Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2023

Testimoni buat duit dengan mobile spa

Imej
  Testimoni buat duit dengan mobile spa Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernahkah anda terfikir yang anda tidak lagi perlu mengharapkan hujung bulan untuk dapatkan duit? Selalunya bila nak sampai hujung bulan tu, akan terasa sesak dan ternanti-nanti duit gaji masuk akaun. Kenapa tidak anda gunakan teknik dan kemahiran home and mobile spa untuk mendapatkan pendapatan lebih? Tak mustahil pun. Dah ramai yang dapat pulangan pendapatan sehingga 4 angka sebulan dengan mobile spa ni. Tidak kira secara sepenuh masa atau secara sambilan. Paling tidak pun, dengan pendapatan yang diperolehi dari mobile spa ni boleh juga digunakan untuk membeli apa yang kita idamkan tanpa usik duit gaji. Bagaimanakah untuk mendapatkan ilmu servis home and mobile spa ini? Jom turut serta menghasilkan pendapatan dengan gelombang projek Beauty On The Go (BOTG) ini. Anda tidak tahu cara mengurut wajah? Anda rasa anda tiada kemahiran? Jangan bimbang. Ianya tidak susah sepert...

Pengalaman mobile spa dengan Youth Skincare

Imej
Bismillahirrahmanirrahim. Haiii. Assalamualaikum dan salam sejahtera! Kak Dee doakan anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan hari ini lebih baik dari semalam. Hari ini hari Ahad. Hari yang jadualnya sangat padat dan sangat penat. Mana taknya, inilah hari yang kita ni para ibu sibuk bertungkus lumus siapkan keperluan anak-anak yang bersekolah dan tak lupa juga keperluan diri kita sendiri dan suami. Kebetulan pula minggu ini Aufa ada ujian penilaian untuk sekolah agama. Jam 6.30 petang jugalah kami siap ulangkaji bersama-sama. Bila kita hadap dan bantu anak-anak mengulangkaji ini, sebenarnya dalam tak sedar anak itu gembira sangat. Selesai je ulangkaji tadi, banyak kali dia cakap yang dia sangat gembira sebab dapat ulangkaji bersama Kak Dee. Bila anak gembira, mak pun gembiralah sama kan. Hormon Dopamin iaitu hormone gembira pun dirembeskan. Jadi pesanan Kak Dee untuk para ibu, silalah rembeskan hormone dopamin banyak-banyak supaya nampak awet muda selalu. Tapi, Kak Dee ada be...

Part time job di Malaysia

Imej
Di zaman penuh mencabar ni, tidak akan menjadi satu kepelikan jika setiap orang dewasa di kalangan kita melakukan dua kerja dalam satu masa atau dalam erti kata lain, part time job. Malah, ada juga yang memilih untuk buat lebih dari itu! Melakukan part time job ini boleh jadi ia kerana untuk mencari pendapatan sampingan, memenuhi keperluan kehidupan akibat tekanan, kerana terpaksa kurelakan jua dan juga mungkin juga ada yang melakukannya kerana untuk mengisi masa lapang. Mana satu pilihan anda? Sebagai seorang yang telah lama melakukan part time job ini sejak hampir lapan tahun, Kak Dee memang amat galakkan anda untuk mempunyai part time job juga. Ia sebenarnya amat membantu! Serius Kak Dee cakap. Apatah lagi kalau part time job itu boleh memberikan pendapatan yang lebih dari pendapatan utama anda. Lagilah syok kan? Mungkin apabila suatu hari nanti apabila anda rasa pekerjaan utama anda tidak lagi menggembirakan anda dan menjadikan hari-hari anda kelam dan suram, ketika itu anda ...