Set Hamil Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wmt wbt, You All!

Semoga anda semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Memandangkan hari ni leader Kak Dee share pasal Set Hamil Shaklee, Kak Dee nak share ilmu ni dengan korang semua. Semoga pahala ilmu ni berpanjangan dan bermanfaat untuk anda semua tak kira yang sedang mencari set hamil Shaklee atau sekadar ingin tahu lebih lanjut tentang set hamil ini.

 

First thing first, korang kena tahu ada 3 trimester yang perlu dilalui oleh setiap ibu hamil. :

 


1.       Trimester 1 :  1-3 bulan kehamilan

2.       Trimester 2 : 3-6 bulan kehamilan

3.       Trimester 3 : 6-9 bulan kehamilan



Ada 5 supplemen penting ibu hamil perlu ambil. Tahu ke apa dia?

a) ESP

b) Vitamin C

c) Vitalea

d) Ostenutrix

e) B Complex



1.       Yang paling penting ialah B Complex!

Korang pernah dengar tak pasal spina bifida? Anencephaly?

Tahu tak punca-punca benda ni boleh terjadi?

Ibu hamil kena aware dengan dua terms ni.

 

Spina Bifida ni merupakan kecacatan tiub saraf yang paling kerap berlaku iaitu 1-2 kes dalam 1000 kelahiran di dunia

 

Spina Bifida ini berlaku sewaktu bayi masih dalam kandungan lagi. Ianya berlaku bila saraf tunjang tak tertutup sepenuhnya semasa tumbesaran bayi dalam kandungan. So, bila tempat yang terbuka tu terlalu besar maka akan menyebabkan sebahagian daripada saraf tunjang bayi terkeluar dari lubang tersebut.

 Antara akibat Spina Bifida ini ialah sukar kawal pundi kencing (poor bladder control), ada masalah penghadaman, lumpuh separuh badan/sepenuhnya dan lain-lain..

 

Anenchephaly pula ialah bayi dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tak sempurna atau langsung tak terbentuk. Benda ni betul-betul ada terjadi tau. Korang boleh Google pasal anenchephaly ini. Kalau korang tengok pun, korang takkan sanggup nak tengok benda ni terjadi kepada bayi di atas muka bumi ini.

Benda ni terjadi akibat daripada KESAN KEKURANGAN ASID FOLIK PADA KANDUNGAN

Asid Folik ni Vitamin B9. Semua wanita yang berumur 14-44 tahun perlukan asid folik terutamanya bagi wanita yang ingin merancang kehamilan dan juga bagi ibu-ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang.

Asid folik perlu diambil 400mg setiap hari. Jika anda merancang untuk hamil, disarankan untuk diambil seawal 3-6 bulan sebelum merancang untuk hamil. Kalau untuk bakal pengantin baru tu memang disarankan diambil 3-6 bulan sebelum bernikah sebagai persediaan untuk menerima kehadiran orang baru yang bakal menjadi penghuni rahim.

Asid folik penting untuk pembentukan saraf tunjang bayi yang sempurna pada awal kehamilan. Asid folik juga boleh kurangkan risiko keguguran atau kes-kes bayi lahir tapi tiada nyawa atau bayi pramatang.

Penting sangat asid folik ni bagi ibu hamil. Setiap apa yang ibu makan memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan. Pengambilan vitamin atau makanan tambahan ini adalah sebagai salah satu usaha kita untuk memberikan yang terbaik pada anak di dalam kandungan.

 

2. Ostenutrix

Waktu penempelan mula berlaku sahaja, bermula juga kalsium banyak digunakan di otot rahim. Kemudian, bila bayi mula membesar, bayi akan membentuk tulang. Ketika itu, memang akan tarik banyak kalsium dari si ibu.

Bila kurang kalsium, apa yang akan terjadi pada ibu hamil? Tarik mengkarung! Fuh, memang sakit wooo. Kak Dee memang pernah kena dan selalu terjadi masa hamilkan anak pertama. Ada juga orang panggil simpul biawak. Dia rasa cramp kat bahagian betis. Memang tak boleh bergerak dan sakit sangat!

Bila dah kena macam tu, itu tandanya kalsium tak cukup. Bila dah dapat tanda tu, up dose la Ostenutrix ni. Kalau boleh, janganlah sampai terkena kan. Barulah best. Lepas dari tu Kak Dee memang make sure Ostenutrix ni ada saat kehamilan Kak Dee seterusnya. Itu baru untuk sang emak. Untuk sang bayi pun penting ya kalsium ni.

Waktu ni lah fetal organ nak membentuk. Nervous system, tulang, muscles. Fetus (bayi) memang bergantung pada kalsium untuk membesar. Biarlah kita jadi sangat pemurah pada bayi dalam kandungan kita tu, bagi kalsium banyak-banyak. Tapi kenalah jadi ibu yang pemurah dan bijak. Jangan jadi pemurah sangat nak bagi anak kalsium sampai menggadaikan kalsium untuk diri sendiri. Jika kalsium tidak mencukupi, itu yang berlakunya kalsium dari sang ibu yang akan digunakan untuk pembentukan sang bayi. Biarlah win-win situation. Anak dan ibu sama-sama cukup kalsium.


Ibu hamil memerlukan 1200mg kalsium minimum setiap hari. 1300mg lebih baik. Jumlah pengambilan ini boleh terdapat dari sumber vitamin kalsium dan sumber luar yang lain

Soalan : 1 tablet Ostenutrix Shaklee ada 250 kalsium. Berapa biji Ostenutrix kah yang wanita hamil patut ambil setiap hari?

Selain itu, nak share pengambilan kalsium waktu malam akan mengelakkan insomnia (sukar tidur). Dan, ia sangat membantu meningkatkan kualiti tidur. Ha, ada lagi ni kepentingan Ostenutrix. Bantu elakkan masalah sembelit! Orang mengandung mudah kena sembelit. Jangan risau. Ostenutrix ada datang membantu!




3. Vitamin C dan Vitalea

Kenapa Kak Dee letakkan Vitamin C dan Vitalea bergandingan bersama dalam point nombor 3 ni? Ha, ni sebab dia. Bila makan zat besi, kita mesti sekurang-kurangnya ada gandingan bersama dengan Vitamin C.

Sebabnya banyak terjadi, ibu hamil ambil zat besi tapi tak ambil Vitamin C. Kesudahannya, zat besi itu tak diserap dengan baik. HB (hemoglobin) tetap rendah dan badan jadi lemah. Kehadiran Vitamin C semasa pengambilan Multivitamin Vitalea akan membantu penyerapan zat besi dalam multivitamin itu.

Ramai ibu hamil mengalami masalah HB low ni.

 

4. ESP , Energyzing Soy Protein

ESP ni sangat bagus untuk kuatkan rahim dan kurangkan risiko keguguran.

Protein ESP ni memang membantu pertumbuhan tisu otot. Bila dia kuatkan otot rahim, Inshaa-Allah kuat dia tolong ‘pegangkan’ baby kat dalam.

Perasan tak, ramai orang salah faham tentang soya?

Soya ni adalah sejenis kacang yang mempunyai protein yang tinggi dan kandungan protein dalam soya sama seperti kita makan ikan! WOW!

Ada macam-macam mitos pasal soya ni kan. Rugi gila la kalau anda percaya membuta tuli tanpa buat sebarang pencarian dan pembacaan.

Tahu tak, sebenarnya dalam soya ada lemak yang baik dan serat juga. Bagus sangat-sangat. Serius guys, kalau anda ambil sedikit masa untuk buat pembacaan dan kaji betul-betul info pasal soya ni, kandungan nutrisi kacang soya sama macam ayam, daging dan kambing cuma ketiga-tiga jenis makanan atau haiwan ni ada sekali lemak tepu dan kolesterol.

Soya ni bagus je. Cuma, kena pastikan soya tu bukan GMO. Shaklee punya ESP adalah dari non-GMO punya soya. So, jangan takut dengan kacang soya. When it comes to soy, don’t blame the bean, blame the processing.

ESP kalau ambil masa mengandung, kulit anak pun cantik. Kulit mommy pun sama juga cantik. Dan, elok juga untuk masalah stretch mark kat perut tu.

Ok, habis set hamil untuk trimester 1.

Bila masuk je trimester kedua dan ketiga, dah boleh add on Omega Guard.


5. Omega Guard

Ia adalah untuk perkembangan otak bayi kita.

Semasa trimester kedua, lebih banyak sambungan saraf dan tisu otak terbentuk. Semasa trimester ketiga pula, korteks selebral mula mengambil alih daripada batang otak, menyediakan bayi anda untuk pembelajaran masa depan.

So, anda boleh nampak kat sini fokus kepada pembentukan sel otak dan perkembangan otak bayi yang sihat yang mana ia bermula sejak trimester kedua. Sekarang dah fahamlah kan, kenapa Omega Guard diambil sejak trimester kedua bukan dari trimester pertama kan.

Kak Dee ucapkan tahniah kepada bakal ibu dan ibu yang sedang hamil dan bakal bersalin tak lama lagi. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu memberi kefahaman kepada anda yang ingin tahu apa yang Set Hamil Shaklee boleh bantu anda sepanjang proses kehamilan sehingga bersalin nanti.

Jika anda ingin dapatkan Set Hamil Shaklee ini, boleh dapatkan di sini.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kak Dee terus :

Radhiah binti Abu (SID:949172)

012-3473350 @ wasap di sini

Terima kasih 


No comments:

Post a Comment