Tentang Shaklee

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/ carian Google (jika gambar dari Google)



Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda sedikit sebanyak tentang Shaklee.

Mungkin ada yang bertanya; kenapa Shaklee? Kenapa anda memilih Shaklee? Ada apa dengan Shaklee?

Ini adalah kerana Shaklee merupakan syarikat tambahan makanan semulajadi No.1 yang ditubuhkan demi menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa.

Apa perbezaan Shaklee dengan syarikat makanan tambahan yang lain?

Tatkala orang ramai mengamalkan penggunaan plastik dan bahan-bahan sintetik, Shaklee kembali kepada semulajadi. Shaklee menjalankan kajian dan mencari bahan-bahan semulajadi tulen untuk menghasilkan vitamin. Malah, Shaklee telah mencipta ‘vitalized minerals’ (atau kini dikenali sebagai Vitalea) iaitu multivitamin pertama di dunia pada tahun 1915. Shaklee juga antara yang terawal mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi di dunia.

Sudah pasti anda begitu teruja dengan ciptaan dan hasil dari Dr. Forrest C.Shaklee ini yang kemudiannya menubuhkan Shaklee Corporation pada tahun 1956.

Kerana prinsip Dr. Forrest C.Shaklee yang sangat cintakan kepada semulajadi inilah yang menyebabkan saya terus setia dan yakin untuk menggunakan barangan Shaklee.

Jika anda memilih Shaklee, tiga perkara yang anda perlu tahu ialah :
Shaklee sentiasa selamat. Shaklee sentiasa berkesan. Shaklee sentiasa mesra alam.

Percayalah, tiga perkara ini telah terbukti selama lebih 50 tahun lamanya.

Shaklee menjamin keselamatan tanpa syarat kerana Shaklee tidak menjalankan ujian kualiti pada kali pertama sahaja terhadap sesuatu produk yang dikeluarkan tetapi lebih 83,000 ujian kualiti setiap tahun dan lebih 350 ujian dijalankan ke atas bahan-bahan botani yang baru. Ini menunjukkan Shaklee sangat menjaga kualiti produknya dan sentiasa memastikan vitamin atau barangan yang dikeluarkannya dijamin ketulenan dan keselamatannya. Shaklee tidak meggunakan haiwan sebagai bahan ujian. Malah, pembungkusannya juga selamat dan bebas BPA.

Shaklee tidak hanya mendakwa produknya semata-mata tetapi mempunyai bukti keberkesanannya. Lebih 300 juta USD telah dilaburkan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan. Kajian 2007 Landmark yang dijalankan dengan kerjasama penyelidik dari Sekolah UC Berkeley Kesihatan Awam menunjukkan bahawa orang yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai kesihatan yang ketara berbanding orang yang mengambil multivitamin dari jenama lain. Kalau tidak berkesan, masakan atlet kelas dunia yang mengamalkan Shaklee demi memastikan kesihatan tubuh badan mereka sehingga akhirnya telah menyumbangkan sebanyak 54 pingat emas?

Yang menariknya, apa yang menjadikan Shaklee sebagai sentiasa mesra alam ialah bukan hanya sekadar pada produk yang dikeluarkan semata-mata malah pada rekabentuk bangunannya juga. Ibu pejabat Shaklee di Pleasanton, California bukan sekadar pusat operasi, malah ia adalah simbolik kepada falsafah yang didokong oleh Shaklee iaitu “Kehidupan yang Harmoni bersama Alam Semulajadi”. Ini telah menjadikan Shaklee sebagai syarikat pertama di dunia menerima pensijilan Iklim NeutralTM dan diperakui sepenuhnya mengimbangi pelepasan sifar karbon yang  menghasilkan kesan bersih terhadap alam sekitar.

Jadi, mengapa saya tidak terus setia dengan Shaklee jika ia memberi pulangan kesihatan yang baik kepada saya? Malah, kepada anda juga. Apa yang perlu anda tahu, wang yang dilaburkan untuk mendapatkan produk Shaklee ini sangat berbaloi-baloi untuk anda  Apa kata kita mulakan penjagaan kesihatan kita dengan produk yang sihat dan bersih mulai saat ini?


Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jika kita tidak mulakan dari saat hari ini, bila lagi?

No comments:

Post a Comment