Mengandung di kala pandemik?

 Bismillahirrahmanirrahim.

Seminggu dua sebelum Kak Dee dapat vaksin dos pertama, memang Kak Dee sangat sibuk. Cuti yang panjang seakan tiada makna sebab terlalu sibuk uruskan persiapan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi. Lagi pula kita tengah dalam keadaan pandemik ini, mesyuarat secara atas talian adalah pilihan yang terbaik. Jika tidak, bila lagi nak buat? Sampai bila nak tangguh? Kak Dee memang dah tak sabar nak melepaskan jawatan. Hihi.

Sehari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan berlangsung, Kak Dee telah dipanggil untuk menerima suntikan vaksin dos pertama. Sejujurnya Kak Dee agak bimbang juga sebab Kak Dee tak cukup rehat seminggu dua ni.

So, apa perkara yang sepatutnya dan perlu dilakukan sebelum menerima suntikan vaksin?


Sebelum pergi vaksin tu Kak Dee tetap pastikan badan dalam keadaan sihat dan cergas. Tidur, makan vitamin, makan nasi, dan cergaskan diri. Alhamdulillah semuanya ok sampailah Kak Dee rasa tak sedap badan dan rasa mual. Kak Dee tanya En. Google, kesan pengambilan vaksin, memang ada macam yang Kak Dee rasa. 

Tapi lepas 2-3 hari, lain macam pula rasa mual ni. Mual ni sampai tak boleh nak bau busuk, tak boleh bau wangi. Sama macam simptom Kak Dee mengandung sebelum ni. Kak Dee pun check la kalendar. Haha. Tergelak atas kesilapan sendiri. Kak Dee salah tengok tarikh. Sebenarnya Kak Dee dah terlewat datang haid lebih seminggu!

Dan, alhamdulillah. Kak Dee mengandung. Allah beri rezeki anak ni memang pada masa yang tidak disangka-sangka. Kak Dee anggap ini rezeki bertuah. Semoga ada berita yang baik dan menggembirakan bakal diperolehi. Doakan Kak Dee kuat mengharungi fasa mual, tak selesa dan sebagainya di awal mengandung ini. Inilah fasa yang ramai ibu mengandung tak suka tapi kena juga sabar dan redha.

Bila mengandung ni, kenalah ambil makanan tambahan kesihatan. Dan antara vitamin yang terdapat dalam set mengandung ialah :

1. Vitalea - membantu ibu hamil menyerap zat besi dengan baik dan mengelak dari masalah pitam, letih dan lesu.

2. Vitamin C - membantu ibu hamil menguatkan sistem imuniti badan.

3. B Complex - mempunyai fungsi anti-stress. Elakkan stress ketika mengandung kerana ia akan beri kesan kepada bayi yang dikandung.

4. Ostematrix (kini Ostenutrix) - Membekalkan kalsium kepada ibu hamil. Kalsium diperlukan dalam pembentukan tulang janin. Ianya juga berfungsi bagi mengelakkan berlakunya Osteoporosis (tulang rapuh).

5. ESP - membekalkan tenaga supaya ibu hamil bertenaga sepanjang hari.

6. Omega Guard - membantu perkembangan otak janin.

Setiap satunya mempunyai fungsi dan kebaikan tersendiri untuk ibu mengandung. Yang baiknya jika dapat ambil set lengkap sepanjang kehamilan.

Ini antara testimoni dari mereka yang telah mengamalkan Set Hamil Shaklee sepanjang kehamilan :




Jemput dengar perkongsian dari Puan Laila tentang Set Kehamilan Shaklee di sini :




Updated : Alhamdulillah pada 15 Mac 2022 Kak Dee selamat melahirkan bayi lelaki yang sangat comel dan tembam. Dapat seorang hero. Itulah berita gembira yang Allah beri untuk kami sekeluarga. Kini dah berusia setahun.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Set Kehamilan Shaklee atau produk Shaklee yang lain, boleh terus hubungi Kak Dee di talian ini :

Radhiah binti Abu (SID:949172)
012-3473350 @ wasap di sini

Terima kasih 


No comments:

Post a Comment