5 Makanan Yang Musnahkah Kolagen Kulit Anda & Cepatkan Penuaan!

 Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wmt. wbt.

Semoga hari ini para pembaca Kak Dee nampak muda 10 tahun dari sebelumnya. Aamiin.

Geram juga kan bila kita dengar orang panggil kita ‘kak’, ‘kakak’, apatah lagi ‘acik’. What?? Krik krik krik. Padahal kita dengan dia nampak sikit lebih kurang je. Nampak sama baya je. Ataupun, boleh jadi dia lebih tua dari kita!. Eh eh eh. Panas pula hati kita ni. Tua sangat ke aku ni?

Korang pernah alami situasi macam ni?

Kalau pernah, teruskan pembacaan.

Tapi kalau korang rasa macam ok je dan tak kisah, boleh lah tutup page ni.

Ha, korang yang rasa macam ghairah nak teruskan pembacaan ni, apa kata korang cek dulu pemakanan korang. Manalah tahu kot-kot korang ada makan makanan yang memusnahkan kolagen dalam badan korang.

Jom la semak bersama-sama  :

1. GULA PUTIH

Ia bukanlah berita yang seronok untuk korang yang penggemar makanan dan minuman yang manis. Tapi, itulah kenyataan yang harus dihadapi.

Gula ialah musuh nombor satu kerana ia boleh menyebabkan kulit kurang elastin dan musnahkan kolagen. Kolagen dan elastin ni bertanggungjawab untuk memastikan kulit kita lembut, licin, anjal dan gebu.

Kalau korang suka makan dan minum minuman yang manis, pencuci mulut, kek dan apa sahaja makanan dan minuman viral kat luar sana, korang dinasihatkan untuk tukarkan ia kepada sumber gula semulajadi seperti buah-buahan segar atau dark chocolate (lebih 70%) kerana dark chocolate boleh mengurangkan korang mengidam manis.

2. KARBO RINGKAS

Makanan yang telah diproses seperti nasi putih, roti, pasta, air kotak, air tin, aiskrim, segala jenis biskut, kek, bijirin sarapan pagi, coklat serta gula-gula akan bertukar menjadi glukosa dan ia adalah gula. Badan tidak perlu cerna dan hadam molekul tu dan ia terus serap ke dalam darah. Ini akan menyebabkan gula dalam darah meningkat dan sekaligus menyerang kolagen pada kulit kita.

Apa sahaja yang memusnahkan kolagen akan menyebabkan kulit menjadi kurang anjal, garis halus cepat muncul dan cepat berkedut!

3. PRODUK TENUSU

Produk tenusu seperti susu lembu mengandungi “artificial growth hormones” yang mana bila kita minum akan mempengaruhi kadar hormon dan insulin. Ini boleh menyebabkan kerengsaan kulit & menghasilkan sebum berlebihan. Jika korang penggemar susu pastikan korang tidak mengambil dengan berlebihan.

4. KAFIEN

Anda penggemar kopi dan mesti nak kena ambil kafein setiap pagi? Mesti terkejut dengan point ni kan. Minuman berkafein menyebabkan diuretic yang mana menyebabkan badan dehidrasi. Kulit yang kurang air akan mudah kurang anjal dan berkedut lebih cepat!

Namun usah terlalu bimbang kerana ada juga kajian mengatakan biji kopi juga mengandungi polifenol yang menyebabkan awet muda. Fuh, lega sikit, kan?

Untuk dapatkan manfaat polifenol dari biji kopi dan mengelak dehidrasi, minum air kosong yang banyak selepas minum kopi dan elakkan kopi anda ditambah gula, susu pekat atau krimer! Pastikan anda minum kopi asli ya!

5. MAKANAN TERPROSES

Elakkan makanan yang terproses jika anda ingin dapatkan kulit yang cantik. Makanan terproses jarang mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh kulit tetapi selalunya terlebih gula, garam, perasa, perisa tiruan dan kandungan yang kadang-kadang kita sendiri nak sebut pun payah.

Kandungan bahan-bahan ini akan menaikkan gula dalam darah, menyebabkan penghasilan sebum berlebihan, menyebabkan pori-pori tersumbat, musnahkan kolagen juga menyebabkan penuaan berlaku lebih cepat dari usia!

Garam yang berlebihan juga menyebahkan dehidrasi yang menjadikan kulit makin cepat berkedut!

So, macamana?

Bila kita lihat senarai di atas, agaknya mampu atau tidak kita nak elakkan semua benda ni? Jika tak mampu, sekurang-kurangnya elakkanlah 1-2 perkara. Contohnya gula putih dan makanan terproses. Kalau anda perhatikan pun, sebenarnya senarai di atas sangat berkait rapat dengan gula, kan?

Selain itu, amalkan juga supplemen kolagen untuk menjaga kulit kita agar sentiasa anjal dan elakkan penuaan sebelum waktunya. Nak tahu kolagen terbaik dan tips bagaimana memilih kolagen yang baik? Teruskan pembacaan di entry seterusnya ya J


No comments:

Post a Comment