Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/ Google (jika gambar dari carian Google)
28 October 2016
Suami beri semangat.
Dia bersungguh menghadiahkan saya sebuah telefon bimbit baru. Padahal telefon lama saya masih lagi boleh berfungsi dengan baik. Cuma tiada memory card sahaja menyebabkan kadang-kadang telefon 'hang' dan bila cakap dalam telefon suara tidak berapa jelas..
Saya bersungguh menolak dan hanya meminta dia betulkan sahaja slot memory card handphone lama ni. Saya taknak susahkan dia. Tapi, katanya dia memang sudah lama memasang niat untuk membelikan saya handphone baru.
Terharu rasanya. Saya tak mampu nak ungkapkan dengan kata-kata atas semangat dan kesungguhannya menggembirakan hati isteri. Saya faham bagaimana gembiranya hati dia dapat menggembirakan saya sepertimana saya gembira apabila dapat menggembirakannya.
Saya tanya suami, adakah ini sempena hadiah hari lahir saya yang bakal menjelang tidak lama lagi? Hadiah 'in advance' ke? Jawapannya, "taklah, ini memang hadiah dari abang untuk ayang, untuk kemudahan ayang. Tiada istilah hadiah hari lahir." Hari lahir takde hadiah katanya. Kadang-kadang kita tidak memerlukan sebab pun untuk menghadiahkan sesuatu untuk yang tersayang.
Begitu juga dengan kesihatan. Kita tak perlukan sebab untuk dapatkan kesihatan yang baik. Jagalah nikmat yang Allah beri sebaik-baiknya. Mencegah lebih baik dari mengubati. Masih belum terlambat untuk mulakan sekarang.
Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi dan juga pandangan tentang vitamin mana yang patut anda mulakan sekarang.
With love,
SID 949172
Sebarang pertanyaan lanjut dan konsultasi hubungi 012-3473350
No comments:
Post a Comment