7 cara terbaik mengurangkan stress dengan BERKESAN

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/carian Google (jika gambar dari Google)


Dengan keadaan hidup zaman sekarang ni, setiap kita tidak akan lari dari berhadapan dengan tekanan hidup. Tidak kira stress dari segi masalah pembelajaran, persekitaran, keluarga, hutang piutang, pekerjaan dan sebagainya.

Namun, bagaimana cara kita menguruskan tekanan yang dihadapi agar kita tetap rasional dan tidak hilang pedoman dalam menangani masalah stress ini? Di sini saya sertakan 7 cadangan dan cara terbaik untuk tangani stress dengan berkesan.

1. Bersenam

Ketika bersenam, endorfin akan dilepaskan dan sekaligus melancarkan peredaran darah. Anda boleh pilih senaman atau aktiviti riadah yang anda suka. Lakukan senaman tiga kali seminggu.

Secara tidak langsung, dengan bersenam anda akan lebih tenang dan fikiran lebih lega. Ia juga membantu anda mencari ilham dan seterusnya masalah akan dapat diselesaikan dengan lebih baik kerana fikiran lebih relax.

2. Tidur

Kurangkan stress dengan tidur. Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap amat memainkan peranan penting dalam mengimbangi emosi dalam kehidupan seharian.

Tidur yang cukup akan mengecas tenaga dan mengekalkan kestabilan emosi kita. Ia juga menjadikan kita lebih optimis dan segar.

Bagi yang beragama Islam, agama menggalakkan untuk kita amalkan Qailullah, iaitu tidur sebelum waktu Zohor dalam beberapa minit untuk memberi kesegaran dan mudah untuk tahajjud pada waktu malam. 1 minit Qailullah bersamaan 45 minit tidur waktu malam.

Jadi, jika anda berQailullah selama 15 minit sekalipun, ia akan meliputi jumlah kualiti tidur malam anda. Nikmatnya kebesaran Allah.

3. Eratkan hubungan dengan keluarga dan teman

Letak sebentar masalah yang dihadapi ditepi sebentar dan nikmati kegembiraan! Kadang-kadang ahli keluarga atau teman tidak tahu pun masalah yang dihadapi. But, take it easy and enjoy yourself!

Jika ibubapa duduk berjauhan, telefonlah mereka. Tiada yang lebih menenangkan selain mendengar suara keramat mereka. Dengan berkongsi cerita dan masalah dengan mereka akan membuatkan hati kita lebih tenang dan bahagia kerana di dalam kata-kata mereka, terselit nasihat dan doa buat kita.

4. Membaca dan membaca Al-Quran

Mulakan harimu dengan membaca Al-Quran. Nescaya perjalanan hidup yang dilalui sepanjang hari lebih mudah dan tenang. Bagi kaum wanita yang tidak mampu untuk membaca Al-Quran kerana sebab yang tidak dapat dielakkan, boleh lazimi diri dengan berzikir dan mendengar alunan Al-Quran.

Dengan mendengarkan alunan Al-Quran sekalipun, sama pahalanya seperti orang yang membaca. Hanya dengan mengingati Allah, hati kita kan menjadi tenang. InsyaAllah.

5. Lakukan perkara yang diminati

Nikmati perkara yang anda minati. Contohnya, melukis. Selalunya orang yang suka melukis akan tenggelam dalam dunia lukisannya. Jadi, cari sesuatu yang anda suka dan minat. Kemudian, ENJOY IT!

Tapi, pastikan perkara tersebut bermanfaat dan tidak tersasar dari landasan syariat.

6. Bersiar-siar dan menikmati ciptaan Allah

Langkah keluar dan lihatlah betapa indahnya alam ciptaan Allah. Berkelah atau duduk di tepian pantai menikmati keindahan ombak dan laut.

Boleh juga bercuti selama beberapa hari untuk menikmati percutian yang lebih panjang. Reward yourself!

7. Pengambilan supplemen secara konsisten

Pastikan pemakanan anda sihat dan minum air masak yang cukup untuk memastikan minda anda cergas dan sistem dalaman anda bekerja dengan baik.

Amalkan B complex dan Ostematrix untuk menjalani rutin harian yang lebih sihat dan ceria. Jom kita lihat apa yang B Complex dan Ostematrix boleh bantu untuk tangani masalah stress.

Ostematrix membantu meringankan stress : mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

B Complex membantu untuk melawan tekanan : memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

Untuk dapatkan vitamin Anti-Stress ini dan sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh terus hubungi saya :


No comments:

Post a Comment