Persediaan menanti kehadiran orang baru

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google)

Untuk mommies yang bakal bersalin, pasti perasaan teruja tu membuak-buak. Rasa tak sabar nak tatap orang yang selama ni dinanti-nanti. Macamanalah agaknya rupa cinta hati kita yang comel tu. Dalam keterujaan tu, jangan lupa siap-siapkan barang nak pergi hospital nanti.

Masa Kak Dee mengandung anak first dulu, agak lambat dan tak banyak barang pun beli. Kak Dee just beli barang yang perlu sahaja. Tu yang sampai terlepas pandang masa dalam wad nak salinkan pampers Aufa, wipes takde! Kenalah tebalkan muka pinjam kakak katil sebelah tu. Huhu

Ok, jom kita buat checklist sikit tengok barang apa yang kita nak kena bawak. Simpan siap-siap letak dalam beg. Lepastu letak depan muka pintu. Tak pun dalam kereta je sentiasa. So, nanti mudah. Bila nak bersalin nanti terus capai je.

1. Kad pengenalan
2. Buku merah (buku mengandung taw! bukan passport)
3. Sweater
4. Barang mandi (sabun, berus gigi, ubat gigi) . Bawak yang kecik je. Untuk 1-2 hari masa dalam wad tu je
5. Pakaian dalam
6. Pad bersalin
7. Baju baby
8. Lampin
9. Wipes
10. Kain bedung
11. Selimut baby
12. Baju nak pakai time nak balik
13. Handphone dan charger

dan yang penting,

14. Vitamin Shaklee .
Ni nak bagi tenaga lepas bersalin nanti. Lepas bersalin nanti dalam wad, nurse akan hantar susu dan juga vitamin C, b complex, iron untuk kita makan pagi tu. Tapi Kak Dee pilih set bersalin Shaklee yang dah lengkap dengan


      • ESP
      • Ostematrix
      • Vitamin C
      • B Complex
      • Vitalea
      • Omega Guard
      • Alfalfa

Banyak sangat manfaat yang kita akan dapat dari set bersalin Shaklee ni :

      • Berat badan mudah turun
      • Susu meriah
      • Membantu perkembangan otak si manja
      • Membuatkan ibu lebih bertenaga
      • Elakkan meroyan
      • Ibu tidak mudah rasa letih
      • Luka cepat sembuh


Itu antara perkara best yang Kak Dee dapat dan boleh share kat mommies la. Kalau mommies berminat nak dapatkan set lengkap bersalin ni, mommies boleh hubungi Kak Dee untuk pertanyaan lanjut dan konsultasi percuma. Kak Dee galakkan mommies jadi ahli terus supaya dapat menikmati pembelian dengan harga yang jauh lebih murah. 

With lots of luv,
Kak Dee
Pengedar Sah Shaklee Melaka πŸ’š

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah

Kak Dee share ni untuk rujukan dan peringatan buat diri Kak Dee sendiri juga. Semoga bermanfaat.

1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

Kredit : Ustazah Fatimah

Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dapat amal dan sampaikan. Aamiin

Cara rawat muka berjerawat

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google)

Pagi tadi dalam keta sementara nak ke tempat kerja sempat jugak dengar IKIM. Tetiba Prof. Muhaya share pasal hidup dalam kepura-puraan. Dia cakap, kalau cari pasangan biarlah kita suka seadanya dia. Kalau perempuan tu jenis mekap tebal dan lelaki tu suka perempuan tu sebab cantik tetapi dengan mekap yang tebal, agaknya macamanalah lepas kawen nanti? Apelah reaksi si suami bila tengok rupa isteri disebalik mekap yang tebal tu?

Husband Kak Dee cakap, "Ha, dengar tu. Benda ni abang dah cakap dari sebelum dia cakap lagi. Abang ni dah tahap profesor dah"

Kak Dee pandang husband dengan ekor mata. Sila bayangkan muka Kak Dee yang buat derrrkk je. Hehe😏

Kak Dee pun tanya, "Abang dulu suka saya sebab ape?"

Husband, "Tang jerawat tu" sambil ketawa besar. Lawak sangatlah tu? Rasa macam nak wrestling orang je papagi ni kan. Haha. Tapi betullah, dulu masa kenal dengan husband Kak Dee muka Kak Dee teruk sangat naik jerawat. Sampai nak angkat muka pun malu! Bekas jerawat hitam tak payah cakaplah. Dari jauh, sebatu dah nampak dah. Huhu

Husband Kak Dee cakap, dia tak pikir ape pun. Dia pikir nak nikah je. So dia tak kesah pun camana Kak Dee walaupun masa tu dia tengok dalam gambar dengan realiti tak sama! Haha. Kak Dee bagi gambar masa muka tengah elok. Memanglah jauh beza. Kah kah kah. Jerawat boleh dirawat. Sekarang ni macam-macam ada. Nak tradisional ke, moden ke semua ade. Tapi Kak Dee pilih Shaklee je πŸ˜‰

Macam-macam cara Kak Dee buat nak bagi hilang jerawat ni. Antaranya :

1. Limau nipis/Lemon

Sapu limau nipis atau lemon kat muka sebab dalam limau ade antibakteria yang akan mematikan kuman-kuman dalam kulit muka tu di samping boleh mencerahkan muka kita. Tapi memang pedih sikitlah. Bukan sikit, banyak. Hehe. Nak cantik, kan? Tahan jela.

2. Telur

Ambil putih telur dengan kapas muka tu, buat macam mask sapu kat muka. Hanyir sikitlah. Tapi best bila cabut tu.  Rasa licin je muka. Owh, lupa nak beritahu. Guna putih telur sahaja. Kuning tu goreng buat makan. Hehe

3. Madu

Sapu madu kat muka. Bagus jugak. Kengkadang Kak Dee campur dengan bedak sejuk.

4. Kulit kayu manis

Seeloknya diparut sendiri bawah buntut pasu. Tapi Kak Dee maleh. Kak Dee beli yang dah jadik serbuk tu je. Campur dengan bedak sejuk dan madu atau tambah air je tepek kat muka. Pedih sikitlah. Lepas basuh muka jadi merah sebab pijau. Hehe

5. Buah tomato

Masa Kak Dee zaman belajar dulu Kak Dee rajin makan buah tomato tu yang muka elok sikitlah. Bila dah duduk rumah, dah tak jaga makan terus naik mencanak-canak jerawatnya. Dapat pulak Kak Dee yang suka dok belek muka, lepas tu picitkan jerawat tu. Mane nak elok.

Kawan Kak Dee buat buah tomato ni sebagai scrub. Cantik muka dia. Licin je. Kak Dee makan je.

6.Set Kecantikan Shaklee

Last sekali Kak Dee guna Set Kecantikan Shaklee. Kak Dee detoks dulu sebab badan yang banyak toksin susah vitamin nak berfungsi dengan baik. Bila kita dah flush out toksin, barulah vitamin mudah nak bertindak jalankan tugas dia.

Siapa yang ada masalah kulit berjerawat macam Kak Dee ni boleh dapatkan konsultasi percuma dari Kak Dee. Nah, Kak Dee belanja sikit gambar Kak Dee yang dulu dan yang sekarang.




With lots of luv,
Kak Dee
Pengedar Sah Shaklee MelakaπŸ’š


Bayi kerap bangun malam

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google)

Penat, kan kalau baby asyik bangun malam sebab nak menyusu. Kak Dee pun keletihan lately ni sebab Husna asyik bangun dua tiga kali juga sebab nak menyusu. Selalunya Kak Dee akan bangun pagi-pagi sebab nak mengepam. La ni tak dan dah sebab sedar-sedar je dah sampai waktu kena bersiap 😒



Kak Dee kalau lepas balik kerja, awal lagi dah masuk bilik tidur. Sambil susukan anak, mak dia pun tidur sekali. Itu perkara biasa kan? Hehe. Kenapa baby selalu bangun malam nak menyusu?

Satu, sebab baby semakin membesar.
Kedua, sebab susu ibu mudah dihadam.

Selalunya setiap 2 jam baby akan bangun nak menyusu. (Kak Dee rasa macam tak sampai 2 jam pun. Macam baru je kejap tadi lelap mata. Huhu)

Maybe ada mommies yang confuse dan risau kot lah yang anak dia tak cukup susu ke sebab kejap-kejap bangun, kan? Bukan pasal susu tak cukup ya. So, no worries. Susu kita sentiasa cukup untuk baby kita. Janganlah mengeluh kalau asyik kena bangun je. Besar ganjaran untuk mommies yang sanggup bersengkang mata ni.

Kalau mommies rasa penat, letih, tak cukup tidur, stress dan sebagainya, Kak Dee cadangkan mommies cuba tambah dalam diet harian mommies dengan Set Menyusu Shaklee yang lengkap. Bukan je bagi tambah susu, malah tambah tenaga dan tambah cantik lagi adelah.

Biasanya kalau lepas bersalin ni, time ni lah rambut berguguran dengan banyaknya kan? Set Menyusu Shaklee ni membantu mommies mengawal keguguran rambut ni dari jadi lebih banyak sebab kita topup dengan kalsium dan nutrisi yang diperlukan badan. Ada mommies tu bukan sekadar nipis, tapi sampai naik botak kepala dia sebab rambut gugur banyak. Betul?

Mommies yang nak jaga badan dan kecantikan, boleh contact Kak Dee supaya Kak Dee boleh bantu apa yang mommies perlu ambil untuk keperluan diri mommies. Kita kena sayangkan diri kita sebab taknak usia badan kita lebih tua dari usia sebenar kita. Biarlah kita jadi sihat dan tegap macam belasan tahun walaupun umur dah 3 series atau 4 series sekali pun.

With lots of luv,
Kak Dee
Pengedar Sah Shaklee MelakaπŸ’œ

Penyusuan itu tidak ternilai

Teks : Radhiah Abu
Foro : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google)

Jalan penyusuan ni berliku-liku dan memenatkan. Kadang-kadang ada yang give up dan rasa macam nak berhentikan saje susu badan dan beri susu formula. Sabar. Memang ianya memenatkan tapi ia juga sangat menyeronokkan. Malah, menjimatkan disamping kita membantu bayi kita menguatkan antibodi dia kan.

Ok, berapa banyak kalori yang diperlukan untuk ibu menyusu? Sebenarnya takde jawapan yang tepat tapi secara puratanya mommies memerlukan antara 2000-2500 kalori setiap hari untuk anak yang disusukan selama 6 bulan yang pertama. Kenapa? Sebab waktu ni bayi kita bergantung sepenuhnya pada susu ibu. Selepas 6 bulan biasanya mommies dah perkenalkan bayi dengan makanan.

Secara lazimnya kita mesti tahu dah ibu menyusu ni mudah sangat lapar. Sentiasa rasa nak makan. Kalau tak rasa lapar sekalipun, mommies tetap kena makan sebab nak maintainkan penghasilan susu untuk si manja. Bila makan kurang dan tidak berkhasiat, nutrisi keperluan badan mommies sendiri akan dicuri untuk diberi kepada si manja. Jadi, bagi memastikan bayi juga dapat makanan yang berkhasiat, mommies pun kena makan makanan yang berzat dan berkhasiat. Biar sama-sama dapat dan sama-sama sihat. Win-win situation.

Bila dah makan banyak, mesti berat pun banyak naik juga, kan? Sebenarnya kalau kita faham konsep demand dan supply, kita takkan mengalami masalah berat badan yang berlebihan. Ya, kita akan mudah rasa lapar. Tapi, harus diingat! Bila makan banyak, pengeluaran juga harus banyak juga kalau taknak apa yang dimakan tu jadi lemak.

Jangan terburu-buru nak kuruskan badan dengan diet yang memenatkan dan membahayakan sebab ianya akan mempengaruhi hasil pengeluaran susu dan juga akan membuatkan mommies cepat rasa penat. Buat anggaran dan aim nak kurus dalam masa setahun sekurang-kurangnya untuk dapatkan penurunan berat badan secara perlahan-lahan. Untuk ibu yang bekerjaya, pastikan anda mengepam dengan lebih kerap untuk elakkan makanan yang dimakan menjadi lemak.

Makan makanan yang mengandungi Omega 3. Banyak jenis ikan yang mengandungi Omega 3 ni yang mana ianya sangat membantu dalam mengembangkan sel otak si manja anda. Kalau rasa malas nak beli ikan, boleh dapatkan supplement Omega 3 yang dijual di farmasi. Dapatkan nasihat dan konsultasi dengan perunding kesihatan untuk mengetahui apa yang perlu dan sesuai diambil.

Kak Dee memilih Omega Guard Shaklee sebab selain ianya membantu dalam perkembangan otak si manja, ia juga membantu untuk kurus taw! Haaa. Banyak lagi kebaikan Omega Guard ni.



Kebaikan Omega Guard :


  • Membantu melincirkan saluran darah, dan melancarkan peredaran darah
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Membantu merendahkan tahap kolesterol, menghindarkan kolesterol jahat (LDL)
  • Mengawal masalah obesiti
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • DHA meningkatkan keupayaan ingatan
  • Mencegah Alzheimer
  • Memelihara penglihatan dan pendengaran
  • Mencegah maigrain
  • Mengawal sistem imun seperti memperbaiki masalah alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, lelah, SLE dan penyakit buah pinggang
  • Omega 3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon
  • Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan dan membantu mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan
  • EPA dan DHA membantu menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan mental
  • Mengelakkan penyakit kemurungan
Banyak lagi kebaikan Omega 3 Shaklee ni. Dan yang paling penting, Omega 3 ni bukan minyak dari hati ikan ya. Sebelum anda beli Omega 3 pastikan ianya minyak ikan tulen. Omega 3 ni sangat bagus untuk seisi keluarga. Kita memang dah sedia maklum Omega 3 memang sangat banyak manfaat dan keperluan kita semua untuk mengamalkan dalam diet seharian kan. So,ape tunggu lagi?

Kalau anda berminat, terus contact Kak Dee 012-3473350. Kak Dee akan bantu anda mendapatkan informasi lanjut.

With lots of luv,
Kak Dee
Pengedar Sah Shaklee Melaka :)


Normal atau pembedahan. Mana satu pilihan anda?

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google)

Kalau dah pregnant mestilah kena bersalin, kan? Takkan nak biarkan je baby dalam perut tu sampai bila-bila walaupun pengalaman mengandung tu mengasyikkan. Hehe. Tapi kalau cakap bab bersalin ni, mesti bercampur baur rasa. Tak tahu nak rasa eksaited ke, takut ke, ngeri ke. Lagi-lagi kalau dengar cerita orang. Aduuuhhh seriau rasanya. Tu baru dengar cerita orang. Yang dah pernah rasa pulak? Lagi ngeri sebab dah tahu macam mana rasa sakitnya. Haha.

Zaman sekarang ni dah canggih kan. Kalau dulu guna mak bidan dah tentulah kena bersalin normal. Sekarang ni kekadang ada tu awal-awal lagi dah request nak bersalin Caesarean. Adesss

Pengalaman bersalin setiap orang berbeza bergantung pada siapa dan apa masalah yang dihadapi. Yang paling penting, mommies atau first time mommies kena persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan persiapan fizikal dan mental. Ini semua adalah proses fitrah dimana ibu yang mengandung perlu siapkan diri untuk hadapi semua ni. Tak lupa juga sokongan moral dari suami dan juga keluarga.

Seeloknya elakkan bersalin secara pembedahan sebab kita kena tahu apa kesan jangka masa panjang yang bakal kita hadapi. Bayangkan perut kita ditoreh sebanyak tujuh lapisan. Fuhhh. Proses melahirkan melalui pembedahan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih berbanding bersalin normal. Namun, ada juga mommies yang terpaksa bersalin secara pembedahan atas sebab yang tak dapat dielakkan seperti darah tinggi secara tiba-tiba, laluan normal melalui faraj yang sempit, baby songsang atau ada masalah kesihatan yang lain yang memerlukan pembedahan dilakukan.

Kesan jangka panjangnya ialah, ibu yang melahirkan secara pembedahan disarankan untuk tidak mengandung lagi dalam masa kurang dari 18 bulan dari tarikh pembedahan dilakukan. Sebabnya, ia mempunyai risiko tinggi untuk berlakunya koyakan pada rahim. Adesss Kak Dee yang dok type ni pun dah rasa kecut perut :(

Bersalin secara normal pula seharusnya tak punya masalah di zaman serba canggih ni. Kita pun tak perlu risau sebab dalam badan kita ada mekanisme fitrah yang memang dah sedia secara tersendiri untuk menghadapi proses kelahiran.

Perkara yang perlu mommies sediakan ialah perlu yakin bahawa proses bersalin secara normal adalah proses yang terbaik. Persiapkan diri dengan ilmu bersalin seperti bila nak meneran, cara pernafasan yang betul, cara meneran yang betul dan sebagainya. Sokongan dan doa suami dan ahli keluarga dan rakan-rakan adalah terpenting saat ni.

Walau bagaimana sekalipun kaedah yang terpaksa kita hadapi untuk proses bersalin ni samada secara normal atau pembedahan, kita doa anak kita sihat dan sempurna sifat fizikal dan mentalnya. Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. Kita dah usaha sebaik mungkin. Jadi serahkan selebihnya pada DIA.

Mommies yang nak dapatkan set bersalin yang bernutrisi lengkap boleh hubungi Kak Dee 012-3473350

With lots of luv,
Kak Dee
Pengedar Sah Shaklee anda :)

Persediaan Menghadapi Kelahiran

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google)

Assalamualaikum semua.
Entri kali ni untuk mommies yang bakal melahirkan baby. Mesti rasa dup dap dup dap kan.
Apalah nasib kita agaknya. Setiap orang pengalaman bersalin dia berbeza. Tapi, tanda-tanda nak bersalin sama. So, hari ni Kak Dee nak share tanda-tanda yang mommies bakal melahirkan bayi yang dinanti tak lama lagi.

TANDA-TANDA NAK BERSALIN

i) Lendir bercampur darah

Lendir bercampur darah disebabkan sumbatan yang tebal pada mulut rahim terlepas sehingga menyebabkan terkeluarnya lendir yang berwarna kemerah-merahan kerana bercampur dengan darah.

Pengalaman bersalin kedua Kak Dee kena tanda bersalin yang ni. Masa tu Kak Dee konfius samada memang betul nak bersalin atau hanya tanda awal sahaja sebab :

  • Pengeluaran lendir dan darah akan terjadi beberapa hari sebelum bersalin. Jadi, mommies kena tunggu sampai mendapat kontraksi yang teratur atau air ketuban pecah sebelum kita ke hospital.
Masa tu pulak kedudukan perut Kak Dee masih belum turun ke bawah. Masa keluar tanda tu dalam awal pagi. Kak Dee pun sambung tidur balik tapi bila Subuh tu Kak Dee rasa kontraksi lagi. Dan kontraksi dia semakin kerap. Kak Dee pun prepare barang-barang gerak ke hospital.

Sampai kat hospital pun Kak Dee tak terus daftar ke labour room. Kak Dee jenjalan bebanyak dulu kat kawasan hospital tu. Bila dah betul-betul rasa kontraksi yang kuat baru Kak Dee daftar masuk.

Ingat! Mommies kena call doktor segera kalau pendarahan berlaku terlampau banyak.

ii) Air ketuban pecah

Kantung yang mengelilingi bayi pecah sehingga menyebabkan air ketuban terkeluar (air ketuban takde bau, jernih dan bersih)

Pengalaman bersalin anak yang pertama Kak Dee dapat petanda ni. Kak Dee bangun pagi tengok ada air keluar warna dia macam kecoklatan. Kak Dee kejut suami cakap macam dah keluar tanda. At the same time Kak Dee konfius gak. Kak Dee kencing ke ape? Haha

Dia keluar sikit-sikit dan tak dapat ditahan-tahan. Cepat-cepat siap pergi hospital sebab warna dia bukan jernih. Kak Dee takut baby dah terberak dalam tu. Tapi Kak Dee rasa itu air ketuban bercampur dengan darah sebab warna dia bukan kehijauan macam orang selalu cerita. Papehal, kena segera ke hospital. Itu yang paling penting.

  • Ingat! segera ke hospital segera sebab ianya menunjukkan waktu bersalin mommies semakin hampir
  • Kalau masih tak rasa sebarang kontraksi, kena jugak ke hospital sebab takut baby kena jangkitan
  • Dalam perjalanan, guna tuala wanita supaya dapat serap air ketuban kita
iii) Kontraksi yang teratur

Ada orang, dia tak rasa petanda yang jelas macam dua kat atas tu. Dia hanya akan rasa kontraksi yang pada awalnya hanya sebentar tapi lama-kelamaan akan bertambah lama dan semakin kuat. Rasa sakit tak hilang. Kali ni bukan kontraksi tipu @ Braxton Hick. Ini betul-betul punya kontraksi. Bukan cubaan lagi ya.

  • Mula untuk menghitung bila anda rasa kontraksi yang semakin nampak teratur
  • Catat waktu selang antara kontraksi dan tempoh masa kontraksi berlaku
  • Kelahiran hanya akan terjadi bila kontraksi semakin dekat iaitu 40 saat antara satu sama lain
  • Bersalin kali pertama akan mengambil masa 12-14 jam so mommies disarankan tunggu je kat rumah sambil kira selang masa kontraksi. Jadi, mommies boleh kumpul tenaga sementara nak tunggu waktu bersalin nanti
  • So, bila kontraksi tu berlaku selang 5 minit sekali dan dah sakit sangat, barulah ke hospital. 
Kesakitan bersalin ialah perkara yang tak dapat nak elakkan. Tak kesahlah anak tu besar atau kecik, sakit bersalin tu tetap sama sakitnya. Sakit bersalin tu satu, yang berbeza ialah cara kita bersalin tu samada induced (paksa), normal melalui rongga punggung ataupun secara pembedahan.

Berjuta-juta mommies yang dah melalui proses bersalin ni dan ada yang berkali-kali. Alhamdulillah mereka selamat. Kalau ada pun yang meninggal, sangat sedikit dan Allah dah janjikan mereka tergolong dalam syahid kecil bagi yang Muslim. Kita sebagai orang Islam perlu anggap kesakitan tu sebagai kafarah penghapus dosa-dosa kita.

Camana nak kurangkan rasa sakit bersalin dan lancarkan proses bersalin tu?
  1. Yakin dengan kemampuan diri sendiri.
  2. Yakin dan bertawakkal kepada Allah.
  3. Bersedia dengan mental bahawa kita mampu untuk menghadapi segala kesakitan disamping berdoa kepada Allah.
  4. Jaga kesihatan. Elakkan dari demam, selsema atau batuk.
  5. Sentiasa bersenam atau banyakkan berjalan untuk memudahkan laluan bersalin tu terbuka.
  6. Tambah ilmu sebagai persediaan dan menambah keyakinan diri.
  7. Ikuti kelas antenatal yang dianjurkan.
  8. Sokongan moral dari suami. Kongsi segala ilmu yang diperolehi agar suami pun bersedia sama dan tahu apa yang perlu dilakukan.
  9. Tenangkan diri.
  10. Amalkan teknik pernafasan yang betul.
  11. Ubat penahan sakit. Masa Kak Dee bersalin anak yang pertama tu, nurse ada offer nak bagi ubat penahan sakit. Biasanya diorang akan offer ubat penahan sakit yang tak heavy. Dia offer gas. Kak Dee ok kan je tapi tak rasa kurang pun sakitnya. Huhu. So, untuk anak kedua Kak Dee tak ambil pun. Dia ada macam-macam jenis dan setiap satunya ada kesan yang berbeza.
    • Suntikan Pethidine :
      • Mommies akan rasa mengantuk
      • Meresap melalui uri dan buatkan bayi turut mengantuk apabila lahir
    • Sedutan Entonox (Kak Dee ambil yang ni)
      • Gas dan air
    • Epidural (suntikan pada saraf tunjang belakang)
      • Menyebabkan penurunan tekanan darah, ia berbahaya kepada baby.
      • Mungkin akan mengalami sakit pinggang atau tulang belakang selepas bersalin
      • Risiko kelahiran secara forsep atau sedutan vakum
      • Risiko pembedahan kecil
    • TENS (satu alat kecil atau generator arus yang dilekatkan di belakang kulit)
      • Tiada kesan negatif kepada bayi
      • Kesakitan tidak hilang sepenuhnya
Mommies dinasihatkan untuk dapatkan nasihat doktor untuk pemilihan ubat penahan sakit yang mana. Kak Dee cadangkan mommies ambil Ostematrix Shaklee. Sebab dalam Ostematrix ada Magnesium yang membantu mengecutkan rahim untuk keluarkan baby. Ia juga membantu mengelakkan masalah kekurangan darah semasa bersalin. Magnesium yang mencukupi membantu mengurangkan rasa sakit cotraction.

Nak dapatkan Ostematrix? Boleh contact Kak Dee 012-3473350.

Selamat bersalin mommies :)

Testing 1,2,3

Teks : Radhiah Abu

Ya Allah, happynya. Rupanya kalau nak update blog guna PC boleh je kat opis ni sebab selama ni Kak Dee punyalah gigih update guna handphone. Mana taknya, kalau google then nak bukak page yang ade dot blogspot tak boleh bukak. So Kak Dee assume nak update blog pun tak boleh lah agaknya.

Ni Kak Dee try bukak, boleh pulak. Ni yang terus post cerita ni. Hehe.
So, Kak Dee dah tak boleh nak beralasan lagi dah. Boleh curi masa time rehat untuk update blog.

See ya.

With lot of luv,
Kak Dee.
Pengedar sah Shaklee Melaka.

Bila sepatutnya datang bulan selepas bersalin?

Teks : Radhiah Abu

Ramai juga ibu-ibu yang baru lepas bersalin dok tertunggu-tunggu bila agaknya dia akan datang haid atau period semula lepas bersalin. Ada juga yang risau kot la dia mengandung lagi ke? Hehe.

Rileks mommies. Kak Dee dulu pun risau juga sebab bila Kak Dee tanya pengalaman mak Kak Dee, dia period semula dalam jangkamasa yang sekejap lepas nifas berakhir. Tapi Kak Dee pulak, sampai 7 bulan baru period semula. Kawan Kak Dee pula sampai sekarang, dah 5 tahun tak period sejak lahirkan anak pertama. Lama,kan?

Yang kawan Kak Dee ni kes lain. Dia mengandung, bersalin, menyusukan bayi sehingga 9 bulan then dapat tahu mengandung semula anak yang kedua. Then dia pregnant kali kedua, bersalin dan menyusukan. Dan, dia juga pakai implan untuk jarakkan kehamilan. Jadi, itu salah satu faktornya dia tak period selama 5 tahun. Dia kira jangkamasa tu since dia pregnant anak yang first. Bila pregnant kan tak period. Kalau yang period dan mengandung tu, kes-kes terpencil.

So, bila sebenarnya kita akan period semula lepas bersalin? Jawapannya : bergantung

Kalau mommies jenis menyusukan anak semata-mata tanpa campur susu formula, ia boleh melambatkan tempoh haid mommies sampai satu tahun. Lagi lama kita susukan anak kita, lagi lama tempoh untuk datang haid. Kebiasaannya sampai 6 bulan.

Tapi, mommies kena ingat. Haid boleh datang menjengah bila-bila masa. Bila haid datang, mommies mungkin akan mengalami penurunan bekalan susu untuk sementara akibat perubahan hormon yang berlaku. Rasa susu juga mungkin akan berubah sikit.

Untuk mommies tak susukan bayi, mungkin haid boleh datang dalam tempoh tiga hingga sepuluh minggu lepas bersalin.

Ada juga mommies yang menganggap bila dia susukan anak, dia akan bebas dari mengandung dalam tempoh tu. Tak jugak sebenarnya. Macam contoh cerita kawan Kak Dee awal-awal tadi. Dia pregnant masa masih fully breastfeed anak dia. Dan, dia tak datang haid pun.

Kaedah ni hanya 98% je berkesan kalau kita guna dengan cara yang betul. Dia bergantung pada berapa kerap dan berapa lama anak kita menyusu setiap kali. Maybe kawan Kak Dee ni tergolong dalam golongan 2% kot. Hehe

Dan, badan kita akan keluarkan telur kira-kira 2 minggu sebelum haid kita datang. Jadi, kalau mommies rasa sangat yakin untuk gunakan kaedah penyusuan untuk menjarakkan kehamilan, mommies kena selalu berhati-hati setiap kali bersama dengan suami lepas bersalin. Kalau rasa tak yakin, boleh ambil perancang seperti yang dicadangkan oleh nurse dan doktor di klinik atau hospital.

Ingat! Mommies boleh mengandung lagi walaupun masih menyusukan bayi. 😁

Happy breastfeeding mommies.

Kalau nak dapatkan konsultasi untuk tambahkan susu atau tentang penyusuan, boleh contact Kak Dee 012-3473350.

With lot of luv,
Kak Dee 😘

Tips untuk ibu berpantang

Teks : Radhiah Abu
Sumber : Google

Seronokkan bila lepas bersalin. Hilang semua kesakitan dan kepayahan yang kita rasa sepanjang waktu mengandung, sampailah melahirkan. Lagi lagi kalau first time mommy. Mesti rasa eksaited sampai rasa nak tatap je baby tu. Rasa nak peluk cium sentiasa anak syurga tu. Best sangat bau baby. 😍

Kak Dee yang tengah type ni pun tetiba rasa rindu kat anak-anak dara Kak Dee kat rumah tu. Balik kerja sat lagi memang kena gomol jela diorang tu dengan Kak Dee. Busuk busuk pun cium jugak. Nanti kalau dah besar, hilang dah masa emas ni.

Ok, sambung balik. Hehe. Walaupun kita rasa teruja sangat. Kita kena juga ambil kesah kat diri kita, pemakanan kita, diet kita camana. Semua still kena jaga. Jangan buat tak endah je. So, tips untuk ibu baru lepas bersalin ni Kak Dee share dalam bentuk ayat yang lebih mudah mommies nak faham.

1. Biar lambat tapi mantap

Ni majoriti mak mak ni paling risau bab berat badan kan. Risau naw kalau berat dia tak turun. Hehe. Jangan risau. Kalau kita terus-terus je nak kurus secara tiba-tiba, nanti at last akan memudaratkan diri kita dan juga anak.

Awal awal bersalin ni lah nak kena makan banyak banyak sebab banyak sangat tenaga yang kita nak kena bina semula disamping nak stimulate susu untuk anak kita. Kalau kita taknak makan, mana nak dapat tenaga? Mana susu nak terhasil? Betol? So, just enjoy your confinement.

Lepas dua bulan. Bila susu dah stabil, badan dah cergas baru boleh fikir macamana nak kurus semula. Lagipun sepanjang berpantang tu pun dah membantu sikit sebanyak untuk kembalikan semula bentuk badan dan turunkan berat badan kita sebenarnya. Lainlah kalau mommies pantang tak betul. Tak berbengkung bagai. Memang susahlah nak dapat bentuk badan semula.

Baby menyusu pun sedikit sebanyak membantu membakar kalori kita. Free free je lemak terbakar. Kan best tu 😁

2. Kekalkan terhidrasi

Badan kita perlukan at least 16 cawan sehari untuk kekal terhidrasi. Ini semua termasuk dengan cecair dalam makanan yang kita makan macam buah-buahan dan sayur-sayuran tu semua. So, jangan tinggal makan sayur dan buah ok!

3. Perhatikan apa yang mommies makan dan minum

Makan berbagai jenis makanan dan minuman untuk tengok ape tindakbalas anak dan diri mommies sendiri. Ini untuk anak yang menyusu badan sepenuhnya. Orang selalu cakap ape yang kita makan atau minum, itu juga anak kita akan makan dan minum. So, perkara ni sedikit sebanyak akan membantu anak kita untuk menerima rasa makanan yang pelbagai bila dia dah start makan nanti.

Makanlah apa yang kita nak makan tapi elakkan benda yang boleh buat kita bentan dan sebagainya. Lagi lagi masa awal bersalin. Lepas dah habis tempoh berpantang, perhatikan apa yang kita makan. Kalau kita salah makan dan anak jadi alahan, elakkan untuk makan makanan tu lagi di masa hadapan.

4. Ada banyak ikan di laut

Ha, mesti pelik,kan? Ni lah yang Kak Dee nak share. Ada banyak jenis ikan kat laut dan sesetengah ikan seperti ikan air sejuk mengandungi DHA yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak dan mata anak anda. Tapi, mommies pernah tahu tak yang DHA ni pun sebenarnya membantu mommies juga sebenarnya?

Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa mommies yang mempunyai tahap DHA yang rendah mudah mengalami kemurungan selepas bersalin. So, jangan lupa untuk ambil DHA mommies dan pastikan ianya dari ikan laut dalam yang berkualiti.

Kak Dee dah tentulah pilih Omega Guard Shaklee. No mercury ok 😁. So, ianya takkan menjejaskan kandungan, bayi dan juga mommies sendiri. Minyak ikan ni perlu diambil semasa mengandung sammmmpailah masa menyusukan baby. Nak amalkan terus menerus sampai bila-bila pun boleh.

Kalau nak dapatkan lebih banyak nasihat atau konsultasi tentang mengandung, bersalin dan penyusuan, bolehlah roger Kak Dee 012-3473350.

With lot of luv,
Kak Dee 😘

Betul ke susu drop masa bulan puasa?

Teks : Radhiah Abu

Perkara yang paling risau untuk first time mummy ialah bersalin dan menyusukan anak.

Takut nak bersalin. Dok pikir ape naseb kita masa bersalin. Dan normally, rata rata nak bersalin normal,kan. Sape yang nak ade komplikasi masa bersalin. Betol tak? Semua nak segalanya berjalan dengan tenang dan lancar. Dan, pengalaman bersalin setiap anak berbeza beza.

Bab menyusu pulak, mak mak ni paling risau kalau susu untuk anak tak cukup. Samalah macam Kak Dee. Masa bersalinkan Aufa dulu kita panik bila anak menangis je kuat kuat. Seriously. Dan, Kak Dee tak tahu bila masa sesuai nak pam susu untuk bekalan anak bila dah start kerja nanti.

At last, baru masuk kerja 2-3 minggu, bekalan susu makin menyusut. Kak Dee pulak tak pam ikut jadual. Konon makan macam macam milk booster tapi tak jadi. Sebabnya? Kak Dee tak pam ikut jadual. Makanlah segala mak nenek milkbooster sekalipun, tapi kita tak pam dengan konsisten, macamana nak harap susu meningkat? Ingat, konsep demand and supply.

La ni, kalau nak bagi Aufa menyusu memang taknak lah dia. Siap buat muka geli πŸ˜‚. Padahal sebelum bercerai susu dengan dia dulu, menangis nangis dia nak menyusu jugak. Tapi terpaksa juga sebab masa tu mengandungkan Husna dan kalau Aufa menyusu, Kak Dee akan rasa sakit. Sempat menyusukan Aufa sampai 1 tahun 3 bulan.

Kali ni dengan Husna alhamdulillah. Kita belajar dari pengalaman. Kak Dee tak start mengepam awal pun masa cuti berpantang. Just pam bila dah terasa penuh dan sekali je sehari. Tu pun bila rajin je. Hehe. Tapi, bila start kerja, Kak Dee struggle mengepam. Nak pulak sebulan lepas naik kerja tu nak puasa dah.

Masa masuk kerja tu susu Kak Dee drop. Sebab stress kerja. Kak Dee letih sangat sampai susu drop habis. Bila tengok susu drop, lagilah Kak Dee stress. Mana taknya, awal awal masuk kerja sekali pam dapat 7 oz. Bila dah stress tu, Kak Dee pam dapatlah 2-3 oz sekali pam. Banyak giler drop. Siapa tak sedih? Alhamdulillah masa tu bekalan stok susu masih banyak.

Kak Dee baca kisah inspirasi dan ambil motivasi dari mommies lain. Kak Dee positifkan diri. Kak Dee tingkatkan jadual mengepam. Alhamdulillah, kuantiti susu meningkat semula.

Lepas tu tiba bulan puasa pulak.

Kita selalu dipsycho konon time puasa tak larat nak mengepamlah. Susu drop lah. Macam macam momokan yang disampaikan. Tapi, Alhamdulillah. Masa bulan puasa tu Kak Dee boleh mengepam 2 kali sehari macam biasa. Dan letih atau lapar tu hanya rasa macam biasa. Standard orang berpuasa. Takdelah sampai kaki longlai tak boleh jalan. Masa ni Kak Dee makan kurma dan minum ESP masa bersahur.

Bekalan susu pulak, sampai sekarang masih ade. Penuh peti ais. Mulanya hampir nak beli deep freezer tapi bila biras cakap susu fresh lebih sedap, Kak Dee batalkan niat tu. Kak Dee minta husband doakan bekalan susu Kak Dee untuk Husna tak putus. InsyaAllah, aamiin. Kak Dee dah kurangkan jadual mengepam jadi 2 kali je sehari buat masa sekarang ni. Kalau perlu, Kak Dee akan tingkatkan semula jadual mengepam.

Err jadual mengepam ea? Kak Dee kat opis buat 2 kali je. Pagi dengan petang. Jangan kurangkan bilangan mengepam ya. Itu salah satu sebab susu drop. Kalau baby jauh dari kita, WAJIB pam. Ikut asasnya 3 jam sekali mesti pam tapi Kak Dee tak ikut πŸ˜… . Yang ni dilarang sama sekali tiru macam Kak Dee. A BIG No!

#breastfeedjourney