Bismillah. Assalamualaikum.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Allah masih beri peluang dan ruang, panjangkan umur sehingga ke saat ini untuk bertaubat dan beribadat kepada-NYA.
Sinonim dengan tahun baru ni mesti setiap orang ada azam baru kan?
Azam tahun lepas da tercapai ke belum? Kalau dah, ucap Alhamdulillah. Kalau belum, kita bermula semula dan fokus pada hari-hari dan saat-saat yang bakal mendatang. Adalah yang terbaik kalau azam ini kita perbaiki setiap masa, bukan tunggu tahun baru je.
Pagi ni Kak Dee bangun dengan mood nak menyayangi dan menghargai diri sendiri. Makanya, Kak Dee basuh rambut dengan menggunakan Set Rambut Prosante Shaklee. Bermula dari syampu, perapi sehinggalah serumnya. Kemudian penjagaan wajah pula menggunakan Set Youth Shaklee. Pencuci muka, toner, pelembap. Rasa segar dan mood lain macam hari ini.
Rambut dan muka pun rasa lembut semacam. Rasa macam dilahirkan semula. Echewah. Hiperbola sangat kan. Tapi serius, memang best guna dua set ni. Rasa rambut dan muka lebih lembut dan berseri. Aura dan perasaan tu pun rasa lain macam je.
Dengan bauan lemon dari set penjagaan rambut, dan set penjagaan muka yang ada mengandungi anggur muscadine yang sangat premium, memang rasa diri bagai disayang-sayang pula. Bila kita rasa nak sayang diri dah tentulah kita akan berikan yang terbaik dan gunakan barang yang terbaik untuk diri kita kan?
Dah siap mandi semua, Kak Dee ambil pula ResV untuk penjagaan sel yang sihat. Badan yang sihat bermula dari sel yang sihat. Kerana komponen terkecil dalam badan kita kan bermula dari sel. Dari sel la terjadinya diri kita ini, seorang Radhiah. Seorang Minah. Seorang Ali. So, harus sayang diri sendiri dan berikan yang terbaik untuk diri sendiri.
Sebentar lagi, Kak Dee akan bancuh ESP pula untuk melengkapkan pengambilan protein setiap hari. Sebenarnya lately ni Kak Dee suka bancuh ESP bersama Life Shake Elderberry. Rasa sedap sangat! Serius. Korang pernah minum air susu yogurt perisa berry? Camtulah rasa dia. Yang ni versi sihat dan berkhasiat.
Sangat bagus di kala pandemik ini sebab Life Shake Elderberry ni mengandungi buah Elderberry yang mana buah ni secara tradisinya sangat bagus untuk ketahanan badan. Ingat ya. Kita kena pastikan yang kita bagi makan makanan yang sihat pada sel dalam badan kita. Bukan hanya sedap di anak tekak dan perut kita semata. So, untuk permulaan tahun baru ni Kak Dee mulakan dengan mukadimah ni jela dulu.
Lagipun dah lama sangat tak menulis. Dah alang-alang kita bermula, kita bagi intro la dulu. Nanti Kak Dee share lagi ya. Kak Dee berazam nak memberi info yang baik dan berkongsi perkara yang baik-baik untuk rujukan, panduan dan pengetahuan semua. Semoga ada keberkatan dan beroleh kebaikan dari perkongsian di sini. Inshaa-Allah.
Terima kasih atas luangan masa yang kalian berikan.
Selamat Tahun Baru dan selamat menjadi insan yang lebih baik setiap masa dan saat! Sentiasa dalam redha Allah. Aamiin.
Wassalam,
Radhiah binti Abu
No comments:
Post a Comment