dengan klorofil. Daun-daun yang matang ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan. Kemudian, daun-daun yang dikeringkan itu akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti.

✅Manfaat utama :

🌲Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi - Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan galian. Ia kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.

🎀Mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. Haa..nampak tak tu, dia mencantikkan kulit. Kalau hati, usus dan darah dah didetoks, dah bersih, barulah bila makan supplement lain dia mudah diserap dan diproses.

🎀Melawan alahan - memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif.. Mungkin juga jerawat terjadi kerana kita alahan kepada sesuatu makanan so Alfalfa ni bantu untuk lawan alahan yang kita ada.

📞Nak order Alfalfa boleh terus contact 012-3473350.
💖SID 949172


Tingkatkan kesuburan dengan Vivix Shaklee

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google)

Jika anda adalah orang yang telah berusaha dengan pelbagai cara untuk masalah kesuburan namun masih belum menampakkan sebarang hasil, jangan sedih dan menangis di tepi katil kerana masih ada cara lain. Ingat, Allah takkan hampakan hamba-Nya yang berusaha sedaya upaya. Dia akan beri dalam keadaan lambat atau cepat sahaja. Ini semua kerana Dia sayangkan hamba-Nya dan rindu mendengar rintihan hamba-Nya. Tiada yang mustahil bagi Allah.

Jadi, saya nak bantu anda tingkatkan kesuburan dengan baiki sel dalam badan kita dengan supplement premium Shaklee iaitu Vivix.




🌟 Vivix merupakan suplemen anti-oksidan yg bertindak memperbaharui dan membina sel daripada peringkat DNA badan seseorang

🌟 Vivix mempunyai kandungan resveratrol yg tinggi dan bertindak sebagai anti-oksidan yg kuat. Ini bermaksud tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah 'oxidative damage'.

🌟  Fungsi resveratrol adalah melindungi ovum yg belum atau hampir atau sudah matang daripada oxidate damage supaya mempunyai peluang yg lebih tinggi untuk survive, membesar dan disenyawakan.


Khasiat ESP Shaklee untuk Ibu Mengandung

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google)

Khasiat ESP Shaklee untuk Ibu Mengandung



1)Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi! Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN!

Maka adalah penting untuk ibu mendapatkan protein berkualti tinggi dari saat ibu tahu telah berbadan dua, bagi memastikan perkembangan otak bayi berlaku dgn baik sekali.

2)Protein sangat penting untuk pembentukan otot. Selain membantu dalam proses kelahiran, protein juga diperlukan untuk membina otot bayi.

Tanpa disedari, ibu hamil biasanya kehilangan otot akibat kurang senaman dan pergerakan. Dengan pengambilan protein yang mencukupi, ibu dapat mengurangkan kehilangan otot ini.

 3)Protein membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita.

Malah, protein lebih mudah dicerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.

See? Pentingkan protein untuk ibu hamil.

Sebagai alternatif, ibu boleh dapatkan sumber PROTEIN yang bermutu tinggi daripada ESP Shaklee.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 012-3473350 (call/mesej/whatsapp) dan dapatkan konsultasi percuma.






Perjalanan yang panjang

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google)

Alhamdulillah, Sabtu dan Ahad minggu yang baru berlalu ni jadual Aufa dan saya sangat padat. Kali ni kami menghabiskan masa di luar. Jarang-jarang kami dapat beraktiviti seperti ini. Selalunya hujung minggu kami banyak dihabiskan di rumah sahaja. Sehinggakan pagi tadi nak pergi kerja pun dia fikir dia akan ikut sekali. Masa saya salam mak dan abah, iaitu atuk dan neneknya, dia pun sibuk hulurkan tangan nak salam mereka juga! Aufa, Aufa.. Anak yang sangat bijak.

Kalau hari Sabtu kami pergi beriadah di Taman Botanikal Ayer Keroh, hari Ahad pula kami pergi jauh sedikit. Keluar dari Melaka. Jauh pun tak berapa jauh sangatlah, setakat Bangi je pun kan. Hehe.

Semalam, saya berkesempatan membawa Aufa menemani saya untuk menyedut aura positif di Bangi Gateaway. Macam tahu-tahu je si genit ni kita nak bawak dia kan. Awal-awal lagi dah bangun. Mujur ada sahabat yang sudi untuk pergi bersama. Kalau tak, mungkin saya pun tak pergi. Kami bertolak dari rumah sahabat dengan menaiki kereta dia dalam jam 7:30 pagi. Terima kasih buat mak dan abah yang tolong hantarkan saya dan Aufa ke rumah sahabat tersebut. Suami den kerja! Huhu.

Kami sampai di Bangi Gateaway dalam lebih kurang jam 9:30 pagi macam tu. Kami fikirkan kami orang yang paling lewat, rupanya kami yang terawal. Alhamdulillah. Allah permudahkan perjalanan. Aufa pun sangat gembira sepanjang perjalanan.

Banyak perkara dan aktiviti yang dikongsikan dalam sesi 3jam bersama itu. Walau sekejap, tapi bermakna. Lagi bersemangat bila leader doakan kita naik rank kan. Aura positifnya lain macam. Semoga doa itu termakbul hendaknya. Aamiin.


Antara aktiviti yang dijalankan di sana. Pagi ni ada officemate fikirkan saya pergi berfacial sempena birthday saya semalam. Kita iyekan jelah. Hehe. Sekali jalan la tu. Ye dok?

Tengok wajah ceria budak genit tu. Masa ni dah slot akhir. Dah nak habis. Semalam saya memang tak sempat bersarapan langsung. Hanya tumpang biskut budak genit ni je sekeping. Sampai Melaka dari beraktiviti, minta tolong sahabat hantarkan saya ke Mydin MiTC sementara menanti suami datang jemput. Dapatlah bawa Aufa singgah kedai buku. Masa ni tak sempat nak ambil gambar sebab tangan penuh dengan barang dan Aufa.

Jam 6 petang lepas suami jemput, kami singgah makan di Kipmart. Alhamdulillah, lega yang amat dapat menjamah makanan. Masa ni baru rasa kepala lutut dah longgar dan lapar yang amat. Alhamdulillah baby dalam perut sihat walafiat. Maafkan ummi ye sayang sebab tak makan dari pagi.


Balik tu singgah ke rumah mertua. Menyantuni mereka dan solat Maghrib bersama. Usai solat, ayah dan mak mertua berdating dalam mengejar amal kebaikan. So sweet gitu.



Aktiviti terakhir, menghadiri kenduri aqiqah teammate husband. Waktu ni Aufa dah tersangat penat. Masuk je kereta, terus dia tertido dari waktu pergi sampai balik.

Alhamdulillah untuk minggu yang sangat sibuk ini. Tiba-tiba teringat kata-kata "Orang yang sibuk ialah orang yang pandai membahagikan masa dan mencapai masa yang berkualiti". Semoga saya tergolong dalam golongan seperti itu. InsyaAllah, aamiin.


Selamat Hari Lahir!

Catatan 27 November 2016
Oleh : Radhiah Abu

🍁USIA BERTAMBAH, KEMATIAN SEMAKIN DEKAT🍁

Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ مُحَمَّد وعَلَى آلِ مُحَمَّد

Alhamdulillah.
Terima kasih buat sahabat yang wish dan mendoakan sempena hari lahir saya hari ini.
Semoga Allah membalas doa kalian dengan segala perkara yang baik-baik.

Ia sebagai titik peringatan bahawa bila bertambahnya usia, kematian juga semakin hampir. Kita tak tahu apa nasib kita satu saat lagi. Allahu..

Doakan saya diberi peluang untuk mencapai matlamat dan impian yang dicita-citakan. Allah sahaja yang tahu siapa dikalangan kalian yang makbul doanya.

Semoga dengan bertambahnya usia ini akan lebih mematangkan fikiran dan bertambahnya ibadah serta amal kebaikan. Allahu Akbar!!


Taman Botanikal Ayer Keroh

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google)



Alhamdulillah, hari ini dapat bawa Aufa dan mak abah mengembara 10,000 langkah di Taman Botanikal Ayer Keroh. Tapi tak sampai 10,000 pun rasanya. hehe. Separuh je pun dah tak larat. Lama dah rasanya tak pergi sini. Kalau tak silap, kali terakhir pergi masa Aufa baru pandai berjalan.

Pagi lagi si kecil ni dah bangun. Jam 6 pagi dah celik mata. Ummi dia pun apa lagi, ajak dia pergi mandi dan siap-siap. Selesai solat subuh, siapkan barang apa yang patut kemudian bergerak ke Taman Botanikal.

Mulanya Aufa macam tak nak berjalan. Nak berdukunglah pulak. Nasib baik ada Tok Abah dia. Kalau nak harapkan Ummi dia memang tak laratlah gamaknya. Dengan baby dalam perut lagi. Abati dia belum sampai lagi sebab Abatinya kerja malam. So, dia gerak dari kilang dan jumpa di sana.

Sepanjang berjalan tu menceceh je mulut dia dan dia melembikkan badan taknak jalan. Mungkin nak tidur la agaknya sebab masa tu dah jam 8:30 pagi. Dia kan bangun jam 6 pagi tadi. Tapi bila Abati dia sampai, terus bersemangat pulak nak berjalan dan berdukung! Tengok tu bersemangat sungguh sampai Abati dia offer nak dukung pun dia taknak.



Balik dari Taman Botanikal tu, yang kononnya nak memecahkan lemaklah kononnya kan. Singgah makan dulu, lapar! hehe. Mana tak namanya buang 5kg tambah 10kg. hehe. Adatlah tu kan. Yang penting, bonding time. Menikmati masa bersama tu lebih bermakna. Alhamdulillah.


Vitalea multivitamin TERBAIK dan rakan-rakannya

Gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut suka hati.

Lepas makan ni boleh lah ambil vitamin 3 warna iaitu si kuning B Complex, si hijau Vitalea dan si putih Vitamin C. Semua vitamin ni termasuk dalam set Optimum Health. So saya sebagai ibu mengandung pun sangat-sangat digalakkan untuk ambil vitamin ni bagi memastikan HB berada di paras terkawal, dan kesihatan ibu dan bayi dalam keadaan yang elok.

Apa yang bagusnya Vitalea si supermultivitamin ni, dia akan menyerap dalam tubuh dalam masa kurang dari 10 minit!! Best kan? Mengikut kajian, vitamin terbaik adalah yang boleh dissolve, larut dalam masa setengah jam. Dengan Vitalea Shaklee, 6 minit pun dah larut!

Kita ni lepas lunch je mesti rasa macam lemau je, mengantuk dan sebagainya. Telan Vitalea Shaklee 2 biji, tak sampai 10 minit dah segar bugar semula. Kesan seawal tu?? Boleh percaya ke ni?



Ya, kesan seawal tu sebab Vitalea dihasilkan dengan menggunakan teknologi Explo-Tab iaitu kekal sementara waktu dalam sistem pencernaan, kemudian dengan cepat "meletus" (explode) untuk membebaskan nutrisinya. Sebab tulah Vitalea Shaklee ni dikatakan multivitamin yang PALING PANTAS terlarut dalam tubuh manusia.

Lepastu, anda disarankan untuk ambil sekali dengan Vitamin C untuk memastikan kadar penyerapan tinggi bila digandingkan bersama dengan Vitalea. Vitamin C pun bertindak sebagai perangsang pembentukan kolagen, membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang baik dan macam-macam lagi. Best kan?



B Complex pula membantu menukarkan makanan kepada tenaga, bantu mengurangkan tekanan, kemurungan, insomnia, dan banyak lagi. B complex bantu kita untuk berada dalam keadaan rasional, relax, elakkan stress. Bila kita kurang stress, muka pun tak cepat tua. Lepas tu nampaklah awet muda. Lepas tu penyakit pun takdelah datang menempel-nempel dekat kita. Itu yang dikatakan set Optimum Health. Best kan? Jom dapatkan harini. Saya sudah, anda bila lagi?


Bahaya kurang kalsium

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google)





Takutnya!!
Tahu tak SETIAP MANUSIA dari kalangan kita semua tak kira LELAKI atau PEREMPUAN..
Bila menjelang usia 19 hingga 50 tahun, kita semua memerlukan sekurang-kurangnya 2000mg kalsium setiap hari. Saya ulang sekali lagi, SETIAP HARI. Bukan seminggu sekali, sebulan sekali, setahun sekali atau sekali sekala.

Anda rasa tubuh anda dah cukup kalsium ke? Cuba fikir semula, apa yang kita makan sepanjang hari ini bagi memastikan kalsium dalam tubuh kita cukup? Dah lah kadang-kadang kita makan makanan tak berkhasiat. Dengan air gasnya, minuman sejuknya, aktiviti tak sihat lagi, tidur lambat lagi. Itu semua mengurangkan kalsium dalam badan.

Jangan berlagak sangat kata yang tulang kita ni masih kuat. Bukan apa, risau juga sebenarnya badan dah bagi signal macam-macam tapi kita sendiri yang tak perasan atau tak sedar atau buat-buat tak tahu.

Mari saya senaraikan tanda-tanda besar menyatakan BADAN ANDA KEKURANGAN KALSIUM :

😱 kebas kaki dan tangan
😱 lenguh sana sini
😱 kejang otot
😱 mudah marah
😱 letih
😱 rambut kasar
😱 kuku rapuh
😱 susah nak tidur
😱 tekanan darah tinggi
😱 kuku reput
😱 susah nak membuang

So macam mana? Tak best kan kalau biarkan badan kita kekurangan kalsium. Rasa macam dah tua sangat dah jadinya. Kalau ada yang nak cuba, nak mula amalkan, contact la saya ok 😊


Alfalfa buatkan lagi cepat lapar?

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google)


Ha, betul ke Alfalfa Shaklee membuatkan consumer makin kuat makan?

Okay, ini cerita kelakar. Dan ini cerita dari sahabat seperjuangan satu group dengan saya dari susur galur yang sama.

Ada sorang customer nak belikan set kurus untuk suami dia. Sementara nak dapatkan set kurus tu, dia fikir nak detoks dulu. Kebetulan dia ada dapat Alfalfa free sempena promosi bulan October yang lepas.

Tapi, tak semena-mena dia mesej beritahu yang suami dia masih lagi kuat makan. Kawan saya ni pun tanyalah cara makan macam mana, pengambilan air okay ke tidak. Sebab risaulah kan kenapa customer kita jadi kuat makan pula. Customer dia jawab, makan Alfalfa selepas makan dan ambil air banyak. Okay, cara makan dah betul dah dan pengambilan air pun okay. Mungkinkah kerana healing crisis?

Nak dijadikan cerita, mereka pun berjumpa. Korek punya korek cerita rupa-rupanya dia bagi suami dia makan sebiji je satu hari!! Adoilah sayang oiii. Dia fikirkan kawan saya salah bagi cara makan ataupun typo (typing error) bila kawan saya beritahu kena makan 10 biji sehari. huhu. Comel sangat taw customer kawan saya ni.

Kesimpulannya, makan Alfalfa tidak menyebabkan anda kuat makan. Ramai bagi feedback yang memberangsangkan seperti mereka lebih cepat kenyang, dan alfalfa itu sendiri curb rasa lapar mereka. Lagi-lagi kalau ambil sekali dengan Lecithin. Sekaligus membuatkan perut yang buncit jadi kempis.


Apapun, pastikan anda dapatkan cara makan yang betul ya. Dalam kes ni kawan saya bagi cara makan dah betul dah cuma ada berlaku salah faham di sini. Selepas itu, dia amalkan cara makan yang betul. Alhamdulillah.

Ini sekadar perkongsian sahaja. Pastikan anda beli Shaklee dari pengedar sah sahaja ya. Jangan beli dari kedai jamu-jamu tiba-tiba pergi cari pengedar sah untuk dapatkan cara makan. Itu tidak adil namanya.

Sekian sahaja.



Penting sangat ke makan supplement?

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google)

Terdengar officemate bercerita tentang supplement dan penjagaan kulit. Anda rasa penting ke supplement dan penjagaan kulit macam facial dan sebagainya ni?

Bagi diri saya sendiri, sebenarnya sangat penting untuk kita jaga dalaman dan luaran kita dari awal lagi. Secara faktanya, zaman nenek moyang kita pun diorang sangat menitikberatkan tentang penjagaan luaran dan dalaman lagi-lagi insan yang bernama perempuan, gadis, wanita dan yang sewaktu dengannya. Badan kita ni nak pakai lama dik non oii. Kalau tak, tak keluar segala pantang larang yang diamalkan sehingga hari ini.

Nak dibandingkan orang zaman dulu dengan kita zaman sekarang, makanan mereka berkhasiat sebab makan ulam-ulaman dan tumbuh-tumbuhan segar serta sumber protein seperti ayam, daging, ikan pun yang diternak sendiri atau yang ditangkap sendiri. Nak harapkan makanan kita sekarang ni, hampir kesemuanya adalah bersumberkan makanan segera dan diproses. Jadi, sumber keasliannya hilang sama sekali.

Disebabkan itu, kita memerlukan sumber nutrien dan vitamin dari makanan tambahan. Ada sesetengah nutrien dan vitamin yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri. Contoh paling dekat ialah Vitamin C. Badan kita tak boleh proses vitamin C sendiri melainkan anda adalah seekor arnab. Hehe. Gurau saja. Kalau anda nak tahu, arnab proses vitamin C dia sendiri dari dalam badan sebab tu arnab comel selalu.


Ye, memang banyak sangat makanan tambahan yang sedang mencanak-canak naik sekarang memandangkan semakin ramai yang sedar akan kepentingan menjaga kesihatan dan sentiasa tampil cantik serta cergas. Tapi, adakah anda pasti ianya bersumber dari pemprosesan yang tidak menjahanamkan nutrien dalam vitamin atau makanan tambahan itu sendiri? Nak ambil makanan tambahan dah bagus dah tapi pemilihan tu pastikan ianya dari sumber semulajadi dan proses yang tidak menghilangkan khasiatnya sama sekali.

Saya sendiri memilih untuk setia bersama Shaklee kerana saya yakin ia telah bertapak dalam industri makanan tambahan selama lebih 100 tahun. Proses yang dilakukan juga memastikan nutriennya tidak hilang sama sekali.

Yang paling penting, Shaklee ada landmark study. Apa sahaja result yang keluar hasil dari landmark study ni sama ada baik atau buruk, Shaklee perlu pamerkan. Shaklee berani ambil risiko ini, sebab Shaklee yakin produknya memang bersumberkan semulajadi dan terbukti berkesan.

Shaklee sendiri menjalankan ujikaji berkali-kali terhadap setiap bahan-bahan yang digunakan setiap kali sebelum ia dipasarkan kepada pengguna. Jadi, sangat perlu kita memilih produk supplemen yang semulajadi.

Tahukah anda, seawal usia 20 tahun sebenarnya kolagen dalam badan kita sudah mula berkurang. Kemampatan tulang juga semakin merudum. Protein dalam badan semakin hilang. Kalau anda nampak orang tu muka berlubang, dia sebenarnya kekurangan protein. Dia perlu ambil protein yang konsisten untuk menyihatkan kembali kulit wajahnya.

Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan dengan anda. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan dan pertanyaan, jangan malu dan segan untuk terus hubungi saya.


Salam sayang,
Radhiah Abu


7 cara terbaik mengurangkan stress dengan BERKESAN

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google)


Dengan keadaan hidup zaman sekarang ni, setiap kita tidak akan lari dari berhadapan dengan tekanan hidup. Tidak kira stress dari segi masalah pembelajaran, persekitaran, keluarga, hutang piutang, pekerjaan dan sebagainya.

Namun, bagaimana cara kita menguruskan tekanan yang dihadapi agar kita tetap rasional dan tidak hilang pedoman dalam menangani masalah stress ini? Di sini saya sertakan 7 cadangan dan cara terbaik untuk tangani stress dengan berkesan.

1. Bersenam

Ketika bersenam, endorfin akan dilepaskan dan sekaligus melancarkan peredaran darah. Anda boleh pilih senaman atau aktiviti riadah yang anda suka. Lakukan senaman tiga kali seminggu.

Secara tidak langsung, dengan bersenam anda akan lebih tenang dan fikiran lebih lega. Ia juga membantu anda mencari ilham dan seterusnya masalah akan dapat diselesaikan dengan lebih baik kerana fikiran lebih relax.

2. Tidur

Kurangkan stress dengan tidur. Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap amat memainkan peranan penting dalam mengimbangi emosi dalam kehidupan seharian.

Tidur yang cukup akan mengecas tenaga dan mengekalkan kestabilan emosi kita. Ia juga menjadikan kita lebih optimis dan segar.

Bagi yang beragama Islam, agama menggalakkan untuk kita amalkan Qailullah, iaitu tidur sebelum waktu Zohor dalam beberapa minit untuk memberi kesegaran dan mudah untuk tahajjud pada waktu malam. 1 minit Qailullah bersamaan 45 minit tidur waktu malam.

Jadi, jika anda berQailullah selama 15 minit sekalipun, ia akan meliputi jumlah kualiti tidur malam anda. Nikmatnya kebesaran Allah.

3. Eratkan hubungan dengan keluarga dan teman

Letak sebentar masalah yang dihadapi ditepi sebentar dan nikmati kegembiraan! Kadang-kadang ahli keluarga atau teman tidak tahu pun masalah yang dihadapi. But, take it easy and enjoy yourself!

Jika ibubapa duduk berjauhan, telefonlah mereka. Tiada yang lebih menenangkan selain mendengar suara keramat mereka. Dengan berkongsi cerita dan masalah dengan mereka akan membuatkan hati kita lebih tenang dan bahagia kerana di dalam kata-kata mereka, terselit nasihat dan doa buat kita.

4. Membaca dan membaca Al-Quran

Mulakan harimu dengan membaca Al-Quran. Nescaya perjalanan hidup yang dilalui sepanjang hari lebih mudah dan tenang. Bagi kaum wanita yang tidak mampu untuk membaca Al-Quran kerana sebab yang tidak dapat dielakkan, boleh lazimi diri dengan berzikir dan mendengar alunan Al-Quran.

Dengan mendengarkan alunan Al-Quran sekalipun, sama pahalanya seperti orang yang membaca. Hanya dengan mengingati Allah, hati kita kan menjadi tenang. InsyaAllah.

5. Lakukan perkara yang diminati

Nikmati perkara yang anda minati. Contohnya, melukis. Selalunya orang yang suka melukis akan tenggelam dalam dunia lukisannya. Jadi, cari sesuatu yang anda suka dan minat. Kemudian, ENJOY IT!

Tapi, pastikan perkara tersebut bermanfaat dan tidak tersasar dari landasan syariat.

6. Bersiar-siar dan menikmati ciptaan Allah

Langkah keluar dan lihatlah betapa indahnya alam ciptaan Allah. Berkelah atau duduk di tepian pantai menikmati keindahan ombak dan laut.

Boleh juga bercuti selama beberapa hari untuk menikmati percutian yang lebih panjang. Reward yourself!

7. Pengambilan supplemen secara konsisten

Pastikan pemakanan anda sihat dan minum air masak yang cukup untuk memastikan minda anda cergas dan sistem dalaman anda bekerja dengan baik.

Amalkan B complex dan Ostematrix untuk menjalani rutin harian yang lebih sihat dan ceria. Jom kita lihat apa yang B Complex dan Ostematrix boleh bantu untuk tangani masalah stress.

Ostematrix membantu meringankan stress : mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

B Complex membantu untuk melawan tekanan : memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

Untuk dapatkan vitamin Anti-Stress ini dan sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh terus hubungi saya :


10 Fakta menarik tentang Lecithin yang mungkin anda tidak tahu

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/carian Google(jika gambar dari Google)

10 FAKTA MENARIK TENTANG LECITHIN YG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU :



🔺Pelarut kolestrol . Sebab tu boleh cegah darah tinggi, stroke, sakit jantung

🔺Pecahkan lemak. Lemak jadi terapung dalam darah, tak terlekat pd salur darah.  Sebab tu boleh kuruskan badan.

🔺Darah berjalan lancar. Akibatnya, kulit terpaksa nampak fresh kemerahan seolah-olah memakai BLUSHER. Blusher semulajadi gitu! 😊

🔺Rambut sihat dan cantik, kulit pula lembut gebu.

🔺Atasi masalah bengkak susu bagi ibu menyusu

🔺Period pain? Alami gejala PMS? Ambillah lecithin!

🔺Bagus untuk otak. Saraf otak berkembang, membantu tingkatkan kecekapan "short term memory" dan cegah Alzheimer

🔺 Cegah penyakit berkaitan hati. Hati penting untuk sintesis lemak dan buang toksin dalam badan. Bantu sistem percernaan. Jerawat banyak naik kat dahi? Hati2 takut ada masalah pencernaan yg melibatkan fungsi hati. Jadi jangan biar hati bermasalah.

🔺 Lecithin adalah berasaskan soya.
Cholestrol-Free

🔺 Gatal-gatal, eczema bagus ambil lecithin.


Jangan tunggu lama-lama. Nanti lama-lama ia disambar orang. 😁

Jom sambar satu!! Dah cuba baru tahu..


Kenapa wanita tidak digalakkan minum ais?

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google)

Mungkin ada dikalangan kita yang sangat suka minum ais. Tapi sebagai seorang wanita, anda perlu tahu yang wanita ni tak digalakkan untuk minum ais. Kalau boleh elakkan terus dari minum ais.

Kenapa wanita tak digalakkan minum ais?

Sebab :

  • Badan mudah menjadi kembang
  • Tulang juga mudah menjadi bisa dan berasa sakit
  • Menyejukkan peranakan (rahim mudah mengembang dan Miss V akan menjadi berair dan becak)
  • Perut menjadi buncit

Lagi satu, kalau minum air pastikan anda duduk sebab kalau tak, air akan lalu terus ke rahim dan akan menyejukkannya. Kalau duduk, air tu akan difilter dulu. Lagipun sunnah untuk duduk semasa minum air atau makan. Itu kan adab. Benda ni bukan untuk kaum wanita semata-mata malah untuk semua warga lapisan masyarakat. Tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, kaya atau miskin. Bismillah jangan lupa ok!

Secara lazimnya, perempuan ni memang banyak pantang larangnya. Jadi seeloknya minum jelah air suam atau air masak biasa dan banyakkan makan makanan berkhasiat.

Almaklumlah, perempuan ni kan datang haid, mengandung, bersalin. Jadinya, banyak tenaga yang diperlukan dan banyak benda yang nak dijaga rapi. Jangan ambil mudah. Sebab kesannya anda takkan rasai sekarang. Tunggu sehingga usia menjangkau 40an nanti, baru ia akan muncul satu persatu.

Itu yang kalau dalam pantang, orang tua-tua selalu pesan berpantang betul-betul. Jamu untuk memanaskan badan dan membaikpulih sistem dalaman kita. Sekarang dah semakin moden. Anda pun tidak perlu telan air akar kayu atau herba yang pahit-pahit lagi dah. Majoritinya dalam bentuk kapsul dan biji yang mudah untuk ditelan. Tapi tak dinafikan, masih ada yang lebih selesa berpantang cara tradisional.

Mana-mana pilihan anda, tidak menjadi masalah asalkan pilihan yang anda buat itu memberikan kesan yang baik untuk kesihatan berpanjangan. Macam saya, saya pilih yang moden tetapi semulajadi. Saya pilih set berpantang Shaklee.

Set berpantang Shaklee yang lengkap terdiri dari Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, ESP, Omega, Ostematrix, Lecithin dan Alfalfa. Set bersalin dan berpantang ini khas untuk ibu-ibu yang mementingkan kecergasan untuk menguruskan bayi, mengelakkan meroyan, memulihkan luka dan sesuai untuk penyusuan.


Percutian singkat keluarga kecil kami

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google)

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam saya dan suami ambil cuti separuh hari untuk selesaikan beberapa perkara memandangkan kami ni jarang cuti. Lagi-lagi suami yang bekerja shift hanya bercuti 1.5 hari dalam sebulan. Saya normal shift so dapatlah juga spend time Sabtu Ahad dengan keluarga dan anak.

Oleh kerana urusan dapat diselesaikan dengan segera, kami merancang percutian singkat buat keluarga kecil kami. Sampai rumah, siapkan pakaian Aufa dan berangkat menemani suami beriadah bermain badminton bersama rakan-rakannya.

Aufa sedang berlatih dengan Coach Mohd Sofwan

Selesai mengeluarkan peluh, kami tak tahu nak menghala tuju ke mana. Maklumlah, masing-masing bukan kaki jalan. Kalau pergi pun tempat yang sama je. Jadi tak tahu mana tempat yang menarik nak di"explore". Padahal sentiasa teringin nak bercuti. Inilah akibatnya bila asyik kerja je. Mati kutu dibuatnya!

Akhirnya kami menuju ke Dataran 1 Malaysia Klebang. Kat sana ada kawasan air pancut dan perkhidmatan sewa basikal, kereta control dan motor kecil. Apa lagi, teruja benarlah anak dara nan sorang ni nak naik kereta control tu. Mula-mula konon takut, selepas 5 minit berlalu dan dia semakin berani, da habis masa pun taknak turun! Garu kepala mak pak dia. Huhu.

Kalau anda nak sewa segala kenderaan yang ditawarkan di sini, anda perlu survey harga terlebih dahulu. Kami dapat sewa kereta control untuk 20 minit RM10. Ada owner yang sewakan pada kadar 10 minit RM10. Tapi mak saya cakap, dia pernah pergi sebelum saya dan suami, dapat sewa pada kadar 30 minit RM10. Jadi, rajin-rajinlah survey keliling dataran tu sebelum buat keputusan untuk menyewa kerana setiap longgokan kereta, basikal dan motor yang dipamerkan mempunyai tuan yang berbeza-beza. Kira nasib saya masih baik dapat sewa 20 minit dengan harga RM10 daripada terkena yang 10 minit sahaja,kan.


Nampak je muka macam tak berperasaan tapi sebenarnya taknak turun!

Akhirnya, kami tambah lagi RM10 untuk Aufa naik kereta control tu lagi 20 minit. Lepas tu, cepat-cepat ca.alif.BOT! Cabut.. hehe.. Selepas tu kami check in hotel budget. Dengan cara ni dapatlah bayangkan yang kita ni konon-konon dalam mood percutian walaupun singkat dan sekejap. Mungkin ada yang tertanya, tak rugi ke? Bagi kami, sesekali patut lakukan begini memandangkan kerja suami dan saya yang cutinya tidak berapa menentu. Mungkin lain kali, kita boleh rancang percutian yang lebih jauh dan lebih seronok.

Apa pun, kami gembira dapat bonding time and spend quality time together. Mana tahu lepas ni dapat pakej percutiaan tajaan Shaklee ke. Doakanlah ya!


Hujan tanda Rahmat Allah

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google)



Alhamdulillah, minggu ni Allah turunkan dan semalam hujan dengan lebatnya. Dalam pada kononnya dua minggu lepas negeri Melaka nak kena catu air, Allah turunkan hujan.

Nikmat Tuhan yg mana kita nak dustakan? Kita merancang, Allah jua sebaik-baik perancang.

Petang semalam perut terasa lapar sebab tengahari tak makan. Terus rancang dengan officemate pergi pasar malam lepas tamat office hour memandangkan nak stayback lepas tu. Tapi jam 5.30 petang langit gelap betul. Dalam hati berdoa dan fikir mungkin tak lebat. Tapi masa on da way ke pasar malam tu hujan dah rintik-rintik. Sampai je pasar malam terus tuju ke gerai keropok lekor. Masa on da way ke gerai laksa, hujan sudah mula melebat. Akhirnya terperangkap juga kat situ. Kilat sabung menyabung dan hujan turun selebat-lebatnya habis basah kuyup.

Lama juga nak tunggu. Hujan tak menunjukkan tanda nak berhenti. Dalam keadaan hujan masih lebat, tapi kurang sikit dari sebelum tu saya ajak kawan saya redah juga. Berlari-lari tahap 100m dengan lajunya. Lari macam terlupa ada baby pulak dalam perut!!

Sampai juga ke kilang semula tapi memang sepanjang jalan air bertakung sana sini. Mujur kereta officemate tak terberhenti di tengah-tengah takungan air tersebut. Air da separas hampir separuh keretanya. Kami jadi sangat-sangat bimbang. Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kami dapat melepasi halangan dan sampai  semula ke kilang.

Phewww..basah-basah macam ni teringat suami, mak, dan abah yang banyak berkorban untuk diri ini. Teringat mereka berbasah kuyup untuk kita.. Allahu..besar pengorbanan mereka.

Pesanan penulis : sebelum tidur makan Ostematrix dan Vitamin C untuk dapatkan tidur yang lebih lena dan sebagai perisai untuk elak demam.




Kolagen Shaklee tidak berfungsi?

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika foto dari Google)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alkesah..

Ada seorang makcik telefon dan marah-marah sebab dia dah consume kolagen habis sekotak. Tapi kesan yang diharapkan, TIADA! Mestilah dia rasa, aku da beli mahal-mahal tapi habuk pun takde.

Memang betul ke Kolagen Shaklee ni tipu dan tak berfungsi? Ok, mari kita lihat situasi seterusnya. Makcik ni sebenarnya, baru ini kali pertama ambil kolagen. Selama dari umur 20 tahun sebenarnya kolagen dalam badan kita dah menyusut sedikit demi sedikit. Bayangkan, selama 20 tahun kita tak pernah ambil sebarang supplement dan juga kolagen untuk topup nutrien yang berkurang dalam badan, macam mana kita nak harapkan baru makan sekotak atau baru makan sepeket dan terus nampak perubahan? Ini MUSTAHIL!

Anda kena sentiasa beringat dan mula berawas. Lagi-lagi kaum wanita yang sangat mudah terdedah kepada kekurangan nutrisi dan kalsium. Anda mengandung, anda beranak, anda jaga anak, anda bekerja, anda buat kerja rumah. Anda perlu tahu yang setiap hari, kolagen, kalsium dan nutrisi dalam badan semakin berkurang dan terus berkurang. Kalau anda rasa anda sihat sekarang, anda muda jelita dan anda masih bergetah sekarang, terpulang. Kerana anda hanya akan dapat rasai perubahannya dalam masa 10-20 tahun akan datang bermula sekarang. Sila rujuk gambar untuk rujukan pengambilan kalsium mengikut umur.



Ini perkara serius dan bukan main-main ya.

Kita sebenarnya perlu memastikan dalam badan kita cukup kalsium bermula umur 0-20 tahun. Waktu ini, kalsium perlu dikumpulkan untuk membina tulang yang sihat dan padat. Apabila bermula umur 30 tahun, kalsium dalam tulang semakin banyak digunakan dan tulang semakin rapuh. Itulah yang berlakunya osteoporosis. Waktu inilah orang baru sibuk-sibuk nak cari susu nak minum, nak tambah kalsium kononnya. Bukanlah kata tak boleh. Boleeehhhh. Cumanya anda sudah terlewat. Itu sahaja.

Sama juga dengan kisah kolagen. Bermula seawal usia 20 tahun sebenarnya kolagen dalam badan sudah semakin berkurangan. Waktu ni kita tak perasan lagi yang mata kita sudah berkedut bila kita senyum. Sebab apa, waktu ni kedutannya tidak ketara dan kita rasa kita masih muda jelita. Tapi bila umur 35 tahun, baru perasan. Eh, eh, mata aku ade wrinkle. Waktu ni nak senyum pun takut nak senyum lebih-lebih sebab takut ketara sangat nampak garisan senyum tu.

Nanti, janganlah pula jadi macam kes makcik tadi. Baru consume sekotak kolagen, dah kata kolagen tu tak bagus. Sebabnya, tidak memberi kesan menegangkan payudara atau menegangkan kulit wajahnya seperti yang diidamkan. Sebenarnya dari usia mudalah kita perlu pastikan badan kita cukup nutrien, vitamin, kolagen dan protein.

So, anda nak jadi wanita yang bagaimana?
Dah bermasalah baru nak cari penyelesaian atau mencegah lebih baik dari menyesal tak sudah?

Saya pakar kesihatan dan kecantikan anda sedia membantu.

Boleh call/whatsapp/mesej 012-3473350

Your trusted Shaklee Independent Distributor
Radhiah Abu (949172)

Bengkel Nutrisi Shaklee

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google)

Bismillahirrahmanirrahim..



Alhamdulillah, bersyukur pada Allah kerana dengan izin-Nya dapat saya dan rakan-rakan sesusur galur yang lain hadir ke majlis ilmu untuk tambah pengetahuan lebih dan lebih kenal setiap vitamin yang ada dalam Shaklee ni.

Asalnya saya memang tak berpeluang pun nak pergi sebab tiket da habis. Memang agak frust jugalah. Saya memang da redha je. Tapi perancangan Allah itu pastinya yang terbaik kan? Tiba-tiba salah seorang sahabat dalam group beritahu dia tak dapat pergi sebab kena masuk kerja. Alamak, kenapa dia tak beritahu awal-awal. Kalau tak, saya orang pertama yang akan beli tiket dia tu. Jam pulak da menunjukkan 9.15pagi macam tu. Kelas start jam 10pagi! Frust buat kali kedua.

Tapi, mummy Shaklee saya (leader dalam group kami) encourage saya untuk pergi. Katanya kalau sampai pukul 11pagi pun masih lagi ok. Rugi kalau tak pergi. Saya tanya suami. Asalnya suami tak bagi sebab lagipun da lewat dan suami pun nak bersiap pergi kerja.

Tapi saya pujuk dan pujuk dan pujuk dan akhirnya suami izinkan. Alhamdulillah. Melompat saya bersiap zap zup zap. Nasib baik ada baju yg da siap bergantung, tak perlu gosok dan hanya perlu gosok tudung sahaja. Jam 9.50 pagi macam tu saya siap. Kami bergerak dalam jam 10 pagi dari rumah.

Sampai di Hotel Bayview dalam jam 10.37 pagi. Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan. Walaupun dah lewat, agak mudah dan tenang perjalanannya. Mungkin sebab niat nak menuntut ilmu dan restu suami. 😊

Terima kasih kepada sahabat satu group yang mensponsor tiket saya semalam. Saya nak bayar semula tapi dia halalkan. Alhamdulillah. Semoga Allah membalas jasanya.

Dapat recharge semula ilmu dan semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan serta dikongsi bersama. Saya belanja satu gambar wajah-wajah kegembiraan kami menikmati ilmu bersama.





Kini, anda tahu kenapa anda perlu dapatkan khidmat saya. Saya bukan distributor biasa-biasa. Saya distributor berilmu taw!

Saya pakar runding kecantikan dan kesihatan anda, boleh dihubungi di talian 012-3473350 (whatsapp, call, mesej)

Your trusted Shaklee Independent Distributor,
Radhiah Abu (949172)

Hadiah dari suami

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/ Google (jika gambar dari carian Google)

28 October 2016

Suami beri semangat.

Dia bersungguh menghadiahkan saya sebuah telefon bimbit baru. Padahal telefon lama saya masih lagi boleh berfungsi dengan baik. Cuma tiada memory card sahaja menyebabkan kadang-kadang telefon 'hang' dan bila cakap dalam telefon suara tidak berapa jelas..

Saya bersungguh menolak dan hanya meminta dia betulkan sahaja slot memory card handphone lama ni. Saya taknak susahkan dia. Tapi, katanya dia memang sudah lama memasang niat untuk membelikan saya handphone baru.

Terharu rasanya. Saya tak mampu nak ungkapkan dengan kata-kata atas semangat dan kesungguhannya menggembirakan hati isteri. Saya faham bagaimana gembiranya hati dia dapat menggembirakan saya sepertimana saya gembira apabila dapat menggembirakannya.

Saya tanya suami, adakah ini sempena hadiah hari lahir saya yang bakal menjelang tidak lama lagi? Hadiah 'in advance' ke? Jawapannya, "taklah, ini memang hadiah dari abang untuk ayang, untuk kemudahan ayang. Tiada istilah hadiah hari lahir." Hari lahir takde hadiah katanya. Kadang-kadang kita tidak memerlukan sebab pun untuk menghadiahkan sesuatu untuk yang tersayang.

Begitu juga dengan kesihatan. Kita tak perlukan sebab untuk dapatkan kesihatan yang baik. Jagalah nikmat yang Allah beri sebaik-baiknya. Mencegah lebih baik dari mengubati. Masih belum terlambat untuk mulakan sekarang.

Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi dan juga pandangan tentang vitamin mana yang patut anda mulakan sekarang.

With love,
SID 949172
Sebarang pertanyaan lanjut dan konsultasi hubungi 012-3473350

Quality Time vs Quantity Time

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google)



Malam semalam suami dapat meluangkan sedikit masa untuk bersama keluarga keluar menikmati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. Memandangkan pekerjaan suami yang memerlukan komitmen masa di tempat kerja lebih dari di rumah, ini merupakan masa yang sangat berharga buat kami. Walaupun Aufa masih kecil dan mungkin masih kurang faham akan erti ini, tapi ini adalah 'bonding time' buat kami sekeluarga.

Suami rancang untuk membawa kami sekeluarga naik bot di Sungai Melaka. Rasa macam pelancong sekejap. Orang kata 'jakun'. Mana taknya, ini adalah kali pertama saya naik bot di Sungai Melaka ni.


Selepas solat Maghrib, kami bergerak ke destinasi yang dirancang. Untuk makluman anda, tiket pada hari Jumaat-Ahad agak mahal berbanding hari biasa. Bagi adik-adik yang masih belajar, disarankan untuk pergi naik sekarang sebab dapat separuh harga. Rasa sedikit ralat juga tetapi bila fikirkan bila masa yang sesuai lagi untuk kami datang ke sini lagi? Maka kami redah dan redhakan jua.

Jika anda hendak naik bot ini, mungkin disarankan untuk lakukannya pada waktu malam sebab ada lampu-lampu yang menghidupkan suasana malam dan kelihatan cantik. Semasa dalam bot tersebut, ada suara rakaman yang dipasang di radio untuk menerangkan tempat-tempat yang kami lewati. Tapi mungkin kurang menarik dek kerana suara tersebut tenggelam dengan desiran ombak sungai dan bunyi dari bot tersebut. Kata suami yang berpengalaman naik bot tersebut sebelum ini, masa awal-awal pembukaannya dalam bot siap ada penghibur yang menyanyi. Mungkin mereka boleh ubah strategi lain yang lebih bagus untuk membuatkan para pelancong dan penduduk tempatan seperti saya ini untuk lebih menghargai sejarah.

Aufa tak henti-henti bercakap menggunakan bahasa dia dalam bot. Hanya dia sahaja yang faham, yang kita ni ia kan sahaja. Mungkin dia terlalu teruja. Niat hati kami nak berjalan-jalan di tempat lain dan mengisi perut lepas aktiviti naik bot tersebut. Tapi Aufa dah selamat berlayar sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Kami pula terlupa nak bawa stroller dia. Maka, kami ambil keputusan untuk pulang sahaja. Encik suami pun kelihatan letih kerana penat di tempat kerja masih belum hilang lagi, namun digagahkan juga diri untuk menghiburkan kami. Terima kasih encik suami yang budiman.

Masa yang berkualiti itu lebih bermakna dari masa yang banyak terluang tetapi tidak memberi erti atau rasa yang mendalam. Saya sangat hargai pengorbanan dan kesungguhan suami. Sebab itulah saya nak hadiahkan suami Performance Drink bulan ni. Tapi rahsia tau, jangan beritahu dia. Hehe.

Performance Drink ni bertindak untuk :
  • Meningkatkan daya ketahanan badan
  • Membekalkan daya tenaga dan ketahanan fizikal 
  • Mengelakkan badan kehilangan air 
  • Mengekalkan paras gula 
Siapa yang patut ambil Performance Drink ini?
  • Atlit 
  • Orang yang berpuasa 
  • Pesakit yang menjalani pembedahan 
  • Orang yang selalu keletihan 
  • Orang yang selalu lewat tidur malam 
  • Orang yang paras gula rendah 
  • Orang yang tiada selera makan 
  • Orang yang menjalani gaya hidup aktif dan tahan lasak 





Makanya, pada pandangan saya suami saya patut terima 'award' untuk minum air Performance Drink ini. Siapa yang suka minum air 100 Plus atau Revive atau apa sahaja minuman isotonik yang lain konon untuk tambah tenaga tu, Performance Drink patut menjadi pilihan utama anda malah, Performance Drink berganda-ganda lebih bagus dan banyak manfaat dari minuman isotonik yang lain.

Percayalah cakap saya, kalau anda rasa sekali pasti nak lagi dan lagi dan lagi dan lagi.

So, mana-mana isteri yang sayang suami atau anak yang sayang ayah yang dah bertungkus lumus mencari rezeki untuk kita tu, apa kata anda hadiahkan satu buat mereka? Jangan nanti anda pula yang join sekaki sudahlah. Hehe.

Apa itu Healing Crisis (Krisis Pemulihan)?

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/ carian Google (jika gambar dari Google)

Masa kita tengah duduk update blog, dia yang tengah baring di tilam sambil hisap botol susu menggamit-gamit tangan arah kita suruh datang pada dia. Maknanya kita kenalah baring sebelah dia. Tabiat anak solehah ini sejak kecil sampai sekarang memang suka pegang dan kutil-kutil mulut kita kalau nak tidur atau semasa hisap susu. Sakit-sakit mulut kita dibuatnya. Kadang-kadang dicubit-cubit mulut kita kalau dia geram.

Saya pula jenis bibir kering. Rajin pula siat kuping yang kering tu. Apa lagi, memang luka, berdarah dan sakitlah jadinya. Dah jadi tak cantik rupanya. Siapa suruh malas minum air masak banyak-banyak, kan? Anda tahu tak berapa liter sehari air yang patut kita minum?

Kebanyakan sumber yang saya baca menyatakan kita perlu mengambil 1 liter air bagi setiap 25kg berat badan kita. Katakanlah, berat badan saya 53kg. Jadi, setiap hari badan saya perlu dapatkan 2-2.5 liter sehari. Tapi, ini tidak termasuk air manis ye. Ini hanya dikira untuk 'plain water' sahaja ataupun orang Melayu selalu sebut air masak. Sekarang ni dah zaman moden, selalu orang guna filter water je kan. Lebih sedap dan lebih manis.

Lagi-lagi jika anda adalah seorang insan yang mengambil makanan tambahan, lagilah badan anda memerlukan sangat banyak air untuk memastikan makanan tambahan yang dimakan diserap dan diproses dengan baik.Tidaklah kita makan supplement itu sia-sia sahaja. Itu yang kadang-kadang apabila seseorang yang mengambil supplement merasakan tiada apa-apa perubahan atau tiada kesan. Akhirnya produk juga yang dipersalahkan.

Jangan! Jangan begitu wahai pembaca yang budiman. Sila semak semula cara pengambilan supplement anda dan pengambilan air anda setiap hari. Sudahkah ianya mengikut seperti apa yang telah dikonsultasikan. Boleh jadi juga ia sedang melakukan proses 'healing crisis'.

Apa itu 'healing crisis'?

Healing Crisis atau dalam bahasa Melayu ia disebut sebagai krisis pemulihan ialah satu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksin yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala yang tidak selesa. Inilah yang diiktiraf sebagai 'healing crisis'. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan. Fasa pemulihan inilah yang ramai orang tak sanggup untuk laluinya.

Mengapa terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) setelah mengambil supplement?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen dalam tubuh. Tindak balas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan dan sebagainya. Contohnya, anda mungkin mengalami ruam kulit, atau lebih banyak berlaku pergerakan usus. Ini merupakan tanda-tanda badan anda sedang didetoksifikasi.

Bayangkan badan anda seperti paip besi berkarat. Apabila anda masukkan beberapa ejen karat atau pembersih paip, pada permulaannya lebih karat akan keluar dari dinding paip (ini adalah toksin). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihkan, paip akan menjadi cantik dan bersih semula. Begitulah diibaratkan keadaan badan kita.

Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) suatu petanda yang baik?

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil sememangnya berkesan.

Sesetengah orang akan terfikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya akan berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan.Walaubagaimanapun, jika badan anda tidak menghadapi krisis pemulihan ia mungkin adalah kerana tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda berada di tahap paling optimum. Atau pun mungkin juga badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.

Adakah semua orang mengalami tanda-tanda dan gejala yang sama semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Perlu diingatkan bahawa semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis pemulihan sebaik sahaja selepas pengambilan supplement, sementara yang lain mungkin hanya akan alaminya selepas sebulan atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksin, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.

Berapa lamakah proses Krisis Pemulihan (Healing Crisis) ini akan berlaku?

Sebenarnya, ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.

Kebanyakan orang merasa lebih baik selepas mengambil supplement.
Tetapi, saya telah mengamalkan pengambilan supplement untuk seketika dan saya tidak perasan sebarang perbezaan. Mengapa ini terjadi?

Yang ini saya tahu mesti ramai juga yang alami perkara yang sama. Betul tak? Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik dan sebagainya. Namun, jika tiada apa-apa peningkatan yang berlaku terhadap kesihatan anda, mungkin anda boleh semak semula :


  1. Anda tidak mengambil supplement dengan konsisten
  2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan
  3. Anda takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekaligus
  4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang
  5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lama untuk pulih
  6. Keadaan tubuh yang kronik
Tanda Krisis Pemulihan (Healing Crisis) dan kemungkinan puncanya


Tanda Healing Crisis
Kemungkinan punca
Keletihan, berasa mengantuk
Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa berat
Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahan
Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk
Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
Kembung, perut bergas
Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur
Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair
Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
Hidung berdarah
Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendi
Tubuh berasid, toksin berkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas
Proses penyembuhan semakin cepat
Insomnia atau hiperaktif
Sistem saraf yang lemah
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir
Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besar
Mungkin buasir
Pening, lapar
Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, sedu
Sistem penghadaman lemah, masalah hati
Slight Edema (bengkak)
Masalah buah pinggang


Bagaimanakah cara untuk melalui Krisis Pemulihan (Healing Crisis) ini?

Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini;
  • Minumlah banyak air bersih
  • Rehat secukupnya
  • Makanlah lebih sayuran dan buah-buahan
Selagi anda faham ini adalah simptom pemulihan, anda akan dapat mengharungi fasa pemulihan ini dengan mudah. Saya juga seperti anda, pernah melalui fasa ini sehingga panik. Tetapi bila kita sudah tahu ini adalah proses healing crisis, kita akan lebih tenang.

Semoga ini akan memberi manfaat untuk anda. Ingat, minumlah air masak mencukupi keperluan harian anda.