Pengalaman mobile spa dengan Youth Skincare

Bismillahirrahmanirrahim.

Haiii. Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Kak Dee doakan anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan hari ini lebih baik dari semalam.

Hari ini hari Ahad. Hari yang jadualnya sangat padat dan sangat penat. Mana taknya, inilah hari yang kita ni para ibu sibuk bertungkus lumus siapkan keperluan anak-anak yang bersekolah dan tak lupa juga keperluan diri kita sendiri dan suami.

Kebetulan pula minggu ini Aufa ada ujian penilaian untuk sekolah agama. Jam 6.30 petang jugalah kami siap ulangkaji bersama-sama. Bila kita hadap dan bantu anak-anak mengulangkaji ini, sebenarnya dalam tak sedar anak itu gembira sangat. Selesai je ulangkaji tadi, banyak kali dia cakap yang dia sangat gembira sebab dapat ulangkaji bersama Kak Dee.

Bila anak gembira, mak pun gembiralah sama kan. Hormon Dopamin iaitu hormone gembira pun dirembeskan. Jadi pesanan Kak Dee untuk para ibu, silalah rembeskan hormone dopamin banyak-banyak supaya nampak awet muda selalu. Tapi, Kak Dee ada benda lain nak share dengan anda kalau nak nampak muda dari usia. Agak-agaknya apa dia?

Of courselah yang pertamanya kita kena jaga kesihatan dalaman dan luaran. Kalau kesihatan dalaman tu, ambillah nutrisi mengikut keperluan badan kita. Lepastu kita kena bersenam. Lepastu kena jaga luaran juga. Jangan dilupa! Untuk penjagaan luaran ni, Kak Dee sendiri menggunakan set skincare Youth Shaklee.

Nama set skincare ni pun dah YOUTH yang membawa maksud belia atau anak muda. Macam best je kan. Sebenarnya kalau anda nak tahu, set skincare Youth ini jugalah yang kita gunakan dalam servis spa BOTG ni. Ni Kak Dee share feedback atau testimoni dari mereka yang menggunakan khidmat servis spa BOTG dengan YOUTH skincare :





Amacam, best kan? Sekali pakai je dah berseri, bersinar, lembap kulit wajah diorang. Apatah lagi kalau guna hari-hari bagi menyelesaikan masalah mereka kan?

Ni Kak Dee nak share feedback mereka yang konsisten menggunakan set skincare Youth ini pula :










Seronok sangat bila tengok orang berjaya mencantikkan muka ni. Sebabnya Kak Dee ada pengalaman buruk dengan masalah kulit wajah suatu masa dahulu. Sebab tu bila dah serik, Kak Dee kembali kepada alami. Kak Dee memilih yang lebih selamat dan yang penting, berkesan! Dan, Kak Dee rasa bertanggungjawab untuk kongsi dengan anda semua tentang kebaikan set skincare Youth ni.

Ini adalah set skincare lengkap Youth :



Antara sebab mengapa Kak Dee memilih untuk setia dengan set skincare Youth ialah :

1. Tidak mengandungi bahan berbahaya yang biasanya ditemui di dalam produk penjagaan kulit seperti paraben, phthalates, terbitan PEG serta pewarna dan pewangi tiruan.

2. Ia mempunyai keputusan klinikal tanpa kompromi. Jadi, semua produk penjagaan kulit Youth direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia yang mungkin dipersoalkan seperti kebanyakan produk yang lain.

3. Senarai bahan yang TIDAK digunakan dalam skincare Youth adalah lebih panjang daripada senarai yang diharamkan di banyak negara.

4. Produk skincare Youth 100% vegan

5. Bebas gluten

6. Sesuai untuk kulit sensitif

7. Hypoallergenik

8. Tidak menyumbatkan liang pori

9. Diuji oleh ahli dermatologi dan ahli oftalomologi

Dengan semua sebab yang Kak Dee nyatakan di atas, Kak Dee takde sebab untuk tukar skincare lain lagi dah. InshaaAllah, Kak Dee akan terus setiap dengan Youth. 

Jemput baca juga pengalaman Youth rakan Kak Dee di sini

Jika anda ingin mulakan perniagaan anda dengan BOTG atau teringin nak mencuba set skincare, boleh contact Kak Dee ya 😊. Semoga ketemu lagi! 


No comments:

Post a Comment