Pages

POWER PUMPING UNTUK MENINGKATKAN SUSU

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google)

Tengahari ni Kak Dee just nak share teknik yang simple je untuk tingkatkan penghasilan susu. Ada mommies yang risau susu makin merudum kan. Ni salah satu teknik yang sangat-sangat popular akan disuggestkan oleh ibu yang berpengalaman.

Ingat yaaaa. Power pumping ni teknik nak banyakkan susu. So, kalau kita buat power pumping tapi kalau jadual mengepam ke laut, memang harapan la nak susu banyak. Kena faham dan pasakkan dalam minda konsep demand vs supply elok-elok. Okies?

Power pumping ni adalah cara untuk wujudkan lebih demand pada badan dengan cara seakan hisapan baby yang kejap menyusu, berhenti, menyusu balik, tertido, hisap balik. Haaa camtulah lebih kurang. Dengan cara ni, signal akan dihantar ke otak yang kita perlukan susu lebih so badan akan process dan produce susu lebih banyak untuk memenuhi demand baby.

Power pumping ni perlu di buat banyak kali untuk dapatkan hasil yang memuaskan. Bila nak buat? Masanya bergantung pada mommies sendiri bila free. Seeloknya disuggestkan buat awal pagi sebab waktu tu katanya susu tengah banyak dan baby pulak tengah tidur. So, kita rileks sikitlah. Takdelah baru nak buat power pumping, baby pulak nangis. Dah terbantut tengah jalan, kan?

Cara buat power pumping :

1. Single pumping : Pam kanan 10 minit, then tukar kiri 10 minit. Pam semula belah kanan 10 minit, tukar kiri pulak 10 minit dan camtulah berselang seli sampai cukup 1 jam.

2. Double pumping : Pam serentak kiri dan kanan 10 minit dan rehat 10 minit, sambung semula 10 minit dan camtulah sambung dan rehat sampai cukup 1 jam.

Ada je cara masa yang lain. Tapi Kak Dee rasa ni cara yang lebih mudah kot. Sebab kita punya concern ialah nak merangsang penghasilan susu nak bagi banyakkan susu. Selamat ber'breastfeeding' mommies! 

Just a simple reminder : Sediakan air masak suam dan minum sebelum dan selepas mengepam.

Bagi mommies yang berminat nak dapatkan milkbooster yang best dari Kak Dee, boleh dapatkan Set Lengkap Menyusu Shaklee dari Kak Dee. Just contact Kak Dee 012-3473350 untuk pertanyaan lanjut dan konsultasi percuma.

With lots of love,
Kak Dee
Pengedar Sah Shaklee.

No comments:

Post a Comment