Percutian singkat keluarga kecil kami

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google)

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam saya dan suami ambil cuti separuh hari untuk selesaikan beberapa perkara memandangkan kami ni jarang cuti. Lagi-lagi suami yang bekerja shift hanya bercuti 1.5 hari dalam sebulan. Saya normal shift so dapatlah juga spend time Sabtu Ahad dengan keluarga dan anak.

Oleh kerana urusan dapat diselesaikan dengan segera, kami merancang percutian singkat buat keluarga kecil kami. Sampai rumah, siapkan pakaian Aufa dan berangkat menemani suami beriadah bermain badminton bersama rakan-rakannya.

Aufa sedang berlatih dengan Coach Mohd Sofwan

Selesai mengeluarkan peluh, kami tak tahu nak menghala tuju ke mana. Maklumlah, masing-masing bukan kaki jalan. Kalau pergi pun tempat yang sama je. Jadi tak tahu mana tempat yang menarik nak di"explore". Padahal sentiasa teringin nak bercuti. Inilah akibatnya bila asyik kerja je. Mati kutu dibuatnya!

Akhirnya kami menuju ke Dataran 1 Malaysia Klebang. Kat sana ada kawasan air pancut dan perkhidmatan sewa basikal, kereta control dan motor kecil. Apa lagi, teruja benarlah anak dara nan sorang ni nak naik kereta control tu. Mula-mula konon takut, selepas 5 minit berlalu dan dia semakin berani, da habis masa pun taknak turun! Garu kepala mak pak dia. Huhu.

Kalau anda nak sewa segala kenderaan yang ditawarkan di sini, anda perlu survey harga terlebih dahulu. Kami dapat sewa kereta control untuk 20 minit RM10. Ada owner yang sewakan pada kadar 10 minit RM10. Tapi mak saya cakap, dia pernah pergi sebelum saya dan suami, dapat sewa pada kadar 30 minit RM10. Jadi, rajin-rajinlah survey keliling dataran tu sebelum buat keputusan untuk menyewa kerana setiap longgokan kereta, basikal dan motor yang dipamerkan mempunyai tuan yang berbeza-beza. Kira nasib saya masih baik dapat sewa 20 minit dengan harga RM10 daripada terkena yang 10 minit sahaja,kan.


Nampak je muka macam tak berperasaan tapi sebenarnya taknak turun!

Akhirnya, kami tambah lagi RM10 untuk Aufa naik kereta control tu lagi 20 minit. Lepas tu, cepat-cepat ca.alif.BOT! Cabut.. hehe.. Selepas tu kami check in hotel budget. Dengan cara ni dapatlah bayangkan yang kita ni konon-konon dalam mood percutian walaupun singkat dan sekejap. Mungkin ada yang tertanya, tak rugi ke? Bagi kami, sesekali patut lakukan begini memandangkan kerja suami dan saya yang cutinya tidak berapa menentu. Mungkin lain kali, kita boleh rancang percutian yang lebih jauh dan lebih seronok.

Apa pun, kami gembira dapat bonding time and spend quality time together. Mana tahu lepas ni dapat pakej percutiaan tajaan Shaklee ke. Doakanlah ya!


No comments:

Post a Comment