Wanita Buat Duit Dengan Bisnes Mobile Spa BOTG

 Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wmt.wbt.

Selamat berhujung minggu!

Bila dah malam ni, dah selesai basuh pinggan, kemas dapur, tidurkan anak barulah dapat hadap laptop nak berceloteh dengan you all. Kak Dee nak share peluang buat duit dengan bisnes Mobile Spa BOTG terutamanya kepada kaum wanita.

Sebab apa? Sebab bercantik-cantik ni selalunya memang sinonim dengan kaum yang ayu ni kan. Bukan lelaki tak boleh. Boleh je takde masalah pun. Ada je lelaki yang memang jenis menjaga kulit, kan? Meh, boleh join juga baca sama. Mana tahu kot nak promote kat mak, adik, kakak, girlfriend, isteri atau anak ke kan.

Kak Dee dapati ada rakan-rakan yang ingin menyertai kursus Mobile Spa BOTG ni tetapi menghadapi sedikit kekangan dari segi kewangan. Yelah, Kak Dee faham. Dengan situasi ekonomi sekarang ni apatah lagi kita sudah hampir ke pertengahan bulan kan. Banyak perkara yang perlu difikirkan.

Namun, sebenarnya anda tidak boleh berlengah untuk merebut peluang buat duit dengan bisnes Mobile Spa BOTG ini yang telah terbukti dan kini semakin meningkat keahliannya hari demi hari. Memang ada sahaja permintaan untuk menyertai bisnes Mobile Spa BOTG ini.

Bisnes Mobile Spa BOTG ini mempunyai teknik yang membolehkan anda konsisten menghasilkan pendapatan setiap bulan malah, boleh jadi setiap hari! Tidak kira anda suri rumah atau wanita bekerjaya, anda boleh buat duit dengan bisnes ini asalkan anda yakin dan ada usaha.

Lagipun, tiada apa yang anda perlu risaukan kerana dengan menyertai bisnes Mobile Spa BOTG ini, anda akan diberi bimbingan seumur hidup.

Banyak perkara yang anda tidak boleh menolak dan memberi alasan untuk tidak menyertai bisnes Mobile Spa BOTG ini terutamanya poin nombor 7 tu:

1. Training yang cepat dan mudah. Dalam masa 1 hari sahaja sudah selesai!

2. Kursus Spa yang sangat praktikal dan fleksibel. Untuk pengetahuan anda, ada yang datang training siap bawa anak lagi ya.

3.  Produk yang lengkap untuk memulakan bisnes Mobile Spa - lepas selesai latihan, anda dah boleh terus mula!

4. Barang asas Spa disediakan.

5. Sijil penyertaan juga diberikan.

6. Setiap modul BOTG telah disusun dengan teliti agar peserta MAMPU untuk apply terus ilmu tersebut. Kami JAMIN, setelah selesai sahaja kursus Spa, anda boleh terus mulakan bisnes Mobile Spa anda. Kaching!!

7. Dengan ilmu Spa yang diajar, anda berpeluang untuk memperoleh pendapatan hari-hari! Bila ada ILMU, diri anda umpama 'magnet' duit tau!

8. Bimbingan support group dan mentor yang akan guide anda untuk berjaya.

9. Setiap alumni BOTG juga diberi panduan bagaimana untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan dari segi luaran juga dalaman, melalui kelas-kelas nutrisi yang dijalankan oleh pakar nutrisi kami. Ini kerana kami tidak mahu Beautician kami hanya sekadar cantik luaran sahaja,


Zaman sekarang ni memang kita sebagai kaum wanita tak boleh lari dari perlu mendapatkan pendapatan sampingan bagi memenuhi keperluan dan juga kehendak kita. Sebab tu terlahirnya idea bisnes Spa BOTG ini bagi memperkasakan kita kaum wanita ini untuk buat duit. Ni Kak Dee pun nak kipas juga hasil Mobile Spa BOTG Kak Dee ni. Hihi.


Jom, dengarkan perkongsian dari salah seorang alumni BOTG yang dah pun berjaya buat duit dengan bisnes Mobile Spa BOTG ini: 


Ha, seronokkan? Jomlah jadi wanita yang bijak dengan join Bisnes Mobile Spa BOTG ini dan bersama-sama kita menjana income. Bolehlah kita guna sebagai pendapatan utama untuk memenuhi keperluan kita ataupun sebagai pendapatan sampingan.

Sertai kami sekarang!

Untuk tahu lebih lanjut, sila hubungi Kak Dee di sini.

Jom bersama kami team BOTG memulakan bisnes dan menjana pendapatan. Contact number ada di bawah :



Radhiah Abu (SID : 949172)
Your trusted & certified beautician BOTG
www.wasap.my/60123473350/BOTG

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline

Jemput juga baca perkongsian dari sahabat Kak Dee tentang buat duit dengn Bisnes Mobile Spa BOTG di sini. Selamat membaca!

 


Set Hamil Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wmt wbt, You All!

Semoga anda semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Memandangkan hari ni leader Kak Dee share pasal Set Hamil Shaklee, Kak Dee nak share ilmu ni dengan korang semua. Semoga pahala ilmu ni berpanjangan dan bermanfaat untuk anda semua tak kira yang sedang mencari set hamil Shaklee atau sekadar ingin tahu lebih lanjut tentang set hamil ini.

 

First thing first, korang kena tahu ada 3 trimester yang perlu dilalui oleh setiap ibu hamil. :

 


1.       Trimester 1 :  1-3 bulan kehamilan

2.       Trimester 2 : 3-6 bulan kehamilan

3.       Trimester 3 : 6-9 bulan kehamilan



Ada 5 supplemen penting ibu hamil perlu ambil. Tahu ke apa dia?

a) ESP

b) Vitamin C

c) Vitalea

d) Ostenutrix

e) B Complex



1.       Yang paling penting ialah B Complex!

Korang pernah dengar tak pasal spina bifida? Anencephaly?

Tahu tak punca-punca benda ni boleh terjadi?

Ibu hamil kena aware dengan dua terms ni.

 

Spina Bifida ni merupakan kecacatan tiub saraf yang paling kerap berlaku iaitu 1-2 kes dalam 1000 kelahiran di dunia

 

Spina Bifida ini berlaku sewaktu bayi masih dalam kandungan lagi. Ianya berlaku bila saraf tunjang tak tertutup sepenuhnya semasa tumbesaran bayi dalam kandungan. So, bila tempat yang terbuka tu terlalu besar maka akan menyebabkan sebahagian daripada saraf tunjang bayi terkeluar dari lubang tersebut.

 Antara akibat Spina Bifida ini ialah sukar kawal pundi kencing (poor bladder control), ada masalah penghadaman, lumpuh separuh badan/sepenuhnya dan lain-lain..

 

Anenchephaly pula ialah bayi dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tak sempurna atau langsung tak terbentuk. Benda ni betul-betul ada terjadi tau. Korang boleh Google pasal anenchephaly ini. Kalau korang tengok pun, korang takkan sanggup nak tengok benda ni terjadi kepada bayi di atas muka bumi ini.

Benda ni terjadi akibat daripada KESAN KEKURANGAN ASID FOLIK PADA KANDUNGAN

Asid Folik ni Vitamin B9. Semua wanita yang berumur 14-44 tahun perlukan asid folik terutamanya bagi wanita yang ingin merancang kehamilan dan juga bagi ibu-ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang.

Asid folik perlu diambil 400mg setiap hari. Jika anda merancang untuk hamil, disarankan untuk diambil seawal 3-6 bulan sebelum merancang untuk hamil. Kalau untuk bakal pengantin baru tu memang disarankan diambil 3-6 bulan sebelum bernikah sebagai persediaan untuk menerima kehadiran orang baru yang bakal menjadi penghuni rahim.

Asid folik penting untuk pembentukan saraf tunjang bayi yang sempurna pada awal kehamilan. Asid folik juga boleh kurangkan risiko keguguran atau kes-kes bayi lahir tapi tiada nyawa atau bayi pramatang.

Penting sangat asid folik ni bagi ibu hamil. Setiap apa yang ibu makan memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan. Pengambilan vitamin atau makanan tambahan ini adalah sebagai salah satu usaha kita untuk memberikan yang terbaik pada anak di dalam kandungan.

 

2. Ostenutrix

Waktu penempelan mula berlaku sahaja, bermula juga kalsium banyak digunakan di otot rahim. Kemudian, bila bayi mula membesar, bayi akan membentuk tulang. Ketika itu, memang akan tarik banyak kalsium dari si ibu.

Bila kurang kalsium, apa yang akan terjadi pada ibu hamil? Tarik mengkarung! Fuh, memang sakit wooo. Kak Dee memang pernah kena dan selalu terjadi masa hamilkan anak pertama. Ada juga orang panggil simpul biawak. Dia rasa cramp kat bahagian betis. Memang tak boleh bergerak dan sakit sangat!

Bila dah kena macam tu, itu tandanya kalsium tak cukup. Bila dah dapat tanda tu, up dose la Ostenutrix ni. Kalau boleh, janganlah sampai terkena kan. Barulah best. Lepas dari tu Kak Dee memang make sure Ostenutrix ni ada saat kehamilan Kak Dee seterusnya. Itu baru untuk sang emak. Untuk sang bayi pun penting ya kalsium ni.

Waktu ni lah fetal organ nak membentuk. Nervous system, tulang, muscles. Fetus (bayi) memang bergantung pada kalsium untuk membesar. Biarlah kita jadi sangat pemurah pada bayi dalam kandungan kita tu, bagi kalsium banyak-banyak. Tapi kenalah jadi ibu yang pemurah dan bijak. Jangan jadi pemurah sangat nak bagi anak kalsium sampai menggadaikan kalsium untuk diri sendiri. Jika kalsium tidak mencukupi, itu yang berlakunya kalsium dari sang ibu yang akan digunakan untuk pembentukan sang bayi. Biarlah win-win situation. Anak dan ibu sama-sama cukup kalsium.


Ibu hamil memerlukan 1200mg kalsium minimum setiap hari. 1300mg lebih baik. Jumlah pengambilan ini boleh terdapat dari sumber vitamin kalsium dan sumber luar yang lain

Soalan : 1 tablet Ostenutrix Shaklee ada 250 kalsium. Berapa biji Ostenutrix kah yang wanita hamil patut ambil setiap hari?

Selain itu, nak share pengambilan kalsium waktu malam akan mengelakkan insomnia (sukar tidur). Dan, ia sangat membantu meningkatkan kualiti tidur. Ha, ada lagi ni kepentingan Ostenutrix. Bantu elakkan masalah sembelit! Orang mengandung mudah kena sembelit. Jangan risau. Ostenutrix ada datang membantu!




3. Vitamin C dan Vitalea

Kenapa Kak Dee letakkan Vitamin C dan Vitalea bergandingan bersama dalam point nombor 3 ni? Ha, ni sebab dia. Bila makan zat besi, kita mesti sekurang-kurangnya ada gandingan bersama dengan Vitamin C.

Sebabnya banyak terjadi, ibu hamil ambil zat besi tapi tak ambil Vitamin C. Kesudahannya, zat besi itu tak diserap dengan baik. HB (hemoglobin) tetap rendah dan badan jadi lemah. Kehadiran Vitamin C semasa pengambilan Multivitamin Vitalea akan membantu penyerapan zat besi dalam multivitamin itu.

Ramai ibu hamil mengalami masalah HB low ni.

 

4. ESP , Energyzing Soy Protein

ESP ni sangat bagus untuk kuatkan rahim dan kurangkan risiko keguguran.

Protein ESP ni memang membantu pertumbuhan tisu otot. Bila dia kuatkan otot rahim, Inshaa-Allah kuat dia tolong ‘pegangkan’ baby kat dalam.

Perasan tak, ramai orang salah faham tentang soya?

Soya ni adalah sejenis kacang yang mempunyai protein yang tinggi dan kandungan protein dalam soya sama seperti kita makan ikan! WOW!

Ada macam-macam mitos pasal soya ni kan. Rugi gila la kalau anda percaya membuta tuli tanpa buat sebarang pencarian dan pembacaan.

Tahu tak, sebenarnya dalam soya ada lemak yang baik dan serat juga. Bagus sangat-sangat. Serius guys, kalau anda ambil sedikit masa untuk buat pembacaan dan kaji betul-betul info pasal soya ni, kandungan nutrisi kacang soya sama macam ayam, daging dan kambing cuma ketiga-tiga jenis makanan atau haiwan ni ada sekali lemak tepu dan kolesterol.

Soya ni bagus je. Cuma, kena pastikan soya tu bukan GMO. Shaklee punya ESP adalah dari non-GMO punya soya. So, jangan takut dengan kacang soya. When it comes to soy, don’t blame the bean, blame the processing.

ESP kalau ambil masa mengandung, kulit anak pun cantik. Kulit mommy pun sama juga cantik. Dan, elok juga untuk masalah stretch mark kat perut tu.

Ok, habis set hamil untuk trimester 1.

Bila masuk je trimester kedua dan ketiga, dah boleh add on Omega Guard.


5. Omega Guard

Ia adalah untuk perkembangan otak bayi kita.

Semasa trimester kedua, lebih banyak sambungan saraf dan tisu otak terbentuk. Semasa trimester ketiga pula, korteks selebral mula mengambil alih daripada batang otak, menyediakan bayi anda untuk pembelajaran masa depan.

So, anda boleh nampak kat sini fokus kepada pembentukan sel otak dan perkembangan otak bayi yang sihat yang mana ia bermula sejak trimester kedua. Sekarang dah fahamlah kan, kenapa Omega Guard diambil sejak trimester kedua bukan dari trimester pertama kan.

Kak Dee ucapkan tahniah kepada bakal ibu dan ibu yang sedang hamil dan bakal bersalin tak lama lagi. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu memberi kefahaman kepada anda yang ingin tahu apa yang Set Hamil Shaklee boleh bantu anda sepanjang proses kehamilan sehingga bersalin nanti.

Jika anda ingin dapatkan Set Hamil Shaklee ini, boleh dapatkan di sini.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kak Dee terus :

Radhiah binti Abu (SID:949172)

012-3473350 @ wasap di sini

Terima kasih 


Mengandung di kala pandemik?

 Bismillahirrahmanirrahim.

Seminggu dua sebelum Kak Dee dapat vaksin dos pertama, memang Kak Dee sangat sibuk. Cuti yang panjang seakan tiada makna sebab terlalu sibuk uruskan persiapan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi. Lagi pula kita tengah dalam keadaan pandemik ini, mesyuarat secara atas talian adalah pilihan yang terbaik. Jika tidak, bila lagi nak buat? Sampai bila nak tangguh? Kak Dee memang dah tak sabar nak melepaskan jawatan. Hihi.

Sehari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan berlangsung, Kak Dee telah dipanggil untuk menerima suntikan vaksin dos pertama. Sejujurnya Kak Dee agak bimbang juga sebab Kak Dee tak cukup rehat seminggu dua ni.

So, apa perkara yang sepatutnya dan perlu dilakukan sebelum menerima suntikan vaksin?


Sebelum pergi vaksin tu Kak Dee tetap pastikan badan dalam keadaan sihat dan cergas. Tidur, makan vitamin, makan nasi, dan cergaskan diri. Alhamdulillah semuanya ok sampailah Kak Dee rasa tak sedap badan dan rasa mual. Kak Dee tanya En. Google, kesan pengambilan vaksin, memang ada macam yang Kak Dee rasa. 

Tapi lepas 2-3 hari, lain macam pula rasa mual ni. Mual ni sampai tak boleh nak bau busuk, tak boleh bau wangi. Sama macam simptom Kak Dee mengandung sebelum ni. Kak Dee pun check la kalendar. Haha. Tergelak atas kesilapan sendiri. Kak Dee salah tengok tarikh. Sebenarnya Kak Dee dah terlewat datang haid lebih seminggu!

Dan, alhamdulillah. Kak Dee mengandung. Allah beri rezeki anak ni memang pada masa yang tidak disangka-sangka. Kak Dee anggap ini rezeki bertuah. Semoga ada berita yang baik dan menggembirakan bakal diperolehi. Doakan Kak Dee kuat mengharungi fasa mual, tak selesa dan sebagainya di awal mengandung ini. Inilah fasa yang ramai ibu mengandung tak suka tapi kena juga sabar dan redha.

Bila mengandung ni, kenalah ambil makanan tambahan kesihatan. Dan antara vitamin yang terdapat dalam set mengandung ialah :

1. Vitalea - membantu ibu hamil menyerap zat besi dengan baik dan mengelak dari masalah pitam, letih dan lesu.

2. Vitamin C - membantu ibu hamil menguatkan sistem imuniti badan.

3. B Complex - mempunyai fungsi anti-stress. Elakkan stress ketika mengandung kerana ia akan beri kesan kepada bayi yang dikandung.

4. Ostematrix (kini Ostenutrix) - Membekalkan kalsium kepada ibu hamil. Kalsium diperlukan dalam pembentukan tulang janin. Ianya juga berfungsi bagi mengelakkan berlakunya Osteoporosis (tulang rapuh).

5. ESP - membekalkan tenaga supaya ibu hamil bertenaga sepanjang hari.

6. Omega Guard - membantu perkembangan otak janin.

Setiap satunya mempunyai fungsi dan kebaikan tersendiri untuk ibu mengandung. Yang baiknya jika dapat ambil set lengkap sepanjang kehamilan.

Ini antara testimoni dari mereka yang telah mengamalkan Set Hamil Shaklee sepanjang kehamilan :




Jemput dengar perkongsian dari Puan Laila tentang Set Kehamilan Shaklee di sini :




Updated : Alhamdulillah pada 15 Mac 2022 Kak Dee selamat melahirkan bayi lelaki yang sangat comel dan tembam. Dapat seorang hero. Itulah berita gembira yang Allah beri untuk kami sekeluarga. Kini dah berusia setahun.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Set Kehamilan Shaklee atau produk Shaklee yang lain, boleh terus hubungi Kak Dee di talian ini :

Radhiah binti Abu (SID:949172)
012-3473350 @ wasap di sini

Terima kasih 


Capai impian melalui bisnes Mobile SPA

Assalamualaikum semua. Salam Sejahtera.

Macam mana anda hari ini?

Diharapkan anda semua kekal bersemangat pada hari Isnin yang indah ini.

Mulakan hari ini dengan momentum yang baik, pasangkan niat dengan betul dan rancanglah hari anda dengan sebaiknya supaya sepanjang minggu ini aktiviti anda akan lebih kemas dan teratur.



Bila sebut tentang IMPIAN, ia adalah sesuatu yang kita nak capai pada masa tertentu atau di masa hadapan. Setiap dari kita mempunyai pelbagai impian. Ia termasuklah cita-cita atau keinginan yang bukan-bukan (baca angan-angan) dan boleh jadi sesuatu yang besar ingin dicapai. Terpulang pada individu tersebut cara bagaimana untuk merealisasikannya..

Percaya atau tidak, dengan menjalankan bisnes mobile spa BOTG sebenarnya anda boleh mencapai impian anda. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab, untuk merealisasikan impian kita yang menimbun-nimbun itu, kebanyakannya memerlukan wang. Betul ke betul sangat? 

Dengan mobile spa ini, ada yang sampai tak usik pun duit gaji dia sebab dapat income dengan mobile spa ni. Best ke best sangat? Mustahil ke? Ia takkan menjadi mustahil jika anda mempunyai semangat dan keazaman yang tinggi. Lihat dan berpandukan kepada berapa besarnya impian anda.

Lihatlah, apa yang ahli dari BOTG ni dah dapat dengan bisnes ini :





Ha, ni baru sikit testimoni buat duit yang Kak Dee share. Ada banyak lagi testimoni yang masing-masing kipas duit dengan hasil bisnes spa BOTG ini. Bila dah dapat duit kepuk-kepuk ini, tak mustahillah untuk anda capai impian anda melalui bisnes mobile spa BOTG ni kan.

Apa yang anda akan dapat bila menyertai kursus spa BOTG? ✅ Dapat jana pendapatan RM100-400 sehari. Ini kalau part time. Kalau full time? Dan kalau sebulan? ✅ Dapat produk kecantikan untuk jalankan spa ✅ Dapat modul latihan dan marketing ✅ Dapat akses ke telegram group support yang menjadi tempat belajar secara tambahan ✅ Dapat belajar one-to-one sehingga pandai bersama Trainer terlatih ✅ Dapat sijil ✅ Dapat kit facial ✅ Dapat belajar Facial Treatment sampai pandai untuk sekali training. Tidak perlu tambah kursus dan tambah yuran selepas itu ✅ Income bersih milik sendiri. Semuanya BOTG sediakan. Kursus spa termurah DAN sangat high demand. Dengan harga TAK MASUK AKAL, anda boleh jadi seorang ❤️ Beautician ❤️ Spa Trainer ❤️ CEO bisnes ❤️ Bisnes Owner


Taknak panjang lebar, Kak Dee nak guide mereka yang tak was-was, yang serius nak betul-betul capai impian, yang nak dapat income banyak dengan mobile spa ini.

Nak belajar bisnes mobile spa? Klik sini teruih naaaa.

Jemput juga baca perkongsian sahabat Kak Dee tentang capai impian melalui bisnes mobile spa di sini.

Jom bersama kami team BOTG memulakan bisnes dan menjana pendapatan. Contact number ada di bawah :



Radhiah Abu (SID : 949172)
Your trusted & certified beautician BOTG
www.wasap.my/60123473350/BOTG


#kursusspa #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline