Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

Persediaan menanti kehadiran orang baru

Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google) Untuk mommies yang bakal bersalin, pasti perasaan teruja tu membuak-buak. Rasa tak sabar nak tatap orang yang selama ni dinanti-nanti. Macamanalah agaknya rupa cinta hati kita yang comel tu. Dalam keterujaan tu, jangan lupa siap-siapkan barang nak pergi hospital nanti. Masa Kak Dee mengandung anak first dulu, agak lambat dan tak banyak barang pun beli. Kak Dee just beli barang yang perlu sahaja. Tu yang sampai terlepas pandang masa dalam wad nak salinkan pampers Aufa, wipes takde! Kenalah tebalkan muka pinjam kakak katil sebelah tu. Huhu Ok, jom kita buat checklist sikit tengok barang apa yang kita nak kena bawak. Simpan siap-siap letak dalam beg. Lepastu letak depan muka pintu. Tak pun dalam kereta je sentiasa. So, nanti mudah. Bila nak bersalin nanti terus capai je. 1. Kad pengenalan 2. Buku merah (buku mengandung taw! bukan passport) 3. Sweater 4. Barang mandi (sabun, berus gigi, ubat gigi) . Bawak yang...

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah

Kak Dee share ni untuk rujukan dan peringatan buat diri Kak Dee sendiri juga. Semoga bermanfaat. 1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan. 2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman. 3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi. 4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu. 5. Kemudian solat sunat ...

Cara rawat muka berjerawat

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google) Pagi tadi dalam keta sementara nak ke tempat kerja sempat jugak dengar IKIM. Tetiba Prof. Muhaya share pasal hidup dalam kepura-puraan. Dia cakap, kalau cari pasangan biarlah kita suka seadanya dia. Kalau perempuan tu jenis mekap tebal dan lelaki tu suka perempuan tu sebab cantik tetapi dengan mekap yang tebal, agaknya macamanalah lepas kawen nanti? Apelah reaksi si suami bila tengok rupa isteri disebalik mekap yang tebal tu? Husband Kak Dee cakap, "Ha, dengar tu. Benda ni abang dah cakap dari sebelum dia cakap lagi. Abang ni dah tahap profesor dah" Kak Dee pandang husband dengan ekor mata. Sila bayangkan muka Kak Dee yang buat derrrkk je. Hehe😏 Kak Dee pun tanya, "Abang dulu suka saya sebab ape?" Husband, "Tang jerawat tu" sambil ketawa besar. Lawak sangatlah tu? Rasa macam nak wrestling orang je papagi ni kan. Haha. Tapi betullah, dulu masa kenal dengan husband Kak Dee muka ...

Bayi kerap bangun malam

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google) Penat, kan kalau baby asyik bangun malam sebab nak menyusu. Kak Dee pun keletihan lately ni sebab Husna asyik bangun dua tiga kali juga sebab nak menyusu. Selalunya Kak Dee akan bangun pagi-pagi sebab nak mengepam. La ni tak dan dah sebab sedar-sedar je dah sampai waktu kena bersiap 😢 Kak Dee kalau lepas balik kerja, awal lagi dah masuk bilik tidur. Sambil susukan anak, mak dia pun tidur sekali. Itu perkara biasa kan? Hehe. Kenapa baby selalu bangun malam nak menyusu? Satu, sebab baby semakin membesar. Kedua, sebab susu ibu mudah dihadam. Selalunya setiap 2 jam baby akan bangun nak menyusu. (Kak Dee rasa macam tak sampai 2 jam pun. Macam baru je kejap tadi lelap mata. Huhu) Maybe ada mommies yang confuse dan risau kot lah yang anak dia tak cukup susu ke sebab kejap-kejap bangun, kan? Bukan pasal susu tak cukup ya. So, no worries. Susu kita sentiasa cukup untuk baby kita. Janganlah mengeluh kalau ...

Penyusuan itu tidak ternilai

Imej
Teks : Radhiah Abu Foro : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google) Jalan penyusuan ni berliku-liku dan memenatkan. Kadang-kadang ada yang give up dan rasa macam nak berhentikan saje susu badan dan beri susu formula. Sabar. Memang ianya memenatkan tapi ia juga sangat menyeronokkan. Malah, menjimatkan disamping kita membantu bayi kita menguatkan antibodi dia kan. Ok, berapa banyak kalori yang diperlukan untuk ibu menyusu? Sebenarnya takde jawapan yang tepat tapi secara puratanya mommies memerlukan antara 2000-2500 kalori setiap hari untuk anak yang disusukan selama 6 bulan yang pertama. Kenapa? Sebab waktu ni bayi kita bergantung sepenuhnya pada susu ibu. Selepas 6 bulan biasanya mommies dah perkenalkan bayi dengan makanan. Secara lazimnya kita mesti tahu dah ibu menyusu ni mudah sangat lapar. Sentiasa rasa nak makan. Kalau tak rasa lapar sekalipun, mommies tetap kena makan sebab nak maintainkan penghasilan susu untuk si manja. Bila makan kurang dan tidak berkhasiat, nutrisi kep...

Normal atau pembedahan. Mana satu pilihan anda?

Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google) Kalau dah pregnant mestilah kena bersalin, kan? Takkan nak biarkan je baby dalam perut tu sampai bila-bila walaupun pengalaman mengandung tu mengasyikkan. Hehe. Tapi kalau cakap bab bersalin ni, mesti bercampur baur rasa. Tak tahu nak rasa eksaited ke, takut ke, ngeri ke. Lagi-lagi kalau dengar cerita orang. Aduuuhhh seriau rasanya. Tu baru dengar cerita orang. Yang dah pernah rasa pulak? Lagi ngeri sebab dah tahu macam mana rasa sakitnya. Haha. Zaman sekarang ni dah canggih kan. Kalau dulu guna mak bidan dah tentulah kena bersalin normal. Sekarang ni kekadang ada tu awal-awal lagi dah request nak bersalin Caesarean. Adesss Pengalaman bersalin setiap orang berbeza bergantung pada siapa dan apa masalah yang dihadapi. Yang paling penting, mommies atau first time mommies kena persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan persiapan fizikal dan mental. Ini semua adalah proses fitrah dimana ibu yang mengandung perlu si...

Persediaan Menghadapi Kelahiran

Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google) Assalamualaikum semua. Entri kali ni untuk mommies yang bakal melahirkan baby. Mesti rasa dup dap dup dap kan. Apalah nasib kita agaknya. Setiap orang pengalaman bersalin dia berbeza. Tapi, tanda-tanda nak bersalin sama. So, hari ni Kak Dee nak share tanda-tanda yang mommies bakal melahirkan bayi yang dinanti tak lama lagi. TANDA-TANDA NAK BERSALIN i) Lendir bercampur darah Lendir bercampur darah disebabkan sumbatan yang tebal pada mulut rahim terlepas sehingga menyebabkan terkeluarnya lendir yang berwarna kemerah-merahan kerana bercampur dengan darah. Pengalaman bersalin kedua Kak Dee kena tanda bersalin yang ni. Masa tu Kak Dee konfius samada memang betul nak bersalin atau hanya tanda awal sahaja sebab : Pengeluaran lendir dan darah akan terjadi beberapa hari sebelum bersalin. Jadi, mommies kena tunggu sampai mendapat kontraksi yang teratur atau air ketuban pecah sebelum kita ke hospital. Masa tu...

Testing 1,2,3

Teks : Radhiah Abu Ya Allah, happynya. Rupanya kalau nak update blog guna PC boleh je kat opis ni sebab selama ni Kak Dee punyalah gigih update guna handphone. Mana taknya, kalau google then nak bukak page yang ade dot blogspot tak boleh bukak. So Kak Dee assume nak update blog pun tak boleh lah agaknya. Ni Kak Dee try bukak, boleh pulak. Ni yang terus post cerita ni. Hehe. So, Kak Dee dah tak boleh nak beralasan lagi dah. Boleh curi masa time rehat untuk update blog. See ya. With lot of luv, Kak Dee. Pengedar sah Shaklee Melaka.

Bila sepatutnya datang bulan selepas bersalin?

Teks : Radhiah Abu Ramai juga ibu-ibu yang baru lepas bersalin dok tertunggu-tunggu bila agaknya dia akan datang haid atau period semula lepas bersalin. Ada juga yang risau kot la dia mengandung lagi ke? Hehe. Rileks mommies. Kak Dee dulu pun risau juga sebab bila Kak Dee tanya pengalaman mak Kak Dee, dia period semula dalam jangkamasa yang sekejap lepas nifas berakhir. Tapi Kak Dee pulak, sampai 7 bulan baru period semula. Kawan Kak Dee pula sampai sekarang, dah 5 tahun tak period sejak lahirkan anak pertama. Lama,kan? Yang kawan Kak Dee ni kes lain. Dia mengandung, bersalin, menyusukan bayi sehingga 9 bulan then dapat tahu mengandung semula anak yang kedua. Then dia pregnant kali kedua, bersalin dan menyusukan. Dan, dia juga pakai implan untuk jarakkan kehamilan. Jadi, itu salah satu faktornya dia tak period selama 5 tahun. Dia kira jangkamasa tu since dia pregnant anak yang first. Bila pregnant kan tak period. Kalau yang period dan mengandung tu, kes-kes terpencil. So, bila ...

Tips untuk ibu berpantang

Teks : Radhiah Abu Sumber : Google Seronokkan bila lepas bersalin. Hilang semua kesakitan dan kepayahan yang kita rasa sepanjang waktu mengandung, sampailah melahirkan. Lagi lagi kalau first time mommy. Mesti rasa eksaited sampai rasa nak tatap je baby tu. Rasa nak peluk cium sentiasa anak syurga tu. Best sangat bau baby. 😍 Kak Dee yang tengah type ni pun tetiba rasa rindu kat anak-anak dara Kak Dee kat rumah tu. Balik kerja sat lagi memang kena gomol jela diorang tu dengan Kak Dee. Busuk busuk pun cium jugak. Nanti kalau dah besar, hilang dah masa emas ni. Ok, sambung balik. Hehe. Walaupun kita rasa teruja sangat. Kita kena juga ambil kesah kat diri kita, pemakanan kita, diet kita camana. Semua still kena jaga. Jangan buat tak endah je. So, tips untuk ibu baru lepas bersalin ni Kak Dee share dalam bentuk ayat yang lebih mudah mommies nak faham. 1. Biar lambat tapi mantap Ni majoriti mak mak ni paling risau bab berat badan kan. Risau naw kalau berat dia tak turun. Hehe. Jan...

Betul ke susu drop masa bulan puasa?

Teks : Radhiah Abu Perkara yang paling risau untuk first time mummy ialah bersalin dan menyusukan anak. Takut nak bersalin. Dok pikir ape naseb kita masa bersalin. Dan normally, rata rata nak bersalin normal,kan. Sape yang nak ade komplikasi masa bersalin. Betol tak? Semua nak segalanya berjalan dengan tenang dan lancar. Dan, pengalaman bersalin setiap anak berbeza beza. Bab menyusu pulak, mak mak ni paling risau kalau susu untuk anak tak cukup. Samalah macam Kak Dee. Masa bersalinkan Aufa dulu kita panik bila anak menangis je kuat kuat. Seriously. Dan, Kak Dee tak tahu bila masa sesuai nak pam susu untuk bekalan anak bila dah start kerja nanti. At last, baru masuk kerja 2-3 minggu, bekalan susu makin menyusut. Kak Dee pulak tak pam ikut jadual. Konon makan macam macam milk booster tapi tak jadi. Sebabnya? Kak Dee tak pam ikut jadual. Makanlah segala mak nenek milkbooster sekalipun, tapi kita tak pam dengan konsisten, macamana nak harap susu meningkat? Ingat, konsep de...