Pengenalan Bisnes dan khidmat yang ditawarkan

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.
Setelah sekian lama menulis, mungkin ada sesetengah sahabat pembaca yang tak tahu apa yang Kak Dee sedang perjuangkan untuk masyarakat dan orang ramai. Kak Dee, sukakan kecantikan dan of course sentiasa nak sihat. Sesekali diuji dengan masalah kesihatan itu adalah untuk mengajar kita menghargai nikmat sihat yang mahal harganya.

Kalau kata supplement dan makanan untuk kesihatan, mak Kak Dee memang sentiasa bekalkan untuk Kak Dee dari zaman sekolah lagi macam Madu, Habbatussauda, Air Za'faran, Kopi kesihatan untuk sentiasa cergas dan sebagainya. So Kak Dee memang dari awal terdedah dengan supplement ni. Selain dari tu, Kak Dee juga amalkan Homeopathy untuk kesihatan.

Semasa Kak Dee praktikal, Kak Dee mengalami masalah kulit wajah yang sangat teruk sampai nak angkat muka pun malu. Macam-macam produk yang Kak Dee cuba untuk hilangkan masalah yang Kak Dee hadapi tapi hampa. Beribu-ribu ringgit Kak Dee habiskan kalau digabungkan semua perbelanjaannya. Sampailah Kak Dee jumpa Shaklee.

Dengan Shaklee, Kak Dee rasa selesa walau effect dia lambat sikit sebab Kak Dee perlu melalui fasa healing crisis. Kak Dee selalu study pasal Shaklee ni dan lama kelamaan Kak Dee rasa sayang pula nak tukar ke produk yang lain sebab Shaklee mempunyai ujian klinikal dan telah mengeluarkan beribu-ribu kajian. Shaklee bukanlah sebarangan produk yang hanya mengambil masa yang singkat dah terus keluarkan sesuatu produk. Ia mengambil masa yang lama untuk memastikan sesuatu produk itu betul-betul berkualiti dan semulajadi setelah melalui beribu-ribu fasa kajian.

Salah satunya ialah Nutriferon yang hanya dikeluarkan setelah kajian selama 40 tahun dilakukan! Ini menyebabkan Kak Dee jadi begitu yakin untuk berkongsi kebaikan yang Kak Dee rasakan dan lalui dengan orang ramai. Kajian mendapati orang yang mengambil Shaklee secara konsisten tidak akan mengalami masalah sampingan seperti sakit buah pinggang, sakit jantung, kencing manis dan berbagai sakit kronik yang lain. Malah, apa yang mereka dapat ialah, kesihatan mereka semakin baik dari sehari ke sehari. Ini adalah kerana Shaklee mengutamakan kesemulajadian tanpa mengubah genetik sesuatu tumbuhan untuk menghasilkan vitamin dan mineral buat kita. Malah, Omega Guard yang dihasilkan dari minyak ikan juga dipastikan bebas bahan kimia berbahaya seperti plumbum dan sebagainya dan pati minyak ikan inijuga bukan pati sebarangan. Ia dihasilkan dari ikan laut dalam yang berdaya tahan sejuk dan tahan lasak.

Selaras dengan falsafah pengasas Shaklee iaitu Dr. Forrest C Shaklee, ia mengutamakan kesemulajadian. Jadi, semua produk yang dikeluarkan ditekankan dengan motto "Always Safe, Always Work, Always Green". Kak Dee sangat suka nak bantu semua orang lain yang tak tahu lagi tentang Shaklee ni untuk buka mata dan minda yang kita tak boleh harapkan makanan seharian kita semata-mata untuk sihat. Pasti ke yang sayur-sayuran dan buah-buahan yang kita ambil tu cukup nutrisi dan kandungan vitamin, mineral dan zat besinya?

Suka untuk Kak Dee bantu orang lain jadi sihat dan cergas serta bebas penyakit merbahaya akibat pencemaran dan radikal bebas yang berleluasa sekarang ni. Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Bila sihat, kita pun gembira. Sesekali diuji dengan masalah kesihatan itu normallah, kan? Nanti kita terlupa pula rasa nak bersyukur dengan nikmat kesihatan. Betul?

Kak Dee juga sedia bantu orang ramai yang ingin menambah pendapatan dengan cara berbisnes dengan Shaklee. Apa yang seronoknya, siapa sahaja yang menjadi ahli di bawah Kak Dee akan dimasukkan ke dalam group khas yang memberi pelbagai tips, berkongsi pelbagai info dan bertukar-tukar pendapat. Selain berbisnes, kita juga akan mengembangkan ukhuwah dan memantapkan amalan rohani. Bergerak secara berjemaah itu lebih baik dari berseorangan.

Shaklee tak terlepas dari menawarkan pelbagai bonus yang menarik atau lebih dikenali sebagai 3C iaitu Cash, Car Bonus, dan Convention. Yang ni akan diceritakan secara lanjut di dalam group bagi mereka yang join ahli di bawah Kak Dee.

Ada yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang kecantikan dan kesihatan dengan Shaklee atau nak tahu lebih dalam lagi tentang berbisnes dengan Shaklee, boleh contact Kak Dee. Kak Dee sedia bantu. Jom kita sama-sama meroket dan membina empayar bersama.

Kak Dee 012-3473350
FB : Radhiah Abu

Klinik Pakar Kanak-Kanak HPSF Muar Johor

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google)

Hari ke-11. Menuju ke Klinik Pakar Kanak-Kanak di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar Johor untuk check jantung baby yang disuspek ada Murmur (istilah medic). Katanya ada bunyi. Ada saluran di jantung baby yang sepatutnya tertutup selepas dilahirkan, tapi Husna punya jantung berbunyi so bermakna saluran tersebut masih terbuka.

Husna anak yang istimewa dan solehah. Kami diuji dengan masalah kuning yang agak lama dan juga ini kes jantung pula. Semoga tiada yang serius sebab tadi lepas X-Ray doktor cakap nampak macam takde masalah. Esok kena berulang semula ke sini untuk check jantung semula dan follow up. Semoga Husna sihat walafiat dan tiada masalah apa-apa. Aamiin. Allah sahaja tempat kami bergantung harap.

Mengikut kata sister yang Kak Dee tanya tempoh hari semasa dalam wad, katanya insyaAllah takde pape. Doktor just nak follow up dan pastikan saluran tersebut tertutup. Tiada yang serius. InsyaAllah. Kak Dee harapkan perkara yang sama juga. Aamiin.

Kak Dee amalkan ESP, Omega Guard, Ostematrix, Vitalea, B Complex dan Vitamin C untuk bekalkan vitamin kepada baby dan untuk pastikan Kak Dee juga dapat nutrisi yang lengkap. Kak Dee kena sihat cepat untuk pastikan baby juga sihat sama. Apa yang Kak Dee makan, baby pun dapat manfaat sama. Betul?

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan produk dan konsultasi percuma khas untuk pelanggan Kak Dee, contact 012-3473350

Cara kejut bayi kuning

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google)



Again, hari ke-10, Kak Dee di sini. Nak check kuning baby
Husna. Kuning Husna turun naik dan paling tinggi 17.4 hari ke-6. Terkejut sangat masa tu sebab terlalu mendadak naiknya. Terus bawa ke Klinik Amal & Surgeri Bukit Katil. Ingatkan nak check semula sebab rasa macam tak percaya naik mendadak sekali dari 12.2 ke 17.4. Tapi doktor taknak check pula. Dia just suruh sewa lampu Fototerapi tu je. Nurse tu beritahu, tak boleh ambil darah sampai 2 kali dalam hari yang sama.

Harini, bacaan kuning Husna 12.4. Hmm..masih sama macam sebelumnya sebab last check haritu dah turun 12.0. Apa yang Kak Dee perasan, kuning Husna naik mendadak bila masuk waktu tengahari. Malam tadi nampak dah kurang dah. So Kak Dee pun Google cara kejutkan bayi kuning. Husna susah sangat nak dikejutkan. Macam-macam cara dah buat, tapi Husna masih tetap tegar tidur. Dah suapkan susu masuk dalam mulut dia pun masih buat tak tahu dan lebih pentingkan tidurnya. Baby kalau bacaan kuningnya tinggi memang kuat tidur. Naik risau hati Kak Dee.

Cara paling mujarab nak kasi turun bacaan kuning tu dengan kerapkan baby menyusu dengan susu ibu. Kak Dee punya susu banyak je sampai bengkak susu tapi masalah terbesar Kak Dee ialah Husna taknak  bangun. Kalau dah tidur je, macamana nak bagi susu dengan kerap, ye tak?

Alhamdulillah, Kak Dee dapat petua dah dari hasil carian Google. Katanya, jentik ibu jari kaki baby. Kak Dee terus buat. Eh, jadilah! Terus terbuka biji mata dia. Harap-harapnya cara ni boleh berkesan lagi lepas ni. Dan, pesannya lagi jangan bagi baby tidur antara 8pagi sampai 11pagi. Pastikan dia aktif waktu ni supaya dia tak berjaga malam. Betul, Husna memang suka berjaga malam dan siang dia akan tidur setidur-tidurnya. Mungkin sebab tu kuningnya tak surut memandangkan dia kurang menyusu waktu siang akibat susah nak dikejutkan. Haaaiissshhh..kenapalah Kak Dee tak Google dari awal,kan? Hmmmpphh..

Doakan bacaan kuning baby Husna makin menurun dan Husna serta Kak Dee cepat sihat walafiat ye.

Ok, semoga bermanfaat. Nak dapatkan set berpantang dan menyusu terbaik dari Shaklee? Contact Kak Dee untuk konsultasi istimewa khas untuk pelanggan Kak Dee 012-3473350