Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wmt. wbt.
Semoga hari ini para
pembaca Kak Dee nampak muda 10 tahun dari sebelumnya. Aamiin.
Geram juga kan bila kita
dengar orang panggil kita ‘kak’, ‘kakak’, apatah lagi ‘acik’. What?? Krik krik
krik. Padahal kita dengan dia nampak sikit lebih kurang je. Nampak sama baya
je. Ataupun, boleh jadi dia lebih tua dari kita!. Eh eh eh. Panas pula hati
kita ni. Tua sangat ke aku ni?
Korang pernah alami
situasi macam ni?
Kalau pernah,
teruskan pembacaan.
Tapi kalau korang
rasa macam ok je dan tak kisah, boleh lah tutup page ni.
Ha, korang yang rasa
macam ghairah nak teruskan pembacaan ni, apa kata korang cek dulu pemakanan
korang. Manalah tahu kot-kot korang ada makan makanan yang memusnahkan kolagen
dalam badan korang.
Jom la semak
bersama-sama :
1. GULA PUTIH
Ia bukanlah berita
yang seronok untuk korang yang penggemar makanan dan minuman yang manis. Tapi,
itulah kenyataan yang harus dihadapi.
Gula ialah musuh
nombor satu kerana ia boleh menyebabkan kulit kurang elastin dan musnahkan
kolagen. Kolagen dan elastin ni bertanggungjawab untuk memastikan kulit kita
lembut, licin, anjal dan gebu.
Kalau korang suka
makan dan minum minuman yang manis, pencuci mulut, kek dan apa sahaja makanan
dan minuman viral kat luar sana, korang dinasihatkan untuk tukarkan ia kepada
sumber gula semulajadi seperti buah-buahan segar atau dark chocolate (lebih
70%) kerana dark chocolate boleh mengurangkan korang mengidam manis.
2. KARBO RINGKAS
Makanan yang telah
diproses seperti nasi putih, roti, pasta, air kotak, air tin, aiskrim, segala
jenis biskut, kek, bijirin sarapan pagi, coklat serta gula-gula akan bertukar
menjadi glukosa dan ia adalah gula. Badan tidak perlu cerna dan hadam molekul
tu dan ia terus serap ke dalam darah. Ini akan menyebabkan gula dalam darah
meningkat dan sekaligus menyerang kolagen pada kulit kita.
Apa sahaja yang
memusnahkan kolagen akan menyebabkan kulit menjadi kurang anjal, garis halus
cepat muncul dan cepat berkedut!
3. PRODUK TENUSU
Produk tenusu seperti
susu lembu mengandungi “artificial growth hormones” yang mana bila kita minum
akan mempengaruhi kadar hormon dan insulin. Ini boleh menyebabkan kerengsaan
kulit & menghasilkan sebum berlebihan. Jika korang penggemar susu pastikan korang tidak mengambil dengan berlebihan.
4. KAFIEN
Anda penggemar kopi
dan mesti nak kena ambil kafein setiap pagi? Mesti terkejut dengan point ni
kan. Minuman berkafein menyebabkan diuretic yang mana menyebabkan badan
dehidrasi. Kulit yang kurang air akan mudah kurang anjal dan berkedut lebih cepat!
Namun usah terlalu bimbang kerana ada juga kajian mengatakan biji kopi juga mengandungi polifenol yang menyebabkan awet muda. Fuh, lega sikit, kan?
Untuk dapatkan manfaat polifenol dari biji kopi dan mengelak dehidrasi, minum air kosong yang banyak selepas minum kopi dan elakkan kopi anda ditambah gula, susu pekat atau krimer! Pastikan anda minum kopi asli ya!
5. MAKANAN TERPROSES
Elakkan makanan yang
terproses jika anda ingin dapatkan kulit yang cantik. Makanan terproses jarang
mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh kulit tetapi selalunya terlebih gula,
garam, perasa, perisa tiruan dan kandungan yang kadang-kadang kita sendiri nak
sebut pun payah.
Kandungan bahan-bahan ini akan menaikkan gula dalam darah, menyebabkan penghasilan sebum berlebihan, menyebabkan pori-pori tersumbat, musnahkan kolagen juga menyebabkan penuaan berlaku lebih cepat dari usia!
Garam yang berlebihan juga menyebahkan dehidrasi yang menjadikan kulit makin cepat berkedut!
So, macamana?
Bila kita lihat senarai
di atas, agaknya mampu atau tidak kita nak elakkan semua benda ni? Jika tak
mampu, sekurang-kurangnya elakkanlah 1-2 perkara. Contohnya gula putih dan
makanan terproses. Kalau anda perhatikan pun, sebenarnya senarai di atas sangat
berkait rapat dengan gula, kan?Selain itu, amalkan
juga supplemen kolagen untuk menjaga kulit kita agar sentiasa anjal dan elakkan
penuaan sebelum waktunya. Nak tahu kolagen terbaik dan tips bagaimana memilih
kolagen yang baik? Teruskan pembacaan di entry seterusnya ya J
No comments:
Post a Comment