Cara teran bersalin yang betul

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google)

Pengalaman Kak Dee bersalin kali ni berbeza dari pengalaman bersalin anak pertama. Memang betul orang cakap pengalaman bersalin setiap anak berbeza. Masa Aufa dulu Kak Dee keluar tanda air ketuban bercampur darah, kali ni Kak Dee keluar tanda darah. Alhamdulillah rasa sakit tu taklah macam yang selalu Kak Dee dengar pengalaman orang. Kak Dee pun tak ingat sangat tapi rasanya sama je sakitnya keluar tanda air ketuban atau keluar tanda darah.

Kali ni Kak Dee tak buat persediaan study semula cara meneran yang betul. Ya, Kak Dee bersalin tanpa gunting tapi koyakan Kak Dee sangat banyak sebab Kak Dee tanpa sedar dah terangkat punggung masa cuba nak tarik pergelangan kaki Kak Dee. Husband pula tak dapat teman. Sedikit kesedihan tapi Kak Dee bersyukur sebab lepas je jumpa suami untuk sesi bermaafan dan berselfie (sempat lagi tu..hehe), Kak Dee dibawa ke labour room. Naik je atas katil, terus air ketuban pecah dan baby nak keluar. Time ni lah silap Kak Dee sebab tak kawal emosi dan tak berfikir rasional. Kak Dee terus-terus je teran. Masa ni Kak Dee terus lupa semuanya. Sudahnya, banyaklah jahitan yang terpaksa terima. Atas bawah!

Ok, untuk peringatan dan rujukan di masa hadapan, Kak Dee tepekkan cara meneran yang betul untuk panduan pembaca dan diri Kak Dee sendiri.

1. Tunggu sehingga bukaan 10cm

2. Posisi semasa nak bersalin juga perlu betul.

  • Baring dengan keadaan kedua belah kaki terbuka luas, dan dilipatkan sedikit kedua-dua kaki menjadi seperti bentuk A
  • Macam biasa, ini sangat penting : JANGAN ANGKAT PUNGGUNG!
  • Kepala diangkat sehingga DAGU MENCECAH RAPAT KE DADA (betul-betul rapat ya)

3. Teran semasa betul-betul rasa sakit, seperti rasa betul-betul nak terberak sangat-sangat tu.

4. Teknik pernafasan semasa meneran pun kena betul juga.

  • Kita memerlukan nafas yang panjang untuk push. Tarik nafas sepanjang mungkin dan push selama yang kita mampu. Tapi jangan cuba-cuba curi pernafasan semasa meneran sebab bimbang kepala baby akan termasuk semula ke dalam.
  • Habis teran, baru tarik nafas baru dan teran lagi sampailah baby keluar. Masa saya bersalin Aufa dulu macam tengok perlawanan bola sepak pulak nurse-nurse dengan doktor tu bagi sokongan. Husband cakap, 3 kali push je Aufa keluar. Masa Husna ni Kak Dee tak tahu lah berapa kali push. Cara teran semua ke laut.
5. Perlukan tenaga yang cukup.
  • Pastikan sebelum masuk labour room tu kita dah siap-siap makan sebab once dah masuk setahu Kak Dee tak boleh makan lagi dah. Ada yang sakit sampai seharian, tenaga pun dah habis. Nanti masa nak teran dah tak larat. Macam Kak Dee, sebelum masuk labour room Kak Dee makan kurma dan minum air zamzam nak bagi tenaga.
6. DOA 
  • Doa sangat penting sebagai umat Islam. Antara zikir dan doa yang dianjurkan ialah :


7. Ni benda sangat-sangat penting. Kena minta maaf pada suami, anak-anak, ibu bapa, mertua, adik beradik dan kenalan. Mintak diorang semua doakan semoga proses bersalin berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Bersalin ni termasuk antara syahid kecil.

Kita hanya berusaha untuk bersalin dengan tanpa koyakan dan jahitan. Tapi selalunya anak first doktor akan gunting sebab takde laluan lagi. Semuanya kehendak Allah S.W.T. 

Untuk ibu-ibu yang masih mencari set berpantang yang terbaik, boleh hubungi Kak Dee. Kak Dee pun antara pengguna Set Kehamilan, Set Berpantang dan Set Menyusu Shaklee. Kak Dee akan berikan konsultasi khas untuk anda.

Kak Dee 012-3473350

No comments:

Post a Comment