Quality Time vs Quantity Time

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google)



Malam semalam suami dapat meluangkan sedikit masa untuk bersama keluarga keluar menikmati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. Memandangkan pekerjaan suami yang memerlukan komitmen masa di tempat kerja lebih dari di rumah, ini merupakan masa yang sangat berharga buat kami. Walaupun Aufa masih kecil dan mungkin masih kurang faham akan erti ini, tapi ini adalah 'bonding time' buat kami sekeluarga.

Suami rancang untuk membawa kami sekeluarga naik bot di Sungai Melaka. Rasa macam pelancong sekejap. Orang kata 'jakun'. Mana taknya, ini adalah kali pertama saya naik bot di Sungai Melaka ni.


Selepas solat Maghrib, kami bergerak ke destinasi yang dirancang. Untuk makluman anda, tiket pada hari Jumaat-Ahad agak mahal berbanding hari biasa. Bagi adik-adik yang masih belajar, disarankan untuk pergi naik sekarang sebab dapat separuh harga. Rasa sedikit ralat juga tetapi bila fikirkan bila masa yang sesuai lagi untuk kami datang ke sini lagi? Maka kami redah dan redhakan jua.

Jika anda hendak naik bot ini, mungkin disarankan untuk lakukannya pada waktu malam sebab ada lampu-lampu yang menghidupkan suasana malam dan kelihatan cantik. Semasa dalam bot tersebut, ada suara rakaman yang dipasang di radio untuk menerangkan tempat-tempat yang kami lewati. Tapi mungkin kurang menarik dek kerana suara tersebut tenggelam dengan desiran ombak sungai dan bunyi dari bot tersebut. Kata suami yang berpengalaman naik bot tersebut sebelum ini, masa awal-awal pembukaannya dalam bot siap ada penghibur yang menyanyi. Mungkin mereka boleh ubah strategi lain yang lebih bagus untuk membuatkan para pelancong dan penduduk tempatan seperti saya ini untuk lebih menghargai sejarah.

Aufa tak henti-henti bercakap menggunakan bahasa dia dalam bot. Hanya dia sahaja yang faham, yang kita ni ia kan sahaja. Mungkin dia terlalu teruja. Niat hati kami nak berjalan-jalan di tempat lain dan mengisi perut lepas aktiviti naik bot tersebut. Tapi Aufa dah selamat berlayar sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Kami pula terlupa nak bawa stroller dia. Maka, kami ambil keputusan untuk pulang sahaja. Encik suami pun kelihatan letih kerana penat di tempat kerja masih belum hilang lagi, namun digagahkan juga diri untuk menghiburkan kami. Terima kasih encik suami yang budiman.

Masa yang berkualiti itu lebih bermakna dari masa yang banyak terluang tetapi tidak memberi erti atau rasa yang mendalam. Saya sangat hargai pengorbanan dan kesungguhan suami. Sebab itulah saya nak hadiahkan suami Performance Drink bulan ni. Tapi rahsia tau, jangan beritahu dia. Hehe.

Performance Drink ni bertindak untuk :
  • Meningkatkan daya ketahanan badan
  • Membekalkan daya tenaga dan ketahanan fizikal 
  • Mengelakkan badan kehilangan air 
  • Mengekalkan paras gula 
Siapa yang patut ambil Performance Drink ini?
  • Atlit 
  • Orang yang berpuasa 
  • Pesakit yang menjalani pembedahan 
  • Orang yang selalu keletihan 
  • Orang yang selalu lewat tidur malam 
  • Orang yang paras gula rendah 
  • Orang yang tiada selera makan 
  • Orang yang menjalani gaya hidup aktif dan tahan lasak 





Makanya, pada pandangan saya suami saya patut terima 'award' untuk minum air Performance Drink ini. Siapa yang suka minum air 100 Plus atau Revive atau apa sahaja minuman isotonik yang lain konon untuk tambah tenaga tu, Performance Drink patut menjadi pilihan utama anda malah, Performance Drink berganda-ganda lebih bagus dan banyak manfaat dari minuman isotonik yang lain.

Percayalah cakap saya, kalau anda rasa sekali pasti nak lagi dan lagi dan lagi dan lagi.

So, mana-mana isteri yang sayang suami atau anak yang sayang ayah yang dah bertungkus lumus mencari rezeki untuk kita tu, apa kata anda hadiahkan satu buat mereka? Jangan nanti anda pula yang join sekaki sudahlah. Hehe.

No comments:

Post a Comment