Ostematrix bukan sekadar Kalsium

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/carian google (jika gambar dari google)


Suami cakap, dia tak pernah terlintas dan terfikir yang dia akan tidur dalam kelambu. Dia hanya terfikirkan kehidupan yang biasa-biasa sahaja. Tidur atas tilam, bantal dan berselimut macam biasa. Tapi, apa-apa pun dia rasa sangat selesa tidur dalam kelambu ni. Kita happy la dengar komen dari dia kan. Kita ni risaukan kesihatan dan keselamatan keluarga. Macam-macam penyakit dan virus yang datang. Baru-baru ini pasal Virus Zika. Lagilah ibu mengandung ni semakin risau. Macam-macam protection yang diusahakan. Ubat nyamuk elektrik dan repellent pun saya da beli sementara nak beli kelambu yang dihajatkan sampai jumpa.

Alkisahnya, petang Sabtu minggu lepas saya dan suami tanpa sengaja singgah ke Mr.DIY Bachang. Kami asalnya nak survey tempat gantung baju. Tiba-tiba saya ternampak kelambu khemah ni. Gembira bukan kepalang la hati saya ni. Memang saya dah lama mencari di merata tempat shopping mall sampai terfikir memang takde jual ke kelambu jenis khemah ni di Melaka? Ada pun kelambu yang saya jumpa di Family Store jenis gantung dan ikat pakai tali tu. Di internet pula, masa saya nak beli tu dah kehabisan stok. Bila tukang jual tu beritahu stok dah sampai, saya pula yang terlupa nak order.

Tapi kan, ada sumber yang saya baca kejadian bayi kepala kecil ini bukan dari akibat gigitan nyamuk Aedes pembawa virus semata-mata, tetapi ada juga kemungkinan yang ibu hamil ini tidak mengambil nutrien atau makanan tambahan yang mencukupi untuk kandungannya. Apa yang anda sedia maklum, kalau kita pergi ke klinik untuk rawatan bulanan atau mingguan bagi ibu-ibu mengandung, pasti pihak klinik akan bekalkan dengan beberapa jenis vitamin seperti B Complex, Asid Folik, Vitamin C, Obimin dan juga Zink. Ini semua adalah bertujuan untuk memelihara tumbesaran bayi agar membesar dengan sihat dan sempurna. Insya-Allah, kita ikhtiar selainnya serahkan pada Allah.

Bila ibu mengandung, sering ditekankan juga agar mengambil susu segar 2 gelas setiap hari dan makan makanan yang sihat. Siap ada gizi makanan bagi ibu mengandung lagi kan? Tapi, ada juga ibu yang tidak suka minum susu. Jadi, bagaimana cara mengatasi masalah ini? Shaklee ada memberi pilihan lain untuk tambahan kalsium lengkap dengan magnesium yang diperlukan oleh tubuh jenis tablet. Ibu hanya perlu mengambil 4 biji sebelum tidur yang bersamaan dengan 2 gelas susu. Mudah sahaja kan?

Mari kita lihat kenapa Kalsium Shaklee atau Ostematrix ini sangat penting untuk ibu mengandung. Antara kelebihannya ialah :
   1. Mengurangkan risiko kehilangan gigi pada usia muda
   2. Menguatkan tulang ibu bagi menampung berat janin secara fizikal
   3. Mengurangkan risiko pre-eklampsia
   4. Mengurangkan komplikasi semasa meneran (bersalin)
   5. Mengurangkan masalah sembelit
   6. Mengelakkan kekejangan kaki yang sering terjadi pada ibu-ibu mengandung

Terus terang saya cakap, mengandung kali kedua ni Alhamdulillah, saya tidak mengalami kekejangan kaki berbanding mengandung kali pertama yang pantang salah gerak sikit, kaki kejang dan rasa sakit yang amat. Memang kadang-kadang menangis. Adakah kerana dulu saya tidak mengamalkan Ostematrix? Mungkin juga.

Ada seorang rakan sepejabat saya memang tak suka minum susu. Jadi saya dah siap-siap syorkan dia untuk ambil Ostematrix bila dia mengandung nanti. Lebih mudah, Takde lah dia loya nak menelan susu kan?

Nah, saya belanja anda satu gambar Ostematrix buat tatapan anda. Next time saya kongsikan dengan anda Vitamin Shaklee untuk Ibu Mengandung yang lain ye..



No comments:

Post a Comment