Kenapa Vitamin Perlu Diambil Secara Konsisten, Bukan Sekali Sekala?
Ramai orang mula ambil vitamin dengan semangat, tetapi selepas beberapa hari atau minggu berhenti. Ada juga yang hanya ambil vitamin bila rasa badan tak sedap atau tidak sihat. Aisehh, macam sama dan terkena batang hidung sendiri je kan? Hihi
Sebenarnya, vitamin bukan ubat segera. Untuk dapatkan kesan yang baik, ia perlu diambil secara konsisten supaya badan benar-benar mendapat manfaat.
Vitamin Bukan Ubat Sakit
Ubat diambil bila sakit dan berhenti bila sembuh.
Vitamin pula berfungsi sebagai sokongan nutrisi harian untuk bantu badan kekal sihat dan berfungsi dengan baik.
Jika diambil sekali-sekala :
- Badan tak sempat simpan nutrien
- Kesan sukar dirasai
- Mudah rasa “vitamin ni tak jalan pun?”
Sedangkan masalahnya ialah kurang konsisten dari dalam diri anda sendiri, bukan vitamin itu sendiri.
Apa Jadi Bila Ambil Vitamin Secara Konsisten?
Bila vitamin diambil secara konsisten setiap hari :
- Nutrisi dalam badan jadi lebih stabil
- Tenaga harian lebih sekata
- Badan lebih kuat lawan keletihan dan tekanan
- Sistem imun berfungsi dengan lebih baik
Inilah sebabnya ramai pengguna vitamin Shaklee hanya mula rasa perubahan selepas beberapa minggu pengambilan berterusan.
Berapa Lama Perlu Ambik Baru Nampak Kesan?
Setiap orang berbeza, tetapi secara umum:
- 1-2 minggu : Badan mula sesuaikan diri
- 3-4 minggu : Tenaga dan fokus mula rasa berbeza
- 2-3 bulan : Perubahan lebih ketara pada kesihatan keseluruhan
Kuncinya ialah jangan berhenti separuh jalan!
Tips Supaya Konsisten Ambil Vitamin
- Ambil vitamin pada waktu yang sama setiap hari
- Letakkan vitamin di tempat yang mudah nampak
- Set alarm atau reminder telefon
- Mulakan dengan vitamin asas dahulu
Bila dah jadi rutin, ambil vitamin akan jadi semudah gosok gigi. (Apa kena mengena eak.Haha)
Kesimpulan
Jika anda mahu hasil yang baik, konsistensi lebih penting daripada kuantiti.
Ambil sedikit vitamin yang sesuai tetapi secara berterusan jauh lebih berkesan berbanding ambil banyak vitamin tapi sekejap-sekejap.
Nak tahu vitamin Shaklee yang sesuai diambil secara konsisten mengikut keperluan badan anda? DM Kak Dee untuk konsultasi percuma!

Ulasan
Catat Ulasan