Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Perkahwinan Impian

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google) Bismillahirrahmanirrahim.. Tajuk saja nak bagi gempak sikit. Hehe.. Hari ini 21 Disember 2016. Tiga tahun yang lepas, sepatutnya ini tarikh asal nikah dan majlis sekaliarong satu hari. Tapi, imam yang nak nikahkan suami dan saya suruh cepatkan tarikh seminggu awal ke 13 Disember sebab dia nak pergi umrah dan imam tu yang beriya nak nikahkan kami juga. Maka, jadilah kami pengantin 3 minggu. Nikah 13 Disember 2013 Majlis belah perempuan 21 Disember 2013 Majlis belah lelaki 28 Disember 2013 Ingat lagi masa tu nak balik kerja, mak call beritahu "Yah, imam suruh nikah minggu depan (13 Disember 2013)". Saya dah terkejut dah. Terus beritahu encik tunang (sekarang suami tercinta). Dia punya respon cool je. "Ok". Ok? Kita pulak yang gabra. Hehe. Alhamdulillah baju nikah dah siap. Kalau tak siap, buat naya je. Naseb baik juga sempat berkolagen Shaklee sebulan or 3 minggu awal sebelum tu se...

ESP penting untuk kulit

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google) Kenapa ESP penting untuk kulit? Sebab ESP ialah formula yang dicipta berasaskan soya yang mengandungi protein berkualiti tinggi. Apa yang bestnya, ESP ini diiktiraf seluruh dunia kerana mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif. ESP ini hanya menggunakan kacang soya yang mengandungi 'non-GMO' yang diproses pada kadar suhu yang rendah. Anda tahu apa itu 'non-GMO'? Non-GMO ialah non-Genetically Modified Organism. Kan Shaklee sangat mementingkan kesemulajadian so, setiap vitamin atau produk yang dikeluarkan akan dipastikan tiada perubahan genetik yang akan berlaku semasa proses dilakukan. Best, kan? Manfaat untuk kulit pula ialah : ✅ Awet muda - Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda. Seperti yang kita sedia maklum, protein adalah bahan utama dalam tubuh untuk pem...

Alfalfa Complex bantu masalah kulit

Imej
"Saya dah cuba macam-macam produk dari yang murah sampai yang mahal tapi hasilnya tetap sama, muka saya tiada perubahan" "Saya dah cuba makan supplement X ni. Katanya supplement tu bagus. Ramai bagi feedback yang memberangsangkan tapi bila saya guna takde effect pun?" "Saya dah makan berpuluh-puluh paket kolagen tapi kulit saya masih berjerawat" ⛔Sabar..sebenarnya anda ada dua kemungkinan: ❌Produk yang digunakan mempunyai bahan kimia berbahaya ❌Kulit anda sedang perlu didetoks Melalui pengalaman saya yang pernah lalui masalah jerawat yang teruk satu masa dulu, saya back to natural product dan detoks. Saya ambil Alfalfa Complex. 🌲Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an. Alfalfa Complex diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) secara organik di California yang bebas pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. 🌲Alfalfa yang dikenal...

Tingkatkan kesuburan dengan Vivix Shaklee

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google) Jika anda adalah orang yang telah berusaha dengan pelbagai cara untuk masalah kesuburan namun masih belum menampakkan sebarang hasil, jangan sedih dan menangis di tepi katil kerana masih ada cara lain. Ingat, Allah takkan hampakan hamba-Nya yang berusaha sedaya upaya. Dia akan beri dalam keadaan lambat atau cepat sahaja. Ini semua kerana Dia sayangkan hamba-Nya dan rindu mendengar rintihan hamba-Nya. Tiada yang mustahil bagi Allah. Jadi, saya nak bantu anda tingkatkan kesuburan dengan baiki sel dalam badan kita dengan supplement premium Shaklee iaitu Vivix. 🌟 Vivix merupakan suplemen anti-oksidan yg bertindak memperbaharui dan membina sel daripada peringkat DNA badan seseorang 🌟 Vivix mempunyai kandungan resveratrol yg tinggi dan bertindak sebagai anti-oksidan yg kuat. Ini bermaksud tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah 'oxidative damage'. 🌟  Fungsi resveratrol adalah melindungi ...

Khasiat ESP Shaklee untuk Ibu Mengandung

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google) Khasiat ESP Shaklee untuk Ibu Mengandung 1)Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi! Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN! Maka adalah penting untuk ibu mendapatkan protein berkualti tinggi dari saat ibu tahu telah berbadan dua, bagi memastikan perkembangan otak bayi berlaku dgn baik sekali. 2)Protein sangat penting untuk pembentukan otot. Selain membantu dalam proses kelahiran, protein juga diperlukan untuk membina otot bayi. Tanpa disedari, ibu hamil biasanya kehilangan otot akibat kurang senaman dan pergerakan. Dengan pengambilan protein yang mencukupi, ibu dapat mengurangkan kehilangan otot ini.  3)Protein membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein l...

Perjalanan yang panjang

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google) Alhamdulillah, Sabtu dan Ahad minggu yang baru berlalu ni jadual Aufa dan saya sangat padat. Kali ni kami menghabiskan masa di luar. Jarang-jarang kami dapat beraktiviti seperti ini. Selalunya hujung minggu kami banyak dihabiskan di rumah sahaja. Sehinggakan pagi tadi nak pergi kerja pun dia fikir dia akan ikut sekali. Masa saya salam mak dan abah, iaitu atuk dan neneknya, dia pun sibuk hulurkan tangan nak salam mereka juga! Aufa, Aufa.. Anak yang sangat bijak. Kalau hari Sabtu kami pergi beriadah di Taman Botanikal Ayer Keroh, hari Ahad pula kami pergi jauh sedikit. Keluar dari Melaka. Jauh pun tak berapa jauh sangatlah, setakat Bangi je pun kan. Hehe. Semalam, saya berkesempatan membawa Aufa menemani saya untuk menyedut aura positif di Bangi Gateaway. Macam tahu-tahu je si genit ni kita nak bawak dia kan. Awal-awal lagi dah bangun. Mujur ada sahabat yang sudi untuk pergi bersama. Kalau tak, mungkin s...

Selamat Hari Lahir!

Imej
Catatan 27 November 2016 Oleh : Radhiah Abu 🍁USIA BERTAMBAH, KEMATIAN SEMAKIN DEKAT🍁 Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ مُحَمَّد وعَلَى آلِ مُحَمَّد Alhamdulillah. Terima kasih buat sahabat yang wish dan mendoakan sempena hari lahir saya hari ini. Semoga Allah membalas doa kalian dengan segala perkara yang baik-baik. Ia sebagai titik peringatan bahawa bila bertambahnya usia, kematian juga semakin hampir. Kita tak tahu apa nasib kita satu saat lagi. Allahu.. Doakan saya diberi peluang untuk mencapai matlamat dan impian yang dicita-citakan. Allah sahaja yang tahu siapa dikalangan kalian yang makbul doanya. Semoga dengan bertambahnya usia ini akan lebih mematangkan fikiran dan bertambahnya ibadah serta amal kebaikan. Allahu Akbar!!

Taman Botanikal Ayer Keroh

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google) Alhamdulillah, hari ini dapat bawa Aufa dan mak abah mengembara 10,000 langkah di Taman Botanikal Ayer Keroh. Tapi tak sampai 10,000 pun rasanya. hehe. Separuh je pun dah tak larat. Lama dah rasanya tak pergi sini. Kalau tak silap, kali terakhir pergi masa Aufa baru pandai berjalan. Pagi lagi si kecil ni dah bangun. Jam 6 pagi dah celik mata. Ummi dia pun apa lagi, ajak dia pergi mandi dan siap-siap. Selesai solat subuh, siapkan barang apa yang patut kemudian bergerak ke Taman Botanikal. Mulanya Aufa macam tak nak berjalan. Nak berdukunglah pulak. Nasib baik ada Tok Abah dia. Kalau nak harapkan Ummi dia memang tak laratlah gamaknya. Dengan baby dalam perut lagi. Abati dia belum sampai lagi sebab Abatinya kerja malam. So, dia gerak dari kilang dan jumpa di sana. Sepanjang berjalan tu menceceh je mulut dia dan dia melembikkan badan taknak jalan. Mungkin nak tidur la agaknya sebab masa tu dah jam 8:...

Vitalea multivitamin TERBAIK dan rakan-rakannya

Imej
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Lepas makan ni boleh lah ambil vitamin 3 warna iaitu si kuning B Complex, si hijau Vitalea dan si putih Vitamin C. Semua vitamin ni termasuk dalam set Optimum Health. So saya sebagai ibu mengandung pun sangat-sangat digalakkan untuk ambil vitamin ni bagi memastikan HB berada di paras terkawal, dan kesihatan ibu dan bayi dalam keadaan yang elok. Apa yang bagusnya Vitalea si supermultivitamin ni, dia akan menyerap dalam tubuh dalam masa kurang dari 10 minit!! Best kan? Mengikut kajian, vitamin terbaik adalah yang boleh dissolve, larut dalam masa setengah jam. Dengan Vitalea Shaklee, 6 minit pun dah larut! Kita ni lepas lunch je mesti rasa macam lemau je, mengantuk dan sebagainya. Telan Vitalea Shaklee 2 biji, tak sampai 10 minit dah segar bugar semula. Kesan seawal tu?? Boleh percaya ke ni? Ya, kesan seawal tu sebab Vitalea dihasilkan dengan menggunakan teknologi Explo-Tab iaitu kekal sementara waktu dalam sistem pencernaa...

Bahaya kurang kalsium

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google) Takutnya!! Tahu tak SETIAP MANUSIA dari kalangan kita semua tak kira LELAKI atau PEREMPUAN.. Bila menjelang usia 19 hingga 50 tahun, kita semua memerlukan sekurang-kurangnya 2000mg kalsium setiap hari. Saya ulang sekali lagi, SETIAP HARI. Bukan seminggu sekali, sebulan sekali, setahun sekali atau sekali sekala. Anda rasa tubuh anda dah cukup kalsium ke? Cuba fikir semula, apa yang kita makan sepanjang hari ini bagi memastikan kalsium dalam tubuh kita cukup? Dah lah kadang-kadang kita makan makanan tak berkhasiat. Dengan air gasnya, minuman sejuknya, aktiviti tak sihat lagi, tidur lambat lagi. Itu semua mengurangkan kalsium dalam badan. Jangan berlagak sangat kata yang tulang kita ni masih kuat. Bukan apa, risau juga sebenarnya badan dah bagi signal macam-macam tapi kita sendiri yang tak perasan atau tak sedar atau buat-buat tak tahu. Mari saya senaraikan tanda-tanda besar menyatakan BADAN AND...

Alfalfa buatkan lagi cepat lapar?

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google) Ha, betul ke Alfalfa Shaklee membuatkan consumer makin kuat makan? Okay, ini cerita kelakar. Dan ini cerita dari sahabat seperjuangan satu group dengan saya dari susur galur yang sama. Ada sorang customer nak belikan set kurus untuk suami dia. Sementara nak dapatkan set kurus tu, dia fikir nak detoks dulu. Kebetulan dia ada dapat Alfalfa free sempena promosi bulan October yang lepas. Tapi, tak semena-mena dia mesej beritahu yang suami dia masih lagi kuat makan. Kawan saya ni pun tanyalah cara makan macam mana, pengambilan air okay ke tidak. Sebab risaulah kan kenapa customer kita jadi kuat makan pula. Customer dia jawab, makan Alfalfa selepas makan dan ambil air banyak. Okay, cara makan dah betul dah dan pengambilan air pun okay. Mungkinkah kerana healing crisis? Nak dijadikan cerita, mereka pun berjumpa. Korek punya korek cerita rupa-rupanya dia bagi suami dia makan sebiji je satu hari!! Adoilah ...

Penting sangat ke makan supplement?

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google) Terdengar officemate bercerita tentang supplement dan penjagaan kulit. Anda rasa penting ke supplement dan penjagaan kulit macam facial dan sebagainya ni? Bagi diri saya sendiri, sebenarnya sangat penting untuk kita jaga dalaman dan luaran kita dari awal lagi. Secara faktanya, zaman nenek moyang kita pun diorang sangat menitikberatkan tentang penjagaan luaran dan dalaman lagi-lagi insan yang bernama perempuan, gadis, wanita dan yang sewaktu dengannya. Badan kita ni nak pakai lama dik non oii. Kalau tak, tak keluar segala pantang larang yang diamalkan sehingga hari ini. Nak dibandingkan orang zaman dulu dengan kita zaman sekarang, makanan mereka berkhasiat sebab makan ulam-ulaman dan tumbuh-tumbuhan segar serta sumber protein seperti ayam, daging, ikan pun yang diternak sendiri atau yang ditangkap sendiri. Nak harapkan makanan kita sekarang ni, hampir kesemuanya adalah bersumberkan makanan segera dan di...

7 cara terbaik mengurangkan stress dengan BERKESAN

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google) Dengan keadaan hidup zaman sekarang ni, setiap kita tidak akan lari dari berhadapan dengan tekanan hidup. Tidak kira stress dari segi masalah pembelajaran, persekitaran, keluarga, hutang piutang, pekerjaan dan sebagainya. Namun, bagaimana cara kita menguruskan tekanan yang dihadapi agar kita tetap rasional dan tidak hilang pedoman dalam menangani masalah stress ini? Di sini saya sertakan 7 cadangan dan cara terbaik untuk tangani stress dengan berkesan. 1. Bersenam Ketika bersenam, endorfin akan dilepaskan dan sekaligus melancarkan peredaran darah. Anda boleh pilih senaman atau aktiviti riadah yang anda suka. Lakukan senaman tiga kali seminggu. Secara tidak langsung, dengan bersenam anda akan lebih tenang dan fikiran lebih lega. Ia juga membantu anda mencari ilham dan seterusnya masalah akan dapat diselesaikan dengan lebih baik kerana fikiran lebih relax. 2. Tidur Kurangkan stress dengan tidu...

10 Fakta menarik tentang Lecithin yang mungkin anda tidak tahu

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/carian Google(jika gambar dari Google) 10 FAKTA MENARIK TENTANG LECITHIN YG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU : 🔺Pelarut kolestrol . Sebab tu boleh cegah darah tinggi, stroke, sakit jantung 🔺Pecahkan lemak. Lemak jadi terapung dalam darah, tak terlekat pd salur darah.  Sebab tu boleh kuruskan badan. 🔺Darah berjalan lancar. Akibatnya, kulit terpaksa nampak fresh kemerahan seolah-olah memakai BLUSHER. Blusher semulajadi gitu! 😊 🔺Rambut sihat dan cantik, kulit pula lembut gebu. 🔺Atasi masalah bengkak susu bagi ibu menyusu 🔺Period pain? Alami gejala PMS? Ambillah lecithin! 🔺Bagus untuk otak. Saraf otak berkembang, membantu tingkatkan kecekapan "short term memory" dan cegah Alzheimer 🔺 Cegah penyakit berkaitan hati. Hati penting untuk sintesis lemak dan buang toksin dalam badan. Bantu sistem percernaan. Jerawat banyak naik kat dahi? Hati2 takut ada masalah pencernaan yg melibatkan fungsi hati. Jadi jangan biar hati bermas...

Kenapa wanita tidak digalakkan minum ais?

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google) Mungkin ada dikalangan kita yang sangat suka minum ais. Tapi sebagai seorang wanita, anda perlu tahu yang wanita ni tak digalakkan untuk minum ais. Kalau boleh elakkan terus dari minum ais. Kenapa wanita tak digalakkan minum ais? Sebab : Badan mudah menjadi kembang Tulang juga mudah menjadi bisa dan berasa sakit Menyejukkan peranakan (rahim mudah mengembang dan Miss V akan menjadi berair dan becak) Perut menjadi buncit Lagi satu, kalau minum air pastikan anda duduk sebab kalau tak, air akan lalu terus ke rahim dan akan menyejukkannya. Kalau duduk, air tu akan difilter dulu. Lagipun sunnah untuk duduk semasa minum air atau makan. Itu kan adab. Benda ni bukan untuk kaum wanita semata-mata malah untuk semua warga lapisan masyarakat. Tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, kaya atau miskin. Bismillah jangan lupa ok! Secara lazimnya, perempuan ni memang banyak pantang larangnya. J...

Percutian singkat keluarga kecil kami

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google) Bismillahirrahmanirrahim. Semalam saya dan suami ambil cuti separuh hari untuk selesaikan beberapa perkara memandangkan kami ni jarang cuti. Lagi-lagi suami yang bekerja shift hanya bercuti 1.5 hari dalam sebulan. Saya normal shift so dapatlah juga spend time Sabtu Ahad dengan keluarga dan anak. Oleh kerana urusan dapat diselesaikan dengan segera, kami merancang percutian singkat buat keluarga kecil kami. Sampai rumah, siapkan pakaian Aufa dan berangkat menemani suami beriadah bermain badminton bersama rakan-rakannya. Aufa sedang berlatih dengan Coach Mohd Sofwan Selesai mengeluarkan peluh, kami tak tahu nak menghala tuju ke mana. Maklumlah, masing-masing bukan kaki jalan. Kalau pergi pun tempat yang sama je. Jadi tak tahu mana tempat yang menarik nak di"explore". Padahal sentiasa teringin nak bercuti. Inilah akibatnya bila asyik kerja je. Mati kutu dibuatnya! Akhirnya kami menuju k...

Hujan tanda Rahmat Allah

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google) Alhamdulillah, minggu ni Allah turunkan dan semalam hujan dengan lebatnya. Dalam pada kononnya dua minggu lepas negeri Melaka nak kena catu air, Allah turunkan hujan. Nikmat Tuhan yg mana kita nak dustakan? Kita merancang, Allah jua sebaik-baik perancang. Petang semalam perut terasa lapar sebab tengahari tak makan. Terus rancang dengan officemate pergi pasar malam lepas tamat office hour memandangkan nak stayback lepas tu. Tapi jam 5.30 petang langit gelap betul. Dalam hati berdoa dan fikir mungkin tak lebat. Tapi masa on da way ke pasar malam tu hujan dah rintik-rintik. Sampai je pasar malam terus tuju ke gerai keropok lekor. Masa on da way ke gerai laksa, hujan sudah mula melebat. Akhirnya terperangkap juga kat situ. Kilat sabung menyabung dan hujan turun selebat-lebatnya habis basah kuyup. Lama juga nak tunggu. Hujan tak menunjukkan tanda nak berhenti. Dalam keadaan hujan masih lebat, tapi kur...

Kolagen Shaklee tidak berfungsi?

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika foto dari Google) Bismillahirrahmanirrahim.. Alkesah.. Ada seorang makcik telefon dan marah-marah sebab dia dah consume kolagen habis sekotak. Tapi kesan yang diharapkan, TIADA! Mestilah dia rasa, aku da beli mahal-mahal tapi habuk pun takde. Memang betul ke Kolagen Shaklee ni tipu dan tak berfungsi? Ok, mari kita lihat situasi seterusnya. Makcik ni sebenarnya, baru ini kali pertama ambil kolagen. Selama dari umur 20 tahun sebenarnya kolagen dalam badan kita dah menyusut sedikit demi sedikit. Bayangkan, selama 20 tahun kita tak pernah ambil sebarang supplement dan juga kolagen untuk topup nutrien yang berkurang dalam badan, macam mana kita nak harapkan baru makan sekotak atau baru makan sepeket dan terus nampak perubahan? Ini MUSTAHIL! Anda kena sentiasa beringat dan mula berawas. Lagi-lagi kaum wanita yang sangat mudah terdedah kepada kekurangan nutrisi dan kalsium. Anda mengandung, anda beranak, anda jaga anak, anda...

Bengkel Nutrisi Shaklee

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google) Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, bersyukur pada Allah kerana dengan izin-Nya dapat saya dan rakan-rakan sesusur galur yang lain hadir ke majlis ilmu untuk tambah pengetahuan lebih dan lebih kenal setiap vitamin yang ada dalam Shaklee ni. Asalnya saya memang tak berpeluang pun nak pergi sebab tiket da habis. Memang agak frust jugalah. Saya memang da redha je. Tapi perancangan Allah itu pastinya yang terbaik kan? Tiba-tiba salah seorang sahabat dalam group beritahu dia tak dapat pergi sebab kena masuk kerja. Alamak, kenapa dia tak beritahu awal-awal. Kalau tak, saya orang pertama yang akan beli tiket dia tu. Jam pulak da menunjukkan 9.15pagi macam tu. Kelas start jam 10pagi! Frust buat kali kedua. Tapi, mummy Shaklee saya (leader dalam group kami) encourage saya untuk pergi. Katanya kalau sampai pukul 11pagi pun masih lagi ok. Rugi kalau tak pergi. Saya tanya suami. Asalnya suami tak bag...

Hadiah dari suami

Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/ Google (jika gambar dari carian Google) 28 October 2016 Suami beri semangat. Dia bersungguh menghadiahkan saya sebuah telefon bimbit baru. Padahal telefon lama saya masih lagi boleh berfungsi dengan baik. Cuma tiada memory card sahaja menyebabkan kadang-kadang telefon 'hang' dan bila cakap dalam telefon suara tidak berapa jelas.. Saya bersungguh menolak dan hanya meminta dia betulkan sahaja slot memory card handphone lama ni. Saya taknak susahkan dia. Tapi, katanya dia memang sudah lama memasang niat untuk membelikan saya handphone baru. Terharu rasanya. Saya tak mampu nak ungkapkan dengan kata-kata atas semangat dan kesungguhannya menggembirakan hati isteri. Saya faham bagaimana gembiranya hati dia dapat menggembirakan saya sepertimana saya gembira apabila dapat menggembirakannya. Saya tanya suami, adakah ini sempena hadiah hari lahir saya yang bakal menjelang tidak lama lagi? Hadiah 'in advance' ke? Jawapannya, "takla...

Quality Time vs Quantity Time

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google) Malam semalam suami dapat meluangkan sedikit masa untuk bersama keluarga keluar menikmati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. Memandangkan pekerjaan suami yang memerlukan komitmen masa di tempat kerja lebih dari di rumah, ini merupakan masa yang sangat berharga buat kami. Walaupun Aufa masih kecil dan mungkin masih kurang faham akan erti ini, tapi ini adalah 'bonding time' buat kami sekeluarga. Suami rancang untuk membawa kami sekeluarga naik bot di Sungai Melaka. Rasa macam pelancong sekejap. Orang kata 'jakun'. Mana taknya, ini adalah kali pertama saya naik bot di Sungai Melaka ni. Selepas solat Maghrib, kami bergerak ke destinasi yang dirancang. Untuk makluman anda, tiket pada hari Jumaat-Ahad agak mahal berbanding hari biasa. Bagi adik-adik yang masih belajar, disarankan untuk pergi naik sekarang sebab dapat separuh harga. Rasa sedikit ralat juga tetapi bila fikirkan bil...

Apa itu Healing Crisis (Krisis Pemulihan)?

Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/ carian Google (jika gambar dari Google) Masa kita tengah duduk update blog, dia yang tengah baring di tilam sambil hisap botol susu menggamit-gamit tangan arah kita suruh datang pada dia. Maknanya kita kenalah baring sebelah dia. Tabiat anak solehah ini sejak kecil sampai sekarang memang suka pegang dan kutil-kutil mulut kita kalau nak tidur atau semasa hisap susu. Sakit-sakit mulut kita dibuatnya. Kadang-kadang dicubit-cubit mulut kita kalau dia geram. Saya pula jenis bibir kering. Rajin pula siat kuping yang kering tu. Apa lagi, memang luka, berdarah dan sakitlah jadinya. Dah jadi tak cantik rupanya. Siapa suruh malas minum air masak banyak-banyak, kan? Anda tahu tak berapa liter sehari air yang patut kita minum? Kebanyakan sumber yang saya baca menyatakan kita perlu mengambil 1 liter air bagi setiap 25kg berat badan kita. Katakanlah, berat badan saya 53kg. Jadi, setiap hari badan saya perlu dapatkan 2-2.5 liter sehari. Tapi, ini tidak...