Pengalaman mobile spa dengan Youth Skincare
Bismillahirrahmanirrahim. Haiii. Assalamualaikum dan salam sejahtera! Kak Dee doakan anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan hari ini lebih baik dari semalam. Hari ini hari Ahad. Hari yang jadualnya sangat padat dan sangat penat. Mana taknya, inilah hari yang kita ni para ibu sibuk bertungkus lumus siapkan keperluan anak-anak yang bersekolah dan tak lupa juga keperluan diri kita sendiri dan suami. Kebetulan pula minggu ini Aufa ada ujian penilaian untuk sekolah agama. Jam 6.30 petang jugalah kami siap ulangkaji bersama-sama. Bila kita hadap dan bantu anak-anak mengulangkaji ini, sebenarnya dalam tak sedar anak itu gembira sangat. Selesai je ulangkaji tadi, banyak kali dia cakap yang dia sangat gembira sebab dapat ulangkaji bersama Kak Dee. Bila anak gembira, mak pun gembiralah sama kan. Hormon Dopamin iaitu hormone gembira pun dirembeskan. Jadi pesanan Kak Dee untuk para ibu, silalah rembeskan hormone dopamin banyak-banyak supaya nampak awet muda selalu. Tapi, Kak Dee ada be...