Foto : Radhiah Abu/Google (jika foto dari Google)
Assalamualaikum semua.
Entri kali ni untuk mommies yang bakal melahirkan baby. Mesti rasa dup dap dup dap kan.
Apalah nasib kita agaknya. Setiap orang pengalaman bersalin dia berbeza. Tapi, tanda-tanda nak bersalin sama. So, hari ni Kak Dee nak share tanda-tanda yang mommies bakal melahirkan bayi yang dinanti tak lama lagi.
TANDA-TANDA NAK BERSALIN
i) Lendir bercampur darah
Lendir bercampur darah disebabkan sumbatan yang tebal pada mulut rahim terlepas sehingga menyebabkan terkeluarnya lendir yang berwarna kemerah-merahan kerana bercampur dengan darah.
Pengalaman bersalin kedua Kak Dee kena tanda bersalin yang ni. Masa tu Kak Dee konfius samada memang betul nak bersalin atau hanya tanda awal sahaja sebab :
- Pengeluaran lendir dan darah akan terjadi beberapa hari sebelum bersalin. Jadi, mommies kena tunggu sampai mendapat kontraksi yang teratur atau air ketuban pecah sebelum kita ke hospital.
Masa tu pulak kedudukan perut Kak Dee masih belum turun ke bawah. Masa keluar tanda tu dalam awal pagi. Kak Dee pun sambung tidur balik tapi bila Subuh tu Kak Dee rasa kontraksi lagi. Dan kontraksi dia semakin kerap. Kak Dee pun prepare barang-barang gerak ke hospital.
Sampai kat hospital pun Kak Dee tak terus daftar ke labour room. Kak Dee jenjalan bebanyak dulu kat kawasan hospital tu. Bila dah betul-betul rasa kontraksi yang kuat baru Kak Dee daftar masuk.
Ingat! Mommies kena call doktor segera kalau pendarahan berlaku terlampau banyak.
ii) Air ketuban pecah
Kantung yang mengelilingi bayi pecah sehingga menyebabkan air ketuban terkeluar (air ketuban takde bau, jernih dan bersih)
Pengalaman bersalin anak yang pertama Kak Dee dapat petanda ni. Kak Dee bangun pagi tengok ada air keluar warna dia macam kecoklatan. Kak Dee kejut suami cakap macam dah keluar tanda. At the same time Kak Dee konfius gak. Kak Dee kencing ke ape? Haha
Dia keluar sikit-sikit dan tak dapat ditahan-tahan. Cepat-cepat siap pergi hospital sebab warna dia bukan jernih. Kak Dee takut baby dah terberak dalam tu. Tapi Kak Dee rasa itu air ketuban bercampur dengan darah sebab warna dia bukan kehijauan macam orang selalu cerita. Papehal, kena segera ke hospital. Itu yang paling penting.
- Ingat! segera ke hospital segera sebab ianya menunjukkan waktu bersalin mommies semakin hampir
- Kalau masih tak rasa sebarang kontraksi, kena jugak ke hospital sebab takut baby kena jangkitan
- Dalam perjalanan, guna tuala wanita supaya dapat serap air ketuban kita
iii) Kontraksi yang teratur
Ada orang, dia tak rasa petanda yang jelas macam dua kat atas tu. Dia hanya akan rasa kontraksi yang pada awalnya hanya sebentar tapi lama-kelamaan akan bertambah lama dan semakin kuat. Rasa sakit tak hilang. Kali ni bukan kontraksi tipu @ Braxton Hick. Ini betul-betul punya kontraksi. Bukan cubaan lagi ya.
- Mula untuk menghitung bila anda rasa kontraksi yang semakin nampak teratur
- Catat waktu selang antara kontraksi dan tempoh masa kontraksi berlaku
- Kelahiran hanya akan terjadi bila kontraksi semakin dekat iaitu 40 saat antara satu sama lain
- Bersalin kali pertama akan mengambil masa 12-14 jam so mommies disarankan tunggu je kat rumah sambil kira selang masa kontraksi. Jadi, mommies boleh kumpul tenaga sementara nak tunggu waktu bersalin nanti
- So, bila kontraksi tu berlaku selang 5 minit sekali dan dah sakit sangat, barulah ke hospital.
Kesakitan bersalin ialah perkara yang tak dapat nak elakkan. Tak kesahlah anak tu besar atau kecik, sakit bersalin tu tetap sama sakitnya. Sakit bersalin tu satu, yang berbeza ialah cara kita bersalin tu samada induced (paksa), normal melalui rongga punggung ataupun secara pembedahan.
Berjuta-juta mommies yang dah melalui proses bersalin ni dan ada yang berkali-kali. Alhamdulillah mereka selamat. Kalau ada pun yang meninggal, sangat sedikit dan Allah dah janjikan mereka tergolong dalam syahid kecil bagi yang Muslim. Kita sebagai orang Islam perlu anggap kesakitan tu sebagai kafarah penghapus dosa-dosa kita.
Camana nak kurangkan rasa sakit bersalin dan lancarkan proses bersalin tu?
- Yakin dengan kemampuan diri sendiri.
- Yakin dan bertawakkal kepada Allah.
- Bersedia dengan mental bahawa kita mampu untuk menghadapi segala kesakitan disamping berdoa kepada Allah.
- Jaga kesihatan. Elakkan dari demam, selsema atau batuk.
- Sentiasa bersenam atau banyakkan berjalan untuk memudahkan laluan bersalin tu terbuka.
- Tambah ilmu sebagai persediaan dan menambah keyakinan diri.
- Ikuti kelas antenatal yang dianjurkan.
- Sokongan moral dari suami. Kongsi segala ilmu yang diperolehi agar suami pun bersedia sama dan tahu apa yang perlu dilakukan.
- Tenangkan diri.
- Amalkan teknik pernafasan yang betul.
- Ubat penahan sakit. Masa Kak Dee bersalin anak yang pertama tu, nurse ada offer nak bagi ubat penahan sakit. Biasanya diorang akan offer ubat penahan sakit yang tak heavy. Dia offer gas. Kak Dee ok kan je tapi tak rasa kurang pun sakitnya. Huhu. So, untuk anak kedua Kak Dee tak ambil pun. Dia ada macam-macam jenis dan setiap satunya ada kesan yang berbeza.
- Suntikan Pethidine :
- Mommies akan rasa mengantuk
- Meresap melalui uri dan buatkan bayi turut mengantuk apabila lahir
- Sedutan Entonox (Kak Dee ambil yang ni)
- Gas dan air
- Epidural (suntikan pada saraf tunjang belakang)
- Menyebabkan penurunan tekanan darah, ia berbahaya kepada baby.
- Mungkin akan mengalami sakit pinggang atau tulang belakang selepas bersalin
- Risiko kelahiran secara forsep atau sedutan vakum
- Risiko pembedahan kecil
- TENS (satu alat kecil atau generator arus yang dilekatkan di belakang kulit)
- Tiada kesan negatif kepada bayi
- Kesakitan tidak hilang sepenuhnya
Mommies dinasihatkan untuk dapatkan nasihat doktor untuk pemilihan ubat penahan sakit yang mana. Kak Dee cadangkan mommies ambil Ostematrix Shaklee. Sebab dalam Ostematrix ada Magnesium yang membantu mengecutkan rahim untuk keluarkan baby. Ia juga membantu mengelakkan masalah kekurangan darah semasa bersalin. Magnesium yang mencukupi membantu mengurangkan rasa sakit cotraction.
Nak dapatkan Ostematrix? Boleh contact Kak Dee 012-3473350.
Selamat bersalin mommies :)
No comments:
Post a Comment