Bengkel Nutrisi Shaklee

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google)

Bismillahirrahmanirrahim..



Alhamdulillah, bersyukur pada Allah kerana dengan izin-Nya dapat saya dan rakan-rakan sesusur galur yang lain hadir ke majlis ilmu untuk tambah pengetahuan lebih dan lebih kenal setiap vitamin yang ada dalam Shaklee ni.

Asalnya saya memang tak berpeluang pun nak pergi sebab tiket da habis. Memang agak frust jugalah. Saya memang da redha je. Tapi perancangan Allah itu pastinya yang terbaik kan? Tiba-tiba salah seorang sahabat dalam group beritahu dia tak dapat pergi sebab kena masuk kerja. Alamak, kenapa dia tak beritahu awal-awal. Kalau tak, saya orang pertama yang akan beli tiket dia tu. Jam pulak da menunjukkan 9.15pagi macam tu. Kelas start jam 10pagi! Frust buat kali kedua.

Tapi, mummy Shaklee saya (leader dalam group kami) encourage saya untuk pergi. Katanya kalau sampai pukul 11pagi pun masih lagi ok. Rugi kalau tak pergi. Saya tanya suami. Asalnya suami tak bagi sebab lagipun da lewat dan suami pun nak bersiap pergi kerja.

Tapi saya pujuk dan pujuk dan pujuk dan akhirnya suami izinkan. Alhamdulillah. Melompat saya bersiap zap zup zap. Nasib baik ada baju yg da siap bergantung, tak perlu gosok dan hanya perlu gosok tudung sahaja. Jam 9.50 pagi macam tu saya siap. Kami bergerak dalam jam 10 pagi dari rumah.

Sampai di Hotel Bayview dalam jam 10.37 pagi. Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan. Walaupun dah lewat, agak mudah dan tenang perjalanannya. Mungkin sebab niat nak menuntut ilmu dan restu suami. 😊

Terima kasih kepada sahabat satu group yang mensponsor tiket saya semalam. Saya nak bayar semula tapi dia halalkan. Alhamdulillah. Semoga Allah membalas jasanya.

Dapat recharge semula ilmu dan semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan serta dikongsi bersama. Saya belanja satu gambar wajah-wajah kegembiraan kami menikmati ilmu bersama.





Kini, anda tahu kenapa anda perlu dapatkan khidmat saya. Saya bukan distributor biasa-biasa. Saya distributor berilmu taw!

Saya pakar runding kecantikan dan kesihatan anda, boleh dihubungi di talian 012-3473350 (whatsapp, call, mesej)

Your trusted Shaklee Independent Distributor,
Radhiah Abu (949172)

No comments:

Post a Comment