Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

KELAS FACIAL TERKINI DI BAWAH TEAM BOTG 2022

Imej
  Bismillahirrahmanirrahim. Perempuan dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Sebut sahaja cantik, maka macam-macam definisi yang akan muncul difikiran masing-masing. Ada yang rasa cantik itu melalui muka yang cantik, potongan badan persis model, budi bahasa yang cantik, tutur kata yang sopan. Apa sahajalah yang cantik di hati dan mata kita. Maka dengan itu, projek Beauty On The Go (BOTG) ini iaitu bisnes spa bergerak tanpa kedai diwujudkan untuk membantu para wanita tampil cantik, berkeyakinan, sihat luar dan dalam, disamping dapat menjana pendapatan. Ia adalah salah satu projek untuk memperkasakan kaum wanita. Kursus facial spa terkini yang ditawarkan oleh projek BOTG ini hanya berharga RM1,999 sahaja dimana ianya adalah kursus spa termurah dipasaran. Kenapa Kak Dee kata murah? Kerana kelas diluar sana anda perlu keluarkan modal yang lebih daripada ini. Percayalah! Kalau anda ambil kursus diluar sana, anda perlu keluarkan modal yang berlainan untuk semua yang bakal anda dapat...

Bestnya jadi Alumni Team Mobile Spa BOTG

Imej
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Asbab Mobile Spa BOTG ni, maka kembali aktif semula blog Kak Dee ni. Actually, Kak Dee baru je lepas refresh ilmu kemahiran facial Kak Dee dengan salah seorang trainer BOTG. BOTG ni adalah singkatan untuk projek Beauty On The Go yang telah diberi nafas baru dimana pada tahun 2015 ia bermula dengan nama TWB (The Walking Beauty). Pada masa itu, projek The Walking Beauty (TWB) hanya memfokuskan kepada aktiviti spa tapi kini ia tampil dengan pakej mekap sekali. Maka, wujudlah projek Beauty On The Go (BOTG). Ni gambar masa Kak Dee lepas tamat sesi latihan tahun 2015 Ni gambar masa Kak Dee upgrade ilmu spa tahun 2018 Dan ini adalah gambar yang terkini pada 24 September 2022 Dengan itu, secara rasminya Kak Dee ialah salah seorang Alumni Team Mobile Spa BOTG. Apa yang best sangat dengan projek BOTG ni sampai Kak Dee banyak kali menjalani sesi latihan ni? Meh Kak Dee senaraikan apa yang specialnya training di bawah BOTG?    ...

Selamat Tahun Baru 2022

 Bismillah. Assalamualaikum. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Allah masih beri peluang dan ruang, panjangkan umur sehingga ke saat ini untuk bertaubat dan beribadat kepada-NYA. Sinonim dengan tahun baru ni mesti setiap orang ada azam baru kan? Azam tahun lepas da tercapai ke belum? Kalau dah, ucap Alhamdulillah. Kalau belum, kita bermula semula dan fokus pada hari-hari dan saat-saat yang bakal mendatang. Adalah yang terbaik kalau azam ini kita perbaiki setiap masa, bukan tunggu tahun baru je. Pagi ni Kak Dee bangun dengan mood nak menyayangi dan menghargai diri sendiri. Makanya, Kak Dee basuh rambut dengan menggunakan Set Rambut Prosante Shaklee. Bermula dari syampu, perapi sehinggalah serumnya. Kemudian penjagaan wajah pula menggunakan Set Youth Shaklee. Pencuci muka, toner, pelembap. Rasa segar dan mood lain macam hari ini. Rambut dan muka pun rasa lembut semacam. Rasa macam dilahirkan semula. Echewah. Hiperbola sangat kan. Tapi serius, memang best guna dua set ni. Rasa rambut...