Prolonge Jaundis dan cara mengatasinya

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google)

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah akhirnya jaundis baby Husna turun juga akhirnya setelah sebulan. Phewww memang agak stress dan bimbang bila benda ni berlaku. Tapi, kita kena hadapi dengan sabar dan redha disamping usaha dan tawakkal pada Allah. 

Paling tinggi bacaan kuning Husna ialah pada hari ke-6 iaitu 17.4mg/dl. Masa tu memang agak terkejutlah sebab sehari sebelum tu pergi check dekat Klinik Amal 12.2 mg/dl. Kak Dee terus bawa ke Klinik Amal semula sebab rasa tak puas hati kenapa naik mendadak. Tapi, doktor taknak ambil bacaan bila tahu dah ambil darah pagi tu. Dia just nasihatkan untuk kami sewa mesin fototerapi. Orang selalu panggil lampu biru. Rupanya nurse tu beritahu tak boleh ambil darah dua kali dalam satu hari. Dalam 3 hari juga kami sewa mesin fototerapi tu. Tapi bila bawa g klinik. doktor tengok je terus cakap masih tinggi lagi kuning dia ni. Stress juga bila tengok sebab kadang tengok macam dah takde tapi bila tengahari nampak kuningnya ketara. prolonged jaundis. 

6 Feb 2017 : 12.8 mg/dl (Klinik Kesihatan)
7 Feb 2017 : 14.6 mg/dl (Klinik Kesihatan)
8 Feb 2017 : 12.2 mg/dl (Klinik Amal)
9 Feb 2017 : 17.4 mg/dl (Klinik Kesihatan)
11 Feb 2017 : 12.0 mg/dl (Klinik Amal)
13 Feb 2017 : 12.4 mg/dl (Klinik Amal)
20 Feb 2017 : 11.8 mg/dl (Klinik Amal)
24 Feb 2017 : 11.2 mg/dl (Klinik Amal)
1 Mar 2017 : 11.0 mg/dl (Klinik Amal)
7 Mar 2017 : 8.4 mg/dl (Klinik Amal)

Hari terakhir pergi ambil bacaan kuning tu Kak Dee rasa lega sangat. Doktor pun cakap kalau ada masalah je baru datang semula. Stress tak stress sebulan menghadap baby kuning. Hati mak mana yang tak risau, betul tak? Nasib baik ada B Complex Shaklee buatkan untuk bagi emosi Kak Dee stabil. Hehe

8 March 2017 (Rabu)
Esoknya tu pergi Klinik Desa untuk check-up sebulan, nurse kat situ cakap baby Kak Dee masih lagi nampak kuning. Allahu Akbar, Kak Dee yang baru rasa nak lega ni rasa stress balik. Doktor pulak suruh Kak Dee pergi check kuning baby kat Klinik Kesihatan semula sebab dia kata bacaan kat Klinik Amal TAK TEPAT. What? Kalau tak tepat, kenapa tak buat aduan kat Kementerian Kesihatan?

9 March 2017 (Khamis)
Ok la, esoknya tu Kak Dee layankan jela pergi jugak check kat Klinik Kesihatan. Kat sini lagi best taw. Suami Kak Dee yang tolong bawak baby check kuning sebab Aufa tengah tidur. So, Kak Dee tunggu kat kereta je. Sekali, tiba-tiba suami Kak Dee datang cakap kuning baby 17.4mg/dl. Doktor suruh tahan wad. What?? Sekali lagi Kak Dee ber'what-what'. Haha. Suami ajak Kak Dee masuk ke bilik doktor sesama sebab dia cakap dengan doktor tadi nak bincang dengan Kak Dee dulu untuk tahan wad tu.

Kak Dee masuk je bilik doktor terus tanya,
Kak Dee : Kalau tahan wad, saya boleh tunggu sana sekali ke?
Doktor : Tengok kekosongan. Kalau ada kosong, ibu boleh tunggu sekali kat sana. Kalau takde, ibu masih boleh hantar susu pada baby.
Kak Dee : Macamana boleh jadi 17.4mg/dl ya? Sebab last saya check aritu 8.4mg/dl. Takkan naik jauh sangat?
Doktor : Ya, memang 17.4mg/dl. (sambil tunjuk kertas bacaan tu)

Bila Kak Dee tengok, lorrrrrrr? 

Kak Dee : Ni bukan yang lama punya ke? (sambil tunjuk tarikh kat situ) Ini 9 Feb 2017, sekarang dah bulan Mac.

Doktor tu pun dan terpinga-pinga. Dah tersegan lettewww. Haha. Dia mintak husband Kak Dee bawak semula kertas tu ke makmal untuk make sure bape bacaan sebenarnya. Memang sah bacaan kuning Husna dah turun bawah 10mg/dl iaitu 9.1mg/dl. Dia pun cancel la segala surat yang dia dah bukak untuk admit wad.

Kak Dee : So camana doktor?
Doktor : Awak ada 2 pilihan samada nak datang esok atau lusa. Kalau bacaan dia bawah 9mg/dl. Kita tutup kes.

14 March 2017 (Selasa)
Hmmm..layankan jelah. Sepatutnya Kak Dee kena datang semula hari Jumaat atau Sabtu tu tapi disebabkan Kak Dee ada urusan lain, Kak Dee just pergi hari Selasa minggu depannya dan last bacaan and the very last ialah 8.5mg/dl. laporan dari Klinik Kesihatan. Sebenarnya bacaan siapa tak tepat ni? Kak Dee tertanya-tanya. Huhu

Masa masuk jumpa doktor tu, doktor lain yang consult.

Doktor   : Kenapa datang? Baby ada kuning lagi ke?
Kak Dee : Kenapa datang? (Kak Dee dah pelik kenapa tanya soalan camtu..hmmm). Aritu saya check kuning baby kat Klinik Amal tapi masa check up sebulan tu doktor suruh saya datang sini. Doktor yang cek masa 9hb ni suruh saya datang lagi sekali. Dia cakap bacaan baby bawah 9mg/dl, tutup kes.
Doktor : Owwhh, takde pape ni. Kerapkan bagi susu je. Bacaan dia memang bawah 10mg/dl ni. Masa kat Klinik Amal, siapa yang amek darah?
Kak Dee : Doktor
Doktor : Memang doktor lah yang ambil darah? Bukan orang lain?
Kak Dee : Ha'ah, memang doktor.
Kat sini korang boleh nampak sesuatu tak? Kenapa perlu timbul isu TEPAT TAK TEPAT? Lagipun yang ambil darah kat klinik tu doktor taw, bukan nurse.
Kak Dee : Ehmmm.. aritu Doktor Aini suruh saya check kat sini sebab dia kata bacaan kat Klinik Amal tak tepat.
Doktor : Owwhh takde istilah mana tepat tak tepat. Kita ambil je dua-dua pihak. Kalau bacaannya tak jauh beza, sebenarnya takde masalah. 

Ok, kata-kata doktor ni Kak Dee boleh terima dengan hati yang terbuka. Bukan terus condemn terus macam doktor yang kat klinik desa tu kan? Yeeewww, doktor kenalah profesional. Janganlah terus judge je macam tu. Kenalah tunjuk attitude yang baik, kan?

So, ni pengalamanlah untuk Kak Dee bersalin kali ni. Tapi apa yang Kak Dee buat sepanjang Husna kena jaundis ni Kak Dee teruskan je bagi susu ibu. Dari apa yang dapat disimpulkan, Husna kena breastmilk jaundice. Kak Dee tanya juga doktor kat Klinik Amal tu, Husna perlu ke ambil ujian darah untuk check hati dan sebagainya? Doktor cakap tak perlu sebab Husna lahir cukup bulan (37 minggu 6 hari) dan berat dia 3.15kg. So, dengan berat dia yang cam tu, dia punya bacaan tak boleh lebih dari 18mg/dl. Kalau lebih baru akan ambil tindakan susulan.

Kan Kak Dee beritahu yang Husna breastmilk jaundice. Tapi, Kak Dee tetap teruskan je susukan Husna untuk bantu sistem pencernaan dia. Lagi banyak dia menyusu, lagi banyak dia buang air kecil dan air besar dan lagi cepat bacaan kuning dia turun. So, nak menyusukan mestilah kena ada susu kan? Kalau boleh nak susu yang banyak dan melimpah ruah, betul? So apa yang Kak Dee buat nak bagi susu banyak?

Kak Dee amalkan Set Bersalin Shaklee yang super duper famous amos tu. Dalam set tu dah cukup lengkap dengan segala keperluan yang kita kaum wanita ni nak. Nak cantik, nak kurus cepat, nak susu banyak, nak cepat sihat. Lengkaplah. Tapi kenalah ambil yang lengkap. Kalau ambil yang pilih-pilih, janganlah terlalu mengharap dapat effect yang sama macam yang set Premium :) 

Kak Dee ambil je set ni sepanjang berpantang tu macam biasa. ESP, B Complex, Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, Omega Guard, Alfalfa. Ok, sekarang ni Kak Dee nak share macamana Alfalfa bantu untuk turunkan bacaan jaundis baby. Ada sesetengah orang kata Alfalfa ni herba dan diorang takut nak consume masa baby tengah ada masalah jaundis. Tapi yang sebenarnya, Alfalfa bagus untuk kesihatan hati. Ia bertindak untuk menguatkan hati ibu dan si anak. Seeloknya diambil masa dekat-dekat nak bersalin tu. Dalam masa trimester ketiga. InsyaAllah, kalau baby lahir nanti baby boleh proses untuk musnahkan bilirubin dalam badan dia. Tapi, kalau yang tak sempat nak ambil waktu pregnant macam Kak Dee ni, boleh je ambil masa tengah berpantang ni dan susukan baby. So, baby akan dapat khasiat Alfalfa tu melalui susu ibu. Ia akan bantu untuk kuatkan hati baby dan hati yang kuat ni akan dapat memusnahkan bilirubin yang banyak dalam badan tu. Owh ya, Alfalfa ni pun sebenarnya milkbooster jugak taw.

Nak dapatkan konsultasi dari Kak Dee tentang set hamil, set berpantang dan set menyusu Shaklee boleh terus contact Kak Dee ya. 

Kak Dee
012-3473350

2 comments:

  1. Lega dgn penurunan kuning bayi kak husna....
    Skrg sya masih dlm penjagaan bayi sya yg masih kuning ... mcm2 dh sya buat and ikut petua tua2.... bby sya lahir 36minggu 1 hari... pramatang beratnya 2.1kg jee time tu.. now sah 2.7kg... first time hari ke 6 pegi klinik chexk kuning atas arahan nurse dtg uma... chexk2 tinggi 11.1mg/dL.... then menurun sikit2 beberapa kli dtg... last smlm 22/3/17 check 8.5mg/dL then doktor bg surat refer ke hospital sbb kuning x turun normal lg... kena cucuk n amik air kencing bby.... stress sgt2 kn bacaan pramatang tu cuma 7mg/dL lgpun bacaan menurun xda meningkat pun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry dear. Baru perasan komen awak. Maybe sebab anak Sahara lahir beratnya hanya 2.1kg, dia concern sikitlah nak betul betul bawah 5mg/dl baru dia kata ok lah kot.
      Kita yang mak mak ni yang stress kan. Kesian tengok anak kena cucuk. Sekarang baby dah berapa kg? Mesti comel kan 😊

      Delete