Tips elakkan muntah semasa minum air gula

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google)

Bismillahirrahmanirrahim..


Again, I'm here!! Ini adalah kali ketiga saya minum air gula sepanjang kehamilan ni. Mesti ada yang pelik,kan kenapa sampai 3 kali dok minum air gula. Ada orang 2 kali je dan ada yang bernasib baik tak minum langsung! Masa Aufa dulu saya kena minum sekali je.

Apa yang saya dengar sekarang ni diwajibkan minum air gula 2 kali, trimester kedua dan trimester ketiga. Saya tahu, minum air gula ni adalah perkara yang paling mengerikan. Lebih ngeri dari tengok cerita hantu. Dengar kena minum air gula je pun dah rasa mual nak muntah kan?

Actually, saya kena minum kali ketiga ni sebab doktor yang suruh. Sebab keputusan minum air gula kali kedua ada sedikit kemusykilan pada result dia. Result darah sebelum minum air gula tinggi dari selepas minum air gula. So, kena repeat semula. Dan, masa kali kedua tu saya disahkan ada MGTT walaupun saya tahu dan saya bangkang habis-habisan sebab saya tahu saya takde kencing manis. Haha. Yang tak boleh diterima tu sebab nurse cakap saya confirm ada kencing manis dan kena buat BSP. BSP tu kena cucuk, ambil darah empat kali dalam satu hari. Lepas dari buat BSP tu lah jururawat klinik desa call, katanya doktor suggest minum air gula sekali lagi.

Ok, macamana nak elakkan termuntah masa minum air gula ni?
1. Datang awal
2. Pastikan datang awal sebab nak dapatkan nombor awal
3. Masa ni, air gula baru lepas buat so dia tengah suam-suam lagi
4. Pilih air gula yang suam
5. Dapat je air tu terus shoot minum sekali sahaja. Jangan BERHENTI! Sebab kalau once dah terhenti, nak sambung balik sure rasa nak termuntah.

Ok, selain tu apa yang boleh kita buat untuk kawal kandungan gula dalam darah atau elakkan kencing manis semasa mengandung?

You all boleh amalkan SET KEHAMILAN LENGKAP SHAKLEE yang terdiri dari :

TRIMESTER PERTAMA
1. ESP
2. Vitamin C
3. Vitalea
4. B Complex
5. Ostematrix

TRIMESTER KEDUA DAN KETIGA
1. Sama seperti trimester pertama
2. Add on Omega Guard



Selain untuk kesihatan optimum ibu dan anak di dalam kandungan sepanjang kehamilan, dalam masa yang sama set ni juga membantu mengelakkan kencing manis semasa mengandung.

Contact agen sah Shaklee 012.347.3350 (Radhiah SID : 949172)

Kenapa anda boleh memilih Shaklee sebagai side income?

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google)

Di sini saya sertakan salah satu sebab kenapa anda boleh memilih Shaklee sebagai side income anda.
InsyaAllah, Shaklee ialah syarikat MLM yang patuh syariah :)

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.
6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

SUMBER : http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html

Azam Tahun Baru

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wmt wbt..



Alhamdulillah, Allah beri kesempatan pada kita untuk masih lagi bernafas hari ini pada 01.01.2017. Biasanya tahun baru, masing-masing ada simpan azam baru kan? Tapi takkan azam baru tu nak tunggu tahun baru, baru nak berazam? Sepatutnya hari-hari kita berazam untuk jadi lebih baik, lebih baik, lebih baik dan lebih baik lagi. Amal ibadah pun semakin hari semakin baik. Bukankah umat Islam yang cemerlang itu hari ini lebih baik dari semalam dan seterusnya? Betul?

Cerita tentang azam, Alhamdulillah, dalam banyak-banyak dan senarai panjang azam saya tahun lepas yang tercatat, dua antaranya Allah tunaikan. Actually dia bukan azam sangatlah..Dia macam lebih kepada wishlist kot.. Pertama, saya rancang nak dapatkan anak kedua pada tahun 2017. Alhamdulillah dan InsyaAllah, Februari 2017 ni Aufa dapatlah adik. Doakan semoga segalanya dipermudahkan dan urusan bersalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Aamiin.

Yang keduanya, saya ada buat target nak dapat Anugerah Pekerja Terbaik pada tahun 2016. Saya pun sebenarnya tak perasan target yang saya buat tu. Tapi bila tengok list, eh, ada aku tulis benda ni? Dan Allah kabulkannya pada 13 Disember 2016 yang lepas, saya berjaya naik pentas dan dapat sijil BEST EMPLOYEE AWARD 2016/2017. Syukur kepada Allah. Selama ni diuji dengan berbagai cabaran dari awal bekerja tapi akhirnya Allah berikan rasa manis itu atas segala kesabaran. Itulah hikmahnya bila kita banyak bersabar.

Banyak perkara yang mengajar dan mematangkan diri ini. Kalau dulu, masa kita berdarah panas, mudah memberontak dan naik angin bila orang ambil kesempatan atas kebaikan yang kita beri. Bila orang mempergunakan kita, menjadikan kita kambing hitam dan sebagainya. Tapi, bila kita kembali kepada Allah, kita berfikiran positif, kita tenang dan join kelas-kelas yang memotivasikan kita, segalanya berubah. Bila kita ingat balik tindakan melulu kita suatu masa dahulu, kita rasa macam "Ya Allah, bodohnya aku sebab aku menunjukkan kelemahan diri aku!". Terasa diri ini sangat boneka sebab orang tak terkesan pun dengan amukan dan protes kita. Orang hanya nampak kita lemah, nampak bodoh sangat. Dan orang tu, tak rugi apa-apa. Kitalah yang rugi sebab memperbodohkan diri sendiri. Betul tak?

Jadi, walau apa pun yang berlaku, keep calm dan mengadu pada Allah. Allah pemberi solusi yang terbaik buat kita. Sebab, DIA Maha Mengetahui. Lepas tu, kalau nak meluahkan perasaan pada manusia, luahkan pada orang yang rapat dengan kita dan boleh dipercayai contohnya suami kita ke, ibubapa kita ke. Maybe ada yang suka luahkan pada kawan-kawan tapi kena pandai-pandai cari kawan sebab tak semua kawan yang jujur merasai perasaan kita. Kalau macam saya, of course saya akan luahkan pada suami atau ibubapa saya. Kawan-kawan, hanya certain parts sahaja kalau diorang dok tanya. Bukan semua, ok! Hanya cerita perkara yang mereka nampak zahir sahaja. That's all.

Saya doakan semoga tahun baru ini memberi nafas baru kepada kita semua. Semoga segala yang diimpikan dan dicita-citakan menjadi kenyataan.

"Ya Allah, semoga di tahun baru ini Radhiah berjaya membantu lebih ramai lagi insan di luar sana menjalani kehidupan yang lebih baik dan mendapat kesihatan yang optimum.
Ya Allah, bantulah Radhiah supaya dapat jadi leader yang baik kepada anak-anak buahnya.
Ya Allah, bantulah Radhiah supaya dapat mengumpulkan wang untuk menghantar ibubapanya menunaikan umrah.
Ya Allah, berilah kesihatan yang baik dan panjangkanlah umur kedua ibubapa Radhiah supaya mereka dapat menjejakkan kaki ke tanah suci-Mu.
Ya Allah, bantulah Radhiah dipermudahkan urusan hariannya sepanjang tahun 2017 ini"
Aamiin~

Radhiah Abu
012-3473350
Shaklee Independent Distributor (ID :949172)