Perjalanan yang panjang
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google) Alhamdulillah, Sabtu dan Ahad minggu yang baru berlalu ni jadual Aufa dan saya sangat padat. Kali ni kami menghabiskan masa di luar. Jarang-jarang kami dapat beraktiviti seperti ini. Selalunya hujung minggu kami banyak dihabiskan di rumah sahaja. Sehinggakan pagi tadi nak pergi kerja pun dia fikir dia akan ikut sekali. Masa saya salam mak dan abah, iaitu atuk dan neneknya, dia pun sibuk hulurkan tangan nak salam mereka juga! Aufa, Aufa.. Anak yang sangat bijak. Kalau hari Sabtu kami pergi beriadah di Taman Botanikal Ayer Keroh, hari Ahad pula kami pergi jauh sedikit. Keluar dari Melaka. Jauh pun tak berapa jauh sangatlah, setakat Bangi je pun kan. Hehe. Semalam, saya berkesempatan membawa Aufa menemani saya untuk menyedut aura positif di Bangi Gateaway. Macam tahu-tahu je si genit ni kita nak bawak dia kan. Awal-awal lagi dah bangun. Mujur ada sahabat yang sudi untuk pergi bersama. Kalau tak, mungkin s...