Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

Hadiah dari suami

Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/ Google (jika gambar dari carian Google) 28 October 2016 Suami beri semangat. Dia bersungguh menghadiahkan saya sebuah telefon bimbit baru. Padahal telefon lama saya masih lagi boleh berfungsi dengan baik. Cuma tiada memory card sahaja menyebabkan kadang-kadang telefon 'hang' dan bila cakap dalam telefon suara tidak berapa jelas.. Saya bersungguh menolak dan hanya meminta dia betulkan sahaja slot memory card handphone lama ni. Saya taknak susahkan dia. Tapi, katanya dia memang sudah lama memasang niat untuk membelikan saya handphone baru. Terharu rasanya. Saya tak mampu nak ungkapkan dengan kata-kata atas semangat dan kesungguhannya menggembirakan hati isteri. Saya faham bagaimana gembiranya hati dia dapat menggembirakan saya sepertimana saya gembira apabila dapat menggembirakannya. Saya tanya suami, adakah ini sempena hadiah hari lahir saya yang bakal menjelang tidak lama lagi? Hadiah 'in advance' ke? Jawapannya, "takla...

Quality Time vs Quantity Time

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google) Malam semalam suami dapat meluangkan sedikit masa untuk bersama keluarga keluar menikmati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. Memandangkan pekerjaan suami yang memerlukan komitmen masa di tempat kerja lebih dari di rumah, ini merupakan masa yang sangat berharga buat kami. Walaupun Aufa masih kecil dan mungkin masih kurang faham akan erti ini, tapi ini adalah 'bonding time' buat kami sekeluarga. Suami rancang untuk membawa kami sekeluarga naik bot di Sungai Melaka. Rasa macam pelancong sekejap. Orang kata 'jakun'. Mana taknya, ini adalah kali pertama saya naik bot di Sungai Melaka ni. Selepas solat Maghrib, kami bergerak ke destinasi yang dirancang. Untuk makluman anda, tiket pada hari Jumaat-Ahad agak mahal berbanding hari biasa. Bagi adik-adik yang masih belajar, disarankan untuk pergi naik sekarang sebab dapat separuh harga. Rasa sedikit ralat juga tetapi bila fikirkan bil...

Apa itu Healing Crisis (Krisis Pemulihan)?

Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/ carian Google (jika gambar dari Google) Masa kita tengah duduk update blog, dia yang tengah baring di tilam sambil hisap botol susu menggamit-gamit tangan arah kita suruh datang pada dia. Maknanya kita kenalah baring sebelah dia. Tabiat anak solehah ini sejak kecil sampai sekarang memang suka pegang dan kutil-kutil mulut kita kalau nak tidur atau semasa hisap susu. Sakit-sakit mulut kita dibuatnya. Kadang-kadang dicubit-cubit mulut kita kalau dia geram. Saya pula jenis bibir kering. Rajin pula siat kuping yang kering tu. Apa lagi, memang luka, berdarah dan sakitlah jadinya. Dah jadi tak cantik rupanya. Siapa suruh malas minum air masak banyak-banyak, kan? Anda tahu tak berapa liter sehari air yang patut kita minum? Kebanyakan sumber yang saya baca menyatakan kita perlu mengambil 1 liter air bagi setiap 25kg berat badan kita. Katakanlah, berat badan saya 53kg. Jadi, setiap hari badan saya perlu dapatkan 2-2.5 liter sehari. Tapi, ini tidak...

Ostematrix bukan sekadar Kalsium

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/carian google (jika gambar dari google) Suami cakap, dia tak pernah terlintas dan terfikir yang dia akan tidur dalam kelambu. Dia hanya terfikirkan kehidupan yang biasa-biasa sahaja. Tidur atas tilam, bantal dan berselimut macam biasa. Tapi, apa-apa pun dia rasa sangat selesa tidur dalam kelambu ni. Kita happy la dengar komen dari dia kan. Kita ni risaukan kesihatan dan keselamatan keluarga. Macam-macam penyakit dan virus yang datang. Baru-baru ini pasal Virus Zika. Lagilah ibu mengandung ni semakin risau. Macam-macam protection yang diusahakan. Ubat nyamuk elektrik dan repellent pun saya da beli sementara nak beli kelambu yang dihajatkan sampai jumpa. Alkisahnya, petang Sabtu minggu lepas saya dan suami tanpa sengaja singgah ke Mr.DIY Bachang. Kami asalnya nak survey tempat gantung baju. Tiba-tiba saya ternampak kelambu khemah ni. Gembira bukan kepalang la hati saya ni. Memang saya dah lama mencari di merata tempat shopping mall sampai ter...

Tentang Shaklee

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/ carian Google (jika gambar dari Google) Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda sedikit sebanyak tentang Shaklee. Mungkin ada yang bertanya; kenapa Shaklee? Kenapa anda memilih Shaklee? Ada apa dengan Shaklee? Ini adalah kerana Shaklee merupakan syarikat tambahan makanan semulajadi No.1 yang ditubuhkan demi menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa. Apa perbezaan Shaklee dengan syarikat makanan tambahan yang lain? Tatkala orang ramai mengamalkan penggunaan plastik dan bahan-bahan sintetik, Shaklee kembali kepada semulajadi. Shaklee menjalankan kajian dan mencari bahan-bahan semulajadi tulen untuk menghasilkan vitamin. Malah, Shaklee telah mencipta ‘vitalized minerals’ (atau kini dikenali sebagai Vitalea) iaitu multivitamin pertama di dunia pada tahun 1915. Shaklee juga antara yang terawal mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi di dunia. Sudah pasti ...

Pengenalan Diri

Imej
Teks : Radhiah Abu Foto : Radhiah Abu/ carian Google (jika gambar dari Google) Alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan ruang dan peluang untuk memperkenalkan diri saya diruangan ini. Terima kasih kepada Encik Abu bin Harun dan Puan Robiah binti Kentar kerana telah bersusah payah menjaga dengan penuh kasih sayang dan membesarkan Radhiah binti Abu yang telah dilahirkan pada 27 November 1988 yang lalu. Terima kasih Allah untuk kurniaan tidak terhingga ini. Saya tidak pernah bersekolah tadika. Saya hanya diajar oleh Mak di rumah dan  kemudian hanya dimasukkan ke darjah satu di Sek. Keb. Peringgit apabila usia 7 tahun. Saya kesal? Tidak. Malah, saya rasa bangga kerana yang tidak sekolah tadika ini masih sama bijak pandai dengan rakan-rakan yang lain. Masa awal-awal persekolahan minggu pertama, dua tiga kali juga saya lari dari sekolah kerana tidak biasa dengan suasana persekolahan. Almaklumlah, kita ni kehidupan dengan keluarga sahaja. Tiba-tiba suasana berubah dengan ke...