Apa itu Healing Crisis (Krisis Pemulihan)?

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/ carian Google (jika gambar dari Google)

Masa kita tengah duduk update blog, dia yang tengah baring di tilam sambil hisap botol susu menggamit-gamit tangan arah kita suruh datang pada dia. Maknanya kita kenalah baring sebelah dia. Tabiat anak solehah ini sejak kecil sampai sekarang memang suka pegang dan kutil-kutil mulut kita kalau nak tidur atau semasa hisap susu. Sakit-sakit mulut kita dibuatnya. Kadang-kadang dicubit-cubit mulut kita kalau dia geram.

Saya pula jenis bibir kering. Rajin pula siat kuping yang kering tu. Apa lagi, memang luka, berdarah dan sakitlah jadinya. Dah jadi tak cantik rupanya. Siapa suruh malas minum air masak banyak-banyak, kan? Anda tahu tak berapa liter sehari air yang patut kita minum?

Kebanyakan sumber yang saya baca menyatakan kita perlu mengambil 1 liter air bagi setiap 25kg berat badan kita. Katakanlah, berat badan saya 53kg. Jadi, setiap hari badan saya perlu dapatkan 2-2.5 liter sehari. Tapi, ini tidak termasuk air manis ye. Ini hanya dikira untuk 'plain water' sahaja ataupun orang Melayu selalu sebut air masak. Sekarang ni dah zaman moden, selalu orang guna filter water je kan. Lebih sedap dan lebih manis.

Lagi-lagi jika anda adalah seorang insan yang mengambil makanan tambahan, lagilah badan anda memerlukan sangat banyak air untuk memastikan makanan tambahan yang dimakan diserap dan diproses dengan baik.Tidaklah kita makan supplement itu sia-sia sahaja. Itu yang kadang-kadang apabila seseorang yang mengambil supplement merasakan tiada apa-apa perubahan atau tiada kesan. Akhirnya produk juga yang dipersalahkan.

Jangan! Jangan begitu wahai pembaca yang budiman. Sila semak semula cara pengambilan supplement anda dan pengambilan air anda setiap hari. Sudahkah ianya mengikut seperti apa yang telah dikonsultasikan. Boleh jadi juga ia sedang melakukan proses 'healing crisis'.

Apa itu 'healing crisis'?

Healing Crisis atau dalam bahasa Melayu ia disebut sebagai krisis pemulihan ialah satu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksin yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala yang tidak selesa. Inilah yang diiktiraf sebagai 'healing crisis'. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan. Fasa pemulihan inilah yang ramai orang tak sanggup untuk laluinya.

Mengapa terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) setelah mengambil supplement?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen dalam tubuh. Tindak balas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan dan sebagainya. Contohnya, anda mungkin mengalami ruam kulit, atau lebih banyak berlaku pergerakan usus. Ini merupakan tanda-tanda badan anda sedang didetoksifikasi.

Bayangkan badan anda seperti paip besi berkarat. Apabila anda masukkan beberapa ejen karat atau pembersih paip, pada permulaannya lebih karat akan keluar dari dinding paip (ini adalah toksin). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihkan, paip akan menjadi cantik dan bersih semula. Begitulah diibaratkan keadaan badan kita.

Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) suatu petanda yang baik?

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil sememangnya berkesan.

Sesetengah orang akan terfikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya akan berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan.Walaubagaimanapun, jika badan anda tidak menghadapi krisis pemulihan ia mungkin adalah kerana tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda berada di tahap paling optimum. Atau pun mungkin juga badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.

Adakah semua orang mengalami tanda-tanda dan gejala yang sama semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Perlu diingatkan bahawa semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis pemulihan sebaik sahaja selepas pengambilan supplement, sementara yang lain mungkin hanya akan alaminya selepas sebulan atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksin, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.

Berapa lamakah proses Krisis Pemulihan (Healing Crisis) ini akan berlaku?

Sebenarnya, ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.

Kebanyakan orang merasa lebih baik selepas mengambil supplement.
Tetapi, saya telah mengamalkan pengambilan supplement untuk seketika dan saya tidak perasan sebarang perbezaan. Mengapa ini terjadi?

Yang ini saya tahu mesti ramai juga yang alami perkara yang sama. Betul tak? Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik dan sebagainya. Namun, jika tiada apa-apa peningkatan yang berlaku terhadap kesihatan anda, mungkin anda boleh semak semula :


  1. Anda tidak mengambil supplement dengan konsisten
  2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan
  3. Anda takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekaligus
  4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang
  5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lama untuk pulih
  6. Keadaan tubuh yang kronik
Tanda Krisis Pemulihan (Healing Crisis) dan kemungkinan puncanya


Tanda Healing Crisis
Kemungkinan punca
Keletihan, berasa mengantuk
Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa berat
Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahan
Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk
Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
Kembung, perut bergas
Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur
Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair
Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
Hidung berdarah
Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendi
Tubuh berasid, toksin berkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas
Proses penyembuhan semakin cepat
Insomnia atau hiperaktif
Sistem saraf yang lemah
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir
Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besar
Mungkin buasir
Pening, lapar
Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, sedu
Sistem penghadaman lemah, masalah hati
Slight Edema (bengkak)
Masalah buah pinggang


Bagaimanakah cara untuk melalui Krisis Pemulihan (Healing Crisis) ini?

Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini;
  • Minumlah banyak air bersih
  • Rehat secukupnya
  • Makanlah lebih sayuran dan buah-buahan
Selagi anda faham ini adalah simptom pemulihan, anda akan dapat mengharungi fasa pemulihan ini dengan mudah. Saya juga seperti anda, pernah melalui fasa ini sehingga panik. Tetapi bila kita sudah tahu ini adalah proses healing crisis, kita akan lebih tenang.

Semoga ini akan memberi manfaat untuk anda. Ingat, minumlah air masak mencukupi keperluan harian anda.

No comments:

Post a Comment