Teks : Radhiah Abu
Ramai juga ibu-ibu yang baru lepas bersalin dok tertunggu-tunggu bila agaknya dia akan datang haid atau period semula lepas bersalin. Ada juga yang risau kot la dia mengandung lagi ke? Hehe.
Rileks mommies. Kak Dee dulu pun risau juga sebab bila Kak Dee tanya pengalaman mak Kak Dee, dia period semula dalam jangkamasa yang sekejap lepas nifas berakhir. Tapi Kak Dee pulak, sampai 7 bulan baru period semula. Kawan Kak Dee pula sampai sekarang, dah 5 tahun tak period sejak lahirkan anak pertama. Lama,kan?
Yang kawan Kak Dee ni kes lain. Dia mengandung, bersalin, menyusukan bayi sehingga 9 bulan then dapat tahu mengandung semula anak yang kedua. Then dia pregnant kali kedua, bersalin dan menyusukan. Dan, dia juga pakai implan untuk jarakkan kehamilan. Jadi, itu salah satu faktornya dia tak period selama 5 tahun. Dia kira jangkamasa tu since dia pregnant anak yang first. Bila pregnant kan tak period. Kalau yang period dan mengandung tu, kes-kes terpencil.
So, bila sebenarnya kita akan period semula lepas bersalin? Jawapannya : bergantung
Kalau mommies jenis menyusukan anak semata-mata tanpa campur susu formula, ia boleh melambatkan tempoh haid mommies sampai satu tahun. Lagi lama kita susukan anak kita, lagi lama tempoh untuk datang haid. Kebiasaannya sampai 6 bulan.
Tapi, mommies kena ingat. Haid boleh datang menjengah bila-bila masa. Bila haid datang, mommies mungkin akan mengalami penurunan bekalan susu untuk sementara akibat perubahan hormon yang berlaku. Rasa susu juga mungkin akan berubah sikit.
Untuk mommies tak susukan bayi, mungkin haid boleh datang dalam tempoh tiga hingga sepuluh minggu lepas bersalin.
Ada juga mommies yang menganggap bila dia susukan anak, dia akan bebas dari mengandung dalam tempoh tu. Tak jugak sebenarnya. Macam contoh cerita kawan Kak Dee awal-awal tadi. Dia pregnant masa masih fully breastfeed anak dia. Dan, dia tak datang haid pun.
Kaedah ni hanya 98% je berkesan kalau kita guna dengan cara yang betul. Dia bergantung pada berapa kerap dan berapa lama anak kita menyusu setiap kali. Maybe kawan Kak Dee ni tergolong dalam golongan 2% kot. Hehe
Dan, badan kita akan keluarkan telur kira-kira 2 minggu sebelum haid kita datang. Jadi, kalau mommies rasa sangat yakin untuk gunakan kaedah penyusuan untuk menjarakkan kehamilan, mommies kena selalu berhati-hati setiap kali bersama dengan suami lepas bersalin. Kalau rasa tak yakin, boleh ambil perancang seperti yang dicadangkan oleh nurse dan doktor di klinik atau hospital.
Ingat! Mommies boleh mengandung lagi walaupun masih menyusukan bayi. 😁
Happy breastfeeding mommies.
Kalau nak dapatkan konsultasi untuk tambahkan susu atau tentang penyusuan, boleh contact Kak Dee 012-3473350.
With lot of luv,
Kak Dee 😘
No comments:
Post a Comment