First thing first, korang kena tahu ada 3 trimester yang
perlu dilalui oleh setiap ibu hamil. :
1.
Trimester 1 :
1-3 bulan kehamilan
2.
Trimester 2 : 3-6 bulan kehamilan
3.
Trimester 3 : 6-9 bulan kehamilan
Ada 5 supplemen penting ibu hamil perlu ambil. Tahu ke apa
dia?
a) ESP
b) Vitamin C
c) Vitalea
d) Ostenutrix
e) B Complex
1.
Yang paling penting ialah B Complex!
Korang pernah dengar tak pasal spina
bifida? Anencephaly?
Tahu tak punca-punca benda ni boleh
terjadi?
Ibu hamil kena aware dengan dua terms ni.
Spina Bifida ni merupakan kecacatan tiub
saraf yang paling kerap berlaku iaitu 1-2 kes dalam 1000 kelahiran di dunia
Spina Bifida ini berlaku sewaktu bayi masih
dalam kandungan lagi. Ianya berlaku bila saraf tunjang tak tertutup sepenuhnya
semasa tumbesaran bayi dalam kandungan. So, bila tempat yang terbuka tu terlalu
besar maka akan menyebabkan sebahagian daripada saraf tunjang bayi terkeluar
dari lubang tersebut.
Antara akibat Spina Bifida ini ialah sukar
kawal pundi kencing (poor bladder control), ada masalah penghadaman, lumpuh
separuh badan/sepenuhnya dan lain-lain..
Anenchephaly pula ialah bayi dilahirkan
dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tak sempurna atau langsung tak
terbentuk. Benda ni betul-betul ada terjadi tau. Korang boleh Google pasal
anenchephaly ini. Kalau korang tengok pun, korang takkan sanggup nak tengok
benda ni terjadi kepada bayi di atas muka bumi ini.
Benda ni terjadi akibat daripada KESAN
KEKURANGAN ASID FOLIK PADA KANDUNGAN
Asid Folik ni Vitamin B9. Semua wanita yang
berumur 14-44 tahun perlukan asid folik terutamanya bagi wanita yang ingin
merancang kehamilan dan juga bagi ibu-ibu yang pernah melahirkan anak dengan
kecacatan saraf tunjang.
Asid folik perlu diambil 400mg setiap hari.
Jika anda merancang untuk hamil, disarankan untuk diambil seawal 3-6 bulan
sebelum merancang untuk hamil. Kalau untuk bakal pengantin baru tu memang
disarankan diambil 3-6 bulan sebelum bernikah sebagai persediaan untuk menerima
kehadiran orang baru yang bakal menjadi penghuni rahim.
Asid folik penting untuk pembentukan saraf
tunjang bayi yang sempurna pada awal kehamilan. Asid folik juga boleh kurangkan
risiko keguguran atau kes-kes bayi lahir tapi tiada nyawa atau bayi pramatang.
Penting sangat asid folik ni bagi ibu
hamil. Setiap apa yang ibu makan memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan.
Pengambilan vitamin atau makanan tambahan ini adalah sebagai salah satu usaha
kita untuk memberikan yang terbaik pada anak di dalam kandungan.
2. Ostenutrix
Waktu penempelan mula berlaku
sahaja, bermula juga kalsium banyak digunakan di otot rahim. Kemudian, bila
bayi mula membesar, bayi akan membentuk tulang. Ketika itu, memang akan tarik
banyak kalsium dari si ibu.
Bila kurang kalsium, apa yang akan
terjadi pada ibu hamil? Tarik mengkarung! Fuh, memang sakit wooo. Kak Dee
memang pernah kena dan selalu terjadi masa hamilkan anak pertama. Ada juga
orang panggil simpul biawak. Dia rasa cramp kat bahagian betis. Memang tak
boleh bergerak dan sakit sangat!
Bila dah kena macam tu, itu
tandanya kalsium tak cukup. Bila dah dapat tanda tu, up dose la Ostenutrix ni.
Kalau boleh, janganlah sampai terkena kan. Barulah best. Lepas dari tu Kak Dee
memang make sure Ostenutrix ni ada saat kehamilan Kak Dee seterusnya. Itu baru untuk
sang emak. Untuk sang bayi pun penting ya kalsium ni.
Waktu ni lah fetal organ nak
membentuk. Nervous system, tulang, muscles. Fetus (bayi) memang bergantung pada
kalsium untuk membesar. Biarlah kita jadi sangat pemurah pada bayi dalam kandungan
kita tu, bagi kalsium banyak-banyak. Tapi kenalah jadi ibu yang pemurah dan
bijak. Jangan jadi pemurah sangat nak bagi anak kalsium sampai menggadaikan
kalsium untuk diri sendiri. Jika kalsium tidak mencukupi, itu yang berlakunya
kalsium dari sang ibu yang akan digunakan untuk pembentukan sang bayi. Biarlah
win-win situation. Anak dan ibu sama-sama cukup kalsium.
Ibu hamil memerlukan 1200mg kalsium
minimum setiap hari. 1300mg lebih baik. Jumlah pengambilan ini boleh terdapat dari sumber vitamin kalsium dan sumber luar yang lain
Soalan : 1 tablet Ostenutrix
Shaklee ada 250 kalsium. Berapa biji Ostenutrix kah yang wanita hamil patut
ambil setiap hari?
Selain itu, nak share pengambilan
kalsium waktu malam akan mengelakkan insomnia (sukar tidur). Dan, ia sangat
membantu meningkatkan kualiti tidur. Ha, ada lagi ni kepentingan Ostenutrix.
Bantu elakkan masalah sembelit! Orang mengandung mudah kena sembelit. Jangan
risau. Ostenutrix ada datang membantu!
3. Vitamin C dan Vitalea
Kenapa Kak Dee letakkan Vitamin C dan
Vitalea bergandingan bersama dalam point nombor 3 ni? Ha, ni sebab dia. Bila
makan zat besi, kita mesti sekurang-kurangnya ada gandingan bersama dengan
Vitamin C.
Sebabnya banyak terjadi, ibu hamil ambil
zat besi tapi tak ambil Vitamin C. Kesudahannya, zat besi itu tak diserap
dengan baik. HB (hemoglobin) tetap rendah dan badan jadi lemah. Kehadiran
Vitamin C semasa pengambilan Multivitamin Vitalea akan membantu penyerapan zat
besi dalam multivitamin itu.
Ramai ibu hamil mengalami masalah HB low
ni.
4. ESP , Energyzing Soy Protein
ESP ni sangat bagus untuk kuatkan
rahim dan kurangkan risiko keguguran.
Protein ESP ni memang membantu pertumbuhan
tisu otot. Bila dia kuatkan otot rahim, Inshaa-Allah kuat dia tolong ‘pegangkan’
baby kat dalam.
Perasan tak, ramai orang salah
faham tentang soya?
Soya ni adalah sejenis kacang yang
mempunyai protein yang tinggi dan kandungan protein dalam soya sama seperti
kita makan ikan! WOW!
Ada macam-macam mitos pasal soya ni
kan. Rugi gila la kalau anda percaya membuta tuli tanpa buat sebarang pencarian
dan pembacaan.
Tahu tak, sebenarnya dalam soya ada
lemak yang baik dan serat juga. Bagus sangat-sangat. Serius guys, kalau anda
ambil sedikit masa untuk buat pembacaan dan kaji betul-betul info pasal soya
ni, kandungan nutrisi kacang soya sama macam ayam, daging dan kambing cuma
ketiga-tiga jenis makanan atau haiwan ni ada sekali lemak tepu dan kolesterol.
Soya ni bagus je. Cuma, kena
pastikan soya tu bukan GMO. Shaklee punya ESP adalah dari non-GMO punya soya.
So, jangan takut dengan kacang soya. When it comes to soy, don’t blame the
bean, blame the processing.
ESP kalau ambil masa mengandung,
kulit anak pun cantik. Kulit mommy pun sama juga cantik. Dan, elok juga untuk masalah
stretch mark kat perut tu.
Ok, habis set hamil untuk trimester
1.
Bila masuk je trimester kedua dan
ketiga, dah boleh add on Omega Guard.
5. Omega Guard
Ia adalah untuk perkembangan otak
bayi kita.
Semasa trimester kedua, lebih
banyak sambungan saraf dan tisu otak terbentuk. Semasa trimester ketiga pula, korteks
selebral mula mengambil alih daripada batang otak, menyediakan bayi anda untuk
pembelajaran masa depan.
So, anda boleh nampak kat sini fokus kepada
pembentukan sel otak dan perkembangan otak bayi yang sihat yang mana ia bermula
sejak trimester kedua. Sekarang dah fahamlah kan, kenapa Omega Guard diambil
sejak trimester kedua bukan dari trimester pertama kan.
Kak Dee ucapkan tahniah kepada
bakal ibu dan ibu yang sedang hamil dan bakal bersalin tak lama lagi. Semoga
perkongsian ini bermanfaat dan membantu memberi kefahaman kepada anda yang
ingin tahu apa yang Set Hamil Shaklee boleh bantu anda sepanjang proses
kehamilan sehingga bersalin nanti.
Jika anda ingin dapatkan Set Hamil
Shaklee ini, boleh dapatkan di sini.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi
Kak Dee terus :
Radhiah binti Abu (SID:949172)
Terima kasih
No comments:
Post a Comment