Pengenalan Diri

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/ carian Google (jika gambar dari Google)




Alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan ruang dan peluang untuk memperkenalkan diri saya diruangan ini. Terima kasih kepada Encik Abu bin Harun dan Puan Robiah binti Kentar kerana telah bersusah payah menjaga dengan penuh kasih sayang dan membesarkan Radhiah binti Abu yang telah dilahirkan pada 27 November 1988 yang lalu. Terima kasih Allah untuk kurniaan tidak terhingga ini.

Saya tidak pernah bersekolah tadika. Saya hanya diajar oleh Mak di rumah dan  kemudian hanya dimasukkan ke darjah satu di Sek. Keb. Peringgit apabila usia 7 tahun. Saya kesal? Tidak. Malah, saya rasa bangga kerana yang tidak sekolah tadika ini masih sama bijak pandai dengan rakan-rakan yang lain.

Masa awal-awal persekolahan minggu pertama, dua tiga kali juga saya lari dari sekolah kerana tidak biasa dengan suasana persekolahan. Almaklumlah, kita ni kehidupan dengan keluarga sahaja. Tiba-tiba suasana berubah dengan kehadiran orang lain seperti rakan-rakan dan guru-guru. Itu yang tak senang duduk dalam kelas asyik nak lari balik rumah. Rumah pula memang dekat sangat dengan sekolah. Kalau bunyi loceng memang dengar sebab padang sekolah sebelah rumah sahaja. Kononnya nak pergi tandas, tapi cepat-cepat lari ke pintu pagar sekolah dan berdesup lari ke rumah! Sampaikan cikgu menjerit suruh pengawas kejar. Kesian mereka tercungap-cungap buat larian 200m.

Selepas kejadian tersebut, cikgu syaratkan saya perlu berteman jika hendak keluar kelas. Kelakarlah pula rasanya sebab walaupun berteman, saya masih juga lari dari sekolah. Depan guru disiplin pula tu!

Saya hanya insaf bila kena 'bambu' dengan batang betik dari rumah ke sekolah oleh Mak sebab kantoi menyorok bawah katil. Sejak itu, saya adalah orang yang suka pergi ke sekolah. Sampaikan sudah tamat waktu persekolahan pun, masih duduk 'lepak' di sekolah. Kadang-kadang saya hanya balik untuk tukar baju, makan dan bergegas pergi ke sekolah semula untuk sesi sekolah agama.

Bila sudah habis UPSR, kawan-kawan dan diri saya sendiri sibuk memikirkan sekolah bagus mana yang kita nak pergi. Guru Besar sekolah agama saya menyarankan kepada Mak supaya memasukkan saya ke sekolah arab. Ketika itu nama sekolah tersebut Maahad Assaiyidah Khadijah Merlimau. Mak dan Abah menyambut baik saranan tersebut tetapi saya perlu tinggal di asrama. Sekali lagi! Tetapi episod kali ini saya tidak lari dari sekolah sebab rumah jauh. Macam mana nak lari?

Setiap hari, pantang ada peluang pasti saya akan telefon rumah. Walaupun jadual telefon telah diberikan,semua tu saya tidak peduli dan saya langgar. Mak dan Abah pula, setiap petang akan berulang alik untuk melawat saya di sekolah. Kakak-kakak senior berbulu je tengok. ('Jealous' lah tu! hehe). Tapi lama kelamaan Mak dan Abah semakin jarang melawat dan akhirnya jadual melawat mereka menjadi seminggu sekali sahaja. Itu maknanya anak mereka sudah boleh 'adapt' dengan suasana sekolah asrama. Terima kasih Mak dan Abah yang sangat banyak bersusah payah demi anakmu ini.

Seterusnya,tamat tingkatan lima saya menyambung pelajaran dengan mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Tapi tak habis pun. Semasa sedang sibuk ujian hafazan, saya mendapat panggilan untuk melanjutkan pelajaran di UiTM Segamat dalam jurusan Diploma Sains Kuantitatif. Alhamdulillah, cita-cita saya untuk menggembirakan Mak dan Abah melihat anaknya masuk ke universiti tercapai.

Pendidikan tertinggi saya ialah Sarjana Muda (Sains) Matematik Pengurusan. Tetapi, bidang pekerjaan terkini saya ialah sebagai Eksekutif Akaun di sebuah syarikat membuat komponen kapal terbang. Padahal, saya sangat alergi dengan akaun dari zaman belajar. Pernah saya demam teruk sampai muntah-muntah dan tak boleh bangun semasa final exam Basic Accounting semester satu diploma. Pengalaman tidak dapat dilupakan. Fobia yang amat dengan akaun. Tapi tulah, orang selalu cakap yang kita tak suka tu lah yang akan datang pada kita. Terbukti benar belaka.

Status terkini saya ialah Puan Radhiah. Saya telah bernikah dengan suami tercinta pada 13 Disember 2013. Terima kasih Encik Suami kerana menerima isterimu ini seadanya. Semasa pertama kali bersua muka untuk sesi taaruf, saya mengalami masalah kulit muka berjerawat dan berparut. Suami sabar dan redha menerima saya. Salah satu ikhtiar saya menangani masalah kulit wajah saya ialah mengamalkan Kolagen Shaklee. Alhamdulillah, walau tidak pulih sepenuhnya tetapi ada perubahan positif. Parut jerawat saya sedikit pudar menjelang hari bahagia. Jadi saya tidak perlu untuk mekap terlalu tebal demi menutup parut jerawat saya.

Setiap manfaat yang kita perolehi adalah lebih baik jika dapat dikongsikan bersama dengan orang lain. Apa yang membuatkan saya masih terus kekal menggunakan Shaklee sehingga kini adalah kerana produknya berasaskan semulajadi. Malah, Shaklee bukan sahaja mengeluarkan produk untuk makanan tambahan semata-mata tetapi ia juga mempunyai produk penjagaan diri dan produk kebersihan rumah. Shaklee menawarkan kecantikan dan juga kesihatan. Setiap orang mempunyai pilihan produk mereka tersendiri. Pilihlah apa sahaja yang anda suka asalkan ianya tidak memudaratkan dan pastikan ianya semulajadi.

Harapan saya, semoga blog yang terhasil ini akan memberi manfaat dan informasi kepada pengunjung. Semoga saya dapat mengutip lebih banyak lagi ilmu untuk bekalan saya di masa hadapan. Doakan saya lebih proaktif, terus sukses, dapat memberi manfaat kepada orang lain, dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukan dan menjadi usahawan yang berjaya dan sentiasa ingatkan Allah. Aamiin.

No comments:

Post a Comment