Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2023

5 Makanan Yang Musnahkan Kolagen & Cara Lindungi Kulit Secara Semula Jadi

Imej
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wmt. wbt. Semoga hari ini para pembaca Kak Dee nampak muda 10 tahun dari sebelumnya. Aamiin. Geram juga kan bila kita dengar orang panggil kita ‘kak’, ‘kakak’, apatah lagi ‘acik’. What?? Krik krik krik. Padahal kita dengan dia nampak sikit lebih kurang je. Nampak sama baya je. Ataupun, boleh jadi dia lebih tua dari kita!. Eh eh eh. Panas pula hati kita ni. Tua sangat ke aku ni? Korang pernah alami situasi macam ni? Kalau pernah, teruskan pembacaan. Tapi kalau korang rasa macam ok je dan tak kisah, tetap juga kena teruskan pembacaan. Mana tahu ada benda yang baik untuk anda. Ha, korang yang rasa macam ghairah nak teruskan pembacaan ni, apa kata korang cek dulu pemakanan korang. Manalah tahu kot-kot korang ada makan makanan yang memusnahkan kolagen dalam badan korang. Jom la semak bersama-sama   : 1. GULA PUTIH Ia bukanlah berita yang seronok untuk korang yang penggemar makanan dan minuman yang manis. Tapi, itulah kenyataan yang harus dihadap...