Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google)
Kak Dee selalu jugak tertanya-tanya kenapa Husna najisnya berwarna hijau kekuningan kadang-kadang. Korang ada tak menghadapi kemusykilan yang sama? Baru Kak Dee tahu sebenarnya yang warna hijau tu disebabkan cara penyusuan kita yang tak betul. Baby hanya minum susu yang bahagian depan je iaitu foremilk. Dia tak hisap sampai habis atau sampai mencapai susu bahagian belakang yang lebih pekat iaitu hindmilk. Dan, ia salah satu sebab baby cepat lapar. Yelah, cuba bayangkan kita hanya dapat minum air je, tak dapat makan nasi. Mestilah cepat lapar kan? Macam tu jugak baby.
Meh Kak Dee share sikit cara nak tahu kesihatan baby melalui najis.
🌼 Kuning
Warna ni normal kalau baby tu dapat susu dari ibunya semata-mata, tanpa campuran dengan susu formula. Ni sebab baby dapat susu dari foremilk (susu bahagian hadapan payudara) dan hindmilk (susu dari payudara belakang ibu)
🍀 Hijau
Masih dalam kategori normal tapi kalau masih lagi berterusan ia menunjukkan yang ibu tidak menyusukan bayi dengan cara yang betul sebab baby hanya hisap foremilk sahaja. Ni disebabkan susu melimpah disebabkan bayi kerap menghisap susu bahagian hadapan dulu yang mempunyai kandungan gula dan laktosa tapi rendah lemak. Sebab tulah baby akan cepat lapar semula. Susu hindmilk (susu bahagian belakang hanya akan dapat dihisap lepas susu foremilk habis. Susu hindmilk tu la yang akan menjadikan najis baby berwarna kuning.
🍎 Merah
Ini mungkin disebabkan ada titisan darah bersama najis. Darah ni mungkin berpunca dari bayi tu sendiri atau ibunya yang terhisap semasa proses bersalin. Kalau benda tu berlaku, najis baby akan berwarna hitam yang akan keluar semasa sehari atau dua hari selepas dilahirkan. Tapi andai kata ia bukan berpunca dari baby tu sendiri atau ibunya, ada kemungkinan baby alergi susu formula atau usus tersumbat. Andai kata simptom ini berlaku, bawa pergi jumpa doktor dengan segera ya.
🍶 Kelabu
Warna ni dianggap sebagai tidak normal so sila dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. Warna ini menunjukkan ada gangguan serius pada hati, hempedu dan usus baby.
⛔ Bentuk najis
Lepas dua hari dilahirkan, kebiasaannya bentuk najis adalah lembik. Lepastu dia akan bentuk macam jeli sikit, padat, berbiji dan mungkin juga boleh jadi sedikit cair. Kalau baby diberi susu ibu sepenuhnya, najis akan berbentuk pasta atau krim, berbiji dan agak cair.
⛔ Kekerapan membuang najis
Ada juga yang risau baby dia tak berak dua tiga hari. Sebenarnya itu normal. Asalkan perut baby tak kembung, tak keras dan dia kentut dengan baik, itu masih lagi dalam kategori ok. Tapi baby yang baru lahir kena berak dalam masa 48 jam taw. Sebab tu lah dekat hospital nurse atau doktor akan tanya
"baby dah kencing? dah berak?"
Sebab najis ni mengandungi semua benda yang ditelan semasa dalam plasenta ibu sebelum dilahirkan. Dalam masa seminggu tu mungkin baby akan berak dalam 3-4 kali atau lebih tapi selepas usia semakin bertambah, corak kekerapan baby buang air besar akan berubah. Tu yang kadang-kadang 2-3 hari tak membuang. So no worries ok. Untuk maklumat lebih terperinci tentang warna dan tekstur najis bayi, boleh klik link tu.
Untuk para ibu yang berjuang untuk menyusukan anak sehingga umur 2 tahun dan masih lagi tak jumpa milkboostes yang sesuai, boleh cuba set menyusu Shaklee untuk memeriahkan susu dan memekatkan lagi susu ibu supaya baby cepat kenyang dan tidur lebih selesa.
Dalam set menyusu ni ada Alfalfa Complex, ESP dan Ostematrix. Alfalfa bertindak sebagai milkbooster untuk memeriahkan susu ibu manakala ESP pula sebagai agen memekatkan susu ibu agar baby mendapat susu yang lebih berkhasiat. Haaa, ni nak beritahu something ni. Para ibu janganlah terlalu ghairah nak kurus lepas bersalin tanpa memikirkan keperluan nutrisi dan kesihatan bayi. Pastikan supplement yang kita ambil tu tak memberi kesan mudharat pada baby. Pastikan betul-betul kandungan yang digunakan dalam supplement yang kita ambil ya. First thing first fikir baby dulu. Dia baru je nak melihat alam ni. Tapi, nak diingatkan juga. Janganlah sampai ambil lewa pula masalah berat badan. Biar bersederhana dan sihat.
Set bersalin Shaklee yang Kak Dee cadangkan ni lengkap dengan keperluan nutrisi ibu dan anak. So tak perlu risau ya. Yang paling best, Shaklee satu-satunya syarikat supplemen yang ada landmark study. PROVEN. Sebab tu Kak Dee tak risau nak consume. Cuma kena dapatkan nasihat dan konsultasi dari yang pakar la.
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh wasap Kak Dee terus ya. 012-3473350
No comments:
Post a Comment