Tanda-tanda bersalin

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google)

Tahu ke, masa Kak Dee bersalin 3 Februari 2017 haritu, malam sebelumnya Kak Dee dok merempit dengan husband Kak Dee. Hehe. Kak Dee memang dah rasa instinct yang Kak Dee maybe akan bersalin awal. Tapi Kak Dee just buat tu sebagai satu gurauan je. Masa Aufa dulu Kak Dee memang lahirkan dia ikut tarikh jangkaan. Cuma awal sehari je. Sebab tulah Kak Dee boleh dok rileks lagi. Sekali, amekaw! Husna lahir awal 2 minggu. Kalau Kak Dee tak tergerak nak kemas barang minggu lepas, memang kelam kabut jugaklah pagi tu agaknya. Padahal doktor baru je lepas cakap masa check up hari Rabu tu yang Kak Dee dah 37 minggu so bila-bila boleh bersalin. Memang bila-bila lah jadinya sebab hari Jumaat tu dah bersalin. Haha

Pagi Jumaat tu entah macamana, Kak Dee tiba-tiba rasa kejang kaki. Padahal sepanjang hamil tu tak pernah kena pun sebab kan Kak Dee amalkan Ostematrix, Ostematrix selain untuk kalsium, kan boleh elakkan simpul biawak. Bahasa jawanya, 'cramp' . Kak Dee cuba kejutkan husband Kak Dee yang tengah tidur kat hujung sana sambil dok panggil "abang, abang". Tangan pulak dok terkapai-kapai nak kejutkan dia. Agaknya Aufa yang tengah tidur kat tengah-tengah ni tersedar Kak Dee dok kejut abati dia, terus dia jerit "Abaaangggg". Kak Dee pulak cakap, 'sakit'. Suara Kak Dee perlahan, tak mampu nak cakap sebab sakit sangat. Naseb baik ada Aufa, dia tolong jeritkan lagi "sakiiiiitttttt". Haha. Adegan waktu ni memang agak kelakarlah. Husband Kak Dee yang tengah tidur terus bingkas bangun dengar Aufa dok menjerit.

Masa husband Kak Dee tengah urut kaki Kak Dee tu, tiba-tiba Kak Dee rasa macam ada benda panas keluar. Aishhh Kak Dee dah terkejut sendiri. Takkanlah dah nak bersalin? Cepat-cepat Kak Dee rasa tilam. Tak basah. Kebetulan Kak Dee rasa nak buang air, Kak Dee pergi tandas. Masa buang air tu ada keluar darah. Alamak! Kak Dee dah rasa cuak. Ok, takpe. Buat rilek. Sebab Kak Dee tak rasa sakit pun. Bukanlah agaknya. Cuba tenangkan diri sendiri.

Kak Dee tanya pada mak Kak Dee. Mak Kak Dee cakap belum kot, sebab Kak Dee tak rasa sakit pun. Mak Kak Dee cakap mungkin tu just sebagai tanda nak dekat bersalinlah tu agaknya. Kebetulan pulak malam sebelum tidur tu Kak Dee sempat jugak Google tanda bersalin. Antara tanda bersalin :

1. Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen. Selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.

2. Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.

3. Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.

4. Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.

Sumber : http://www.babycenter.com.my

Tapi, nurse ada pesan haritu, kalau ada keluar tanda air ketuban pecah, keluar lendir lain macam atau darah, cepat-cepat pergi hospital. Adessss Kak Dee confius sendiri. Kak Dee rasa juga contraction, tapi Kak Dee tak tahu tu contraction tipu atau memang contraction nak bersalin? Abah Kak Dee just cakap, lepas ni kalau boleh jangan naik motor lagi. Keh keh keh sempat pulak tu! :P

Okaylah, Kak Dee sambung je tidur balik. Dalam pukul 6 macam tu waktu subuh, Kak Dee rasa contraction lagi. Waktu ni Kak Dee confuse lagi, Aku nak pergi ofis ke atau nak mintak cuti? Sebab risau jugak kang ada yang terbersalin kat ofis pulak kang. Maybe benda ni berlaku sebab Kak Dee aktif sangatlah agaknya. Memang sejak dua menjak ni Kak Dee terlalu aktif. Kak Dee dengan husband pergi jalan pusing zoo dengan Aufa, Kak Dee mengemas dengan husband sampai tak boleh bangun sebab sakit pinggang amat, Kak Dee turun naik tangga kat ofis ambil dokumen. Tu yang awal 2 minggu tu.

Kak Dee cakap dengan mak, dah rasa contraction. Mak kata, takpela kalau macam tu kita gerak je ke hospital pelan-pelan. Kalau ape-ape hal dah ada kat hospital, senang. Ok la, capai segala beg dan barang yang diperlukan then kitorang semua shoot ke Hospital Muar. Sampai kat sana Kak Dee tak terus daftar, Kak Dee jalan-jalan dengan husband pusing hospital. Bila dah betul-betul sakit dalam 3-5 minit sekali baru Kak Dee pergi daftar kat dewan bersalin. Lepas dah check up semua, doktor check jalan dah bukak 5cm. Alhamdulillah, tak payah tunggu lama-lama. Doktor suruh tukar baju semua dan jumpa suami sebelum masuk labour room. Kak Dee mintak izin nak pakai seluar bersalin MamaPride sebab Kak Dee pengalaman bersalin Aufa dulu kaki menggigil teruk akibat tahan sakit dan kesejukan sampai jahit lambat sebab nak tunggu kaki tak menggigil. Alhamdulillah, hospital ni benarkan.

Kak Dee tukar baju then jumpa husband. Dah mintak maaf, selfie semua, diorang tolak masuk labour room. Naik je katil, dalam tak berapa minit lepas tu Kak Dee rasa macam nak teran sangat, macam ada benda nak keluar. Sekali, bila nurse selak je kain, terus air ketuban pecah macam belon air tu, memancut air dia. Haha. Doktor yang tengah pegang rod untuk pecahkan air ketuban tu dah terkedu je kat situ. Dia siap cakap kat kawan-kawan dia, 'aku baru nak pecahkan'.

Waktu tu memang kelam-kabut sikit sebab doktor tak sempat pun nak bukak kain yang simpan perkakas diorang tu Kak Dee dah rasa nak meneran sangat dah. Bahagian kepala katil pun diorang tak sempat nak angkat. Kak Dee tak dapat nak tarik kaki Kak Dee. Akibatnya, dapatlah hadiah koyakan yang banyak atas bawah sebab angkat punggung. Adesss memang tak sempat prepare nak study cara teran yang betul. Habis melayang semua ke laut. Terimalah akibatnya. Haha.

Lama juga nak bagi baik jahitan tu. Tambah pulak Kak Dee ni jenis tak reti duduk diam dan tak berhati-hati, memang lagi lambatlah luka tu nak elok. Adalah dalam 20-25 hari macam tu baru rasa betul-betul ok. Lepas je ok terus ke hulu ke hilir kan. Nak buat camana tu?

Esoknya tu masa dalam ward tu, nurse ada hantar bekas ubat sorang satu. Kak Dee tengok, dia bagi Iron, Vitamin C dengan B Complex. Actually, sama je dengan vitamin yang ada dalam Set Lengkap Bersalin Shaklee. Bezanya, sintetik dengan semulajadi je. Vitamin Shaklee dah tentulah bersifat semulajadi. Dan apa yang best, lepas je keluar labour room dah boleh terus consume vitamin Shaklee ni.

Set Lengkap Bersalin Shaklee terdiri daripada ESP, Vitamin C, B Complex, Vitalea, Omega Guard, Ostematrix dan Alfalfa Complex. Kesan yang Kak Dee dapat lepas consume set ni, berat badan cepat turun, tiada masalah susu badan (Alhamdulillah), lepas bersalin muka nampak bertenaga walau baru lepas keluar labour room. Banyaaakkkk lagi benda best. Kalau nak tahu, kenalah cuba dulu.

Korang boleh terus contact Kak Dee kalau nak tahu pasal set mengandung, set bersalin/berpantang dan set menyusu Shaklee. InsyaAllah Kak Dee akan bantu semampu Kak Dee untuk consult korang agar korang dapat rasa benefit yang sama macam Kak Dee.

Kak Dee
012-3473350

No comments:

Post a Comment