3 Vitamin Asas Wajib Ada untuk Beginner (Baru Nak Mula Shaklee)
Vitamin Asas Wajib Ada untuk Beginner
Baru nak mula ambil vitamin, tapi pening nak pilih mana satu dulu?
Ini soalan yang paling kerap ditanya oleh mereka yang baru nak berkenalan dengan Shaklee. Jangan risau, Kak Dee pun sama macam korang juga dulu. Bila tengok khasiat habis semua rasa nak dibelinya. Haha
Sebenarnya anda tak perlu ambil banyak-banyak vitamin serentak satu masa. Apa yang penting ialah mula dengan vitamin asas untuk bantu badan cukup nutrisi dan lebih bertenaga dalam jangka panjang.
Kenapa Perlu Mula Dengan Vitamin Asas?
Pemakanan harian kita selalunya tidak lengkap walaupun nampak macam "cukup makan". Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan :
- Badan cepat letih
- Mudah jatuh sakit
- Fokus menurun
- Kulit nampak kusam
- Wajah berusia lebih dari umur sebenar
Sebab itulah vitamin asas sangat penting sebagai sokongan kepada gaya hidup sihat.
3 Vitamin Asas Shaklee untuk Beginner
1. Multivitamin (Vitalea)
Ini vitamin paling penting untuk permulaan.
Vitalea mengandungi 28 jenis nutrien penting yang membantu menyokong tenaga harian, sistem imun dan kesihatan menyeluruh badan.
Sesuai untuk :
- Individu sibuk
- Selalu rasa letih
- Nak jaga kesihatan secara menyeluruh
2. Vitamin C (Sustained Release)
Vitamin C bertindak sebagai antioksidan dan membantu melindungi sel badan daripada kerosakan.
Kebaikan Vitamin C :
- Menyokong sistem imun
- Membantu kulit lebih sihat
- Membantu badan lawan tekanan harian
3. Omega Guard
Omega 3 penting untuk kesihatan jantung dan fungsi otak.
Ramai orang kurang pengambilan Omega 3 kerana jarang makan ikan berlemak.
Omega Guard membantu :
- Fokus dan memori
- Kesihatan jantung
- Kurangkan tekanan mental
Cara pengambilan Vitamin Untuk Beginner
- Ambil vitamin selepas makan
- Minum air secukupnya
- Ambil secara konsisten setiap hari
- Jangan tukar-tukar vitamin terlalu kerap
Ingat, vitamin bukan ubat segera. Kesan terbaik datang dengan konsistensi.
Kesimpulan
Jika anda baru nak mula perjalanan kesihatan bersama Shaklee, mulakan dengan vitamin asas dahulu. Bila badan cukup nutrisi, barulah mudah untuk tambah vitamin lain mengikut keperluan.
Tak pasti vitamin Shaklee mana sesuai untuk anda? DM Kak Dee untuk konsultasi percuma dan cadangan ikut keperluan badan anda.

Ulasan
Catat Ulasan