Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google)
Alhamdulillah, Sabtu dan Ahad minggu yang baru berlalu ni jadual Aufa dan saya sangat padat. Kali ni kami menghabiskan masa di luar. Jarang-jarang kami dapat beraktiviti seperti ini. Selalunya hujung minggu kami banyak dihabiskan di rumah sahaja. Sehinggakan pagi tadi nak pergi kerja pun dia fikir dia akan ikut sekali. Masa saya salam mak dan abah, iaitu atuk dan neneknya, dia pun sibuk hulurkan tangan nak salam mereka juga! Aufa, Aufa.. Anak yang sangat bijak.
Kalau hari Sabtu kami pergi beriadah di Taman Botanikal Ayer Keroh, hari Ahad pula kami pergi jauh sedikit. Keluar dari Melaka. Jauh pun tak berapa jauh sangatlah, setakat Bangi je pun kan. Hehe.
Semalam, saya berkesempatan membawa Aufa menemani saya untuk menyedut aura positif di Bangi Gateaway. Macam tahu-tahu je si genit ni kita nak bawak dia kan. Awal-awal lagi dah bangun. Mujur ada sahabat yang sudi untuk pergi bersama. Kalau tak, mungkin saya pun tak pergi. Kami bertolak dari rumah sahabat dengan menaiki kereta dia dalam jam 7:30 pagi. Terima kasih buat mak dan abah yang tolong hantarkan saya dan Aufa ke rumah sahabat tersebut. Suami den kerja! Huhu.
Kami sampai di Bangi Gateaway dalam lebih kurang jam 9:30 pagi macam tu. Kami fikirkan kami orang yang paling lewat, rupanya kami yang terawal. Alhamdulillah. Allah permudahkan perjalanan. Aufa pun sangat gembira sepanjang perjalanan.
Banyak perkara dan aktiviti yang dikongsikan dalam sesi 3jam bersama itu. Walau sekejap, tapi bermakna. Lagi bersemangat bila leader doakan kita naik rank kan. Aura positifnya lain macam. Semoga doa itu termakbul hendaknya. Aamiin.
Antara aktiviti yang dijalankan di sana. Pagi ni ada officemate fikirkan saya pergi berfacial sempena birthday saya semalam. Kita iyekan jelah. Hehe. Sekali jalan la tu. Ye dok?
Tengok wajah ceria budak genit tu. Masa ni dah slot akhir. Dah nak habis. Semalam saya memang tak sempat bersarapan langsung. Hanya tumpang biskut budak genit ni je sekeping. Sampai Melaka dari beraktiviti, minta tolong sahabat hantarkan saya ke Mydin MiTC sementara menanti suami datang jemput. Dapatlah bawa Aufa singgah kedai buku. Masa ni tak sempat nak ambil gambar sebab tangan penuh dengan barang dan Aufa.
Jam 6 petang lepas suami jemput, kami singgah makan di Kipmart. Alhamdulillah, lega yang amat dapat menjamah makanan. Masa ni baru rasa kepala lutut dah longgar dan lapar yang amat. Alhamdulillah baby dalam perut sihat walafiat. Maafkan ummi ye sayang sebab tak makan dari pagi.
Balik tu singgah ke rumah mertua. Menyantuni mereka dan solat Maghrib bersama. Usai solat, ayah dan mak mertua berdating dalam mengejar amal kebaikan. So sweet gitu.
Aktiviti terakhir, menghadiri kenduri aqiqah teammate husband. Waktu ni Aufa dah tersangat penat. Masuk je kereta, terus dia tertido dari waktu pergi sampai balik.
Alhamdulillah untuk minggu yang sangat sibuk ini. Tiba-tiba teringat kata-kata "Orang yang sibuk ialah orang yang pandai membahagikan masa dan mencapai masa yang berkualiti". Semoga saya tergolong dalam golongan seperti itu. InsyaAllah, aamiin.
No comments:
Post a Comment