Pages

Part time job di Malaysia



part time job Melaka


Di zaman penuh mencabar ni, tidak akan menjadi satu kepelikan jika setiap orang dewasa di kalangan kita melakukan dua kerja dalam satu masa atau dalam erti kata lain, part time job. Malah, ada juga yang memilih untuk buat lebih dari itu!

Melakukan part time job ini boleh jadi ia kerana untuk mencari pendapatan sampingan, memenuhi keperluan kehidupan akibat tekanan, kerana terpaksa kurelakan jua dan juga mungkin juga ada yang melakukannya kerana untuk mengisi masa lapang. Mana satu pilihan anda?

Sebagai seorang yang telah lama melakukan part time job ini sejak hampir lapan tahun, Kak Dee memang amat galakkan anda untuk mempunyai part time job juga. Ia sebenarnya amat membantu! Serius Kak Dee cakap. Apatah lagi kalau part time job itu boleh memberikan pendapatan yang lebih dari pendapatan utama anda. Lagilah syok kan?

Mungkin apabila suatu hari nanti apabila anda rasa pekerjaan utama anda tidak lagi menggembirakan anda dan menjadikan hari-hari anda kelam dan suram, ketika itu anda sudah boleh membuat keputusan untuk angkat kaki tanpa memikirkan tentang kewangan. Ya, boleh jadi kan?

Jadi, di sini Kak Dee nak share dengan anda yang dah lama sangat teringin nak mempunyai part time job yang best, masa yang fleksibel, yang memberi pendapatan lumayan, dalam pada masa yang sama boleh healingkan anda. Ha, macam best je kan.

Ya, memang BEST!

Kak Dee memilih part time job dengan “Home and Mobile Spa”. Kak Dee memilih untuk menjadi Beautician sebab dahulu Kak Dee pernah mengalami masalah kulit wajah yang sangat teruk sehingga malu nak angkat muka!

So, bila Kak Dee dah pulih dari masalah tersebut, Kak Dee nak bantu orang lain untuk menjadi cantik, ceria, bersemangat dan berkeyakinan semula. Sebab tu Kak Dee memilih part time job Home and Mobile Spa ini yang diberi nama projeknya "Beauty On The Go (BOTG)" 

Selain itu, projek BOTG ini memberikan masa yang fleksibel kepada Kak Dee melakukan servis mengikut masa pelanggan dan juga masa Kak Dee sendiri. So, Kak Dee boleh sesuaikan masa untuk pelanggan dan Kak Dee sendiri sehingga mencapai kata sepakat. Memandangkan Kak Dee bekerja, servis ini Kak Dee hanya lakukan di hujung minggu. Atau, jika rumah pelanggan berdekatan dengan rumah Kak Dee, Kak Dee akan lakukan pada waktu malam selepas waktu bekerja.

Part time job ini langsung tidak mengganggu masa kerja Kak Dee malah apa yang membuatkan Kak Dee gembira ialah Kak Dee dapat berjumpa dengan orang lain, dapat mengeratkan silaturrahim dan berkenal-kenalan. Almaklumlah, kita bekerja seharian. Pergi kerja awal pagi dan balik kerja lewat petang. Kadang-kadang malam baru sampai rumah kalau terpaksa kerja lebih masa. Bila masa agaknya nak berjumpa dan berukhuwah dengan orang lain selain rakan di ofis?. Disamping itu,part time job ini boleh buat Kak Dee ‘healing’ juga bak kata budak zaman sekarang.

Baru-baru ni Kak Dee buat facial kepada 3 orang pengantin dan seorang mak pengantin. Satu servis pada 2 May untuk seorang bakal pengantin. Itu selesai dengan jayanya. Alhamdulillah.


part time job Melaka

Yang seronoknya Kak Dee nak share dengan anda ialah servis yang dilakukan pada 5 May. Asalnya Kak Dee hanya lakukan servis facial ini kepada ibu pengantin sahaja. Tiba-tiba, bakal pengantin teringin juga selepas tengok Kak Dee facialkan ibunya. Selepas itu berjangkit pula kepada kawan bakal pengantin (bakal pengantin juga di hari yang sama) yang kebetulan ada di situ. Haaaa seronok kan, bila kita ada skill dengan BOTG ini, boleh beranak pinakkan pendapatan sampingan anda.

Jika anda sedang mencari part time job dengan Home and Mobile Spa, inilah peluangnya. Anda boleh terus contact Kak Dee. Jangan risau jika anda rasa jari jemari anda keras kejung tak reti nak urut muka orang kerana team kami akan bantu anda untuk pelajari dan tingkatkan skill anda sehingga anda mahir dan mampu jana pendapatan sampingan dengan part time job ini.

Malah, apa yang lebih best lagi ialah Home and Mobile Spa under BOTG project ini sebenarnya boleh juga jadi pendapatan utama anda dan bukan lagi part time job jika anda inginkannya kerana permintaan untuk servis home and mobile spa ini sangat tinggi!

So, apa tunggu lagi? Jom bersama kami team BOTG memulakan bisnes dan menjana pendapatan. Contact number ada di bawah :



Radhiah Abu (SID : 949172)
Your trusted & certified beautician BOTG

www.wasap.my/60123473350/BOTG


Jemput juga baca entry sahabat saya Ana Awang mengenai Part Time Job di Malaysia.

#kursusspa #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline

 

 

8 comments:

  1. Sekarang ramai wanita bekerjaya yang takde masa nak g spa, demand servis spa kat rumah sendiri tu sangat tinggi. So sape yang buat part time job mobile spa ni memang masyukkkk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Yang penting masa yang fleksibel dan income masyyyuukkkk

      Delete
  2. Bisnes BOTG Mobile Spa memang awesome. Cash hari-hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kan. Dah boleh jadi full time job bagi siapa yang mahu

      Delete
  3. syok bila boleh buat instant cash :)

    ReplyDelete
  4. Seronoknya buat extra income dgn part time job.. Mobile spa ni sangat ok untuk kaum wanita..

    ReplyDelete