Ostematrix bantu masalah sembelit

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu

Masalah sembelit ni bukan perkara yang boleh dipandang remeh ya. Sebab, dengan sembelitlah boleh berlakunya buasir, usus bengkak, saluran najis luka dan sebagainya. Especially ibu berpantang. Perkara ni adalah perkara yang paling mengerikan sampai nak buang air pun takut. Sudahnya, lagi lama najis tu disimpan lagilah sembelit berlaku.

Tapi jangan sedih dan bermuram durja, masalah anda masih boleh diselesaikan dengan pengambilan Ostematrix. Malam tu anda akan tidur dengan lena, esoknya bangun pagi tersenyum je lepas membuang sebab masalah pembuangan anda selesai dengan jayanya. Tak payah dah nak duduk dalam tandas berlama-lama. Dan yang paling penting, bangun pagi terus automatik nak cari tandas. So, macamana Ostematrix ni membantu masalah sembelit ni?



Dalam Ostematrix terdapat Magnesium yang boleh membantu mengelakkan sembelit. Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan menggesa berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus). Peristalsis juga menolak makanan ke perut.

Efek ni berlaku melalui dua mekanisme :

1. Magnesium merehatkan otot dalam usus - ia membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan masalah sembelit

2. Magnesium 'menarik air' - ia meningkatkan kandungan air dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik.

So, disebabkan Magnesium berfungsi untuk 'menarik air', anda dinasihatkan untuk mengambil air yang banyak selepas makan supplemen Magnesium.

Ostematrix membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi dengan membekalkan nutrien-nutrien harian termasuklah kalsium. Ia juga mengandungi Magnesium, Vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Ostematrix ni is super powerful. Walaupun harganya murah, tapi sangat sangat sangat membantu anda dalam masalah sembelit. Selain tu, ia juga membuatkan tidur anda lebih lena dan berkualiti taw. Tak cuba tak tahu.

Kalau anda juga menghadapi masalah sukar membuang, selalu sembelit, duduk dalam bilik air lama-lama, terpaksa meneran bersungguh-sungguh, cepat-cepat contact Kak Dee untuk dapatkan Ostematrix anda sekarang. Kak Dee akan beri konsultasi khas untuk anda.

Whatsapp/sms/call : 012-3473350
FB : Radhiah Abu

Cara teran bersalin yang betul

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google)

Pengalaman Kak Dee bersalin kali ni berbeza dari pengalaman bersalin anak pertama. Memang betul orang cakap pengalaman bersalin setiap anak berbeza. Masa Aufa dulu Kak Dee keluar tanda air ketuban bercampur darah, kali ni Kak Dee keluar tanda darah. Alhamdulillah rasa sakit tu taklah macam yang selalu Kak Dee dengar pengalaman orang. Kak Dee pun tak ingat sangat tapi rasanya sama je sakitnya keluar tanda air ketuban atau keluar tanda darah.

Kali ni Kak Dee tak buat persediaan study semula cara meneran yang betul. Ya, Kak Dee bersalin tanpa gunting tapi koyakan Kak Dee sangat banyak sebab Kak Dee tanpa sedar dah terangkat punggung masa cuba nak tarik pergelangan kaki Kak Dee. Husband pula tak dapat teman. Sedikit kesedihan tapi Kak Dee bersyukur sebab lepas je jumpa suami untuk sesi bermaafan dan berselfie (sempat lagi tu..hehe), Kak Dee dibawa ke labour room. Naik je atas katil, terus air ketuban pecah dan baby nak keluar. Time ni lah silap Kak Dee sebab tak kawal emosi dan tak berfikir rasional. Kak Dee terus-terus je teran. Masa ni Kak Dee terus lupa semuanya. Sudahnya, banyaklah jahitan yang terpaksa terima. Atas bawah!

Ok, untuk peringatan dan rujukan di masa hadapan, Kak Dee tepekkan cara meneran yang betul untuk panduan pembaca dan diri Kak Dee sendiri.

1. Tunggu sehingga bukaan 10cm

2. Posisi semasa nak bersalin juga perlu betul.

  • Baring dengan keadaan kedua belah kaki terbuka luas, dan dilipatkan sedikit kedua-dua kaki menjadi seperti bentuk A
  • Macam biasa, ini sangat penting : JANGAN ANGKAT PUNGGUNG!
  • Kepala diangkat sehingga DAGU MENCECAH RAPAT KE DADA (betul-betul rapat ya)

3. Teran semasa betul-betul rasa sakit, seperti rasa betul-betul nak terberak sangat-sangat tu.

4. Teknik pernafasan semasa meneran pun kena betul juga.

  • Kita memerlukan nafas yang panjang untuk push. Tarik nafas sepanjang mungkin dan push selama yang kita mampu. Tapi jangan cuba-cuba curi pernafasan semasa meneran sebab bimbang kepala baby akan termasuk semula ke dalam.
  • Habis teran, baru tarik nafas baru dan teran lagi sampailah baby keluar. Masa saya bersalin Aufa dulu macam tengok perlawanan bola sepak pulak nurse-nurse dengan doktor tu bagi sokongan. Husband cakap, 3 kali push je Aufa keluar. Masa Husna ni Kak Dee tak tahu lah berapa kali push. Cara teran semua ke laut.
5. Perlukan tenaga yang cukup.
  • Pastikan sebelum masuk labour room tu kita dah siap-siap makan sebab once dah masuk setahu Kak Dee tak boleh makan lagi dah. Ada yang sakit sampai seharian, tenaga pun dah habis. Nanti masa nak teran dah tak larat. Macam Kak Dee, sebelum masuk labour room Kak Dee makan kurma dan minum air zamzam nak bagi tenaga.
6. DOA 
  • Doa sangat penting sebagai umat Islam. Antara zikir dan doa yang dianjurkan ialah :


7. Ni benda sangat-sangat penting. Kena minta maaf pada suami, anak-anak, ibu bapa, mertua, adik beradik dan kenalan. Mintak diorang semua doakan semoga proses bersalin berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Bersalin ni termasuk antara syahid kecil.

Kita hanya berusaha untuk bersalin dengan tanpa koyakan dan jahitan. Tapi selalunya anak first doktor akan gunting sebab takde laluan lagi. Semuanya kehendak Allah S.W.T. 

Untuk ibu-ibu yang masih mencari set berpantang yang terbaik, boleh hubungi Kak Dee. Kak Dee pun antara pengguna Set Kehamilan, Set Berpantang dan Set Menyusu Shaklee. Kak Dee akan berikan konsultasi khas untuk anda.

Kak Dee 012-3473350

Kesihatan bayi melalui najis

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google)

Kak Dee selalu jugak tertanya-tanya kenapa Husna najisnya berwarna hijau kekuningan kadang-kadang. Korang ada tak menghadapi kemusykilan yang sama? Baru Kak Dee tahu sebenarnya yang warna hijau tu disebabkan cara penyusuan kita yang tak betul. Baby hanya minum susu yang bahagian depan je iaitu foremilk. Dia tak hisap sampai habis atau sampai mencapai susu bahagian belakang yang lebih pekat iaitu hindmilk. Dan, ia salah satu sebab baby cepat lapar. Yelah, cuba bayangkan kita hanya dapat minum air je, tak dapat makan nasi. Mestilah cepat lapar kan? Macam tu jugak baby.

Meh Kak Dee share sikit cara nak tahu kesihatan baby melalui najis.

🌼 Kuning
Warna ni normal kalau baby tu dapat susu dari ibunya semata-mata, tanpa campuran dengan susu formula. Ni sebab baby dapat susu dari foremilk (susu bahagian hadapan payudara) dan hindmilk (susu dari payudara belakang ibu)

🍀 Hijau
Masih dalam kategori normal tapi kalau masih lagi berterusan ia menunjukkan yang ibu tidak menyusukan bayi dengan cara yang betul sebab baby hanya hisap foremilk sahaja. Ni disebabkan susu melimpah disebabkan bayi kerap menghisap susu bahagian hadapan dulu yang mempunyai kandungan gula dan laktosa tapi rendah lemak. Sebab tulah baby akan cepat lapar semula. Susu hindmilk (susu bahagian belakang hanya akan dapat dihisap lepas susu foremilk habis. Susu hindmilk tu la yang akan menjadikan najis baby berwarna kuning.

🍎 Merah
Ini mungkin disebabkan ada titisan darah bersama najis. Darah ni mungkin berpunca dari bayi tu sendiri atau ibunya yang terhisap semasa proses bersalin. Kalau benda tu berlaku, najis baby akan berwarna hitam yang akan keluar semasa sehari atau dua hari selepas dilahirkan. Tapi andai kata ia bukan berpunca dari baby tu sendiri atau ibunya, ada kemungkinan baby alergi susu formula atau usus tersumbat. Andai kata simptom ini berlaku, bawa pergi jumpa doktor dengan segera ya.

🍶 Kelabu
Warna ni dianggap sebagai tidak normal so sila dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. Warna ini menunjukkan ada gangguan serius pada hati, hempedu dan usus baby.

⛔ Bentuk najis
Lepas dua hari dilahirkan, kebiasaannya bentuk najis adalah lembik. Lepastu dia akan bentuk macam jeli sikit, padat, berbiji dan mungkin juga boleh jadi sedikit cair. Kalau baby diberi susu ibu sepenuhnya, najis akan berbentuk pasta atau krim, berbiji dan agak cair.

⛔ Kekerapan membuang najis
Ada juga yang risau baby dia tak berak dua tiga hari. Sebenarnya itu normal. Asalkan perut baby tak kembung, tak keras dan dia kentut dengan baik, itu masih lagi dalam kategori ok. Tapi baby yang baru lahir kena berak dalam masa 48 jam taw. Sebab tu lah dekat hospital nurse atau doktor akan tanya

"baby dah kencing? dah berak?"

Sebab najis ni mengandungi semua benda yang ditelan semasa dalam plasenta ibu sebelum dilahirkan. Dalam masa seminggu tu mungkin baby akan berak dalam 3-4 kali atau lebih tapi selepas usia semakin bertambah, corak kekerapan baby buang air besar akan berubah. Tu yang kadang-kadang 2-3 hari tak membuang. So no worries ok. Untuk maklumat lebih terperinci tentang warna dan tekstur najis bayi, boleh klik link tu.

Untuk para ibu yang berjuang untuk menyusukan anak sehingga umur 2 tahun dan masih lagi tak jumpa milkboostes yang sesuai, boleh cuba set menyusu Shaklee untuk memeriahkan susu dan memekatkan lagi susu ibu supaya baby cepat kenyang dan tidur lebih selesa.

Dalam set menyusu ni ada Alfalfa Complex, ESP dan Ostematrix. Alfalfa bertindak sebagai milkbooster untuk memeriahkan susu ibu manakala ESP pula sebagai agen memekatkan susu ibu agar baby mendapat susu yang lebih berkhasiat. Haaa, ni nak beritahu something ni. Para ibu janganlah terlalu ghairah nak kurus lepas bersalin tanpa memikirkan keperluan nutrisi dan kesihatan bayi. Pastikan supplement yang kita ambil tu tak memberi kesan mudharat pada baby. Pastikan betul-betul kandungan yang digunakan dalam supplement yang kita ambil ya. First thing first fikir baby dulu. Dia baru je nak melihat alam ni. Tapi, nak diingatkan juga. Janganlah sampai ambil lewa pula masalah berat badan. Biar bersederhana dan sihat.

Set bersalin Shaklee yang Kak Dee cadangkan ni lengkap dengan keperluan nutrisi ibu dan anak. So tak perlu risau ya. Yang paling best, Shaklee satu-satunya syarikat supplemen yang ada landmark study. PROVEN. Sebab tu Kak Dee tak risau nak consume. Cuma kena dapatkan nasihat dan konsultasi dari yang pakar la.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh wasap Kak Dee terus ya. 012-3473350

Tanda-tanda bersalin

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google)

Tahu ke, masa Kak Dee bersalin 3 Februari 2017 haritu, malam sebelumnya Kak Dee dok merempit dengan husband Kak Dee. Hehe. Kak Dee memang dah rasa instinct yang Kak Dee maybe akan bersalin awal. Tapi Kak Dee just buat tu sebagai satu gurauan je. Masa Aufa dulu Kak Dee memang lahirkan dia ikut tarikh jangkaan. Cuma awal sehari je. Sebab tulah Kak Dee boleh dok rileks lagi. Sekali, amekaw! Husna lahir awal 2 minggu. Kalau Kak Dee tak tergerak nak kemas barang minggu lepas, memang kelam kabut jugaklah pagi tu agaknya. Padahal doktor baru je lepas cakap masa check up hari Rabu tu yang Kak Dee dah 37 minggu so bila-bila boleh bersalin. Memang bila-bila lah jadinya sebab hari Jumaat tu dah bersalin. Haha

Pagi Jumaat tu entah macamana, Kak Dee tiba-tiba rasa kejang kaki. Padahal sepanjang hamil tu tak pernah kena pun sebab kan Kak Dee amalkan Ostematrix, Ostematrix selain untuk kalsium, kan boleh elakkan simpul biawak. Bahasa jawanya, 'cramp' . Kak Dee cuba kejutkan husband Kak Dee yang tengah tidur kat hujung sana sambil dok panggil "abang, abang". Tangan pulak dok terkapai-kapai nak kejutkan dia. Agaknya Aufa yang tengah tidur kat tengah-tengah ni tersedar Kak Dee dok kejut abati dia, terus dia jerit "Abaaangggg". Kak Dee pulak cakap, 'sakit'. Suara Kak Dee perlahan, tak mampu nak cakap sebab sakit sangat. Naseb baik ada Aufa, dia tolong jeritkan lagi "sakiiiiitttttt". Haha. Adegan waktu ni memang agak kelakarlah. Husband Kak Dee yang tengah tidur terus bingkas bangun dengar Aufa dok menjerit.

Masa husband Kak Dee tengah urut kaki Kak Dee tu, tiba-tiba Kak Dee rasa macam ada benda panas keluar. Aishhh Kak Dee dah terkejut sendiri. Takkanlah dah nak bersalin? Cepat-cepat Kak Dee rasa tilam. Tak basah. Kebetulan Kak Dee rasa nak buang air, Kak Dee pergi tandas. Masa buang air tu ada keluar darah. Alamak! Kak Dee dah rasa cuak. Ok, takpe. Buat rilek. Sebab Kak Dee tak rasa sakit pun. Bukanlah agaknya. Cuba tenangkan diri sendiri.

Kak Dee tanya pada mak Kak Dee. Mak Kak Dee cakap belum kot, sebab Kak Dee tak rasa sakit pun. Mak Kak Dee cakap mungkin tu just sebagai tanda nak dekat bersalinlah tu agaknya. Kebetulan pulak malam sebelum tidur tu Kak Dee sempat jugak Google tanda bersalin. Antara tanda bersalin :

1. Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen. Selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.

2. Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.

3. Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.

4. Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.

Sumber : http://www.babycenter.com.my

Tapi, nurse ada pesan haritu, kalau ada keluar tanda air ketuban pecah, keluar lendir lain macam atau darah, cepat-cepat pergi hospital. Adessss Kak Dee confius sendiri. Kak Dee rasa juga contraction, tapi Kak Dee tak tahu tu contraction tipu atau memang contraction nak bersalin? Abah Kak Dee just cakap, lepas ni kalau boleh jangan naik motor lagi. Keh keh keh sempat pulak tu! :P

Okaylah, Kak Dee sambung je tidur balik. Dalam pukul 6 macam tu waktu subuh, Kak Dee rasa contraction lagi. Waktu ni Kak Dee confuse lagi, Aku nak pergi ofis ke atau nak mintak cuti? Sebab risau jugak kang ada yang terbersalin kat ofis pulak kang. Maybe benda ni berlaku sebab Kak Dee aktif sangatlah agaknya. Memang sejak dua menjak ni Kak Dee terlalu aktif. Kak Dee dengan husband pergi jalan pusing zoo dengan Aufa, Kak Dee mengemas dengan husband sampai tak boleh bangun sebab sakit pinggang amat, Kak Dee turun naik tangga kat ofis ambil dokumen. Tu yang awal 2 minggu tu.

Kak Dee cakap dengan mak, dah rasa contraction. Mak kata, takpela kalau macam tu kita gerak je ke hospital pelan-pelan. Kalau ape-ape hal dah ada kat hospital, senang. Ok la, capai segala beg dan barang yang diperlukan then kitorang semua shoot ke Hospital Muar. Sampai kat sana Kak Dee tak terus daftar, Kak Dee jalan-jalan dengan husband pusing hospital. Bila dah betul-betul sakit dalam 3-5 minit sekali baru Kak Dee pergi daftar kat dewan bersalin. Lepas dah check up semua, doktor check jalan dah bukak 5cm. Alhamdulillah, tak payah tunggu lama-lama. Doktor suruh tukar baju semua dan jumpa suami sebelum masuk labour room. Kak Dee mintak izin nak pakai seluar bersalin MamaPride sebab Kak Dee pengalaman bersalin Aufa dulu kaki menggigil teruk akibat tahan sakit dan kesejukan sampai jahit lambat sebab nak tunggu kaki tak menggigil. Alhamdulillah, hospital ni benarkan.

Kak Dee tukar baju then jumpa husband. Dah mintak maaf, selfie semua, diorang tolak masuk labour room. Naik je katil, dalam tak berapa minit lepas tu Kak Dee rasa macam nak teran sangat, macam ada benda nak keluar. Sekali, bila nurse selak je kain, terus air ketuban pecah macam belon air tu, memancut air dia. Haha. Doktor yang tengah pegang rod untuk pecahkan air ketuban tu dah terkedu je kat situ. Dia siap cakap kat kawan-kawan dia, 'aku baru nak pecahkan'.

Waktu tu memang kelam-kabut sikit sebab doktor tak sempat pun nak bukak kain yang simpan perkakas diorang tu Kak Dee dah rasa nak meneran sangat dah. Bahagian kepala katil pun diorang tak sempat nak angkat. Kak Dee tak dapat nak tarik kaki Kak Dee. Akibatnya, dapatlah hadiah koyakan yang banyak atas bawah sebab angkat punggung. Adesss memang tak sempat prepare nak study cara teran yang betul. Habis melayang semua ke laut. Terimalah akibatnya. Haha.

Lama juga nak bagi baik jahitan tu. Tambah pulak Kak Dee ni jenis tak reti duduk diam dan tak berhati-hati, memang lagi lambatlah luka tu nak elok. Adalah dalam 20-25 hari macam tu baru rasa betul-betul ok. Lepas je ok terus ke hulu ke hilir kan. Nak buat camana tu?

Esoknya tu masa dalam ward tu, nurse ada hantar bekas ubat sorang satu. Kak Dee tengok, dia bagi Iron, Vitamin C dengan B Complex. Actually, sama je dengan vitamin yang ada dalam Set Lengkap Bersalin Shaklee. Bezanya, sintetik dengan semulajadi je. Vitamin Shaklee dah tentulah bersifat semulajadi. Dan apa yang best, lepas je keluar labour room dah boleh terus consume vitamin Shaklee ni.

Set Lengkap Bersalin Shaklee terdiri daripada ESP, Vitamin C, B Complex, Vitalea, Omega Guard, Ostematrix dan Alfalfa Complex. Kesan yang Kak Dee dapat lepas consume set ni, berat badan cepat turun, tiada masalah susu badan (Alhamdulillah), lepas bersalin muka nampak bertenaga walau baru lepas keluar labour room. Banyaaakkkk lagi benda best. Kalau nak tahu, kenalah cuba dulu.

Korang boleh terus contact Kak Dee kalau nak tahu pasal set mengandung, set bersalin/berpantang dan set menyusu Shaklee. InsyaAllah Kak Dee akan bantu semampu Kak Dee untuk consult korang agar korang dapat rasa benefit yang sama macam Kak Dee.

Kak Dee
012-3473350

Prolonge Jaundis dan cara mengatasinya

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google)

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah akhirnya jaundis baby Husna turun juga akhirnya setelah sebulan. Phewww memang agak stress dan bimbang bila benda ni berlaku. Tapi, kita kena hadapi dengan sabar dan redha disamping usaha dan tawakkal pada Allah. 

Paling tinggi bacaan kuning Husna ialah pada hari ke-6 iaitu 17.4mg/dl. Masa tu memang agak terkejutlah sebab sehari sebelum tu pergi check dekat Klinik Amal 12.2 mg/dl. Kak Dee terus bawa ke Klinik Amal semula sebab rasa tak puas hati kenapa naik mendadak. Tapi, doktor taknak ambil bacaan bila tahu dah ambil darah pagi tu. Dia just nasihatkan untuk kami sewa mesin fototerapi. Orang selalu panggil lampu biru. Rupanya nurse tu beritahu tak boleh ambil darah dua kali dalam satu hari. Dalam 3 hari juga kami sewa mesin fototerapi tu. Tapi bila bawa g klinik. doktor tengok je terus cakap masih tinggi lagi kuning dia ni. Stress juga bila tengok sebab kadang tengok macam dah takde tapi bila tengahari nampak kuningnya ketara. prolonged jaundis. 

6 Feb 2017 : 12.8 mg/dl (Klinik Kesihatan)
7 Feb 2017 : 14.6 mg/dl (Klinik Kesihatan)
8 Feb 2017 : 12.2 mg/dl (Klinik Amal)
9 Feb 2017 : 17.4 mg/dl (Klinik Kesihatan)
11 Feb 2017 : 12.0 mg/dl (Klinik Amal)
13 Feb 2017 : 12.4 mg/dl (Klinik Amal)
20 Feb 2017 : 11.8 mg/dl (Klinik Amal)
24 Feb 2017 : 11.2 mg/dl (Klinik Amal)
1 Mar 2017 : 11.0 mg/dl (Klinik Amal)
7 Mar 2017 : 8.4 mg/dl (Klinik Amal)

Hari terakhir pergi ambil bacaan kuning tu Kak Dee rasa lega sangat. Doktor pun cakap kalau ada masalah je baru datang semula. Stress tak stress sebulan menghadap baby kuning. Hati mak mana yang tak risau, betul tak? Nasib baik ada B Complex Shaklee buatkan untuk bagi emosi Kak Dee stabil. Hehe

8 March 2017 (Rabu)
Esoknya tu pergi Klinik Desa untuk check-up sebulan, nurse kat situ cakap baby Kak Dee masih lagi nampak kuning. Allahu Akbar, Kak Dee yang baru rasa nak lega ni rasa stress balik. Doktor pulak suruh Kak Dee pergi check kuning baby kat Klinik Kesihatan semula sebab dia kata bacaan kat Klinik Amal TAK TEPAT. What? Kalau tak tepat, kenapa tak buat aduan kat Kementerian Kesihatan?

9 March 2017 (Khamis)
Ok la, esoknya tu Kak Dee layankan jela pergi jugak check kat Klinik Kesihatan. Kat sini lagi best taw. Suami Kak Dee yang tolong bawak baby check kuning sebab Aufa tengah tidur. So, Kak Dee tunggu kat kereta je. Sekali, tiba-tiba suami Kak Dee datang cakap kuning baby 17.4mg/dl. Doktor suruh tahan wad. What?? Sekali lagi Kak Dee ber'what-what'. Haha. Suami ajak Kak Dee masuk ke bilik doktor sesama sebab dia cakap dengan doktor tadi nak bincang dengan Kak Dee dulu untuk tahan wad tu.

Kak Dee masuk je bilik doktor terus tanya,
Kak Dee : Kalau tahan wad, saya boleh tunggu sana sekali ke?
Doktor : Tengok kekosongan. Kalau ada kosong, ibu boleh tunggu sekali kat sana. Kalau takde, ibu masih boleh hantar susu pada baby.
Kak Dee : Macamana boleh jadi 17.4mg/dl ya? Sebab last saya check aritu 8.4mg/dl. Takkan naik jauh sangat?
Doktor : Ya, memang 17.4mg/dl. (sambil tunjuk kertas bacaan tu)

Bila Kak Dee tengok, lorrrrrrr? 

Kak Dee : Ni bukan yang lama punya ke? (sambil tunjuk tarikh kat situ) Ini 9 Feb 2017, sekarang dah bulan Mac.

Doktor tu pun dan terpinga-pinga. Dah tersegan lettewww. Haha. Dia mintak husband Kak Dee bawak semula kertas tu ke makmal untuk make sure bape bacaan sebenarnya. Memang sah bacaan kuning Husna dah turun bawah 10mg/dl iaitu 9.1mg/dl. Dia pun cancel la segala surat yang dia dah bukak untuk admit wad.

Kak Dee : So camana doktor?
Doktor : Awak ada 2 pilihan samada nak datang esok atau lusa. Kalau bacaan dia bawah 9mg/dl. Kita tutup kes.

14 March 2017 (Selasa)
Hmmm..layankan jelah. Sepatutnya Kak Dee kena datang semula hari Jumaat atau Sabtu tu tapi disebabkan Kak Dee ada urusan lain, Kak Dee just pergi hari Selasa minggu depannya dan last bacaan and the very last ialah 8.5mg/dl. laporan dari Klinik Kesihatan. Sebenarnya bacaan siapa tak tepat ni? Kak Dee tertanya-tanya. Huhu

Masa masuk jumpa doktor tu, doktor lain yang consult.

Doktor   : Kenapa datang? Baby ada kuning lagi ke?
Kak Dee : Kenapa datang? (Kak Dee dah pelik kenapa tanya soalan camtu..hmmm). Aritu saya check kuning baby kat Klinik Amal tapi masa check up sebulan tu doktor suruh saya datang sini. Doktor yang cek masa 9hb ni suruh saya datang lagi sekali. Dia cakap bacaan baby bawah 9mg/dl, tutup kes.
Doktor : Owwhh, takde pape ni. Kerapkan bagi susu je. Bacaan dia memang bawah 10mg/dl ni. Masa kat Klinik Amal, siapa yang amek darah?
Kak Dee : Doktor
Doktor : Memang doktor lah yang ambil darah? Bukan orang lain?
Kak Dee : Ha'ah, memang doktor.
Kat sini korang boleh nampak sesuatu tak? Kenapa perlu timbul isu TEPAT TAK TEPAT? Lagipun yang ambil darah kat klinik tu doktor taw, bukan nurse.
Kak Dee : Ehmmm.. aritu Doktor Aini suruh saya check kat sini sebab dia kata bacaan kat Klinik Amal tak tepat.
Doktor : Owwhh takde istilah mana tepat tak tepat. Kita ambil je dua-dua pihak. Kalau bacaannya tak jauh beza, sebenarnya takde masalah. 

Ok, kata-kata doktor ni Kak Dee boleh terima dengan hati yang terbuka. Bukan terus condemn terus macam doktor yang kat klinik desa tu kan? Yeeewww, doktor kenalah profesional. Janganlah terus judge je macam tu. Kenalah tunjuk attitude yang baik, kan?

So, ni pengalamanlah untuk Kak Dee bersalin kali ni. Tapi apa yang Kak Dee buat sepanjang Husna kena jaundis ni Kak Dee teruskan je bagi susu ibu. Dari apa yang dapat disimpulkan, Husna kena breastmilk jaundice. Kak Dee tanya juga doktor kat Klinik Amal tu, Husna perlu ke ambil ujian darah untuk check hati dan sebagainya? Doktor cakap tak perlu sebab Husna lahir cukup bulan (37 minggu 6 hari) dan berat dia 3.15kg. So, dengan berat dia yang cam tu, dia punya bacaan tak boleh lebih dari 18mg/dl. Kalau lebih baru akan ambil tindakan susulan.

Kan Kak Dee beritahu yang Husna breastmilk jaundice. Tapi, Kak Dee tetap teruskan je susukan Husna untuk bantu sistem pencernaan dia. Lagi banyak dia menyusu, lagi banyak dia buang air kecil dan air besar dan lagi cepat bacaan kuning dia turun. So, nak menyusukan mestilah kena ada susu kan? Kalau boleh nak susu yang banyak dan melimpah ruah, betul? So apa yang Kak Dee buat nak bagi susu banyak?

Kak Dee amalkan Set Bersalin Shaklee yang super duper famous amos tu. Dalam set tu dah cukup lengkap dengan segala keperluan yang kita kaum wanita ni nak. Nak cantik, nak kurus cepat, nak susu banyak, nak cepat sihat. Lengkaplah. Tapi kenalah ambil yang lengkap. Kalau ambil yang pilih-pilih, janganlah terlalu mengharap dapat effect yang sama macam yang set Premium :) 

Kak Dee ambil je set ni sepanjang berpantang tu macam biasa. ESP, B Complex, Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, Omega Guard, Alfalfa. Ok, sekarang ni Kak Dee nak share macamana Alfalfa bantu untuk turunkan bacaan jaundis baby. Ada sesetengah orang kata Alfalfa ni herba dan diorang takut nak consume masa baby tengah ada masalah jaundis. Tapi yang sebenarnya, Alfalfa bagus untuk kesihatan hati. Ia bertindak untuk menguatkan hati ibu dan si anak. Seeloknya diambil masa dekat-dekat nak bersalin tu. Dalam masa trimester ketiga. InsyaAllah, kalau baby lahir nanti baby boleh proses untuk musnahkan bilirubin dalam badan dia. Tapi, kalau yang tak sempat nak ambil waktu pregnant macam Kak Dee ni, boleh je ambil masa tengah berpantang ni dan susukan baby. So, baby akan dapat khasiat Alfalfa tu melalui susu ibu. Ia akan bantu untuk kuatkan hati baby dan hati yang kuat ni akan dapat memusnahkan bilirubin yang banyak dalam badan tu. Owh ya, Alfalfa ni pun sebenarnya milkbooster jugak taw.

Nak dapatkan konsultasi dari Kak Dee tentang set hamil, set berpantang dan set menyusu Shaklee boleh terus contact Kak Dee ya. 

Kak Dee
012-3473350