Testimoni buat duit dengan mobile spa

 Testimoni buat duit dengan mobile spa

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernahkah anda terfikir yang anda tidak lagi perlu mengharapkan hujung bulan untuk dapatkan duit? Selalunya bila nak sampai hujung bulan tu, akan terasa sesak dan ternanti-nanti duit gaji masuk akaun. Kenapa tidak anda gunakan teknik dan kemahiran home and mobile spa untuk mendapatkan pendapatan lebih?

Tak mustahil pun. Dah ramai yang dapat pulangan pendapatan sehingga 4 angka sebulan dengan mobile spa ni. Tidak kira secara sepenuh masa atau secara sambilan. Paling tidak pun, dengan pendapatan yang diperolehi dari mobile spa ni boleh juga digunakan untuk membeli apa yang kita idamkan tanpa usik duit gaji.

Bagaimanakah untuk mendapatkan ilmu servis home and mobile spa ini? Jom turut serta menghasilkan pendapatan dengan gelombang projek Beauty On The Go (BOTG) ini. Anda tidak tahu cara mengurut wajah? Anda rasa anda tiada kemahiran? Jangan bimbang. Ianya tidak susah seperti yang anda sangka. Anda boleh lihat sendiri testimoni dan pandangan dari 10 orang wanita-wanita hebat ini yang telah menyertai kursus mobile spa Beauty-On-The-Go ini :




 

1.     Puan Sharifah, Ex Lawyer

Beliau berhenti kerja sebagai peguam demi menjaga ibunya. Terkini, beliau telah mempunyai lebih dari 9 franchise mobile spa di seluruh Malaysia

 


2.     Dr Athirah, PhD holder

Beliau seorang PhD holder dengan background kajian kimia. Dah tentulah sangat teliti dalam pemilihan produk yang digunakan. Tapi dengan projek BOTG, she say YES! kerana produk yang digunakan telah melalui penyelidikan yang sangat rapi.

 


3.     Marziyana Awang, Guru

Siapa kata guru hanya tahu memegang pen dan kertas sahaja? Beliau menyesal tidak menyertai BOTG lebih awal.



4.     Maimunah, Akauntan

DaDalam masa 10 hari sahaja beliau membuka Home Mobile Spa, pendapatannya hampir mencecah 4 angka!




5.     Hazirah, Engineer

Walaupun buat secara separuh masa dan masih bekerja sebagai engineer, permintaan mobile spa beliau masih mendapat sambutan hangat.

 


6.     Nur Azuha, Owner kedai runcit

Beliau nampak peluang yang cerah dengan bisnes mobile spa ini. Yang penting, boleh dilakukan secara separuh masa selepas kedai ditutup.

 


7.     Shahrina, Jururawat

Bagi beliau, pakej kursus ini rendah berbanding kursus spa diluar sana dan boleh terus dapat pelanggan seusai kursus.

 


8.     Zafirah, Surirumah anak 3

Bagi beliau, mobile spa BOTG ini modalnya rendah dan fleksibel. Kemahiran yang diperolehi berbaloi untuk jangka masa panjang.

 


9.     Izzati, Doktor

Walaupun beliau seprang doktor dan sibuk dengan kerjayanya, beliau masih dapat income mencecah 4 angka hanya dengan mobile spa BOTG.



10.   Yusmiza, Guru

Walaupun ketika beliau menyertai bisnes buat duit dengan mobile spa BOTG ini beliau tengah sarat mengandung, tapi bisnes tetap boleh dijalankan sebab bisnes ini fleksibel.

 

 


Melalui testimoni yang telah dikongsikan, dapatlah disimpulkan bahawa bisnes buat duit dengan mobile spa BOTG ini tidaklah susah seperti yang anda fikirkan. Jangan risau. Semuanya telah diberi step-by-step dari zero untuk anda. Kiranya kan, kalau anda baru pertama kali belajar pun, tak jadi masalah. Anda tetap boleh jana pendapatan dengan mudah.

 

Jemput tengok video testimoni ini juga :

 


Jemput baca penulisan sahabat saya di sini

Jom sertai team BOTG kami hari ini. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di sini :

 

 Radhiah binti Abu (SID 949172)

012-3473350

 

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline

Pengalaman mobile spa dengan Youth Skincare

Bismillahirrahmanirrahim.

Haiii. Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Kak Dee doakan anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan hari ini lebih baik dari semalam.

Hari ini hari Ahad. Hari yang jadualnya sangat padat dan sangat penat. Mana taknya, inilah hari yang kita ni para ibu sibuk bertungkus lumus siapkan keperluan anak-anak yang bersekolah dan tak lupa juga keperluan diri kita sendiri dan suami.

Kebetulan pula minggu ini Aufa ada ujian penilaian untuk sekolah agama. Jam 6.30 petang jugalah kami siap ulangkaji bersama-sama. Bila kita hadap dan bantu anak-anak mengulangkaji ini, sebenarnya dalam tak sedar anak itu gembira sangat. Selesai je ulangkaji tadi, banyak kali dia cakap yang dia sangat gembira sebab dapat ulangkaji bersama Kak Dee.

Bila anak gembira, mak pun gembiralah sama kan. Hormon Dopamin iaitu hormone gembira pun dirembeskan. Jadi pesanan Kak Dee untuk para ibu, silalah rembeskan hormone dopamin banyak-banyak supaya nampak awet muda selalu. Tapi, Kak Dee ada benda lain nak share dengan anda kalau nak nampak muda dari usia. Agak-agaknya apa dia?

Of courselah yang pertamanya kita kena jaga kesihatan dalaman dan luaran. Kalau kesihatan dalaman tu, ambillah nutrisi mengikut keperluan badan kita. Lepastu kita kena bersenam. Lepastu kena jaga luaran juga. Jangan dilupa! Untuk penjagaan luaran ni, Kak Dee sendiri menggunakan set skincare Youth Shaklee.

Nama set skincare ni pun dah YOUTH yang membawa maksud belia atau anak muda. Macam best je kan. Sebenarnya kalau anda nak tahu, set skincare Youth ini jugalah yang kita gunakan dalam servis spa BOTG ni. Ni Kak Dee share feedback atau testimoni dari mereka yang menggunakan khidmat servis spa BOTG dengan YOUTH skincare :





Amacam, best kan? Sekali pakai je dah berseri, bersinar, lembap kulit wajah diorang. Apatah lagi kalau guna hari-hari bagi menyelesaikan masalah mereka kan?

Ni Kak Dee nak share feedback mereka yang konsisten menggunakan set skincare Youth ini pula :










Seronok sangat bila tengok orang berjaya mencantikkan muka ni. Sebabnya Kak Dee ada pengalaman buruk dengan masalah kulit wajah suatu masa dahulu. Sebab tu bila dah serik, Kak Dee kembali kepada alami. Kak Dee memilih yang lebih selamat dan yang penting, berkesan! Dan, Kak Dee rasa bertanggungjawab untuk kongsi dengan anda semua tentang kebaikan set skincare Youth ni.

Ini adalah set skincare lengkap Youth :



Antara sebab mengapa Kak Dee memilih untuk setia dengan set skincare Youth ialah :

1. Tidak mengandungi bahan berbahaya yang biasanya ditemui di dalam produk penjagaan kulit seperti paraben, phthalates, terbitan PEG serta pewarna dan pewangi tiruan.

2. Ia mempunyai keputusan klinikal tanpa kompromi. Jadi, semua produk penjagaan kulit Youth direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia yang mungkin dipersoalkan seperti kebanyakan produk yang lain.

3. Senarai bahan yang TIDAK digunakan dalam skincare Youth adalah lebih panjang daripada senarai yang diharamkan di banyak negara.

4. Produk skincare Youth 100% vegan

5. Bebas gluten

6. Sesuai untuk kulit sensitif

7. Hypoallergenik

8. Tidak menyumbatkan liang pori

9. Diuji oleh ahli dermatologi dan ahli oftalomologi

Dengan semua sebab yang Kak Dee nyatakan di atas, Kak Dee takde sebab untuk tukar skincare lain lagi dah. InshaaAllah, Kak Dee akan terus setiap dengan Youth. 

Jemput baca juga pengalaman Youth rakan Kak Dee di sini

Jika anda ingin mulakan perniagaan anda dengan BOTG atau teringin nak mencuba set skincare, boleh contact Kak Dee ya 😊. Semoga ketemu lagi! 


Part time job di Malaysia



part time job Melaka


Di zaman penuh mencabar ni, tidak akan menjadi satu kepelikan jika setiap orang dewasa di kalangan kita melakukan dua kerja dalam satu masa atau dalam erti kata lain, part time job. Malah, ada juga yang memilih untuk buat lebih dari itu!

Melakukan part time job ini boleh jadi ia kerana untuk mencari pendapatan sampingan, memenuhi keperluan kehidupan akibat tekanan, kerana terpaksa kurelakan jua dan juga mungkin juga ada yang melakukannya kerana untuk mengisi masa lapang. Mana satu pilihan anda?

Sebagai seorang yang telah lama melakukan part time job ini sejak hampir lapan tahun, Kak Dee memang amat galakkan anda untuk mempunyai part time job juga. Ia sebenarnya amat membantu! Serius Kak Dee cakap. Apatah lagi kalau part time job itu boleh memberikan pendapatan yang lebih dari pendapatan utama anda. Lagilah syok kan?

Mungkin apabila suatu hari nanti apabila anda rasa pekerjaan utama anda tidak lagi menggembirakan anda dan menjadikan hari-hari anda kelam dan suram, ketika itu anda sudah boleh membuat keputusan untuk angkat kaki tanpa memikirkan tentang kewangan. Ya, boleh jadi kan?

Jadi, di sini Kak Dee nak share dengan anda yang dah lama sangat teringin nak mempunyai part time job yang best, masa yang fleksibel, yang memberi pendapatan lumayan, dalam pada masa yang sama boleh healingkan anda. Ha, macam best je kan.

Ya, memang BEST!

Kak Dee memilih part time job dengan “Home and Mobile Spa”. Kak Dee memilih untuk menjadi Beautician sebab dahulu Kak Dee pernah mengalami masalah kulit wajah yang sangat teruk sehingga malu nak angkat muka!

So, bila Kak Dee dah pulih dari masalah tersebut, Kak Dee nak bantu orang lain untuk menjadi cantik, ceria, bersemangat dan berkeyakinan semula. Sebab tu Kak Dee memilih part time job Home and Mobile Spa ini yang diberi nama projeknya "Beauty On The Go (BOTG)" 

Selain itu, projek BOTG ini memberikan masa yang fleksibel kepada Kak Dee melakukan servis mengikut masa pelanggan dan juga masa Kak Dee sendiri. So, Kak Dee boleh sesuaikan masa untuk pelanggan dan Kak Dee sendiri sehingga mencapai kata sepakat. Memandangkan Kak Dee bekerja, servis ini Kak Dee hanya lakukan di hujung minggu. Atau, jika rumah pelanggan berdekatan dengan rumah Kak Dee, Kak Dee akan lakukan pada waktu malam selepas waktu bekerja.

Part time job ini langsung tidak mengganggu masa kerja Kak Dee malah apa yang membuatkan Kak Dee gembira ialah Kak Dee dapat berjumpa dengan orang lain, dapat mengeratkan silaturrahim dan berkenal-kenalan. Almaklumlah, kita bekerja seharian. Pergi kerja awal pagi dan balik kerja lewat petang. Kadang-kadang malam baru sampai rumah kalau terpaksa kerja lebih masa. Bila masa agaknya nak berjumpa dan berukhuwah dengan orang lain selain rakan di ofis?. Disamping itu,part time job ini boleh buat Kak Dee ‘healing’ juga bak kata budak zaman sekarang.

Baru-baru ni Kak Dee buat facial kepada 3 orang pengantin dan seorang mak pengantin. Satu servis pada 2 May untuk seorang bakal pengantin. Itu selesai dengan jayanya. Alhamdulillah.


part time job Melaka

Yang seronoknya Kak Dee nak share dengan anda ialah servis yang dilakukan pada 5 May. Asalnya Kak Dee hanya lakukan servis facial ini kepada ibu pengantin sahaja. Tiba-tiba, bakal pengantin teringin juga selepas tengok Kak Dee facialkan ibunya. Selepas itu berjangkit pula kepada kawan bakal pengantin (bakal pengantin juga di hari yang sama) yang kebetulan ada di situ. Haaaa seronok kan, bila kita ada skill dengan BOTG ini, boleh beranak pinakkan pendapatan sampingan anda.

Jika anda sedang mencari part time job dengan Home and Mobile Spa, inilah peluangnya. Anda boleh terus contact Kak Dee. Jangan risau jika anda rasa jari jemari anda keras kejung tak reti nak urut muka orang kerana team kami akan bantu anda untuk pelajari dan tingkatkan skill anda sehingga anda mahir dan mampu jana pendapatan sampingan dengan part time job ini.

Malah, apa yang lebih best lagi ialah Home and Mobile Spa under BOTG project ini sebenarnya boleh juga jadi pendapatan utama anda dan bukan lagi part time job jika anda inginkannya kerana permintaan untuk servis home and mobile spa ini sangat tinggi!

So, apa tunggu lagi? Jom bersama kami team BOTG memulakan bisnes dan menjana pendapatan. Contact number ada di bawah :



Radhiah Abu (SID : 949172)
Your trusted & certified beautician BOTG

www.wasap.my/60123473350/BOTG


Jemput juga baca entry sahabat saya Ana Awang mengenai Part Time Job di Malaysia.

#kursusspa #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline