Penting sangat ke makan supplement?

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google)

Terdengar officemate bercerita tentang supplement dan penjagaan kulit. Anda rasa penting ke supplement dan penjagaan kulit macam facial dan sebagainya ni?

Bagi diri saya sendiri, sebenarnya sangat penting untuk kita jaga dalaman dan luaran kita dari awal lagi. Secara faktanya, zaman nenek moyang kita pun diorang sangat menitikberatkan tentang penjagaan luaran dan dalaman lagi-lagi insan yang bernama perempuan, gadis, wanita dan yang sewaktu dengannya. Badan kita ni nak pakai lama dik non oii. Kalau tak, tak keluar segala pantang larang yang diamalkan sehingga hari ini.

Nak dibandingkan orang zaman dulu dengan kita zaman sekarang, makanan mereka berkhasiat sebab makan ulam-ulaman dan tumbuh-tumbuhan segar serta sumber protein seperti ayam, daging, ikan pun yang diternak sendiri atau yang ditangkap sendiri. Nak harapkan makanan kita sekarang ni, hampir kesemuanya adalah bersumberkan makanan segera dan diproses. Jadi, sumber keasliannya hilang sama sekali.

Disebabkan itu, kita memerlukan sumber nutrien dan vitamin dari makanan tambahan. Ada sesetengah nutrien dan vitamin yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri. Contoh paling dekat ialah Vitamin C. Badan kita tak boleh proses vitamin C sendiri melainkan anda adalah seekor arnab. Hehe. Gurau saja. Kalau anda nak tahu, arnab proses vitamin C dia sendiri dari dalam badan sebab tu arnab comel selalu.


Ye, memang banyak sangat makanan tambahan yang sedang mencanak-canak naik sekarang memandangkan semakin ramai yang sedar akan kepentingan menjaga kesihatan dan sentiasa tampil cantik serta cergas. Tapi, adakah anda pasti ianya bersumber dari pemprosesan yang tidak menjahanamkan nutrien dalam vitamin atau makanan tambahan itu sendiri? Nak ambil makanan tambahan dah bagus dah tapi pemilihan tu pastikan ianya dari sumber semulajadi dan proses yang tidak menghilangkan khasiatnya sama sekali.

Saya sendiri memilih untuk setia bersama Shaklee kerana saya yakin ia telah bertapak dalam industri makanan tambahan selama lebih 100 tahun. Proses yang dilakukan juga memastikan nutriennya tidak hilang sama sekali.

Yang paling penting, Shaklee ada landmark study. Apa sahaja result yang keluar hasil dari landmark study ni sama ada baik atau buruk, Shaklee perlu pamerkan. Shaklee berani ambil risiko ini, sebab Shaklee yakin produknya memang bersumberkan semulajadi dan terbukti berkesan.

Shaklee sendiri menjalankan ujikaji berkali-kali terhadap setiap bahan-bahan yang digunakan setiap kali sebelum ia dipasarkan kepada pengguna. Jadi, sangat perlu kita memilih produk supplemen yang semulajadi.

Tahukah anda, seawal usia 20 tahun sebenarnya kolagen dalam badan kita sudah mula berkurang. Kemampatan tulang juga semakin merudum. Protein dalam badan semakin hilang. Kalau anda nampak orang tu muka berlubang, dia sebenarnya kekurangan protein. Dia perlu ambil protein yang konsisten untuk menyihatkan kembali kulit wajahnya.

Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan dengan anda. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan dan pertanyaan, jangan malu dan segan untuk terus hubungi saya.


Salam sayang,
Radhiah Abu


No comments:

Post a Comment