Selamat Hari Lahir!

Catatan 27 November 2016
Oleh : Radhiah Abu

🍁USIA BERTAMBAH, KEMATIAN SEMAKIN DEKAT🍁

Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ مُحَمَّد وعَلَى آلِ مُحَمَّد

Alhamdulillah.
Terima kasih buat sahabat yang wish dan mendoakan sempena hari lahir saya hari ini.
Semoga Allah membalas doa kalian dengan segala perkara yang baik-baik.

Ia sebagai titik peringatan bahawa bila bertambahnya usia, kematian juga semakin hampir. Kita tak tahu apa nasib kita satu saat lagi. Allahu..

Doakan saya diberi peluang untuk mencapai matlamat dan impian yang dicita-citakan. Allah sahaja yang tahu siapa dikalangan kalian yang makbul doanya.

Semoga dengan bertambahnya usia ini akan lebih mematangkan fikiran dan bertambahnya ibadah serta amal kebaikan. Allahu Akbar!!


No comments:

Post a Comment